Tuesday, 7
April 2015
(KAEDAH BAPAK DR. BAGINDA MUCHTAR)
MENGENAL DIRI SEBENAR DIRI
(KAEDAH BAPAK DR. BAGINDA MUCHTAR JUGA DIKENALI DENGAN BBM)
Sumber 2 : http://bukamembuka.blogspot.com/2015/04/mengenal-diri-sebenar-diri-kaedah-bapak_7.html
Apabila membicarakan tentang ilmu Mengenal Diri
ini terdapat berbagai bagai pendapat tentangnya. Ada yang mengatakan perlu dan
ada yang mengatakan tidak perlu di kaji tentang ilmu ini, dan ramai juga yang
tanpa usul dan periksa akan terus menyatakan bahawa ilmu ini sesat dan
menyeleweng, dan mereka mereka ini terus menghukum pengamal pengamal ilmu ini
tidak kira cara atau kaedah apa yang mereka gunakan.
Tidak dinafikan terdapat banyak perguruan yang
mengajar akan ilmu ini dengan pendekatan yang berbeza beza, tapi walau apa pun
kaedahnya, matlamat nya sama yaitu mengenal diri akan membawa kepada mengenal
Allah.
Untuk ini kaedah kaedah yang di gunakan saperti
berTarikat, berHakikat, Mengamalkan Ayat Ayat tertentu hingga lahir diri
sebenar diri itu, ada juga yang mengamalkan ayat tertentu pada hari hari
tertentu, berzikir, merenung, bersuluk dan sebagainya. Berdasarkan kepada hadis
“ Barang siapa mengenal diri nescaya kenal lah ia akan tuhannya.”
Dan terdapat juga pengamal yang hanya dapat
merasakan Diri sebenar Diri pada masa dan juga hari hari tertentu sahaja.
Mengapa terjadi begini, hanya Allah sahaja yang mengetahui.Dan di risalah kecil
ini, Diri sebenar Diri yang di bincangkan di sini atau yang kita ingin kenal
ini bukan lah mengenal Diri yang kita lihat atau jasad kasar (Tubuh) kita ini,
tapi Diri sebenar Diri yang berada atau diam dan duduk di dalam batang tubuh
atau jasad kasar kita ini (tersembunyi di dalam) .
Dan ianya diberi bermacam nama saperti Nyawa,
Jiwa, Diri Terperi, Raga, Buddhi, Chi, Yang, Astral Body, Diri Asli dan macam
macam lagi mengikut perguruan tertentu dan juga bangsa bangsa tertentu.Walau apa
pun Dia haruslah di kenali kerana dia lah Diri Sebenar Diri kita, dan dia
jugalah yang akan bertanggung jawab di atas segala perbuatan kita, bukan jasad
kasar kita ini yang mana akan dikuburkan apabila kita mengalami kematian (Roh
keluar dari jasad kelak).
Di sini kita hanya akan membicarakan Ilmu
mengenal Diri yang di asaskan oleh Dr Baginda Muchtar dan cara cara beramal
dengannya, saya di ijazahkan dengan ilmu ini pada tahun 1975 (Ijazah Kecil) dan
pada tahun 1982 (Ijazah Besar) yang membolehkan saya memberi ijazah pula kepada
mereka mereka yang berminat.
Risalah ini adalah kefahaman berdasarkan kepada
pengalaman pengalaman saya sendiri dan juga anak anak murid beliau yang lain
yang mengamalkan Ilmu Pengetahuan yang beliau asaskan ini, dan risalah ini adalah
untuk murid murid beliau amnya dan untuk mereka mereka yang mendapatkan aliran
ini dari saya, semoga dapat di manafaatkan keilmuannya…..insyaallah.
Bapak Baginda Muchtar tidak menuntut ilmu
mengenal Diri atau belajar Ilmu ini dari mana mana perguruan tapi ianya ada lah
satu anugerah Allah kepada beliau dan di penghujung risalah ini ada saya
lampirkan sejarah hidup beliau yang di catitkan oleh Allahyarham Mejar (B) Hj.
Abdul Rahman Ibrahim ( Salah seorang anak murid beliau yang tertua ).
Dan menurut Bapak Baginda Muchtar ilmu ini ialah
ilmu pengetahuan dan bukannya satu ilmu Agama, yang mana Ilmu ini tergulung
dalam ilmu Metafizik, dan syariat tetap syariat tanpa di ubah atau
ditambah.Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, pertama haruslah kita lihat dulu akan
jasad kita dan kita ketahui bahawa Kita ini terdiri dari dua unsur:
Pertama : Aliran nyata, aliran Jasmani
Kedua : Aliran tidak nyata, aliran Rohani (Diri)
Kedua dua aliran ini kelihatan pada kita hanya
satu tetapi sebenarnya ianya terdapat dua, dia kelihatan satu kerana Aliran
Rohani berada di dalam aliran Jasmani.
ALIRAN JASMANI merupakan darah,
ALIRAN ROHANI merupakan karan (Cahaya).
Kelihatannya saperti dua tetapi sebenarnya Satu,
kandung mengandung…..Jasmani mengandung Rohani dan Rohani terkandung di dalam
Jasmani.
Dengan ini kita faham bahawa jasad kasar kita
ini adalah unsur luaran yang akan mati satu ketika nanti dan akan di hantar ke
tanah akhirnya. Ia nya adalah ialah ketentuan dari Tuhan tetapi apa yang
berlaku ialah kematian di sebabkan oleh apabila keluarnya Roh (Aku) dari jasad,
maka akan berlakulah kematian kepada manusia itu.
Disini kita cuba fahami siapa kah yang penting
dalam keadaan ini……Ada Roh tanpa jasad, Roh hanya cahaya melulu……….ada jasad
tanpa Roh, bererti tidak ada kehidupan kepada jasad. (Ianya berupa benda
mati)Kita kembali kepada kejadian Nabi Adam, manusia pertama yang di jadikan
oleh Allah, di jadikan dari tanah dan di bentuk menjadi manusia dan apabila
siap jasad Adam dan setelah itu Allah memerintahkan Roh untuk memasukki Jasad
Adam.
Sebelum memasukki ke jasad Adam, Roh bertanya di
manakah harus di masukkinya, dan Allah menjawab “Masukkilah mana mana yang kau
senangi”Seterus nya Roh memasukki melalui hidung Adam dan hingga ke hari ini,
kita bernafas melalui hidung.Pada kejadian kita pula terjadinya ketika bayi
dalam perut ibu lagi, ketika ia berumur 100 hari, maka saperti yang difirmankan
oleh Allah bahawa “Aku tiupkan sebahagian dari Roh ku” dan bayi tersebut mulai
hidup dan juga di panggil bernyawa, dan ianya berkembang dari hari ke hari
hingga hari kelahiran nya.
Kesimpulannya apabila Roh masuk kedalam jasad
kasar kita ini kita terus akan hidup dan bila Roh keluar dari jasad kita akan
mati.Jadi Roh itu ialah sumber kehidupan kita atau punca kita hidup, tanpa nya
(Roh) kita adalah benda mati yang tidak bermaana dan tidak bererti langsung.
ADA KAH ROH ITU NYAWA?
Untuk menjawab soalan di atas kita harus faham
akan Roh itu sendiri, dan dalam aliran ilmu mengenal Diri menurut kaedah BBM
(Bapak Baginda Muchtar) ini, ia tidak membicarakan akan nama nama nya (Roh)
tetapi memahami cara cara perkembangan nya di dalam jasad yang berperingkat
peringkat dan secara ringkas nya di nyatakan saperti di bawah ini:
1. Roh Memasuki Jasad
2. Roh memancarkan Pancaran Cahaya Nya
3. Cahaya Memenuhi Setiap inci Ruang Dalaman Di
dalam Jasad
4. Dengan itu ia akan Membentuk Hingga Menjadi
Diri Sebenar Diri, yang mana rupa dan bentuknya serupa dengan Jasad Cuma ianya
ghaib.
(Diri sebenar Diri ujud apabila Roh berada di
dalam Jasad)
1. Roh boleh lah di bayangkan sebagai punca
cahaya atau pusat cahaya (Ibarat Mentol lampu yang bercahaya cahaya) yang
apabila di masukkan kedalam jasad ia nya duduk atau bertempat di tengah tengah
dada, dalam masa yang sama Roh tadi memancarkan cahaya, dan cahaya yang terpancar
dari Roh tadi terus memenuhi dan juga menerangi bahagian dalam jasad. Cahaya
tadi akan terus memenuhi seluruh bahagian dalam jasad..
2. Jadi sekarang bahagian dalam jasad telah di
penuhi oleh cahaya dari pusat cahaya ia itu Roh yang diamnya di tengah tengah
dada kita tadi. Jadi dapatlah di fahami bahawa cahaya telah memenuhi seluruh
jasad kita di dalam, yang batas atau sempadannya antara cahaya dan dunia luar
ialah kulit kita.
3. Oleh kerana cahaya itu tadi memenuhi seluruh
bahagian dalam jasad, dengan sendirinya ia telah membentuk satu rupa yang
menyerupai rupa jasadnya. Untuk memahami nya cuba kita bayangkan umpama cahaya
tadi berada di dalam bilik empat segi dengan sendirinya bentuk cahaya tadi akan
berupa empat segi, dan sekiranya cahaya tadi berada di bilik berbentuk bulat
dengan sendirinya cahaya tadi akan membentuk menjadi bulat, dengan itu
terbentuk lah Diri Sebenar Diri yang rupa dan bertuknya saling tak tumpah
saperti rupa dan jasad kita ini, tapi bezanya, ianya ghaib kerana ia nya
berasal dari pancaran Roh yang juga ghaib., atau lebih ringkas kita katakan
bahawa Diri Sebenar Diri mendatang kemudian setelah Roh memasukki jasad.
4. Dan Diri Sebenar Diri ini akan kekal ghaib di
dalam jasad dengan pancarannya yang menerangi di dalam jasad, dengan aliran
aliran cahayanya yang mengalir terus menerus di dalam jasad dan menjadi nyawa
atau penghidup yang menghidupkan jasad nya kerana ia berasal dari yang hidup.
5. Kalau pada jasad ada urat urat yang mana
darah mengalir dan mengalir keseluruh jasad, pada Diri Sebenar Diri juga
berlaku keadaan yang sama, Cuma pada Diri Sebenar Diri bukan darah yang
mengalir, tetapi cahaya yang mengalir keseluruh Diri sebenar Diri . cahaya yang
mengalir ini juga di panggil “Pancaran Diri”
6. Pancaran Diri ini terus menerus mengalir
keseluruh Diri Sebenar Diri, tanpa berhenti yang mana aliran nya menjadi
penghidup kepada jasad walaupun dari segi kenyataannya seolah olah aliran darah
yang menghidupkan jantung paru paru, limpa, rabu dan lain lain organ tubuh kita
ini.Kita bayangkan urat yang dalam nya ada darah mengalir dan dalam keadaan
ghaib pula akan ada pula pancaran cahaya yang mengalir bersama sama darah dalam
urat urat tadi. Dan ianya mengalir keseluruh jasad dengan satu tugas yaitu
menghidupkan.Jadi kita faham lah di sini sebenarnya tanpa tenaga tenaga yang
berpunca dari Roh dan terpancar ke Diri Sebenar Diri, jantung pun tidak akan
berfungsi dan bila jantung tidak berfungsi dengan sendirinya darah tidak dapat
mengalir, tenaga tenaga yang sama yang menghidupkan segala organ dalam jasad
kita ini saperti menghidupkan paru paru dan sebagainya. Hidupnya paru paru itu
menyebabkan kita dapat bernafas………………Roh memancarkan cahaya membentuk rupa
jasad tapi ghaib dan duduk di dalam jasad……….Menghidupkan organ dalaman jasad
dahulu saperti paru paru………….bila hidup dan berfungsi paru paru barulah
pernafasan bermula …….Sebab itu ada juga perguruan yang menamakan ilmu ini
“Ilmu Punca Nafas”
BAGAIMANA KITA MENGENAL DIRI SEBENAR DIRI
Telah diketahui bahawa Diri Sebenar Diri ialah
pancaran cahaya dari Roh yang memenuhi jasad kita dan berbentuk dan berwajah
sama saperti kita yang zahir ini. Dan dia lah yang harus kita kenal kerana
apabila kita telah mengenali nya (Diri Sebenar Diri) maka dia (Diri sebenar
Diri)akan kembali mengenali Allah.Mengenalnya ialah dengan melahirkan (juga di
kenali dengan panggilan lahir kali keduanya) pancarannya keluar dari kongkongan
jasad kasar ini, apa yang harus di lahirkan?Yang harus di lahirkan keluar ialah
pancaran cahaya Diri Sebenar Diri (juga di sebut aliran Diri).
Aliran cahaya ini insyaallah dapat kita
keluarkan dengan membuka pintu pintu nya . dan jalan keluarnya atau pintu pintu
nya ialah di jari jari tangan kanan dan kiri kita. Juga jari jari kaki kanan
dan kiri kita (Peringkat Permulaan).
Terdapat tiga cara untuk melahirkannya (
Mengenalnya ) atau memancarkan pancaran cahaya Diri ini keluar :
1. Terbuka dengan sendirinya
2. Berusha sendiri hingga Terbuka
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
1. Terbuka Dengan Sendirinya:Saya pernah
berjumpa dengan mereka mereka yang terbuka dengan sendirinya, apa yang berlaku
ialah kebanyakan dari mereka mendapat rasa yang terasa di jari jemari dan juga
mendapat pergerakan pergerakan yaitu tangan kanan dan kiri mereka bergerak
dengan sendirinya. Dan rata rata mereka tidak memahami apa yang berlaku
sebenarnya. Peristiwa ini berlaku selalunya semasa mereka berzikir selepas
mengerjakan sembahyang, Dan kebanyakan dari mereka adalah ahli tarikat atau
yang mempelajari ilmu Tasawaf dan ramai antara mereka yang telah mengalami
peristiwa ini lebih dari 5 tahun tanpa mengetahui apa sebenar yang telah
berlaku kepada Diri mereka. Apa yang berlaku sebenarnya ialah pancaran Diri
sebenar Diri mereka telah memancar keluar dan pembawaannya ialah pergerakan
tangan secara tersendiri (auto).
2. Berusha Sendiri hingga Terbuka:Kaedah ini ada
dua cara yang di amalkan oleh mereka mereka yang ingin membuka Diri Sebenar
Diri, pertama mereka mengamalkan ayat ayat tertentu yang di amalkan setiap
lepas sembahyang sehingga mereka mendapat rasa dan gerak Diri sebenar Diri.dan
kedua dengan memohon terus kepada Allah supaya membukakan Diri sebenar Diri
mereka. Kepada mereka mereka ini kebanyakan nya telah memahami akan kedudukan
Diri sebenar Diri di dalam jasad ini.dan saya telah berjumpa ramai di antara
kalangan mereka yang telah pun mendapat atau merasakan adanya getaran getaran
halus yang dapat dirasakan di dalam jasad mereka, Cuma pancaran Diri Sebenar
Diri yang belum lagi keluar melalui pintu pintunya.
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman (wakil
BBM):Cara ini lah yang paling ramai mendapatkannya. Cara ini ialah dengan
berjumpa kepada guru atau wakil guru ( Oleh kerana BBM telah meninggal dunia
jadi kepada mereka mereka yang telah di beri izin untuk membuka Diri sebenar
Diri dipanggil wakil guru ) dan dengan izin Allah dapatlah di bukakan Diri
Sebenar Diri pelajar tersebut.Cara pembukaan nya tidak lah rumit dan tidak juga
semudah yang sangkakan oleh ramai orang, ianya mengambil masa yang amat singkat
walau bagaimana pun ada juga terdapat kesulitan kesulitan yang timbul semasa
pembukaan tapi insyaallah ianya akan dapat di atasi.
SETELAH SEMUA INI SELESAI, ISTIADAT PENGIJAZAHAN
AKAN DILAKUKAN, DENGAN DUDUK DI ATAS KAIN PUTIH, DALAM ISTIADAT INI MURID AKAN
BERGERAK SEHINGGA TANGAN KANAN MEMEGANG KUNCI ALIF, LAM, MIM, KUNCI YANG
MEMBUKA YANG TERTUTUP DAN MENUTUP YANG TERBUKA,. KUNCI YANG BERUPA SAPERTI
ALIF, LAM, MIM.
Oleh kerana risalah ini ditujukan kepada mereka
mereka yang telah di ijazahkan, jadi di sini tidak dihuraikan cara cara
pembukaannya dan apa yang akan di ceritakan disini ialah cara beramal,
pengalaman, pesanan Bapak Baginda Muchtar dan lain lain yang bersangkut dengan
Ilmu Mengenal Diri yang di asaskan oleh Dr. Baginda Muchtar.
DENGAN INI BOLEHLAH DIKATAKAN KITA TELAH DAPAT
MERASAKAN YANG TERASA DAN TELAH DAPAT MEMBEBASKAN DIRI SEBENAR DIRI KITA.
RASA ITU ADALAH PANCARAN DIRI SEBENAR DIRI DAN
PADA RASA ITU LAH RAHSIANYA.
KITA TELAH BEBAS TETAPI TIDAK LEPAS, KITA TELAH
PULANG SEBELUM DI PANGGIL
MENGENAL DIRI MENGENAL TUHAN
Setelah dapat (Dengan izin Allah) memancarkan
pancaran Diri yang mana tandanya ialah rasa yang terasa di jari jari kita, dan
mendapat gerak yang bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan dari pergerakan
jasad kasar kita ini, dengan itu Diri sebenar Diri telah lahir dan persoalan
yang selalu di ajukan kepada saya ialah :
a. Apa yang dapat di lakukan bila dah kenal Diri
b. Bagaimana nak beramal
c. Apa kelebihan ilmu mengenal Diri ini
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita kaji dulu
ungkapan hadis ini “Barangsiapa Mengenal Diri Nescaya akan kenal lah dia akan
Tuhannya.
Adakah apabila kita kenal Diri kita dengan
sendirinya kita kenal Allah?
Sebenarnya apabila kita kenal akan Diri kita
yang sebenar Diri, dengan sendirinya Diri Sebenar Diri yang yang asal nya dari
pancaran cahaya Roh akan kenal kembali kepada Tuhan nya, bukankah dari sana ia
berasal? Dan untuk pengetahuan “Hanya yang ghaib sahaja dapat kenal yang
ghaib.Oleh itu telah jelas bahawa kita harus kenal sekenal kenalnya akan Diri
kita sebenar Diri yang menjadi nyawa kepada kita kerana dialah yang
menghidupkan kita dan bila telah kita kenal akan “Dia” dengan sendirinya “Dia”
akan kenal Allah. (Insyaallah).
Bila telah kenal Diri dengan sendirinya Diri
akan dapat berhubung langsung dengan Tuhan dan cara nya tersendiri. Jadi dialah
medium yang akan berhubung dengan Allah dan memohon untuk kita dan kebaikan
kita, kerana dia lah yang sebenar kita, Cuma apa yang Diri perlukan ialah
penyerahan segala segala kepada nya, serahkan pemikiran, pemandangan,
pendengaran, percakapan dan segalanya kepada nya (Diri)……….Sebenarnya apabila
kita telah mengenal akan Diri kita sendiri atau lebih tepat kita telah dapat
merasakan pancaran Diri yang tembus keluar dari jari jari kita dan mendapat
pergerakan pergerakan yang bergerak dengan sendirinya pula, dan dengan itu
dapat pula kembali berhubung dengan Maha penciptanya, untuk kita menyakinkan
kita bahawa hijab telah terbuka,Kita juga di syorkan oleh Bapak Baginda Muchtar
untuk melakukan percubaan percubaan bagi membuktikan sendiri bahawa Diri
sebenar Diri telah telah di lahirkan atau hijap telah terbuka.
Percubaan percubaan yang di maksudkan di sini
ialah saperti perubatan, dimana kita menolong orang orang yang memerlukan.
Pengalaman pengalaman saya dalam perubatan ini banyak saya dapati semasa
diperingkal awal saya beramal dengan ilmu ini.Berbagai bagai percubaan dalam
membantu orang telah saya lalui, termasuk mengubat mereka mereka yang
menghadapi masaalah penyakit jasmani dan juga penyakit misteri, bagaimana saya
melakukannya? sedangkan saya tidak pernah belajar apa apa ilmu berkaitan dengan
ilmu membaikkan atau memulihkan orang sakit secara kebatinan, atau cara cara
pembomohan atau pawang? Bagaimana cara yang saya lakukan….
CARA YANG SAYA LAKUKAN
Tanpa ayat ayat atau jampi serapah yang perlu di
baca atau yang perlu di hafal, tanpa kaedah kaedah tertentu yang perlu di
lakukan…..Cuma apa yang saya lakukan ialah menyerah segala segalanya (kerja
pengubatan tersebut) kepada Diri Sebenar Diri yang berada di dalam jasad saya
yang telah saya kenal itu, kerana ia yang mempunyai ilmu segala ilmu kerana
datangnya dari Allah yang Maha Besar dan Maha Kaya. Alhamdulillah banyak
kejayaan yang telah saya dapati dalam membaikkan pesakit pesakit saya, dengan
keyakinan kepada Allah yang tidak berbagi bagi atau ada keraguan, kita akan
dapati hasil nya sangat sangat memuaskan.
Insyaallah.Cara yang saya lakukan ada lah amat
mudah dan saya turunkan caranya di bawah ini:Anda akan diajarkan setelah
menerima Ijazah Apa yang berlaku ialah bila kita berniat dan mula rasa yang
terasa di jari jari dan juga tangan mula bergerak, sebenarnya Diri Sebenar Diri
lah yang memohon kepada Allah untuk mengubat pesakit kita tadi. (Jadi faham lah
di sini bahawa Diri yang memohon terus kepada Allah) Jadi, rasa itu letaknya
segala rahsianya, bukan di kepala, bukan di otak, bukan difikiran, dirasa, rasa
rahsia, ertinya dirasa itu terlekat rahsianya.
Saya telah melakukannya dan saya lakukan cara
yang sama untuk semua masaalah atau apa juga penyakit sesaorang itu.
Alhamdulillah walau pun bukan semua penyakit dapat di ubati tetapi kebanyakan
nya memberi hasil yang baik.Apa yang saya paparkan ialah cara saya lakukan,
mungkin lain ahli lain pula kaedah yang di lakukan.
Ada juga yang membuat percubaan percubaan dengan
cara bersilat, niat sahaja dalam hati apa jenis silat yang kita hendak bawakan,
apa yang terjadi ialah kita akan dapati satu pergerakan pergerakan silat yang
bergerak dengan sendirinya dan kita sedar akan apa yang berlaku, apa yang perlu
kita lakukan ialah berniat apa jeniis silat yang kita inginkan, ia bergerak
dengan gerak dan langkah silat dengan sendiri , apa yang perlu kita lakukan
hanyalah serah segala segalanya pada nya (dalam membawakan gerak dan langkah
silat tersebut – dan yang paling penting kita dalam keadaan sedar dan tahu apa
yang kita lakukan)......“dia” tahu (diri sebenar diri) kerana datangnya dari
yang maha tahu….
Seperkara yang perlu kita ingat bahawa
sesungguhnya Ilmu kita punyai hanyalah Mengenal Diri sebenar Diri, dan Segala
Ilmu Ada Pada Diri Sebenar Diri.Walau apa pun, perubatan dan persilatan ini
bukanlah matlamat atau hala tuju ilmu BBM ini tapi ia nya lebih tinggi dari itu
yaitu “Mengenal Diri Mengenal Allah, untuk Mendapatkan Keredhaannya”
BAGAIMANA CARA BERAMAL.(juga kami panggil
bergerak)Pada asasnya amalan yang kita lakukan ialah dengan menyerahkan segala
gala nya kepada Diri sebenar Diri melakukannya, apa yang dilakukan olehnya
ialah berhubung terus dengan Allah dengan cara nya sendiri kerana ia telah
bebas dari kongkongan jasad kasar tadi. Dimasa yang sama dia lah yang memohon
akan apa juga permohonan atau kehendak kita.Amalan boleh di lakukan pada bila
bila masa yang kita rasa sesuai dan selesa atau masa kelapangan tidak ada hari
hari atau masa masa tertentu dan tidak ada dalam jumlah jumlah tertentu sama
ada masa beramal atau zikir.
AMALAN ASAS : Walaupun tidak ditetapkan bila dan
sekerap mana, lakukanlah sekerap yang boleh dan sebaik baiknya jadikanlah ianya
sebagai amalan harian:Amalan Amalannya:
1. Memohon Ampun• Tenangkan fikiran.• Anda akan
diajarkan selepas menerima Ijazah • apa yang berlaku ialah Diri itu yang
menghubungi Allah dan meminta ampun (Bukan kah Diri itu yang sebenar Diri?)
2. Memohon Bersih• Sama saperti di atas Cuma
bezanya niat, dimana kita niatkan untuk membersihkan Diri maksudnya insyaallah
akan di bersihkan nya kita dari sifat sifat Amarah, lawamah dan insyaallah
Mutmainnah yang di cari.
3. Memohon Redha• Sama saperti di atas Cuma
bezanya niat, dimana kita niatkan untuk mendapatkan Keredhaan Allah semata
mata.
4.Memohon Dekat• Sama saperti di atas Cuma bezanya
niat, dimana kita niatkan untuk dekat dengan nya
5.Memohon Selesai• Maksud nya “selesai” ini
ialah menyelesaikan masaalah Diri sama ada sakit atau lain lain masaalah. Diri
tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan jasad nya, jadi kita mohon untuk
kebaikan jasad kita dan juga penyelesai segala masaalah kita, insyaallah
Caranya sama saperti diatas juga Cuma kita
niatkan supaya dia menyelesaikan apa juga masaalah yang terdapat pada jasad
sama ada fizikal atau masaalah peribadi. Mustahak: Setiap kali mula memohon
sebaik baiknya mulakan dengan tangan di tengah tengah dada, dan setelah selesai
kerjanya, geraknya akan membawa tangan kembali di tengah tengah dada semula. (Ini
tertibnya) Cara yang sama juga digunakan apabila kita bergerak tanpa niat apa
apa atau saya panggil gerak kosong. (bergerak tanpa apa apa niat dan segala
galanya serah pada Diri Sebenar Diri) yang mana bila kita bergerak hanya
tumpukan kepada rasa yang terasa di hujung hujung jari kita kerana di situlah
rahsianya dan apa yang berlaku ialah……kita berlatih dan berlatih,….Juga dalam
gerak (mohon) untuk kembang Diri dan besar jiwa,
Jadi padanya ada daya tarik menarik yang luar
biasa dan juga tenaga tenaga yang serba guna.Soalan yang selalu di persoalkan
saperti, Apa yang dapat di lakukan bila dah kenal Diri dan Bagaimana hendak
beramal? telah pun saya jawab saperti di atas dan soalan seterusnya ialah Apa
kelebihan ilmu mengenal Diri ini, jawabnya ringkas sahaja ia itu insyaallah
dapat berhubung terus kepada Tuhan Yang Maha Besar, kerana Diri yang asalnya
dari Aku(Roh) berasal dari Allah saperti firmannya “”Aku Tiupkan Sebahagian
Dari Roh Ku””Setelah dibukakan, diijazahkan dan mula beramal dengan amalan asas
saperti diatas, dengan berpegang kepada Diri, meletakkan segala nya kepada
Diri, apa juga yang kita lakukan lakukanlah berserta Diri.
Maksudnya rasa yang terasa itu tidak boleh
hilang dan kalau boleh sentiasa ada di hujung hujung jari jemari kita.Pada rasa
itu lah letaknya segala rahsia, rahsia Diri, rahsia pancaran dan aliran serta
Ke”Akuan” ku. Dan amatlah pentingnya untuk kita sentiasa dalam keadaan terasa
akan rasa yang dihujung jari jemari kita, Dan kalau boleh kita senantiasa ingat
akan rasa yang terasa di hujung jari jari kita itu…………………INI PENTING DALAM
MEMBAWAKAN AMALAN BBM INI.
Seperti yang telah di terangkan bahawa Diri
Sebenar Diri dapat berhubung terus dengan Allah Yang Maha Besar , dan Diri
Sebenar Diri ialah kita sebenar kita, bukan jasad kasar ini yang Diri Sebenar
Diri , untuk itu boleh lah kita memohon apa apa juga keperluan kita di dunia
ini dan Diri Sebenar Diri lah yang menghubungi Allah Yang Maha Besar untuk
menyampai apa juga kehendak kita dengan cara terus.Diatas telah di terangkan
akan cara kita beramal dan amalan amalan asas yang perlu kita amalkan, dalam
mendekatkan Diri kita dengan Allah yang maha besar.
Walau bagaimanapun sebagai manusia biasa yang
hidup di dunia ini tentunya punya banyak keinginan dan keperluan, disamping itu
juga banyak masaalah hidup yang di hadapi dan harus di selesaikan. Dengan
mengenal Diri sebenar Diri ini akan mengubah pandangan kita terhadap kehidupan,
segala yang mendatang dan segala masaalah yang di hadapi, kerana dengan
mengenal “nya” akan mengubah cara kita membawa kehidupan kita dan cara kita
menghadapi dan menyelesaikan segala permasaalahan dalam kehidupan kita..
Untuk memohon keperluan hidup dan juga untuk
menyelesaikan segala masaalah kehidupan dan juga masaalah kesihatan kita
sendiri, cara yang sama saperti di atas juga di gunakan.Ringkasnya apa juga
permohonan atau bila kita ingin berdoa untuk apa jua tujuan dan keperluan hidup
kita caranya sama saperti yang di terangkan di atas Cuma Niatnya sahaja yang
berbeza, Niatnya ialah apa yang kita inginkan atau Doa kita kepada Allah...Saya
beri contoh di bawah ini:Katakan lah kita ingin memohon untuk menambah rezeki,
apa yang harus dilakukan ialah saperti di bawah:• Tenangkan fikiran.• Anda akan
diajarkan selepas menerima Ijazah Kesimpulan nya dalam apa juga permohonan
(Doa) atau apa jua yang kita inginkan mohonlah dengan menggunakan Diri sebenar
Diri yang telah kita kenal itu kerana dia telah kenal kembali kepada Allah.
Caranya telah di terang kan dengan jelas di
atas, Cuma niat apa keperluan (apa yang di hajatkan) dan lepas itu serahkan
kepada Diri sebenar diri berbuat. Yang perlu ialah kita serahkan segala galanya
kepada nya dan dia akan melakukannya dengan cara nya..........Insyaallah SETELAH
MENGENAL DIRI PANDAI PANDAI LAH KAMU BERMOHON .(BERDOA) KEMUKAKANLAH DIRI
SEBENAR DIRI DALAM APA JUA PERBUATAN KITA. ( Rasa yang terasa tidak boleh
hilang ) Dalam pengalaman penulis selama bertahun tahun, (sejak tahun 1975)
kaedah diatas memang telah membawa hasil yang sangat baik dan berkesan sama ada
di bidang perubatan atau lain lain masaalah kehidupan kita, Cuma kita perlu
matikan fikiran kita dan serahkan segala galanya kepada Diri kita sebenar Diri,
dan yang penting sekali bersikap bersabar,
DIRI TERDIRI DARI 4 Jika kita perhatikan dengan
betul betul, kita ini terdiri dari :
1. Diri yang ku lihat Ianya ialah jasad
kasar atau tubuh kita ini yang kita dapat lihat dan rasa
2. Diri yang ku temui Rasa rasa yang terasa
dihujung jari jemari kita di panggil juga Diri yang ku kenal. ini ialah
pancaran Diri yang terhasil apabila pintu pintu telah terbuka , dan dengan itu
terpancarnya cahaya Diri atau pancaran Diri yang mengalir di dalam Diri sebenar
Diri..
3. Diri yang ku kenalIanya di dalam jasad dan
berupa saperti jasad,tapi ianya tidak nyata, kalau jasad di panggil Jasmani
Diri Sebenar Diri di panggil juga Rohani( Rasanya ialah getaran getaran halus
di dalam jasad dan juga kadang kadang seram sejuk ) untuk mendapatkan ini, kita
harus renung ke dalam.
4. Diri yang ku ketahui Aku atau Roh kita MULA…
kita lihat kepada jasad kasar kita ini………………….
Selepas itu kita dapatkan rasa yang terasa di
jari jari kita yang dinamakan pancaran Diri telah tembus. …..kemudian kita akan
kenal pula Diri sebenar Diri yang diam di dalam jasad kita……..dan seterusnya
kedalam lagi dan akan kita jumpa itu AKU. Permulaan dalam membawakan ilmu ini,
wajib lah kita dapat merasakan rasa rasa yang terdapat di hujung jari jari
tangan kanan dan kiri kita. Kemudian gerakan gerakan tersendiri diluar kawalan
kita.
Apabila kita perlukan sesuatu apa yang kita
perlu lakukan ialah tumpukan akal fikiran kita kepada rasa yang terasa di
hujung jari jari kita.Dan kita teruskan beramal dengan latihan latihan gerak
saperti yang saya nyatakan di atas di mana amalan kita ialah selalunya memohon
keampunan dan keredhaan Allah yang maha besar. Dimana lama kelamaan rasa yang
kita rasa di hujung jari jari tangan kita akan berkembang dan kita akan mula
terasa rasa rasa di tapak tangan, lengan, muka, kepala dan akhirnya kita akan
terasa di seluruh tubuh jasad kita, atau di tiap liang roma kita.
Dan akhirnya bolehlah di katakan kita akan
merasa yang terasa itu di seluruh jasad kasar kita ini atau boleh lah di
katakan ianya keluar pada tiap tiap liang roma kita.Jika ini berlaku apa yang
akan kita alami ialah satu rasa di umbun umbun kita yang rasa nya amat susah
untuk di ceritakan di sini tetapi ianya begitu ketara sekali……. Seterusnya
makin lama kita bergerak makin sedikit atau makin pendek masa pergerakan kita,
dan lama kelamaan (Insyaallah) yang tinggal hanyalah rasa yang terasa yang
terasa. BERBUAT DENGAN NYA (Memanafaatkan nya) Apabila kita telah kenal Diri
sebenar Diri kita yang di diam didalam jasad kita ini apa yang harus atau yang
wajib kita lakukan ialah kita haruslah serah segala gala kepada nya.
Apakah maksud serah segala gala nya kepada nya??
Pertama : Bila kita bermohon dan dalam
pergerakkan kita haruslah serah segala gala kepada nya. Ikuti gerak yang
mendatang dari dalam itu dengan tanpa menggunakan akal fikiran, Cuma ikut
pergerakannya dan perbuatannya.(Nampak mudah tapi perlukan latihan demi
latihan, ini di lakukan dalam permohonan permohonan kita.)
Kedua : Ialah kalau munkin, kita haruslah
sentiasa ada rasa yang terasa itu dan kalau boleh kita sentiasa ingat kepada
rasa (pancaran Diri) itu sentiasa, ini bermakna kita sentiasa kemukakan “Dia”
kerana dalam apa jua keadaan kita sentiasa ada rasa yang terasa itu..
Jadikanlah Mengucap Dua Kalimah Syahadat itu
sebagai pakaian kita, maksudnya kita mulakan setiap perkerjaan kita dengan
Mengucap Dua Kalimah Syahadat, mula membawa kereta, berjalan dan sebagainya
semuanya kita mulakan dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadat. Dan kalau mampu di
dalam hati kita sentiasa Mengucap Dua Kalimah Syahadat bila kelapangan, tidak
kira dimana dan bila, teruskan amalan ini dan insyaallah kita akan ingat Allah
sentiasa.
Maksud ingat di sini ialah ingat sebenar benar
ingat bukan sekadar sebutan.Saperti kata BBM “ingat saja, dia akan timbul (rasa
dan terasa) dan serah pada nya segala masaalah, keinginan serta kehendak kita,
Insyaallah akan berhasil kelak”.GERAK KEDALAM BBM berpesan ( Dalam buku beliau
Diri Yang Ku Kenal ) cari lah yang tergantung tidak bertali dan bertali tidak
tergantung dan temukanlah ini dan baru lah terhasil apa yang di hajati.
Oleh itu haruslah kita faham apa yang di
maksudkan oleh BBM….yang membawa maana temukan lah Diri sebenar Diri dengan
pancaran Diri, maksudnya rasa yang terasa itu hendaklah di rasakan di dalam
jasad dan juga di jari jemari kita. Kita lakukan ini apabila kita betul betul
telah memahami gerak dan pergerakan Diri itu maksudnya tahu membawanya dan
pandai pula kita mengikut geraknya, kita haruslah pula mendapatkan gerak Diri (
getaran getaran Diri ) di dalam jasad.
Bagaimana caranya?? Renung kedalam:Dalam
pergerakan ini tidak ada permohonan apa apa Cuma tumpukan segala ingatan dan
pemikiran kita kedalam jasad kita ini sehingga:
Pertama : Kita akan merasakan getaran getaran di
jari jemari kita dan
Kedua : Akan timbul rasa getaran getaran halus
di dalam jasad kita dan ini ialah getaran Diri sebenar Diri. Jadi kedua dua
getaran dan rasa yang terasa ini di satukan dalam satu gerak automatic dan
selepas tangan mula bergerak tumpukanlah segala pemikiran kita kepada rasa yang
terasa di jari jemari kita.
Dengan ini kita telah dapat merasakan pancaran
Diri sebenar Diri dan juga rasa Diri sebenar Diri yang rupanya sama saperti
kita dan diamnya di dalam jasad disamping pembawaannya gerak yang automatik (Tersendiri)
Munkin latihan ini harus di lakukan berulang ulang hingga mendapat rasa yang
terasa saperti yang di nyatakan di atas…..Insyaallah.
KEFAHAMAN PANCARAN, DIRI DAN AKU.............. PERBANDINGAN NYA SEPERTI BERIKUT, IBARAT LAMPU SULUH, CAHAYA LAMPU SULUH ITU IALAH PANCARAN DIRI…………………..LAMPU SULUH ITU IALAH DIRI SEBENAR DIRI…………………..DAN BATERI LAMPU SULUH ITU IALAH “AKU” MEMBAWA BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
Semua huraian, cara serta kaedah kaedah
penggunaan Ilmu atau pengetahuan yang di asaskan oleh Bapak Baginda Muchtar ini
insyaallah dapat di manafaatkan untuk dunia dan juga akhirat. telah di
terangkan di atas dengan terperinci cara penggunaannya dan dapatlah di
simpulkan di ini dalam apa jua tujuan kita dan apa juga kehendak atau keperluan
kita, yang penting dan perlu di lakukan ialah penyerahan……serahkan segala
galanya kepada Diri sebenar Diri yang telah di lahirkan itu dan insyaallah
segala yang dilakukan (Geraknya) adalah untuk kebaikkan jasadnya, dan beliau (
BBM ) selalu mengingatkan kita supaya tidak menyulitkan Ilmu pengetahuan ini,
dan pesanan nya “ Tumpu pada rasa yang terasa dan ikut Gerak “Dalam kita
menjalankan kehidupan di dunia ini dan kita bawakan GERAK DAN RASA sebagai
amalan kita dalam permohonan keduniaan, jangan pula kita lupa, apabila kelapangan
di malam hari lakukanlah permohonan Minta Ampun, Minta Redha dan Minta
Bersih…Bersihkan lah kita dari Sifat Sifat yang Buruk saperti Sombong, Bongkak
, Rasa Hebat dan lain lain sifat yang di keji.
Andaikan lah kita menghadapi masaalah kehidupan
dan lain lain lagi tentunya kita akan gunakan ilmu yang telah kita miliki ini,
dan bila kita bergerak (memohan kepada Allah) tentunya kita akan memohon dengan
penuh harapan, dan di sini lah satu latihan pengharapan kepada Allah yang kita
lalui. Kalau kita amati betul betul, latihan pengharapan ini juga kita lalui
apabila kita menolong orang, saperti mengubat orang sakit, semasa kita bergerak
tentunya pengharapan kita kepada penyembuhan kepada orang yang kita rawat itu
amat tinggi, dan Allah sangat suka kepada orang orang yang hanya mengharap
kepada “Dia”.
Pengharapan ini lah yang kita lakukan pada tiap
tiap permohonan atau masa kita bergerak, dengan penyerahan yang sungguh sungguh
kepada Diri sebenar Diri dimana dia yang berbuat untuk keperluan kita dan
dengan bertawakal yang tinggi kepada Allah yang maha besar insyaallah
dimakbulkannya apa juga keperluan dan keinginan kita.Telah di terangkan di atas
bagaimana caranya kita bergerak atau memohon kepada Allah dan penyerahan kepada
Diri dimana Dia yang berbuat atau memohon kepada Allah, Permohonan permohonan
saperti….Minta Ampun… Keredhaan….. Selesai dan termasuk juga cara mengubati
orang sakit dan Diri sendiri…Kita beri contoh lagi untuk mudah di fahami cara
cara membawa ilmu ini selain cara permohonan yang di terangkan di atas: Katakanlah
kita ada masaalah dan kita fikir akan masaalah kita itu, kita fikir atau kita
bercakap kepada Diri kita sendiri (berkata dalam hati) “Macam mana aku nak
selesaikan ……………….………………(masaalah sdr..) aku dah tak tahu nak buat apa dah
ni”..kita tenang kan Diri dan fikiran, dan kita akan rasa satu rasa yang timbul
di jari jari kita dan ianya mula bergerak, apa yang perlu di lakukan hanyalah
serahkan kepada yang timbul itu serta tumpukan perhatian kita kepada rasa yang
terasa itu, dan insyaallah dia (Diri sebenar Diri) akan menyelesaikan segala
masaalah yang kita fikirkan tadi .
Apa yang berlaku dan apa yang harus kita lakukan
adalah mengikuti nya dan membawakannya, tak ubah seperti perjalanan Nabi Musa
dengan Nabi Khaidir yang di riwayatnya dari Surah Al Kahfi Juz ke 15 ayat 60-
74 Nabi Musa hanya disuruh Tuhan belajar ilmu pengetahuan daripada Nabi Khaidir
dengan syarat pertama sabar dan kedua hanya mengikut berjalan dengan apa yang
telah di perbuat tanpa banyak soal tentang apa yang di lakukan oleh Nabi
Khaidir .Kita juga harus mengikuti akan gerak dan kerjanya tanpa banyak soal
dengan menggunakan akal fikiran kita, atau kata lain serahkan sahaja kepada nya
tanpa menggunakan akal fikiran kita, dan yang perlu hanyalah tumpukan fikiran
kepada rasa yang terasa itu kerana di situ lah letaknya segala rahsia.
PERMOHONAN TAMBAHAN UNTUK DI JADIKAN AMALAN KITA
Selain dari permohonan asas saperti diatas dan juga permohonan permohonan (Doa)
lain lain mengikut keperluan kita ada juga permohonan atau di panggil gerak
yang mana akan insyaallah mempertingkatkan lagi tahap amalan dan kehidupan
harian kita serta kefahaman tentang ilmu ini.Anda akan diajar setelah di
Ijazahkan PENGALAMAN PENGALAMAN Dalam membawakan ilmu ini ramai pengamal
pengamal yang mengalami peristiwa peristiwa pelik dan ganjil dan ini memang
perkara biasa dalam ilmu ini.
Tujuan di paparkan disini semata mata untuk di
ambil iktibar, menjadi pengajaran dan pengalaman yang berguna kepada ahli ahli
yang lain sekiranya berlaku keadaan yang sama.
1. Ramai yang melihat cahaya di tapak tangan dan
juga di hujung jari jari mereka.
2. Gerak Sembahyang.
3. Melihat Diri Sebenar Diri keluar dari
jasadnya, dan biasanya ia keluar dari sebelah kanan dan duduk depan kita dan
bila ia masuk kembali ke jasad ia akan memasuki jasadnya dari sebelah kiri.
4. Merasai pengalaman terawang awang di udara,
5. Melihat cahaya biru di tempat sujud di
sejadah.
SEJARAH BAPAK DR. BAGINDO MUCHTAR
Muchtar bin Uddin atau lebih dikenali sebagai
Bapak Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D. adalah pengasas (founder) Ilmu Mengenal Diri.
Rujukan utama kepada pengetahuan Mengenal Diri yang beliau pelopori terkandung
di dalam buku beliau yang bertajuk 'Diriku Yang Kukenal.' Buku ini adalah tesis
yang melayakkan beliau untuk dianugerahkan ijazah kedoktoran (PhD) oleh St.
Olav Academy, Perancis. Bapak Dr. Bagindo Muchtar dilahirkan pada tahun 1916 di
Pariaman, Padang, Sumatra. Ayahnya seorang dukun yang terkenal di daerah
Pariaman dan seperti lain-lain dukun tradisional Melayu, beliau menggunakan
serapah jampi dan mantera dalam upacara pengubatannya.
Dalam tesisnya Bapak Dr Bagindo Muchtar
merakamkan bahawa beliau pernah dijadikan anak angkat "oleh seseorang yang
kemasukan untuk mendapat benda atau untuk keperluan sesuatu". Nyatalah
bahawa sejak zaman kanak-kanak lagi beliau sudah terdedah kepada suasana mistik
dan kebatinan, justeru tidak menghairankan juga jikalau Bapak Dr Bagindo
Muchtar ikut tertarik kepada hal-hal kebatinan.
Bapak Dr. Bagindo Muchtar menjadi seorang anak
yatim sejak kecil lagi. Beliau mempunyai bapa tiri (apabila ibunya menikah
lagi) yang menurut beliau sendiri "boleh dikatakan sayang tidak, benci pun
tidak". Ibunya bagaimana pun sangat menyayangi beliau, kerana beliaulah
anak lelaki yang sulung dan kepadanya terletak harapan di hari-hari tuanya.
Bapak Dr Bagindo Muchtar mempunyai seorang adik
kandung lelaki dan seorang adik perempuan dari lain bapa. Pada ketika iktisar
ini ditulis, adik perempuannya tinggal di luar kota Jakarta. Sungguhpun
demikian, ibunya yang dikasihi telah pulang ke Rahmatullah sebelum sempat
beliau memenuhi segala harapan dan cita-citanya. Pada tahun 1935, iaitu ketika
berusia 19 tahun dan baru tamat sekolah Belanda (IH), beliau telah merantau
keluar dari daerah Padang. Destinasi pertamanya ialah Jambi dan di sana beliau
bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat minyak. Peningkatan dalam bidang
pekerjaannya sangat mendadak sehingga dalam tempoh yang singkat ditukar ke
bahagian carigali minyak di tengah hutan belantara Jambi. Sungguhpun begitu,
kiriman wang kepada ibunya saban bulan tidak pernah putus.
Pada tahun 1938 beliau diijabkabulkan dengan
anak pamannya (bapa saudaranya) yang bernama Nurmali Syamsudin dan mereka
dikurniakan tiga orang anak yang kesemuanya perempuan; yang sulung Hajjah Elly
Salam Ghani, Hajjah Mulyati Djonhar yang tengah dan Suryati Muchtar yang
\bongsu. Dari Jambi Bapak Dr. Bagindo Muchtar dan keluarganya berpindah ke
Palembang dan bekerja dengan Bata Shell Petrolium Maskapai (BPM). Setelah
kira-kira 20 tahun bekerja di Palembang, satu peristiwa aneh telah berlaku ke
atas dirinya; ada suara menyuruh beliau berhenti kerja. Suara itu
berturut-turut datangnya hingga ke beberapa hari, lantas menimbulkan tanda
tanya, apa maksud kesemua ini? Kejadian aneh itu direnung, ditenung dan
ditimbang, sehingga beliau memutuskan untuk berhenti kerja. Kali pertama beliau
menemui majikannya untuk minta berhenti kerja, permohonannya ditolak begitu
sahaja dengan alasan bahawa tenaganya masih diperlukan. Dicuba lagi kali kedua,
namum ditolak juga dengan alasan yang sama. Sampai satu ketika beliau
memperolehi akal untuk mendapatkan surat doctor bagi ‘mengesahkan’ bahawa
beliau sakit dan tidak boleh berkerja lagi.
Dengan surat pengesahan itu, permohonan beliau
untuk berhenti kerja diterima dan diberi pula ganjaran (gratuity) yang agak
lumayan oleh majikannya. Dengan wang ganjaran berkenaan beliau bersama
keluarganya pindah ke Jakarta dengan tujuan untuk membeli sebuah rumah dan
dengan wang selebihnya pula beliau mahu berdagang. Beliau mendapati bahawa kota
Jakarta tidak sesuai baginya, lalu terus ke Bogor. Bogor memikat hatinya, apa
lagi dengan suasananya yang aman, udaranya yang nyaman dan tenteram pula.
Cita-cita membeli sebuah rumah untuk keluarganya tercapai di Bogor.
Meskipun baki wang ganjaran itu tidak banyak,
beliau masih boleh jadikan wang untuk berdagang. Kehendak dari kita, namun
ketentuan hanya dari Tuhan. Di Bogor beliau menghadapi cubaan yang sangat
berat, iaitu apabila isterinya (Ibu Nurmila Syamsudin) jatuh sakit dan kemudian
meninggal dunia “akibat dari buatan ahli keluarga isterinya sendiri dengan
dibantu oleh seorang dukun; katanya mengubat akan tetapi kenyataanya tambah
memperdalamkan penyakitnya”. Isteri dikasihi dan dicintainya, yang banyak tahu
dan mengerti padanya, dan yang telah bergaul sebagai suami isteri kira-kira 17
tahun, dengan suka duka mereka lalui bersama, meninggal pada hari Isnin 27
Februari 1955.
Dicatatkan oleh Bapak Dr. Bagindo Muchtar bahawa
sebenarnya rencana dari pihak ahli isterinya itu adalah terhadap badan dirinya
dengan tujuan untuk dapat menguasai apa yang ada padanya. Mereka mengsyaki
beliau memiliki banyak harta simpanan seperti emas dan sebagainya. Namun
begitulah, beliau sendiri yang dituju, isteri tercinta pula yang jadi mangsa
tak berdosa. Setelah isterinya meninggal, timbul pula tuduhan terhadap dirinya
bahawa beliau adalah punca isterinya jatuh sakit dan meninggal dunia. Malah
diperkatakan pula bahawa beliau sendiri membunuh isterinya.
Keterangan-keterangan daripadanya tidak diendahkan oleh masyarakat sekeliling,
bahkan adik kandungnya sendiri tidak memihak kepadanya.
Dalam thesis Bapak Dr. Bagindo Muchtar
mencatatkan “… kerana telah terlebih dulu dikuasai dan dipengaruhi oleh pihak
dukun dan ahli keluarga isterinya.” Tambah Bapak lagi “… beliau dihukum tanpa
diadili, tidak bersalah dikatakan bersalah, kemerdekaan dirampas dan
harta-benda yang tak seberapa dikuasai pula.”Tubuhnya pada waktu itu sangat
letih dan lemah kerana menghadapi peristiwa yang berlaku terhadap badan dirinya
dan isterinya; berjaga-jaga siang dan malam, menangkis segala macam serangan
yang datang.
Dikala itu beliau berasa seolah-olah ada yang
mendampinginya, iaitu yang ghaib melindunginya untuk bisa bertahan bagi
menghindar hal-hal yang tidak baik terhadap badan dirinya. Malah dikala itu
juga, beliau berasa hubungannya dengan Tuhan sungguh dekat, kerana ingatan
serta pasrah semata-mata kepada-Nya. Pada waktu itu beliau hanya bertekad mahu
menuntut keadilan. Namun keadilan itu tidak mungkin diperolehi dari masyarakat.
Beliau tidak mengadu hal yang berlaku kepada pihak polis, kerana semua hal
tidak mempunyai bukti yang nyata.
Justeru, beliau bertekad mencari Tuhan
semata-mata hendak menemui-Nya untuk memohon keadilan. Hanya itulah tujuannya
waktu itu; menemui Tuhan untuk minta diadili, memohon keadilan
semata-mata.Memohon keadilan, seperti yang sudah sekian lama dilakukannya;
berdoa kepada Tuhan semata-mata. Namun pada malam Jumaat itu, dia berasa
tangannya seperti dikuasai oleh sesuatu denyut rasa yang aneh lalu kedua-dua
belah tangannya bergerak, bergerak, bergerak dan bergerak Sesudah selesai
sembahyang maghrib pada satu malam Jumaat, beliau menadah tangan memohon
keadilan kepada Allah s.w.t.
Itulah usahanya. Beliau tidak dapat menguasai
(control) pergerakan itu, lalu dituruti pergerakan tangannya, sambil melafazkan
“Lailaha il-Allah” dengan penuh kehairanan. Kejadian yang sama berulang-ulang
pada malam kedua dan ketiga, malah beliau mula bercakap sendirian ketika
‘bergerak’. Dan beliau menyedari bahawa tenaganya mulai pulih, kesihatannya
semakin baik dan fikirannya semakin mantap.
Apabila beliau dapati surat-surat penting
seperti hakmilik rumah, barang-barang perhiasan, pakaian dan lain-lain barang
berharga sudah tiada di almari, beliau mulai bertindak. Dengan perantaraan
seorang sahabatnya, beliau minta disampaikan supaya kesemua barang-barang
miliknya dikembalikan dalam waktu yang singkat. Malah beliau memberi amaran
jikalau itu gagal dilakukan, beliau akan membawa persoalan ini kepada pihak
polis.
Alhamdulillah. Pihak yang ‘memindahkan’
barang-barang berkenaan dari orang-orang tertentu telah bertindak memulangkan,
meskipun tidak kesemuanya. Namun, perasaan tidak puas masih menyelubungi
hatinya yang mahu kepastian dari seseorang yang lebih tahu mengenai peristiwa
yang telah beliau hadapi; iaitu siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah.Seorang
jiran menganjurkan supaya beliau menemui seorang ulama besar di Jawa Barat,
yang sering didatangi orang dan pembesar-pembesar, pun tidak ketinggalan alim
ulama dan konon khabarnya satu-satunya ahli falak yang terpandai dan ternama di
Indonesia.
Beliau diberitahu oleh ulama berkenaan bahawa
dalam perkara itu memanglah beliau di pihak yang benar dan pihak yang melakukan
kerja jahat (dalam kes almarhum isterinya) adalah ahlinya sendiri.Sejak itu
mulailah ada ketenangan dalam hatinya, namun rasa ingin membuktikan
kebenarannya tatap masih terkesan dihatinya. Bersama anak-anaknya beliau pulang
ke kampung halaman iaitu di Pariaman, Padang. Namun puteri-puterinya yang masih
kecil sering pula bertanyakan mengenai ibu mereka. Bapak Dr. Bagindo Muchtar tidak
sampai hati mendengar pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya yang masih kecil, lalu
memutuskan untuk menikah lagi iaitu dengan Ibu Hajjah Hasnah.
Ibu Hasnah bagaimanapun tidak mempunyai anak
dengan Bapak Dr. Bagindo Muchtar. Sesudah sebulan bernikah, Bapak Dr. Bagindo
Muchtar mengambil keputusan untuk merantau bersama-sama dengan Ibu Hajjah
Hasnah dan ketiga-tiga orang puterinya. Kali ini mereka sekeluarga pergi ke
Jambi. Di Jambi, Bapak bekerja disebuah syarikat carigali minyak. Seorang teman
sejawatnya telah meminta pertolongan Bapak untuk mengubat isterinya yang sakit
sudah hampir dua tahun lamanya; sakitnya akibat perbuatan jahat. Pada temannya
itu dia melihat kembali peristiwa yang pernah dialaminya sendiri. Beliau berasa
sedih lalu memberi pertolongan kepada isteri temannya.
Sesudah satu bulan, dengan izin Allah, isteri
temannya kembali pulih seperti biasa. Beliau bagaimanapun menasihati temannya
supaya meninggalkan Jambi, kerana temannya punya banyak musuh di Jambi. Justeru
menghindar adalah lebih baik, Bapak sekeluarga dan temannya itu berpindah ke
Medan. Di Medan temannya tinggal di rumah keluarganya sendiri, sementara Bapak
sekeluarga pula tinggal di rumah keluarganya sendiri.
Di Medan, nama beliau mulai disebut-sebut orang,
khususnya dalam bidang tolong-menolong, sosial atau di bidang perubatan. Tidak
berapa lama di Medan, peristiwa ghaib yang beliau alami semasa di Bogor sewaktu
isterinya baru meninggal dialami kembali. Beliau mulai bercakap-cakap
bersendirian dan tidak mahu makan, malah minum kopi hanya seteguk sahaja. Apa
yang diperlakukan orang terhadap badan dirinya diceritakan kesemuanya, sampai
keluarganya di Medan menganggap beliau sudah tidak siuman lagi.
Namun, kejadian-kejadian pelik itu juga
menyebabkan beliau mula dikenal oleh bomoh-bomoh, pawang-pawang, orang-orang
kebatinan dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang mencuba atau menguji
dengan ilmu atau kepandaian masing-masing. Tetapi Alhamdulillah, dengan izin
Allah, cubaan, ujian atau dugaan mereka tidak menjejaskan, malah ‘tenaga ghaib’
anugerah Allah itu dapat diketahuinya dengan lebih mendalam.
Namanya terus jadi sebutan masyarakat
sekeliling, malah mereka tidak lagi mendatangi bomoh atau pawang di daerah itu.
Sebaliknya mereka datang kepada beliau. Hal ini tentulah menimbulkan rasa tidak
senang dan iri hati bomoh dan pawang di daerah itu terhadapnya. dari aku
cebisan diri detik ini 12:38:00 AM Bapak Dr. Bagindo Muchtar bagaimanapun
tidak duduk di rumah sahaja, tetapi mengembara dari satu daerah ke satu daerah
di seluruh pulau Sumatera; ke Palembang, Siantar, Tebing Tinggi, Pelabuhan
Miri, malah ke seluruh daerah atau jajahannya.
Apabila kembali ke Medan, beliau melapangkan
masa menemui orang-orang yang datang meminta tolong, sementara pada malam
harinya pula dikhaskan untuk membimbing, memberi kuliah, berjalan bersama-sama
dengan murid-muridnya. Sejak itu beliau dikenali di Medan sebagai ahli sarjana
atau ahli ilmu tasawuf. Setelah dua tahun di Medan beliau sekeluarga berpindah
ke Padang. Kira-kira dua bulan di Padang, beliau pindah pula ke Palembang.
Disana beliau terus mengajar dan memberi pimpinan kepada orang-orang yang
berminat dengan ilmunya. Di sinilah (kira-kira tahun 1958) beliau mula
menulis/mengarang bukunya ‘Diriku Yang Kukenal.’ (Penulisan buku ini tamat
kira-kira 10 atau 11 tahun kemudian dan dikemukakan ke St. Olav’s Academy,
Perancis, sebagai tesis untuk melayakkannya memperolehi ijazah ‘Doctor of
Philosophy’ yang diterimanya pada hari sabtu 12 Jun 1971)
Beliau masuk ke Singapura pada tahun 1960 dengan
perantara Nasir Adnin dan pada kali keduanya ke Singapura beliau bersama Nasir
masuk ke Malaysia (Tanah Melayu) melalui Johor Bahru dan kemudian terus ke
Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain. Apabila berlaku konfrantasi
Malaysia-Indonesia pada tahun 1963, beliau yang ketika itu berada di Malaysia
terpaksa balik ke Indonesia bersama Nasir melalui jalan darat dari Sabak Bernam
ke Kelantan, Golok, Narathiwat dan terus ke Bangkok. Dari Bangkok mereka
menaiki kapal membawa beras ke Jakarta. Apabila konfrantasi berakhir pada tahun
1966, beliau bersama Nasir datang semula ke Singapura dan Malaysia. Sejak itu
Bapak semakin kerap datang ke kedua-dua negara berkenaan secara bersendirian.
Namun, pada pertengahan 1971, beliau dilarang masuk ke Singapura. Beberapa
orang ‘anak didik’ Bapak Dr. Bagindo Muchtar sendiri dikatakan telah membuat
laporan yang menyebabkan pihak Imigresen mengambil ketetapan untuk melarang
kemasukan beliau ke negara berkenaan.
Pada tahun 1972, beliau sekeluarga pindah ke
Jakarta dan sering berulang-alik ke Malaysia, apatah lagi semasa suami kepada
anak yang sulung, Haji Salam Ghani berkhidmat di Kedutaan Indonesia di Kuala
Lumpur. Pada tahun 1973, iaitu ketika dalam siri lawatan ke Malaysia dan
sewaktu mahu berangkat pulang ke Jakarta, beliau mengalami muntah darah. Keberangkatan
pulang dibatalkan dan beliau dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur oleh
anak dan menantunya Haji Salam Ghani. Beliau kemudian dipindahkan dari rumah
Hospital Besar Kuala Lumpur ke Hospital Lady Templer, Cheras. Beliau tinggal di
hospital berkenaan selama dua bulan. Walaupun dibenarkan pulang ke Indonesia,
beliau sering datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil ubat dan menemui
orang-orang kepercayaannya iaitu Haji Kamarudin Amin, Haji Jamil Samad, Mejar
(B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.
Pada tahun 1975, beliau ke Malaysia dalam
rencana lawatan selama dua bulan. Namun baru sebulan sahaja berada di Malaysia,
beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Jakarta. Sekembalinya dari lawatan
itu, beliau jatuh sakit, tetapi masih berhasrat untuk ke Malaysia semula. Pada
malam hari raya Aidilfitri beliau mulai payah bernafas dan pada keesokkan
harinya dimasukkan ke rumah sakit. Beliau ditempatkan di wad jantung selama dua
hari. Pada hari Jumaat 10 Oktober (jam 04.00 pagi waktu Jakarta), dihadapan
isteri keduanya Ibu Hajjah Hasnah, ketiga-tiga puterinya, menantunya Haji Abdul
Salam Ghani dan seorang anak didiknya bernama Ibu Yasmimar Alwi, Bapak Dr.
Bagindo Muchtar pulang ke Rahmatullah.
Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim, Lunas,
Kedah.
Biodata ini dipetik dari Koleksi Kuliah Edisi
2003 Pulau Pinang oleh Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim (Allahyarham) Saya
menerima nya di Jelutung, Pulau Pinang. HASIL PENA ......... OSMAN HADI
Sumber 2 : http://bukamembuka.blogspot.com/2015/04/mengenal-diri-sebenar-diri-kaedah-bapak_7.html