By Adnan Dahalan
SIFAT DUA PULUH
SIFAT DUA PULUH
SIFAT MAKNAWIYAH.
Apakah maksud sifat maknawiyah?
Pengertian sifat maknawiyah itu, membawa maksud sifat kekuasaan Allah, menjadi tempat pergantungan segala rupa (sifat), nama (asma'), berperangai (fe'el) dan pergantungan segala berzat (roh) krpadanya. Maknawiyah adalah tempat bergantungnya sifat ma'ani. Contohnya, bergantungnya sifat mendengar kepada pendengaran Allah, bergantung sifat melihat kepada penglihatan Allah dan begitulah seterusnya. Seumpama sifat cahaya (ma'ani) yang bergantung harap kepada sifat matahari (maknawiyah).
Begitu jugalah hubungan di antara sifat maknawiyah dengan sifat ma'ani, sebagaimana sifat ma'ani, sebegitulah rupanya sifat maknawiyah. Sebagaimana ciptaan, sedemikianlah penciptanya. Sebagaimana hasil, sedemikianlah acuannya. Sebagaimana yang awal sedemikianlah akhirnya, semuanya itu, adalah satu dari segi zatnya, cuma berbeza pada panggilan nama. Sifat Allah dengan hasil nukilannya seumpama bercerai tidak bersatu tiada. Pencipta (zat) dan ciptaan (sifatnya) adalah satu. Sifat bukan zat tetapi tidak lain dari zat. Sifat ma'ani dengan sifat maknawiyah, seumpama wajah orang yang menilik, dengan bayangan wajah di dalam cermin. Sifat maknawiyah bermaksud adalah bagi menggambarkan kekuasaan Allah. Sifat bagi menggambarkan akan kehebatan kekuasaannya.
Sebagaimana kuasanya Allah itu, sebegitulah besarnya Dia. Walau bagaimana besar dan kuasanya Allah itu, tidak bermakna tanpa ciptaannya (makluk kejadiannya). Tanpa kejadian alam dan tanpa penzahiran makhlok, segala kehebatan, kekuasaannya, dan segala kehebatan kebesaranNya tidak akan dapat diterjemah dan diperzahirkan untuk dilihat makhlukNya.
Kekuasaan Allah di dalam sifat maknawiyah, diterjemah melalui sifat ma'ani, manakala sifat ma'ani pula, diterjemah melakui pancaindera kita. Kejadian dan penzahiran sifat makhloknya yang bersifat ma'ani. Allah yang bersifat dengan segala keperkasaan pengetahuanNya, ianya tidak membawa apa-apa makna, tanpa diterjemahkan melalui diri kita ( sifat makhlok ).
Sifat kepandaian yang ada pada kita itu, sebenarnya ilmu Allah, dengan itu, walau setinggi manapun darjat kepandaian kita, kita tetap selaku hamba disisi Allah. Oleh itu janganlah kita bersifat sombong dan angkoh bila berada dan berjalan dibumi Allah. Dengan sifat mata yang cantik, wajah yang ayu, kuasa yang besar dan kekayaan yang menimbun, jangan pula menjauhkan dari mengingati Allah. Ingatlah segala sifat yang ada pada kita itu adalah wajah bagi Allah. Hendaknya kita itu, bersifat rendah diri, pemalu, tidak sombong, murah hati dan bersifat sopan santun di dalam menzahirkan sifat Allah atas diri kita. Jangan bakhil atau kedekut dengan harta yang Allah hamburkan melalui kita, rajin-rajinlah bersedekah dan bantu membantu kepada orang yang memerlukan, samada dalam bentuk wang ringgit, mahupun tenaga dari anggota zahir. Semua sifat itu, bukannya untuk menggambarkan kebaikan atau kebesaran diri kita, tetapi bagi menzahirkan sifat kekeasaan Allah Ta'ala.
Maksud diperkenalkan ilmu sifat maknawiyah, adalah bertujuan supaya kita dapat memati, membinasa, dan mengembalikan sifat anggota jasad. Seumpamanya dengan membinasakan sifat mata, dengan sendirinya akan membinasakan pula sifat meluhat. Setelah kedua-dua sifat mata dan sifat melihat (basor) telah dapat dibinasakan (dikembalikan) kepada Allah, dengan sendirinya sifat basirun Allah (sifat yang memberi pengkihatan) akan dapat kita lihat.
Setelah ketiga-tiga sifat pancaindera, sifat ma'ani dan sifat maknawiyah dapat kita serahkan semula kepada Allah. Disitulah nantinya, kita akan dapat melihat, bahawa diri kita telah lebur, disitulah, kita akan dapat menatap dan memandang bahawa, semua yang ada itu, adalah wajah Allah. Tidak sempurna ilmu maknawiyah jika kita tidak mengembalikan ketiga-tiga sifat tersebut, jangan pula kita kembalikan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Seandainya dikembalikan sifat penglihatan sedangkan sifat mata tidak dikembalikan, ini tidak membawa makna dan konsep maknawiyah. Maknawiyah bukan sahaja sifat yang terletak pada kita, tetapi juga terletak pada sekalian makhlok alam seluruhnya. Termasuklah alam haiwan, alam bukit bukau, alam jin dan seluruhnya seisi alam.
Sifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam Maknawiyah ?
7 Sifat maknawiyah yang terkandung didalam sifat 20
1. Haiyun = Yang hidup
2. Alimun = Yang tahu
3. Muridun = Yang berkehendak
4. Qodirun = Yang berkuasa
5. Samiun = Yang mendengar
6. Basirun = Yang melihat
7. Mutakallimun = Yang berkata-kata.
2. Alimun = Yang tahu
3. Muridun = Yang berkehendak
4. Qodirun = Yang berkuasa
5. Samiun = Yang mendengar
6. Basirun = Yang melihat
7. Mutakallimun = Yang berkata-kata.
Apakah Bentuk Sifat Maknawiah ?
Sifat maknawiyah (sifat kekuasaan Allah Ta'ala), hanya ujud pada zat Allah, tidak memberi bekas kepada alam. Maknawiyah tidak boleh dikualiti atau dikuantiti. Maknawiyah adalah suatu sifat yang menggambarkan ketinggian, kebesaran dan kekuasaan Allah. Sifat kebesaran Allah itu tidak boleh diterjemahkan kepada penglihatan. Seumpama Allah bersifat tinggi atau besar setinggi dan sebesar mana Allah itu, tidak dapat dizahirkan melalui kuantiti penglihatan atau jangkauan akal. Tujuh sifat maknawiyah adalah tempat bergantung tujuh sifat ma'ani. Maknawiyah menanggung dan mendukungi sifat ma'ani. Sifat maknawiyah adalah tempat tumpang dan pergantungan sifat ma'ani.
Apakah Peranan Sifat Maknawiyah ?
Tujuan sifat maknawiyah dijadikan dan diciptakan Allah itu, adalah bertujuan untuk menzahirkan, mempernampak dan untuk memperlihatkan sifat kekuasaannya atas makhlok. Hendaknya dengan ciptaan sifat maknawiyah itu, makhlok akan dapat mengenal Allah melalui tujuh sifat kekuasaanNya.
Rupa alam ini, adalah merupakan bekas, bayang atau wajah Allah. Oleh itu bagi sesiapa yang berhajat untuk mengenal Allah, maka lihatlah alam dan jangan lupa untuk melihat pula kepada diri sendiri. Diri kita ini hanya bersifat ma'ani (tetamu) yang menumpang sifat maknawiyah Allah. Sifat maknawiyah Allah yang ternyata atas diri kita itu, adalah seumpama rumah, manakala sifat ma'ani pula seumpama tetamu. Diri kita ini, merupakan tetamu yang menumpang rumah Allah (ma'ani menumpang sifat maknawiyah). Sifat tuan itu hanya ada pada Allah dan bukan pada diri kita, kita hanya selaku hamba (tetamu).
Oleh itu kita jangan sekali-kali bersifat angkoh. Jangan anggkoh sesama manusia, apa lagi kepada Allah, kerana semua sifat yang ada pada kita itu adalah sifat menumpang, jadi sedarlah diri itu sikit. Selaku menumpang, buatlah cara menumpang, jangan pula tinggi kadok dari junjung. Untuk mengatakan alam ini merupakan Allah, sudah tentu kurang manis pada pandangan syara' dan tidak layak pada hukum, mana mungkin sifat Allah untuk disamakan dengan sifat makhlok, tetapi menurut pengajian ilmu makrifat dalam mentafsir sifat 20, telah mengisyaratkan bahawa, segala sifat yang bersifat itu, sebenarnya adalah sifat bagi Allah, segala nama yang bernama itu, adalah nama bagi Allah, segala perangai atau gerak geri yang bergerak itu, adalah gerak Allah dan segala zat yang berzat itu, adalah zat bagi Allah. Menurut kacamata ilmu makrifat, alam ini sudah binasa, sudah hilang ghaib dalam wajah Allah. Yang ada (yang wujud) hanyalah Allah. Jikalau pun ada yang bersifat wujud selain dari Allah, itu cuma sekadar bayangan nama dari hayalan akal.
Sifat Allah itu termasuk segala-galanya, yang batin mahupun yang zahir, termasuk sifat yang dulu mahupun sifat yang sekarang. Awal itu adalah Allah, maka akhir pun juga adalah Allah. Tinggal lagi cara mana kita memahami sifat 20 dan cara mana kita mentafsir sifat maknawiyah dan sifat ma'ani keatas diri kita. Ianya bergantung kepada cara mana kita meletakkan diri dalam wajah Allah dan cara mana wajah Allah itu, terletak pada diri kita. Bagi yang pandai meletakkan sesuai pada tempatnya disitu kita akan dapat melihat dan mengenal Allah melaluinya. Ianya saling berkaitan antara satu sifat dengan sifat yang lain. Alam mendukung dan mengandungi sifat ma'ani, manakala ma'ani pula didukungi dan dikandungi oleh sifat maknawiyah.
Maknawiyah pula didukung oleh sifat salbiah, manakala sifat salbiah pula mendukung kesemua sifat. Sifat ma'ani dan sifat maknawiyah (sifat menumpang dan sifat yang ditumpangi) adalah menumpang pula sifat salbiah Allah (sifat kebesaran dan kesempurnaan Allah)
Tujuan sifat maknawiyah dicipta adalah, bagi menyedarkan diri-diri kita semua, bahawa hidup ini, adalah kerana ada Yang Maha Menghidupkan, psndainya kita ini, adalah kerena adanya Yang Maha berilmu, kuasanya kita ini adalah kerana adanya Yang Maha Berkuasa, kemahuan kita ini adalah kerana ada Yang Maha Berkehendak. Makhlok tidak boleh hidup tanpa yang empunya hidup, makhlok tidak berfikiran tanpa yang empunya ilmu, makhlok tidak berupaya dan tidak berkemahuan, jika tidak dengan keupayaan dan kemahuan Allah swt.
Apakah Hubungan Sifat Ma'ani dan Maknawiyah Dengan Diri Kita?
Perhubungan diantara sifat ma'ani dengan sifat maknawiyah itu, adalah seperti berikut;
1. Bukan hayat yang hidup, sifat hidup yang ada pada hayat kita adalah bagi menyatakan dan menzahirkan haiyun yang ada pada zat Allah.
2. Bukan ilmu yang tahu, sifat tahu yang ada pada ilmu kita itu adalah bagi menyatakan dan menzahirkan sifat Alimun yang ada pada zat Allah
3. Bukan irodat yang berkehendak, sifat berkehendak yang ada pada irodat kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat muridun yang ada pada zat Allah.
4. Bukan kudrat yang berkuasa, sifat berkuasa yang ada pada kita itu adalah bagi menyata dan bagi menzahirkan sifat kodirun yang ada pada zat Allah.
5. Bukan samak yang mendengar, sifat mendengar yang ada pada kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat samiun yang ada pada zat Allah.
6. Bukan basor yang melihat, melihat yang ada pada kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat basirun yang ada pada zat Allah.
7. Bukan kalam yang berkata-kata, sifat berkata-kata yang ada pada kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat mutakallimun yang ada pada zat Allah.
Sifat ma'ani menumpang sifat maknawiyah, sifat maknawiyah pula menjadi tempat bergantungnya sifat ma'ani. Seumpama sifat penglihatan (ma'ani) bergantung kepada yang memberi penglihatan (makknawiyah), manakala sifat yang memberi penglihatan (maknawiyah) menumpang dan bergantung pula kepada Yang Maha Esa (salbiah). Mempelajari sifat ma'ani yang tujuh dan mempelajari sifat maknawiyah yang tujuh tidak akan memberi apa-apa menafaat, jika ianya tidak dihubungkaitkan dan jika tidak dirujuk kepada diri kita sendiri. Dengan cara menghubungkaitkan pelajaran sifat-sifat tersebut keatas diri kita, barulah ianya mendatangkan menafaat kepada diri.
Bagaimana cara untuk menghubungkaitkan sifat tersebut dengan diri kita ?. Kaedah untuk menghubung kaitkan sifat tersebut dengan diri kita adalah dengan cara melihat kepada sifat mata kita, yang berfungsi selaku untuk menzahirkan sifat basor (melihat), melalui basirun Allah (penglihatan Allah).
Begitu juga dengan sifat nyawa kita, yang berfungsi selaku untuk menzahirkan sifat hayat (hidup), melalui sifat haiyun Allah (penghidupan Allah). Apabila kita lihat sifat basor, sifat hayat, sifat sama', dan lain-lainnya, yang ada pada diri kita ini, hendaknya jangan kita lupa untuk memandang kepada tuan yang empunya sifat. Apa gunanya mata, jika tidak dilengkapi dengan penglihatan, apa gunanya telinga, jika tidak dengan pendengaran.
Segala penglihatan dan segala pendengaran kita itu, dari mana asal datangnya, jika bukan daripada Allah. Apabila kita tahu bahawa semua itu datangnya dari Allah, hendaknya jangan kita lupa akan asal usul diri kita. Bila kita tidak lupa asal usul, membuatkan kita tidak lupa kepada Allah selaku tuan punya kepada sifat yang ada atas diri kita ini. Apabila kita sedar bahawa sifat-sifat yang kita miliki dan yang ada atas diri kita ini sebenarnya adalah hak Allah. Dari itu jangan pula kita lupa untuk dikembalikannya semula kepada tuannya yang asal (Allah). Inilah kaedah mengenal sifat maknawiyah Allah atas diri kita. Apa sahaja ilmu yang kita belajar, semuanya menuju kepada penyerahan dan mengenal Allah Ta'ala.
Kita ada mata, telinga, mulut dan sebagainya, namun sifat-sifat tersebut, hanyalah sekadar menumpang sifat penglihatan, pendengaran dan kalam Allah. Sifat yang ada pada diri kita itu juga, hanyalah sifat sementara yang menumpang kasih dari sifat Allah. Setelah sedar yang diri kita sekadar menumpang, janganlah kita bersifat anggkoh, bakhil, kedekut, tamak, dengki, khianat dan jangan bersifat sombong. Buat apa sombong, sedangkan pakaian yang kita pakai ini, bukannya milik kita.
Jika kita sudah sedar bahawa itu adalah barang pinjaman, harapnya dikembalikan dengan seberapa segera yang boleh, jangan bertangguh-tangguh lagi. Jika ditangguh-tangguh, bimbang nanti kalau-kalau ajal terlebih dahulu datang menjemput sebelum sempat untuk dikembalikan.
Tujuh sifat ma'ani Allah dan sifat maknawiyah Allah itu, hanya akan dapat diterjemah melalui penzahiran sifat makhlok, seumpama anggota mata pada sifat ma'ani bermakna penglihatan pada sifat maknawiyah Allah, yang hanya dapat diterjemah melalui diri kita. Seumpama sifat pendengaran dan berkata-kata pada maknawiyah, bila diterjemah pada diri kita, ianya akan memperlihat dan mempamerkan sifat kekuasaan Allah atas sifat diri kita sebagai makhlok. Sifat dua puluh itu, adalah sifat Allah, sungguhpun begitu, kita hendaklah mentafsirkan ia ke atas diri kita, barulah kita dapat mengenal Allah melaluinya.
Dari itu juga, ianya menampakkan dan memperlihatkan lagi betapa kecil dan kerdilnya kita. Tanpa sifat-sifat Allah, kita bukanlah siapa-siapa. Kita tidak boleh berdiri sendiri, tanpa zat Allah. Bagi yang berpandangan, cuba-cubalah tiliki diri sendiri, dengan cara mengenal diri sendiri, InsyaAllah mudah-mudahan supaya Allah pula dapat kita knenal.
Renungi sedalam-dalamnya ke dalam diri masing-masing. Disitu akan kita temui diri kita yang sebenar dan temui juga akan kebesaran, kesempurnaan dan keagungan Allah. Sifat yang kita pakai dan sifat yang kita bawa ini adalah hak Allah Taala sepatutnyalah dan selayaknyalah dikembalikan dan dipulangkannya semula kepada yang berhak.
Diri kita tidak ubah seumpama sifat orang yang sudah mati. Sungguhpun orang mati ada mata, ada telinga dan ada mulut tetapi mata, mulut dan telinganya tidak dapat berfungsi apa-apa tanpa yang menghidupkannya. Yang menghidupkan ma'ani itu, adalah sifat maknawiyah Allah.
Pelajaran ini adalah semata-mata untuk menyedarkan kita, untuk menginsafkan kita bahawa, yang empunya penglihatan, pendengaran, suara, suami, isteri, anak, makan minum, kesihatan, pakaian, perlindungan tempat tinggal dan sebagainya itu, adalah datangnya dari Allah swt belaka dan bukannya dari hasil daya usaha atau titik peluh kita. Kebanyakkan dari kita tidak nampak dan tidak sedar, yang semua itu adalah datangnya dari Allah. Ada diantaranya, sengaja buat-buat tidak nampak.
Kebanyakkannya hanya pandang sifat mulut, hanya nampak sifat mata dan hanya lihat sifat telinga, tidak terpandang oleh mereka kepada yang empunya penglihatan, pendengaran dan tidak terpandang kepada tuan asal yang empunya segalanya. Sekali lagi marilah sama-sama kita kembali kepada Allah. Supaya dengan cara ini, kita memperolehi ketenangan jiwa, redho dengan apa yang berlaku, ikhlas dalam beribadah, jujur dalam pekerjaan dan membuatkan hati kita sentiasa berserah kepada Allah Yang Maha Esa.
Bagi yang masih tidak nampak, sesungguhnya mereka itu buta. Buta mata zahir dan buta mata hatinya. Selagi diri tidak dibinasakan (diserahkan) kepada Allah selaku tuan asal yang empunya segalanya, selagi itulah kita tidak akan dapat untuk membezakan antara sifat Allah dengan sifat diri kita. Apakah mereka sangka sifat diri kita sama dengan sifat Allah! Sifat Allah tidak sama dengan sifat makhlok, tetapi dalam masa yang sama, ianya juga tidak lain dari itu.
Hidup ini seumpama suara yang tersimpan di dalam halkum. Segala apa yang terjadi (terzahir) dan yang bakal terjadi itu, sudah sedia ada dalam pengetahuan Allah, sudah tertulis, termeterai dan terpahat di dalam ilmu Allah sejak azali lagi, tanpa berubah atau terpinda sedikitpun darinya. Segala kejadian itu, akan terjadi dan akan terzahir mengikut apa yang sudah tersurat, itulah makanya sebagai umat Islam, di sarankan supaya berserah diri dan menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Mengetahui.
Bagi mereka-mereka yang mengenal diri dan bagi mereka yang mengenal Allah, sifat diri yang dimilikinya sudah dianggap telah menjadi milik Allah swt. Anggaplah yang diri kita ini, sebenarnya telah mati (matikan diri kita sebelum kita mati), apabila tiba waktu mati yang sebenar, kita tidak lagi membawa apa-apa hutang, tuntutan dan dakwaan Allah.
Seandainya telah berjaya mengembalikan semuanya kepada Allah, jadilah mati kita itu, suatu mati yang suci, bersih dan diterima Allah. Mati para sufi, ambia', syahid dan mati dalam golongan para-para syuhada. Hubungan sifat ma'ani, dengan kita itu, adalah untuk menyatakan dan menzahirkan sifat hidup, berkuasa, mendengar, melihat, berkata-kata dan berilmunya Allah itu, dizahirkan oleh Allah melalui sifat makhloknya. Melalui sifat kita dan sifat makhloklah, Allah menzahirkan sifatnya.
Dari itu kita dapat mengenal Allah melaluinya. Jika tidak dijadikan makhlok, bagaimana untuk mempamerkan kebesaranNya. Bagaimana lahar gunung berapi yang ada diperut bumi memperkenalkan dirinya, jika tidak dizahirkan dengan cara memuntahkan laharnya kepermukaan bumi. Begitu juga caranya Allah memperkenalkan dirinya melalui sifat makhlok.
Bagaimana cara Allah memperkenalkan diriNya kepada kita, sebegitu jugalah caranya kita mengenal Allah.
Sebagaimana lahar gunung berapi memperkenal dan memperlihatkan dirinya dengan memuntahkan laharnya kepermukaan bumi. Begitu juga Allah memperkenalkan dirinya melalui penzahiran sifat makhlok. Dengan mencipta makhlok, Allah dapat menzahirkan dan memperkenalkan dirinya kepada makhlok. Dengan cara itu juga bagi sesiapa yang dihatinya berhajat untuk mengenal Allah, lihatlah kepada kejadiannya (makhlok), dengan cara melihat makhlok dan dengan cara melihat kepada diri kita sendiri, InsyaAllah bagi sesiapa yang berpandangan dan berhati basyirah, akan dapat memandang Allah melaluinya.
Allah memperkenalkan diriNya melalui makhlok dan melalui diri kita, kenapa kita, tidak dapat melihat Allah melaluinya!. Bagi yang tidak dapat nampak Allah melaluinya, sesunggihnya teramat sangat butalah hati mereka. Bagi yang dibuka Allah akan pintu penglihatan dan bibuka pintu pandangannya, pelajarilah sifat 20 dengan sempurna agar Allah juga dapat dikenal dengan penuh sempurna. Bertitik tolak dari sifat 20, kita tahu siapa diri kita dan hubungannya dengan Allah. Ilmu serta kefahaman kita dalam sifat maknawiyah, nantinya akan membawa kita kepada tahap mengenal diri dengan lebih mendalam dan sebenar.
Itulah tujuan diperkenalkan ilmu maknawiyah melalui sifat 20. Ilmu maknawiyah itu tercipta bukan untuk sekadar menjadi hafalan dimulut ulamak atau hanya sekadar coritan dihalaman kitab, diciptanya ilmu sfat maknawiyah dan sifat-sifat yang lainnya, adalah bertujuan untuk dihayati, diamati, dan diselami sehingga sampi kepada tahap mengenal Allah dan mengenal sifat hamba (diri sendiri). Supaya dengan cara itu, kita dapat membezakan antara sifat hamba dengan sifat khalik (tuan)
Setelah timbulnya kesedaran itu, akan hilanglah perasaan dakwaan diri. Dakwaan bahawa yang diri kita itu besar, kaya, kuat, alim, ulamak dan akan hilanglah perasaan kebesaran diri. Apabila hilang sifat kebesaran, maka timbullah sifat kerendahan diri. Kesedaran bahawa diri kita ini bersifat seorang hamba yang fakir, hina, merendah diri, serba kekurangan, daif dan miskin yang perlu balik semula kepangkuan Yang Maha Berkuasa.
Bagaimana Cara Untuk Berpegang Kepada Sifat Maknawiyah ?.
Pengajaran dan iktibar yang dapat kita ambil dalam kaedah mengenal diri melalui sifat maknawiyah adalah bahawasanya di peringkat ini, Allah telah menzahirkan tujuh sifat-sifatNya sebagaimana diatas, yang disandarkan ke atas diri makhlokNya (diri kita). Oleh itu untuk melihat Allah lihatlah kepada sifat maknawiyah. Maknawiyah adalah seumpama limpahan lahar gunung berapi. Semasa lahar masih berada di perut bumi, tidak ada siapa yang mengenalinya, selepas laharnya diluahkan kepermukaan bumi, barulah kita kenal apa itu lahar.
Begitu juga halnya dalam kaedah Allah, untuk memperkenalkan diriNya kepada kita. Untuk diriNya dikenali, maka dizahirkanlah sifat maknawiyah seumpama sifat yang maha memberi penglihatan (basirun), dilahirkan melalui sifat basor (melihat) dan diterjemahkan atas mata kita. Sifat yang maha memberi pendengaran (sami'un), dizahirkan melalui sifat sama' (mendengar) dan diterjemahkan atas telinga kita. Begitulah seterusnya cara Allah memperkenal dan memperzahirkan sifatNya kepada kepada kita.
Bertitik tolak dari situ jugalah, membuatkan kita dapat mengenal Allah melaluinya. Melalui penglihatan, pendengaran, akalan, tutur kata dan sebagainya, yang membawa kita kepada mengenal sifat diri sendiri dan mengenal pula sifat Allah. Sekarang baru kita sedar dan baru kita kenal diri kita yang sebenar bahawa segala sifat penglihatan, pendengaran dan seumpamanya yang selama ini dianggap hak kepunyaan kita, sesungguhnya semua itu, merupakan hak milik Allah dan bukannya hak milik kita, dengan itu kembalikanlah kepadaNya.
Kuasa yang ada pada diri kita ini, sebenarnya merupakan kiasan Allah keatas diri kita, kiasan bagi memperlihatkan sifat kekuasaan diriNya. Dari sifat kekuasaan diriNya itu, supaya dapat pula dipandang dan dilihat oleh sekalian makhlok. Supaya melalui penzahiran sifat kekuasaan Allah itu juga, mudah-mudahan bagi yang berpandangan jauh (tasauf) dan bagi mereka yang berhati basirah, akan dapat mengenal Allah melakuinya. Dengan terzahirnya sifat ma'ani atas diri kita, Allah telah menumpangkan pula sifat maknawiyahNya ke atas sifat ma'ani. Seumpama Allah jadikan mata, kemudian Allah menumpangkan pula sifat penglihatanNya keatas mata. Dari situ membuatkan kita tahu dan sedar bahawa sifat ma'ani dan maknawiyah itu, sebenarnya sifat Allah dan bukannya sifat kita. Apabila kita tahu yang ma'ani dan maknawiyah itu sifat Allah, bermakna sifat mata dan sifat penglihatan kita itu juga adalah hak milik dan kepunyaan Allah. Jadi, mana yang dikatakan sifat kita dan mana yang dikatakan sifat diri kita, jika semuanta menjadi milik dan kepuntaan Allah!.
Sedarlah duhai diri kita sekalian, bahawasanya sifat diri kita yang sebenarnya, telah tidak ada, telah diambil oleh Allah. Allah bukan merampas, meragut atau menyita hak kita, tetapi Allah telah mengambil kembali hakNya. Apabila kita mengaku yang harta itu hak kita, itulah yang menjadikan kita anggap Allah merampas dan menyita harta kita. Harta yang diambil Allah itu, sebenarnya adalah harta milikNya. Yang sebenar menjadi perampas itu bukan Allah, tetapi kita. Kitalah yang merampas harta Allah dan dijadikan sebagai harta sendiri. Apabila Allah ambil balik, kita tuduh Allah pula yang merampas harta kita, sedangkan kita itulah sebenarnya menjadi perampas, penyangak dan peragut harta Allah.
Setelah semua sifat telah menjadi hak Allah dan diserahkan semula kepada Allah, jangan hendaknya kita merampas kembali apa yang sudah menjadi hak Allah. Biarkanlah ianya tetap menjadi hak dan milik Allah selamanya dan biarkanlah kita kekal dengan sifat kosong, fakir, kuli, hina, miskin, kuli dan hamba Allah selamanya. Tetap kekal dan berkekalan sifat baqo' kita dalam wajah Allah. Biarpun kita disaluti dengan pakaian kuat, gagah, cantik, melihat, mendengar, bertutur kata dan sebagainya, sesungguhnya semua itu adalah hak Allah. Apabila ianya sudah menjadi hak Allah, janganlah hendaknya pakaian Allah itu sampai terlekat pada tubuh kita. Yang menjadi pakaian kita, adalah sifat hina, rendah diri, tawakkal, berserah, bertaubat, menyesal dan fana'.
Apabila kita pakai pakaian Allah, itulah yang membuatkan diri kita itu, dikatakan diri yang terdakwa. Untuk menolak dakwaan Allah keatas diri kita, jangan sekali-kali memakai pakaian Allah. Segala sifat kebesaran adalah pakaian Allah, jangan kita memakainya. Tujuan diperkenalkan sifat maknawiyah, bagi mengajar diri kita bahawa tujuh sifat maknawiyah yang kita pakai itu bukannya hak milik kita dan bukan sifat kita, tujuh sifat tersebut adalah sifat yang menjadi hak milik Allah yang mutlak.
Dengan itu marilah sama-sama kita sedar dan sama-sama kita insaf bahawa sesungguhnya tujuh sifat yang selama ini kita anggap milik dan kepunyaan kita itu, sesungguhnya adalah hak dan milik Allah. Hendaknya ia dikembali dan diserahkan nya semula kepada tuannya yang asal dan tuan punya yang empunya segala sifat.
Yang bernama nyawa kepada kita, sebenarnya itulah sifat hidup bagi Allah. Yang bernama akal pada kita, sebenarnya sifat mengetahui bagi Allah. Yang bernama kekuatan pada diri kita, sebenarnya itulah sifat berkuasa bagi Allah. Yang bernama niat pada kita, sebenarnya itu adalah sifat berkehendak bagi Allah. Yang bernama mata pada kita, sebenarnya itulah sifat melihat bagi Allah. Yang bernama telinga pada kita, sebenarnya itulah sifat mendengar bagi Allah dan yang bernama kuat pada kita, itu adalah siat kudrat bagi Allah.
Jadi marilah kita mengambil insaf bahawa, yang ada pada diri kita ini, sesungguhnya adalah hak milik dan kepunyaan Allah yang tidak ada sedikit pun yang menjadi kepunyaan kita, melainkan yang ada pada kita itu, hanyalah sekadar kiasan nama panggil-panggilan semata-mata. Diri kita sesungguhnya tidak punya apa-apa. Ini sahajalah pengajaran yang hendak disampaikan dan hendak diketengahkan oleh pencipta sifat 20, khasnya di tahap sifat maknawiyah.
Sifat maknawiyah adalah sifat penzahiran sifat Allah atau sifat bagi menyatan kekuasaan Allah yang sebelumnya terpendam dan tidak terzahir, kini Allah melimpahkan dan menzahirkan sifatNya melalui makhlokNya supaya kita mengambil insaf dan mengambil faham bahawa barang yang kita miliki ini, sebenarnya adalah barang kepunyaan Allah, yang hendaknya dikembalikan semua kepada Allah.
Apabila sifat yang tujuh itu telah selamat dikembalikan semula kepada Allah, maka selamatlah pelajaran kita dalam bab sifat maknawiyah....