Tak Sepatutnya Bertanya Seperti ABR
(Petikan daripada keterangan Tuan Haji di atas)
Belajar ilmu makrifat itu, adalah bertujugan untuk belajar supaya sampai kepada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita”. Dalam bahasa lain, belajar makrifat itu, adalah bertujuan biar sampai kepada tahap “jangan sampai terlihat adanya diri”.
Terlebih dahulu maafkan saya Tuan Haji, mengaju sedikit persoalan yang amat mengelirukan saya. Setelah seseorang itu berjaya sampai pada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya kita” dan sampai pada tahap “kita tidak lagi terlihat adanya diri”. Maka berada pada tahap ini, apakah seseorang itu tidak lagi merasa hendak terberak (buang air besar) setelah makan? Apakah seseorang itu tidak lagi merasa hendak terkencing setelah minum agak berlebihan? Begitu juga setelah makan minum sepuas-puasnya mungkin seseorang itu tidak lagi merasa mahu bersendawa dan terkentut?
Kemudian sekiranya masih berlaku aktiviti-aktiviti seperti pertanyan saya tu terhadap seseorang yang telah berjaya sampai pada tahap tersebut, lantas mahu disandarkan pada siapa segala aktiviti dalam bentuk perbuatan yang terbit daripada seseorang yang berada pada tahap “tidak terlihat lagi adanya kita”?
Adakah situasi ini yang dimaksudkan, “La maujud illallah” yang bererti “Tiada yang wujud melainkan Allah? Oleh demikian pada tahap tersebut jika masih berlaku aktiviti seperti pertanyaan saya tu, bererti Allah makan? Allah berak? Allah kentut? Allah sendawa? Jadi, yang benar-benar makan itu siapa, hamba ke? Allah ke yang makan? Hisyyy…tidakkan kot macam tu Tuan Haji? Pelik la pulak bunyi Allah berak kencing ni. Minta sedikit pencerahannya Tuan Haji.
ABR | mustapharomli@yahoo.com | 203.106.151.225 | 31/03/2014 jam 8:58 PM
JAWAPAN HJ. SHAARI KEPADA PENULIS KOMEN BERNAMA ABR
Pertanyaan tuan itu, telah menggambarkan jauhnya dari ilmu mengenal diri dan terlebih jauh lagi dari ilmu mengenal Allah. Jika tuan orang yang berilmu (mengenal Allah atau mengenal diri), tidak terlafaz dan tidak akan timbul persoalan seperti itu. Saya kira pertanyaan itu, adalah pertanyaan orang yang tidak berilmu. Tuan masih jauh dan masih berada pada tahap orang yang tidak berilmu, jika tuan orang yag berilmu, masakan boleh sabitkan kepada Allah makan, berak, dan kencing. Saya malu hendak menjawab pertanyaan tuan, biarlah tuan kata saya jahil atau bodoh, memang saya jahil dan bodoh.
Tuan cuba baca komen-komen orang lain, orang lain seorangpun tidak bertanya seperti komen tuan. Orang berilmu tidak akan bertanya soalan seperti itu. Tuan tanya sedemikin tandanya tuan orang yang tidak mengenal diri, jika orang yang mengenal diri, tidak mungkin terlafaz di mulutnya soalan seperti itu. Biarlah saya serahkan kepada sahabat-sahabat di luar sana untuk menjawabnya. Saya tidak ada ilmu dan jahil untuk menjawab soalan tuan. Ilmu saya rendah dan sehingga tidak tahu atau belum sampai kepandaian saya untuk menjawab soalan yang tinggi seperti soalan tuan.
Cuma yang boleh saya jawab, apakah boleh kita arahkan gambar atau bayangan kita yang di dalam cermin itu berak? Cuba tuan suruh gambar di dalam cermin itu berak, dan cuba cucuk mata yang di dalam cermin dan pulas telinga yang di dalam cermin itu, boleh tidak? Itulah bagi menggambarkan kita ini tidak sedikitpun berdaya upaya, tidak sedikitpun berkuasa dan tidak sedikitpun punya apa-apa, hendak berak atau hendak kencingpun kita tiada upaya jika tidak dengan kehendak atau jika tidak dengan kerana Allah. Kerana Allah kita kencing, kerana Allah juga kita berak dan kerana Allah juga kita kentut. Jika tidak kerana Allah, masakan tuan boleh berak, kencing atau kentut?
Kita tidak ada dan kita tidak wujud, yang bersifat ada dan yang bersifat wujud itu, adalah hanya Allah. Jika kita tidak ada mana mungkin kita tahu kita berak atau tidak. Jika kita tidak ada mana mungkin kita tahu kita kentuk atau kencing.
ORANG YANG ADA DIRI SEPERTI TUAN SAHAJA YANG BOLEH KATA ALLAH BERAK, ALLAH KENCING DAN ALLAH KENTUT. Orang yang tidak ada diri seperti kami ini, adalah orang yang TIDAK BOLEH kata Allah berak, TIDAK BOLEH kata Allah kentut dan orang yang TIDAK BOLEH kata Allah kencing, sebab apa kami golongan yang tidak boleh berkata begitu, sebabnya adalah kerana kami ini, adalah golongan yang tidak ada diri. Golongan yang tidak ada diri seperti kita ini, adalah golongan yang tidak mengumpamakan Allah berak, kencing atau kentut. Diri kita tidak ada, makanya kita tidak kata Allah berak, kentut atau kencing. Kerana tuan ada dirilah, makanya tuan boleh dan sanggup mengumpamakan Allah berak, Allah kentut dan Allah kencing. Bilamana kita merasa diri kita itu ada, maka itulah sehingga tergamak kata Allah berak, Allah kencing dan Allah kentut. Orang yang ada diri seperti tuan sahaja yang sanggup kata Allah berak, kentut atau kencing. Kami golongan yang tidak ada diri, tidak sekali-kali boleh kata Allah berak, kentut tau kencing.
Tuan kata Allah berak, Allah kentut dan Allah kencing itu, adalah sebab kerana tuan masih mengadakan diri dan mengadakan Allah (SYIRIK). Ada Allah dan adanya diri itu, hukumnya syirik. HUKUMNYA SYIRIK. Kita bersifat tidak ada, bilamana Allah bersifat ada, sifat Allah itu adalah teramat-amat bersalahan dengan sifat kita yang baharu ini. Bila Allah bersifat ADA, bererti kita adalah bersifat TIDAK ADA. Jika ada diri tuan, sila tunjukkan di mana nama tuan?
Bertanya itu, sila guna adab yang sopan, supaya jawapan juga sopan. Tidak senonoh mengatidakan Allah berak, cuba cari ayat yang baik sikit, supaya manis telinga mendengar. Saya tahu tuan orang cerdik, jadi jika cerdik sila guna bahasa yang sopan, ini seolah-olah tuan hendak menjolok sarang tebuan. Jika ya pun, janganlah guna bahasa Allah berak, jijik saya mendengarnya, kan Allah itu Maha Suci.
Saya buat contoh TAHI itu, supaya tuan sedar, apa rasa hati tuan jika saya guna bahasa tahi, sedap tidak bunyinya? Jika tuan rasa tidak sedap, berlebih lagi tidak sedaplah telinga, bila guna nama Allah bagi tujugan mempersenda ilmu orang. Saya sedar yang bahasa tuan guna itu, seolah-olah menyindir saya biarpun nampaknya kelihatan seperti baik (saya orang tua, saya tahu bahasa baik atau bahasa sindiran).
Kiasan gambar yang di dalam cerminlah itu, itulah diri kita! Adapun diri kita itu, cuma sekadar bayang tuan yang empunya bayang. Jika tuan berkuasa berak, cuba cium tahi tuan dan jika tahi tuan itu busuk, cuba suruh ianya jadi wangi, boleh tidak?
Maka ambillah perhatian dengan contoh gambar atau contoh wajah tuan yang ada di dalam cermin, itu adalah contoh atau satu tauladan yang baik. Bagi menggambarkan kita ini sebenar-benarnya tidak ada dan tidak punya apa-apa, jika adanya diri sekalipun, adanya diri kita itu, adalah sekadar bayang. Cuba tuan lihat cermin dan cari, manakah yang dikatidakan nama tuan di atas diri tuan. Nama tuan sendiripun tidak ada di atas diri tuan, apa lagi sifat tuan. Jika tuan kata diri tuan ada, cuba tunjuk, mana nama tuan? Dan cuba cari mana bahagian anggota tubuh badan yang menjadi milik atau kepunyaan diri tuan.
Saya ini tidak pandai, jadi jawapanpun tidaklah seberapa, jadi bertanyalah kepada orang yang lebih arif. Maaf jika saya tidak pandai menjawab pertanyaan. Saya minta maaf kiranya bahasa saya terkasar dan harap tuanpun jangan berkasar dan samakan Allah dengan berak atau kentut, tidak manis begitu kalaupun tuan ini seorang yang berilmu.
Saya tidak pernah mengajar Allah berak, Allah kentut, Allah kencing atau Allah sendawa. Semasa hayat saya menjadi seorang penceramah, setahu saya, saya hanya mengajar Allah melihat, Allah mendengar, Allah berkuasa, Allah berilmu, Allah hidup dan hanya Allah sahaja yang wujud (ada). Tidak pernah saya mengajar Allah berak, kentut, kencing dan Allah sendawa. Jangan buat tuduhan yang berbentuk memfitnah, tidakkah fitnah itu lebih buruk dari membunuh atau berzina.
Jika tuan tidak suka kepada tulisan saya, janganlah carutkan Allah. Pertanyaan tuan itu, seolah-olah satu sindiran. Saya orang tua, jadi kata-kata sedemikian itu, sudah cukup buat saya faham, yang tuan sebenarnya menyindir saya dalam baik, nampak perkataan tuan itu seolah-olah bertanya, namun sebagai orang tua, saya cukup faham akan duduknya perkara. Namun saya masih berharap dan berprasangka baik terhadap tuan hendaknya. Lain kali bila bertanya gunalah bahasa yang baik, kerana Allah itu Maha Suci, janganlah tahi, berak, kencing, sendawa atau kentut pula dibuat contoh. Cuba tuan lihat pula, bila saya buat contoh tahi, SEDAP TIDAK TUAN DENGAR? Jika tuan tidak sedap dengar bila saya bunyikan contoh tahi atau bau tahi busuk boleh tuan ubah supaya menjadi wangi, kan tidak sedap didengar (saya guna bahasa tahi sebagai contoh itu), sebagai contoh dan pengajaran kepada tuan. Jika tuan tidak sedap dengar bila saya guna bahasa TAHI, sebegitulah tidak sedapnya telinga saya untuk mendengar contoh tuan. Tidak layak dan tidak sopan bahasa soalan tuan itu, seolah-olah mengeji Allah, biarpun secara tidak derek (sudah cukup membuat saya faham).
https://makrifattokkenali.wordpress.com/2014/03/31/tak-sepatutnya-bertaya-seperti-abr/