UNIVERSITI QALBU MUKMIN. Universiti Sepanjang Hayat Hj.Shaari?
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Saya Hj.Shaari telahpun menubuh sebuah Universiti ?.
“Universiti Qalbu Mukmin” (universiti sepanjang hayat) !
Saya tidak punya tanah untuk menapakkan bangunan Universiti, saya tidak punya wang untuk menawarkan jawatan pensayarah!. Untuk itu, saya tubuhlah Universiti sendiri yang bertapak didalam Qalbu mukmin dan berpensyarah kepada diri saya sendiri!. Jadi tidak perlu kepada tanah atau wang untuk bayar gaji pensyarah!.
Bagi sesiapa yang sudi melanjutkan ilmu, sila daftar hati tuan-tuan kedalam kampus web. side Makrifattokkenali.com.
Bidang ilmu: Hanya dua, iaitu ilmu hakikat dan ilmu makrifat!
Lokasi Universiti atau alamat Universiti Qalbu: Qalbu Para Mukmin, kg. jalan mati sebelum mati, Daerah ilmu hakikat dan makrifat, Negeri Baqo’ Billah, pos kod 000000″kosong”, Kelantan Darul Naim !. Inilah alamat surat menyurat yang pasti sampai.
Bayaran masuk: Hendaklah dibayar dengan hati yang ikhlas!. (tak perlu wang pendaftaran masuk). Tuan-tuan tak perlu bawa wang ringgit atau mas perak untuk masuk Universiti saya, cukup hanya sekadar bawa “hati Ikhlas”.
Fakulti atau bidang ilmu: hanya ada tiga bidang ilmu,
1) Pelajaran awal: Mengenal diri
2) Pelajaran akhir: Mengenal Allah
3) Pelajaran penutup: Jangan sampai terlihat adanya diri!.
Tarikh Tutup: Tidak ada tarikh tutup !. Marilah kita beramai-ramai mendaftar diri kedalam Universiti Qalbu Mukmin, Universiti sepanjang hayat hj Shaari.
Kita juga tak lama lagi, akan menubuhkan sebuah hospital rawatan. Hospital khas bagi tujuan rawatan untuk mempercepatkan mati iaitu (mati sebelum mati!). Kepada sesiapa yang rasa-rasa berhajat kepada mati sebelum mati, bolehlah masuk hospital saya. Alamat hospital ini, adalah juga sama dengan alamat Universiti, iaitu hospital “Qalbu Mukmin”.
Maaf, sekadar melawak dengan tuan-tuan. drp hj Shaari