Siapakah Yang Lebih Berkuasa Antara Allah Dengan Syaitan?
Antara Allah dengan syaitan, siapakah yang lebih berkuasa?. Ada yang menghantar sms kepada saya yang mengatakan sebelum kita mengenal Allah, hendaklah terlebih dahulu mengenal syaitan!. Apakah pendapat tuan tentang pertanyaan itu?……………………..
Tidak ramai yang berani menyuarakan persoalan ini, maka saya tinggalkan sajasehinghga ada yang bersuara!.
Nak kata Allah berkuasa, kenapa Allah tidak matikan syitan itu sedari dulu, biarpun antara Allah dengan syaitan sudah buat perjanjian!.
Allah kan tahu yang syaitan itu, mengajak supaya tidak bertuhan dan tidak meyembah Allah, kenapa Allah biarkan syaitan bermaharaja lela diatas muka bumi ini, seolah-olah Allah akur dengan apa yang dikerjakan oleh syaitan?. Tidak mampukan Allah mematikan syaitan, sedang bomoh kampong pun boleh mematikan syaitan dan memenjarakan jin (dikurung dalam botol), kenapa Allah tidak boleh patahklan pekerjaan syaitan?.
Tidakkah tertanya-tanya dibenak tuan-tuan?. Jangan takut dalam menuntut ilmu. Dalam menuntut ilmu kita kena berani, memang bermula denngan salah dulu, baru jadi lurus dan betul. Berjalannya kita ini bermula dengan jatuh bangun baru boleh berjalan sebagaimana sekarang? Salah dalam menuntut ilmu,diambil kira oleh Allah akan balasan baik!.
Kenapa Allah tidak boleh halang iblis atau syaitan?. Kurang pawer kah Allah itu?. sila beri komen ………………..
12hb Dic jam 10.51
Saya mendapat komen dari salah seorang pembaca blog, yang menuduh saya melebihi syaitan dari Allah!.
Sebagai orang Islam, kita hendaklah mempercayai bahawa Allahlah yang berkuasa. Berkuasanya Allah itu, hendaklah kita yakini sebagai penganut agama Islam, bahawasanya Allah itu, melebihi makhluk ciptaanNya.
Saya timbulkan soalan ini, adalah bertujuan supaya tuan-tuan mengenal siapa syaitan atau iblis dengan senyata-nyatanya. Dengan mengenal iblis, akan membawa kita tidak terkeliru, mana satu gerak Allah dan mana satu gerak syaitan. Kiranya kita tidak belajar dan tidak tahu syaitan itu dengan sebenar-benar mengenal, kebimbangan tuan-tuan tertukar antara Allah dengna iblis!.
Mari kita belajar mengenal siapa iblis, supaya kita dapat pasti atau dapat membezakankan yang mana dari Allah dan yang mana dari iblis!.
Ternyata, sebelum saya cerita, sudah ada satu komen dari pembaca blok yang mengatakan yang suruh kita makan tahi sesudah berak!. Inilah pembaca-pembaca atau ulamak zaman sekarang, mudah sangat meletak hukum dan cepat sangat menuduh salah!. Belum lagi saya cerita, sudah tahu menghukum salah!.
Bagaimana saya nak berkaria, belum tunasnya tumbuh, sudah dipatahkan pucut!………………….
Untuk tidak menimbulkan lebih banyak fitnah. Lebih baik saya lupakan sahaja bab ini!. drp hj shaari