Saturday, September 28, 2019

Hakikat Diri dan "Kelahiran Ke Dua" - BBM






Bersabda Nabi Isa (a.s) :
"Manusia tidak akan boleh masuk ke alam (malakutnya) langit, kecuali telah dilahirkan dua kali seperti burung." (Kitab Sirrul Asrar Syaikh Abdul Qadir al-Jailani)

Burung dilahirkan dua kali, pertama keluar telur dari ibunya, kedua menetas ia dari telurnya. Beberapa aliran dari agama lain seperti Buddha atau Hindu mempercayai kelahiran kedua yang dinamakan "inkarnasi". Fahaman ini amat tua dan hanya berdasarkan lingkungan alam dunia yang sempit.

Fahaman inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam surah At-Jathiyah ayat 24-26 :
"Mereka berkata kehidupan ini tidak ada selain kehidupan kita didunia ini sahaja, disinilah kita mati dan disinilah kita hidup. Tidak ada yang merosakkan kita ini kecuali masa. Tetapi sebenarnya mereka tiadalah pengetahuan tentang yang ghaib melainkan hanyalah sangka-sangkaan sahaja. Apabila dibacakan kepada mereka keterangan-keterangan kami yang jelas, mereka tiada bantahan kecuali mereka hanya berkata, 'Datangkan kehidupan kembali bapa-bapa kita, jika apa yang kamu katakan itu benar.' Katakanlah Allah itulah yang menghidupkan kamu semua, kemudian mematikan kamu semua pula, akhirnya kamu semua dikumpulkan pada hari Qiamat. Hal ini tidak perlu diragukan lagi tetapi ramai manusia memang tidak mengetahuinya."

Dalam Islam ia dipanggil tanasukh. Ada juga aliran dari Syiah yang menerimanya sebagai pegangan. Namun mereka percaya berlakunya tanasukh hanya pada Imam-Imam Duabelas sahaja, bukan pada semua manusia.

Kepercayaan perpindahan ruh ke dalam badan manusia yang lain atau dalam badan haiwan mengikut amalan mereka di dunia dahulu adalah menyalahi sifat ruh sendiri. Ini disebabkan Qalbi mereka tidak tersingkap untuk melihat ruh di alam Jabarut dan alam Lahut walaupun mereka melakukan meditasi berpuluh-puluh tahun. Dunia ini amat kecil sahaja jika dibandingkan dengan beberapa alam yang terdinding dari pandangan manusia. Namun syaitan atau jin amat bijak dalam menyesatkan manusia.

Kadangkala jin yang bersama tuannya dahulu ketika hidup menyusup masuk ke dalam badan manusia seperti kanak-kanak untuk membuktikan bahawa ruh hidup kembali dalam badan yang lain adalah benar. Ini juga yang berlaku pada kaum Nabi Musa (a.s) apabila syaitan menyusup ke dalam patung lembu dan berkata-kata sehingga ramai pengikut Nabi Musa percaya bahawa itu adalah jelmaan Allah. Mereka melihat ia adalah nyata, sedangkan Tuhan yang disebut oleh Nabi Musa (a.s) tidak dapat dilihat.

Begitu juga tersesatnya kaum Quraisy dengan patung Latta dan Uzza, kerana kedua-dua patung tersebut boleh berbicara. Apabila Nabi sallaLlahu 'alaihi wassalam menyuruh Khalid al-Walid a.s menghancurkannya, Saidina Khalid melihat syaitan wanita berterbangan lari dari patung tersebut. Begitu juga apabila berlakunya patung menangis atau ruh simati hidup kembali. Segala itu adalah jelmaan syaitan atau jin kerana ruh yang telah keluar dari alam ini tidak kembali ke sini lagi. Ruh yang baik akan ke 'Illiyin dan ruh yang jahat akan ke Sijjin. Ia adalah alam ruh bukannya alam nyata.

Untuk melihat alam ruh yang tidak dipermainkan syaitan, manusia perlu menyingkap Qalbinya berdasarkan kaedah-kaedah yang diambil dari Nabi sallaLlahu 'alaihi wassalam. Segala pintu alam langit, alam rahsia tertutup ketika lahirnya Nabi Muhamad sallaLlahu 'alaihi wassalam. Mereka tidak dapat menembusinya melainkan dengan jalan Muhammad sallaLlahu 'alaihi wassalam. Nabi telah membukanya kembali pada malam Israk dan Mikraj, sesiapa yang mahu pergi ke langit perlu melalui pintunya. Nabi adalah pemegang rahsia langit, rahsia alam ghaib, rahsia alam keTuhanan. Tiada ruh yang boleh terbang ke alam keTuhanan melainkan dengan izinnya, dengan mengikuti ajaran dan mencintainya.

Kerana itulah Saidina Umar al-Khattab menangis apabila melihat seorang rahib yang tekun bermeditasi di dalam lubang yang kecil sehingga Umar mengatakan : "Aku menangis kerana ketekunan kamu untuk mencapai Tuhan, sedangkan pintunya tidak engkau lalui iaitu Muhammad sallaLlahu 'alaihi wassalam". Mereka tidak akan mencapainya melainkan dimainkan oleh khayalan dan syaitan.

Berlakunya pembukaan yang ghaib seperti melihat ruh, melihat Tuhan adalah sebenarnya masih di alam ini lagi. Para ahli sufi termasuk Syaikh Abdul Qadir al-Jailani juga mengalami peristiwa terbuka rahsia keTuhanan ketika khalwatnya, namun dengan rahmat Allah ia selamat dari tipu dayanya. Dalam pembukaan ini, ramai para ahli sufi terkeliru sehingga menyangka mereka telah mencapainya. Ini kerana ia berlaku dalam bentuk yang begitu hebat dan tersilau segala rohani kala menatapnya. Ia datang dengan beberapa kalimat pengajaran, namun hakikatnya tersembunyi tipu daya yang halus.

Justeru itu manusia memerlukan Nabi yang memiliki kelebihan ruhnya yang berkemampuan melihat dan menerima wahyu. Nabi mengesahkan apa yang tersingkap pada Qalbi para sahabat adalah benar-benar Tuhan. Ilmu penyaksian yang haq atau tersingkap Qalbi secara haq terhadap alam keTuhanan ini diturunkan kepada beberapa orang sahabat. Sahabat mengajar pula kepada beberapa orang para tabi'i, para tabi'i mengajar pula kepada beberapa orang di kalangan tabi'i-tabi'i dan seterusnya sehingga sampai ilmu itu pada hari ini kepada orang yang tertentu pula. Justeru itu, pembukaan mereka yang tidak melalui jalan kenabian hanyalah sekitar di alam dunia ini dan alam mithal, iaitu alam ghaib yang masih tidak terkeluar daripada kongkongan alam jasad.

Manusia itu perlu dilahirkan kali kedua. Bayi jasad lahir dari gabungan dua nutfah iaitu lelaki dan perempuan. Bayi maknawi lahir gabungan dari ilmu zahir dan batin. Amal zahir ialah ibadah syariat dan amal batin ialah ikhlas. Ruh Al-Qudsi yang datang dari alam Lahut telah dikandung dalam Qalbi manusia. Ia telah terkurung dalam kegelapan. Apabila manusia beramal soleh dan meninggalkan segala kejahatan, zikir lisan berpindah kepada zikir hati dan zikir hati berpindah ke dalam lidah hati. Ketika itu Ruh Al-Qudsi akan lahir kembali dari Qalbinya dalam bentuk permulaan dan dinamakan Bayi Maknawi "Tiflul Maani".

Pada peringkat ini, jiwa seseorang itu cenderung melakukan kebaikan, amat menyesal apabila melakukan kejahatan. Inilah kebanyakan peringkat jiwa yang ada pada manusia yang bermujahadah terhadap sifat jahat dalam diri mereka walaupun dari pelbagai agama. Sebagaimana bayi jasad yang membesar dengan keperluan makanan, minuman dan penjagaan, begitu jugalah dengan bayi maknawi.

Seseorang itu janganlah hanya berpuashati dengan keadaan bayi maknawinya. Ia perlu dibesarkan sehingga melalui beberapa kelahiran kembali (peringkat) sehingga akhirnya ia kembali kepada asal keadaannya di alam Lahut. Mereka perlu memberi makanan, minuman dan didikan kepada bayi maknawi itu kerana ianya mengandungi pelbagai rahsia. Justeru itu, guru yang sebenar ada dalam diri manusia sendiri, ia adalah hakikat kehidupan, ia adalah pemegang ilmu rahsia alam ghaib.

Dengan penjagaan dan didikan yang betul, bayi maknawi ini akan melewati dari alam bayi kepada kanak-kanak (alam Malakut) kemudian berpindah ke alam remaja (alam Jabarut) dan dari remaja menjadi seorang dewasa yang matang (alam Lahut). Ketika itu Ruh Al-Qudsi telah sempurna kembali kepada hakikatnya. Ia kembali makrifat pada Allah SWT dengan pandangan yang haq. Ia tidak lagi menjadi tua dan tiada mati.

Pernah satu ketika Rasullullah sallaLlahu 'alaihi wassalam bersabda pada seorang wanita tua "Tiada orang tua sepertimu di dalam syurga", wanita tua itu begitu sedih hati apabila mendengar sabda baginda sallaLlahu 'alaihi wassalam, kemudian Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wassalam bersabda lagi "Usah bersedih, maksudku ialah di syurga nanti tiada orang tua sepertimu kerana orang tua sepertimu akan menjadi muda belaka".

Hakikat Diri dan "Kelahiran Semula" - 2/2
Seorang Muslim mencari rahsia dirinya di alam ruh sedangkan "inkarnasi" mencari siapa dirinya pada kehidupannya pada kelahiran yang lalu. Kehidupan semula di alam ini menyebabkan ruh akan terus terkongkong dan tidak meningkat atau maju. Mereka bermujahadah di alam dunia yang penuh ujian dan fitnah sehingga mereka mati, kemudian ruh dikembalikan pula ke alam ini pada kelahiran yang lain. Ruhnya kembali pada proses pertama iaitu kembali kotor, gelap kemudian menghadapi pelbagai ujian hidup kembali. Alangkah menderitanya ruh kerana tiada erti kerehatan. Ruh tiada kemajuan, hanya hidup mengalami proses yang sama cuma badan yang berlainan dan ujian yang berlainan. Ini adalah penyiksaan pada ruh yang berkekalan.

Ruh adalah kehidupan; adanya rasanya, pandangan, pendengaran, ilmu, kudrat dan iradat. Ruh tidak memerlukan badan, ia sudah mempunyai badannya sendiri mengikut alam. Sarungnya lebih cantik pada setiap alam. Apabila berlakunya peningkatan kesucian ruh, tersingkap baginya beberapa ilmu dan pandangan. Pandangan terhadap perkara yang haq tidak akan hilang. Apabila ruh kembali ke alam Lahut, tersingkap padanya rahsia keTuhanan yang haq. Inilah yang disabda oleh Nabi sallaLlahu 'alaihi wassalam: "Sesiapa yang masuk ke syurga tidak akan keluar lagi", bermakna ruh yang sudah masuk ke alam Lahut tidak akan kembali kepada kegelapan.

Amat salah bagi mereka yang berfahaman "inkarnasi" kerana percaya bahawa ruh akan kembali gelap dan hilang segala ilmunya apabila masuk kembali ke dalam tubuh yang baru. Perkara yang binasa itu adalah makhluk dan dari syaitan sedangkan Wajah Allah itu kekal, ilmu itu terus terpancar pada cemin Qalbinya sehingga meleburkan segala kebatilan, syirik, mazmumah pada dirinya.

Firman Allah :
"Katakanlah, apabila datangnya yang haq (kebenaran) maka akan hilanglah yang batil." (al-Israa' : 81)

"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat." (al-Qiyaamah : 22-23)
Sesungguhnya manusia tidak boleh menyucikan dirinya, Allahlah yang menyucikan dirinya dengan berlakunya beberapa tajalli pada cermin Qalbinya. Bukit Tursina hancur dan Nabi Allah Musa (a.s) pengsan ketika Allah mentajallikan dirinya. Bukit Tursina dikiaskan kepada segala mazmumah dan pengsannya Nabi Musa dikiaskan berlakunya fana' iaitu keleburan seorang hamba dengan Tuhannya, bukannya hamba menjadi Tuhan. Ia umpama cahaya lampu yang hilang di dalam terang cahaya matahari. Cahaya lampu tetap wujud tetapi tiada kelihatan. Cahaya lampu akan kelihatan apabila cahaya matahari menghilang.
Kasyaf terhadap Tuhan ada tiga dan ia hampir sama. Pertama dari syaitan, ia menyesatkan dan menyebabkan manusia itu terkeliru. Justeru itu, seseorang pengembara rohani perlu mempunyai ilmu asas keTuhanan seperti wajib memahami sifat yang wajib,mustahil dan harus bagi Allah. Tanpa memahaminya ia akan terkeliru dan boleh tersesat.

Kedua kasyaf pada rohani. Ia kelihatan sama seperti saudara kembar yang tidak dapat dikenali dengan sepintas lalu, namun pembukaan itu tidak meleburkan sifat mazmumah dalam diri, malah kadangkala menjadikan manusia itu sombong sehingga menyangka mereka mencapai darjat yang tinggi. Ada yang meninggalkan syariat, ada yang meringankan ibadah, ada yang sudah mula merendahkan orang lain, ada yang mendakwa ilmunya yang haq dan orang lain belum sampai.

Ketiga ialah kasyaf Rahmani dimana berlakunya peleburan mazmumah. Mereka menjadi manusia baru seperti ular yang keluar dari kulitnya, diberi kulit (perangai) yang baru. Tiada padanya kesombongan dan dakwaan, malah mereka tenggelam dalam lautan dosa dan kehambaan. Mereka mencintai ibadah, amat cinta dan takut pada Allah. Banyak menilik kelemahan diri dan menjauhi segala bentuk pujian. Jiwa mereka sentiasa dalam keadaan takut dan harap pada Allah SWT.

Tipu daya nafsu bagi permulan penuntut ialah perlawanan dengan nafsu kebaikan dan sentiasa jatuh maksiat zahir. Tipu daya nafsu bagi pertengahan penuntut ialah dorongan kepada ibadah dan kebaikan tetapi didalamnya terkandung tipu daya, seperti pengakuan menjadi Nabi, Wali dan sebagainya. Sedangkan pada daerah makrifat, tipu daya nafsu dengan syirik khafi (penyekutuan yang samar) berupa jenis cahaya seperti pengakuan menjadi tuhan, bersatu dengan tuhan dan sebagainya yang melibatkan kesalahan akidah. Peringkat ini amat bahaya kerana mudah tergelincir akidahnya.

Seorang penuntut perlu mendalami Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan mendapat bimbingan Guru yang mantap kefahaman akidah, syariat dan tasawufnya kerana tanpa asas ini amatlah bahaya. Bagaikan mendaki bukit yang tinggi dan curam, potensi untuk tergelincir amatlah mudah.

Firman Allah SWT :
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya..." (al-Jatsiyah : 23)

Wallahu 'alam.

Sent from my Samsung Galaxy Tab

MENGENAL DIRI SEBENAR DIRI - BBM





 - BBM


(KAEDAH BAPAK DR. BAGINDA MUCHTAR JUGA DIKENALI DENGAN BBM)
HASIL PENA OSMAN HADI

Apabila membicarakan tentang ilmu Mengenal Diri ini terdapat berbagai bagai pendapat tentangnya. Ada yang mengatakan perlu dan ada yang mengatakan tidak perlu di kaji tentang ilmu ini, dan ramai juga yang tanpa usul dan periksa akan terus menyatakan bahawa ilmu ini sesat dan menyeleweng, dan mereka mereka ini terus menghukum pengamal pengamal ilmu ini tidak kira cara atau kaedah apa yang mereka gunakan. Tidak dinafikan terdapat banyak perguruan yang mengajar akan ilmu ini dengan pendekatan yang berbeza beza, tapi walau apa pun kaedahnya, matlamat nya sama yaitu mengenal diri akan membawa kepada mengenal Allah. Untuk ini kaedah kaedah yang di gunakan saperti berTarikat, berHakikat, Mengamalkan Ayat Ayat tertentu hingga lahir diri sebenar diri itu, ada juga yang mengamalkan ayat tertentu pada hari hari tertentu, berzikir, merenung, bersuluk dan sebagainya. Berdasarkan kepada hadis " Barang siapa mengenal diri nescaya kenal lah ia akan tuhannya." Dan terdapat juga pengamal yang hanya dapat merasakan Diri sebenar Diri pada masa dan juga hari hari tertentu sahaja. Mengapa terjadi begini, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Dan di risalah kecil ini, Diri sebenar Diri yang di bincangkan di sini atau yang kita ingin kenal ini bukan lah mengenal Diri yang kita lihat atau jasad kasar (Tubuh) kita ini, tapi Diri sebenar Diri yang berada atau diam dan duduk di dalam batang tubuh atau jasad kasar kita ini (tersembunyi di dalam) . Dan ianya diberi bermacam nama saperti Nyawa, Jiwa, Diri Terperi, Raga, Buddhi, Chi, Yang, Astral Body, Diri Asli dan macam macam lagi mengikut perguruan tertentu dan juga bangsa bangsa tertentu.

Walau apa pun Dia haruslah di kenali kerana dia lah Diri Sebenar Diri kita, dan dia jugalah yang akan bertanggung jawab di atas segala perbuatan kita, bukan jasad kasar kita ini yang mana akan dikuburkan apabila kita mengalami kematian (Roh keluar dari jasad kelak).

Di sini kita hanya akan membicarakan Ilmu mengenal Diri yang di asaskan oleh Dr Baginda Muchtar dan cara cara beramal dengannya, saya di ijazahkan dengan ilmu ini pada tahun 1975 (Ijazah Kecil) dan pada tahun 1982 (Ijazah Besar) yang membolehkan saya memberi ijazah pula kepada mereka mereka yang berminat. Risalah ini adalah kefahaman berdasarkan kepada pengalaman pengalaman saya sendiri dan juga anak anak murid beliau yang lain yang mengamalkan Ilmu Pengetahuan yang beliau asaskan ini, dan risalah ini adalah untuk murid murid beliau amnya dan untuk mereka mereka yang mendapatkan aliran ini dari saya, semoga dapat di manafaatkan keilmuannya…..insyaallah.

Bapak Baginda Muchtar tidak menuntut ilmu mengenal Diri atau belajar Ilmu ini dari mana mana perguruan tapi ianya ada lah satu anugerah Allah kepada beliau dan di penghujung risalah ini ada saya lampirkan sejarah hidup beliau yang di catitkan oleh Allahyarham Mejar (B) Hj. Abdul Rahman Ibrahim ( Salah seorang anak murid beliau yang tertua ). Dan menurut Bapak Baginda Muchtar ilmu ini ialah ilmu pengetahuan dan bukannya satu ilmu Agama, yang mana Ilmu ini tergulung dalam ilmu Metafizik, dan syariat tetap syariat tanpa di ubah atau ditambah.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, pertama haruslah kita lihat dulu akan jasad kita dan kita ketahui bahawa Kita ini terdiri dari dua unsur:

Pertama : Aliran nyata, aliran Jasmani
Kedua : Aliran tidak nyata, aliran Rohani (Diri)


Kedua dua aliran ini kelihatan pada kita hanya satu tetapi sebenarnya ianya terdapat dua, dia kelihatan satu kerana Aliran Rohani berada di dalam aliran Jasmani.


ALIRAN JASMANI merupakan darah,
ALIRAN ROHANI merupakan karan (Cahaya).


Kelihatannya saperti dua tetapi sebenarnya Satu, kandung mengandung…..Jasmani mengandung Rohani dan Rohani terkandung di dalam Jasmani.

Dengan ini kita faham bahawa jasad kasar kita ini adalah unsur luaran yang akan mati satu ketika nanti dan akan di hantar ke tanah akhirnya. Ia nya adalah ialah ketentuan dari Tuhan tetapi apa yang berlaku ialah kematian di sebabkan oleh apabila keluarnya Roh (Aku) dari jasad, maka akan berlakulah kematian kepada manusia itu.

Disini kita cuba fahami siapa kah yang penting dalam keadaan ini……

Ada Roh tanpa jasad, Roh hanya cahaya melulu……….ada jasad tanpa Roh, bererti tidak ada kehidupan kepada jasad. (Ianya berupa benda mati)

Kita kembali kepada kejadian Nabi Adam, manusia pertama yang di jadikan oleh Allah, di jadikan dari tanah dan di bentuk menjadi manusia dan apabila siap jasad Adam dan setelah itu Allah memerintahkan Roh untuk memasukki Jasad Adam.

Sebelum memasukki ke jasad Adam, Roh bertanya di manakah harus di masukkinya, dan Allah menjawab "Masukkilah mana mana yang kau senangi"Seterus nya Roh memasukki melalui hidung Adam dan hingga ke hari ini, kita bernafas melalui hidung.

Pada kejadian kita pula terjadinya ketika bayi dalam perut ibu lagi, ketika ia berumur 100 hari, maka saperti yang difirmankan oleh Allah bahawa "Aku tiupkan sebahagian dari Roh ku" dan bayi tersebut mulai hidup dan juga di panggil bernyawa, dan ianya berkembang dari hari ke hari hingga hari kelahiran nya.

Kesimpulannya apabila Roh masuk kedalam jasad kasar kita ini kita terus akan hidup dan bila Roh keluar dari jasad kita akan mati.

Jadi Roh itu ialah sumber kehidupan kita atau punca kita hidup, tanpa nya (Roh) kita adalah benda mati yang tidak bermaana dan tidak bererti langsung.


ADA KAH ROH ITU NYAWA?

Untuk menjawab soalan di atas kita harus faham akan Roh itu sendiri, dan dalam aliran ilmu mengenal Diri menurut kaedah BBM (Bapak Baginda Muchtar) ini, ia tidak membicarakan akan nama nama nya (Roh) tetapi memahami cara cara perkembangan nya di dalam jasad yang berperingkat peringkat dan secara ringkas nya di nyatakan saperti di bawah ini:

1. Roh Memasuki Jasad
2. Roh memancarkan Pancaran Cahaya Nya
3. Cahaya Memenuhi Setiap inci Ruang Dalaman Di dalam Jasad
4. Dengan itu ia akan Membentuk Hingga Menjadi Diri Sebenar Diri, yang mana rupa dan bentuknya serupa dengan Jasad Cuma ianya ghaib.


(Diri sebenar Diri ujud apabila Roh berada di dalam Jasad)

1. Roh boleh lah di bayangkan sebagai punca cahaya atau pusat cahaya (Ibarat Mentol lampu yang bercahaya cahaya) yang apabila di masukkan kedalam jasad ia nya duduk atau bertempat di tengah tengah dada, dalam masa yang sama Roh tadi memancarkan cahaya, dan cahaya yang terpancar dari Roh tadi terus memenuhi dan juga menerangi bahagian dalam jasad. Cahaya tadi akan terus memenuhi seluruh bahagian dalam jasad..

2. Jadi sekarang bahagian dalam jasad telah di penuhi oleh cahaya dari pusat cahaya ia itu Roh yang diamnya di tengah tengah dada kita tadi. Jadi dapatlah di fahami bahawa cahaya telah memenuhi seluruh jasad kita di dalam, yang batas atau sempadannya antara cahaya dan dunia luar ialah kulit kita.

3. Oleh kerana cahaya itu tadi memenuhi seluruh bahagian dalam jasad, dengan sendirinya ia telah membentuk satu rupa yang menyerupai rupa jasadnya. Untuk memahami nya cuba kita bayangkan umpama cahaya tadi berada di dalam bilik empat segi dengan sendirinya bentuk cahaya tadi akan berupa empat segi, dan sekiranya cahaya tadi berada di bilik berbentuk bulat dengan sendirinya cahaya tadi akan membentuk menjadi bulat, dengan itu terbentuk lah Diri Sebenar Diri yang rupa dan bertuknya saling tak tumpah saperti rupa dan jasad kita ini, tapi bezanya, ianya ghaib kerana ia nya berasal dari pancaran Roh yang juga ghaib., atau lebih ringkas kita katakan bahawa Diri Sebenar Diri mendatang kemudian setelah Roh memasukki jasad.

4. Dan Diri Sebenar Diri ini akan kekal ghaib di dalam jasad dengan pancarannya yang menerangi di dalam jasad, dengan aliran aliran cahayanya yang mengalir terus menerus di dalam jasad dan menjadi nyawa atau penghidup yang menghidupkan jasad nya kerana ia berasal dari yang hidup.

5. Kalau pada jasad ada urat urat yang mana darah mengalir dan mengalir keseluruh jasad, pada Diri Sebenar Diri juga berlaku keadaan yang sama, Cuma pada Diri Sebenar Diri bukan darah yang mengalir, tetapi cahaya yang mengalir keseluruh Diri sebenar Diri . cahaya yang mengalir ini juga di panggil "Pancaran Diri"

6. Pancaran Diri ini terus menerus mengalir keseluruh Diri Sebenar Diri, tanpa berhenti yang mana aliran nya menjadi penghidup kepada jasad walaupun dari segi kenyataannya seolah olah aliran darah yang menghidupkan jantung paru paru, limpa, rabu dan lain lain organ tubuh kita ini.
Kita bayangkan urat yang dalam nya ada darah mengalir dan dalam keadaan ghaib pula akan ada pula pancaran cahaya yang mengalir bersama sama darah dalam urat urat tadi. Dan ianya mengalir keseluruh jasad dengan satu tugas yaitu menghidupkan.

Jadi kita faham lah di sini sebenarnya tanpa tenaga tenaga yang berpunca dari Roh dan terpancar ke Diri Sebenar Diri, jantung pun tidak akan berfungsi dan bila jantung tidak berfungsi dengan sendirinya darah tidak dapat mengalir, tenaga tenaga yang sama yang menghidupkan segala organ dalam jasad kita ini saperti menghidupkan paru paru dan sebagainya. Hidupnya paru paru itu menyebabkan kita dapat bernafas………………Roh memancarkan cahaya membentuk rupa jasad tapi ghaib dan duduk di dalam jasad……….Menghidupkan organ dalaman jasad dahulu saperti paru paru………….bila hidup dan berfungsi paru paru barulah pernafasan bermula …….Sebab itu ada juga perguruan yang menamakan ilmu ini "Ilmu Punca Nafas"



BAGAIMANA KITA MENGENAL DIRI SEBENAR DIRI

Telah diketahui bahawa Diri Sebenar Diri ialah pancaran cahaya dari Roh yang memenuhi jasad kita dan berbentuk dan berwajah sama saperti kita yang zahir ini. Dan dia lah yang harus kita kenal kerana apabila kita telah mengenali nya (Diri Sebenar Diri) maka dia (Diri sebenar Diri)akan kembali mengenali Allah.

Mengenalnya ialah dengan melahirkan (juga di kenali dengan panggilan lahir kali keduanya) pancarannya keluar dari kongkongan jasad kasar ini, apa yang harus di lahirkan?

Yang harus di lahirkan keluar ialah pancaran cahaya Diri Sebenar Diri (juga di sebut aliran Diri). Aliran cahaya ini insyaallah dapat kita keluarkan dengan membuka pintu pintu nya . dan jalan keluarnya atau pintu pintu nya ialah di jari jari tangan kanan dan kiri kita. Juga jari jari kaki kanan dan kiri kita (Peringkat Permulaan)

Terdapat tiga cara untuk melahirkannya ( Mengenalnya ) atau memancarkan pancaran cahaya Diri ini keluar :

1. Terbuka dengan sendirinya
2. Berusha sendiri hingga Terbuka
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman


1. Terbuka Dengan Sendirinya:

Saya pernah berjumpa dengan mereka mereka yang terbuka dengan sendirinya, apa yang berlaku ialah kebanyakan dari mereka mendapat rasa yang terasa di jari jemari dan juga mendapat pergerakan pergerakan yaitu tangan kanan dan kiri mereka bergerak dengan sendirinya. Dan rata rata mereka tidak memahami apa yang berlaku sebenarnya. Peristiwa ini berlaku selalunya semasa mereka berzikir selepas mengerjakan sembahyang, Dan kebanyakan dari mereka adalah ahli tarikat atau yang mempelajari ilmu Tasawaf dan ramai antara mereka yang telah mengalami peristiwa ini lebih dari 5 tahun tanpa mengetahui apa sebenar yang telah berlaku kepada Diri mereka. Apa yang berlaku sebenarnya ialah pancaran Diri sebenar Diri mereka telah memancar keluar dan pembawaannya ialah pergerakan tangan secara tersendiri (auto).

2. Berusha Sendiri hingga Terbuka:

Kaedah ini ada dua cara yang di amalkan oleh mereka mereka yang ingin membuka Diri Sebenar Diri, pertama mereka mengamalkan ayat ayat tertentu yang di amalkan setiap lepas sembahyang sehingga mereka mendapat rasa dan gerak Diri sebenar Diri.dan kedua dengan memohon terus kepada Allah supaya membukakan Diri sebenar Diri mereka. Kepada mereka mereka ini kebanyakan nya telah memahami akan kedudukan Diri sebenar Diri di dalam jasad ini.dan saya telah berjumpa ramai di antara kalangan mereka yang telah pun mendapat atau merasakan adanya getaran getaran halus yang dapat dirasakan di dalam jasad mereka, Cuma pancaran Diri Sebenar Diri yang belum lagi keluar melalui pintu pintunya.

3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman (wakil BBM):

Cara ini lah yang paling ramai mendapatkannya. Cara ini ialah dengan berjumpa kepada guru atau wakil guru ( Oleh kerana BBM telah meninggal dunia jadi kepada mereka mereka yang telah di beri izin untuk membuka Diri sebenar Diri dipanggil wakil guru ) dan dengan izin Allah dapatlah di bukakan Diri Sebenar Diri pelajar tersebut.

Cara pembukaan nya tidak lah rumit dan tidak juga semudah yang sangkakan oleh ramai orang, ianya mengambil masa yang amat singkat walau bagaimana pun ada juga terdapat kesulitan kesulitan yang timbul semasa pembukaan tapi insyaallah ianya akan dapat di atasi.

SETELAH SEMUA INI SELESAI, ISTIADAT PENGIJAZAHAN AKAN DILAKUKAN, DENGAN DUDUK DI ATAS KAIN PUTIH, DALAM ISTIADAT INI MURID AKAN BERGERAK SEHINGGA TANGAN KANAN MEMEGANG KUNCI ALIF, LAM, MIM, KUNCI YANG MEMBUKA YANG TERTUTUP DAN MENUTUP YANG TERBUKA,. KUNCI YANG BERUPA SAPERTI ALIF, LAM, MIM.


Oleh kerana buku ini ditujukan kepada mereka mereka yang telah di ijazahkan, jadi di sini tidak dihuraikan cara cara pembukaannya dan apa yang akan di ceritakan disini ialah cara beramal, pengalaman, pesanan Bapak Baginda Muchtar dan lain lain yang bersangkut dengan Ilmu Mengenal Diri yang di asaskan oleh Dr. Baginda Muchtar.

DENGAN INI BOLEHLAH DIKATAKAN KITA TELAH DAPAT MERASAKAN YANG TERASA DAN TELAH DAPAT MEMBEBASKAN DIRI SEBENAR DIRI KITA.


RASA ITU ADALAH PANCARAN DIRI SEBENAR
DIRI DAN PADA RASA ITU LAH RAHSIANYA


KITA TELAH BEBAS TETAPI TIDAK LEPAS, KITA TELAH PULANG SEBELUM DI PANGGIL


MENGENAL DIRI MENGENAL TUHAN

Setelah dapat (Dengan izin Allah) memancarkan pancaran Diri yang mana tandanya ialah rasa yang terasa di jari jari kita, dan mendapat gerak yang bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan dari pergerakan jasad kasar kita ini, dengan itu Diri sebenar Diri telah lahir dan persoalan yang selalu di ajukan kepada saya ialah :

a. Apa yang dapat di lakukan bila dah kenal Diri
b. Bagaimana nak beramal
c. Apa kelebihan ilmu mengenal Diri ini

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita kaji dulu ungkapan hadis ini "Barangsiapa Mengenal Diri Nescaya akan kenal lah dia akan Tuhannya.

Adakah apabila kita kenal Diri kita dengan sendirinya kita kenal Allah? Sebenarnya apabila kita kenal akan Diri kita yang sebenar Diri, dengan sendirinya Diri Sebenar Diri yang yang asal nya dari pancaran cahaya Roh akan kenal kembali kepada Tuhan nya, bukankah dari sana ia berasal? Dan untuk pengetahuan "Hanya yang ghaib sahaja dapat kenal yang ghaib.

Oleh itu telah jelas bahawa kita harus kenal sekenal kenalnya akan Diri kita sebenar Diri yang menjadi nyawa kepada kita kerana dialah yang menghidupkan kita dan bila telah kita kenal akan "Dia" dengan sendirinya "Dia" akan kenal Allah. (Insyaallah).

Bila telah kenal Diri dengan sendirinya Diri akan dapat berhubung langsung dengan Tuhan dan cara nya tersendiri. Jadi dialah medium yang akan berhubung dengan Allah dan memohon untuk kita dan kebaikan kita, kerana dia lah yang sebenar kita, Cuma apa yang Diri perlukan ialah penyerahan segala segala kepada nya, serahkan pemikiran, pemandangan, pendengaran, percakapan dan segalanya kepada nya (Diri)……….

Sebenarnya apabila kita telah mengenal akan Diri kita sendiri atau lebih tepat kita telah dapat merasakan pancaran Diri yang tembus keluar dari jari jari kita dan mendapat pergerakan pergerakan yang bergerak dengan sendirinya pula, dan dengan itu dapat pula kembali berhubung dengan Maha penciptanya, untuk kita menyakinkan kita bahawa hijab telah terbuka,
Kita juga di syorkan oleh Bapak Baginda Muchtar untuk melakukan percubaan percubaan bagi membuktikan sendiri bahawa Diri sebenar Diri telah telah di lahirkan atau hijap telah terbuka.

Percubaan percubaan yang di maksudkan di sini ialah saperti perubatan, dimana kita menolong orang orang yang memerlukan. Pengalaman pengalaman saya dalam perubatan ini banyak saya dapati semasa diperingkal awal saya beramal dengan ilmu ini.

Berbagai bagai percubaan dalam membantu orang telah saya lalui, termasuk mengubat mereka mereka yang menghadapi masaalah penyakit jasmani dan juga penyakit misteri, bagaimana saya melakukannya? sedangkan saya tidak pernah belajar apa apa ilmu berkaitan dengan ilmu membaikkan atau memulihkan orang sakit secara kebatinan, atau cara cara pembomohan atau pawang? Bagaimana cara yang saya lakukan….

CARA YANG SAYA LAKUKAN

Tanpa ayat ayat atau jampi serapah yang perlu di baca atau yang perlu di hafal, tanpa kaedah kaedah tertentu yang perlu di lakukan…..

Cuma apa yang saya lakukan ialah menyerah segala segalanya (kerja pengubatan tersebut) kepada Diri Sebenar Diri yang berada di dalam jasad saya yang telah saya kenal itu, kerana ia yang mempunyai ilmu segala ilmu kerana datangnya dari Allah yang Maha Besar dan Maha Kaya. Alhamdulillah banyak kejayaan yang telah saya dapati dalam membaikkan pesakit pesakit saya, dengan keyakinan kepada Allah yang tidak berbagi bagi atau ada keraguan, kita akan dapati hasil nya sangat sangat memuaskan. Insyaallah.

Cara yang saya lakukan ada lah amat mudah dan saya turunkan caranya di bawah ini:

Anda akan diajarkan setelah menerima Ijazah

Apa yang berlaku ialah bila kita berniat dan mula rasa yang terasa di jari jari dan juga tangan mula bergerak, sebenarnya Diri Sebenar Diri lah yang memohon kepada Allah untuk mengubat pesakit kita tadi. (Jadi faham lah di sini bahawa Diri yang memohon terus kepada Allah)

Jadi, rasa itu letaknya segala rahsianya, bukan di kepala, bukan di otak, bukan difikiran, dirasa, rasa rahsia, ertinya dirasa itu terlekat rahsianya.

Saya telah melakukannya dan saya lakukan cara yang sama untuk semua masaalah atau apa juga penyakit sesaorang itu. Alhamdulillah walau pun bukan semua penyakit dapat di ubati tetapi kebanyakan nya memberi hasil yang baik.

Apa yang saya paparkan ialah cara saya lakukan, mungkin lain ahli lain pula kaedah yang di lakukan.


Ada juga yang membuat percubaan percubaan dengan cara bersilat, niat sahaja dalam hati apa jenis silat yang kita hendak bawakan, apa yang terjadi ialah kita akan dapati satu pergerakan pergerakan silat yang bergerak dengan sendirinya dan kita sedar akan apa yang berlaku, apa yang perlu kita lakukan ialah berniat apa jeniis silat yang kita inginkan, ia bergerak dengan gerak dan langkah silat dengan sendiri , apa yang perlu kita lakukan hanyalah serah segala segalanya pada nya (dalam membawakan gerak dan langkah silat tersebut – dan yang paling penting kita dalam keadaan sedar dan tahu apa yang kita lakukan)......"dia" tahu (diri sebenar diri) kerana datangnya dari yang maha tahu….

Seperkara yang perlu kita ingat bahawa sesungguhnya Ilmu kita punyai hanyalah Mengenal Diri sebenar Diri, dan Segala Ilmu Ada Pada Diri Sebenar Diri.

Walau apa pun, perubatan dan persilatan ini bukanlah matlamat atau hala tuju ilmu BBM ini tapi ia nya lebih tinggi dari itu yaitu "Mengenal Diri Mengenal Allah, untuk Mendapatkan Keredhaannya"


BAGAIMANA CARA BERAMAL.
(juga kami panggil bergerak)

Pada asasnya amalan yang kita lakukan ialah dengan menyerahkan segala gala nya kepada Diri sebenar Diri melakukannya, apa yang dilakukan olehnya ialah berhubung terus dengan Allah dengan cara nya sendiri kerana ia telah bebas dari kongkongan jasad kasar tadi. Dimasa yang sama dia lah yang memohon akan apa juga permohonan atau kehendak kita.

Amalan boleh di lakukan pada bila bila masa yang kita rasa sesuai dan selesa atau masa kelapangan tidak ada hari hari atau masa masa tertentu dan tidak ada dalam jumlah jumlah tertentu sama ada masa beramal atau zikir.


AMALAN ASAS :
Walaupun tidak ditetapkan bila dan sekerap mana, lakukanlah sekerap yang boleh dan sebaik baiknya jadikanlah ianya sebagai amalan harian:


Amalan Amalannya:

1. Memohon Ampun

• Tenangkan fikiran.
• Anda akan diajarkan selepas menerima Ijazah
• apa yang berlaku ialah Diri itu yang menghubungi Allah dan meminta ampun (Bukan kah Diri itu yang sebenar Diri?)


2. Memohon Bersih

• Sama saperti di atas Cuma bezanya niat, dimana kita niatkan untuk membersihkan Diri maksudnya insyaallah akan di bersihkan nya kita dari sifat sifat Amarah, lawamah dan insyaallah Mutmainnah yang di cari.


3. Memohon Redha

• Sama saperti di atas Cuma bezanya niat, dimana kita niatkan untuk mendapatkan Keredhaan Allah semata mata.


4.Memohon Dekat

• Sama saperti di atas Cuma bezanya niat, dimana kita niatkan untuk dekat dengan nya

5.Memohon Selesai

• Maksud nya "selesai" ini ialah menyelesaikan masaalah Diri sama ada sakit atau lain lain masaalah. Diri tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan jasad nya, jadi kita mohon untuk kebaikan jasad kita dan juga penyelesai segala masaalah kita, insyaallah

Caranya sama saperti diatas juga Cuma kita niatkan supaya dia menyelesaikan apa juga masaalah yang terdapat pada jasad sama ada fizikal atau masaalah peribadi.


Mustahak:

Setiap kali mula memohon sebaik baiknya mulakan dengan tangan di tengah tengah dada, dan setelah selesai kerjanya, geraknya akan membawa tangan kembali di tengah tengah dada semula.(Ini tertibnya)

Cara yang sama juga digunakan apabila kita bergerak tanpa niat apa apa atau saya panggil gerak kosong. (bergerak tanpa apa apa niat dan segala galanya serah pada Diri Sebenar Diri) yang mana bila kita bergerak hanya tumpukan kepada rasa yang terasa di hujung hujung jari kita kerana di situlah rahsianya dan apa yang berlaku ialah……kita berlatih dan berlatih,….

Juga dalam gerak (mohon) untuk kembang Diri dan besar jiwa, Jadi padanya ada daya tarik menarik yang luar biasa dan juga tenaga tenaga yang serba guna.

Soalan yang selalu di persoalkan saperti, Apa yang dapat di lakukan bila dah kenal Diri dan Bagaimana hendak beramal? telah pun saya jawab saperti di atas dan soalan seterusnya ialah Apa kelebihan ilmu mengenal Diri ini, jawabnya ringkas sahaja ia itu insyaallah dapat berhubung terus kepada Tuhan Yang Maha Besar, kerana Diri yang asalnya dari Aku(Roh) berasal dari Allah saperti firmannya ""Aku Tiupkan Sebahagian Dari Roh Ku""

Setelah dibukakan, diijazahkan dan mula beramal dengan amalan asas saperti diatas, dengan berpegang kepada Diri, meletakkan segala nya kepada Diri, apa juga yang kita lakukan lakukanlah berserta Diri. Maksudnya rasa yang terasa itu tidak boleh hilang dan kalau boleh sentiasa ada di hujung hujung jari jemari kita.

Pada rasa itu lah letaknya segala rahsia, rahsia Diri, rahsia pancaran dan aliran serta Ke"Akuan" ku.

Dan amatlah pentingnya untuk kita sentiasa dalam keadaan terasa akan rasa yang dihujung jari jemari kita, Dan kalau boleh kita senantiasa ingat akan rasa yang terasa di hujung jari jari kita itu…………………INI PENTING DALAM MEMBAWAKAN AMALAN BBM INI.

Saperti yang telah di terangkan bahawa Diri Sebenar Diri dapat berhubung terus dengan Allah Yang Maha Besar , dan Diri Sebenar Diri ialah kita sebenar kita, bukan jasad kasar ini yang Diri Sebenar Diri , untuk itu boleh lah kita memohon apa apa juga keperluan kita di dunia ini dan Diri Sebenar Diri lah yang menghubungi Allah Yang Maha Besar untuk menyampai apa juga kehendak kita dengan cara terus.
Diatas telah di terangkan akan cara kita beramal dan amalan amalan asas yang perlu kita amalkan, dalam mendekatkan Diri kita dengan Allah yang maha besar.

Walau bagaimanapun sebagai manusia biasa yang hidup di dunia ini tentunya punya banyak keinginan dan keperluan, disamping itu juga banyak masaalah hidup yang di hadapi dan harus di selesaikan. Dengan mengenal Diri sebenar Diri ini akan mengubah pandangan kita terhadap kehidupan, segala yang mendatang dan segala masaalah yang di hadapi, kerana dengan mengenal "nya" akan mengubah cara kita membawa kehidupan kita dan cara kita menghadapi dan menyelesaikan segala permasaalahan dalam kehidupan kita..

Untuk memohon keperluan hidup dan juga untuk menyelesaikan segala masaalah kehidupan dan juga masaalah kesihatan kita sendiri, cara yang sama saperti di atas juga di gunakan.

Ringkasnya apa juga permohonan atau bila kita ingin berdoa untuk apa jua tujuan dan keperluan hidup kita caranya sama saperti yang di terangkan di atas Cuma Niatnya sahaja yang berbeza, Niatnya ialah apa yang kita inginkan atau Doa kita kepada Allah...

Saya beri contoh di bawah ini:

Katakan lah kita ingin memohon untuk menambah rezeki, apa yang harus dilakukan ialah saperti di bawah:

• Tenangkan fikiran.
• Anda akan diajarkan selepas menerima Ijazah

Kesimpulan nya dalam apa juga permohonan (Doa) atau apa jua yang kita inginkan mohonlah dengan menggunakan Diri sebenar Diri yang telah kita kenal itu kerana dia telah kenal kembali kepada Allah. Caranya telah di terang kan dengan jelas di atas, Cuma niat apa keperluan (apa yang di hajatkan) dan lepas itu serahkan kepada Diri sebenar diri berbuat. Yang perlu ialah kita serahkan segala galanya kepada nya dan dia akan melakukannya dengan cara nya..........Insyaallah


SETELAH MENGENAL DIRI PANDAI PANDAI LAH KAMU BERMOHON .(BERDOA)


KEMUKAKANLAH DIRI SEBENAR DIRI DALAM APA JUA PERBUATAN KITA.
( Rasa yang terasa tidak boleh hilang )


Dalam pengalaman penulis selama bertahun tahun, (sejak tahun 1975) kaedah diatas memang telah membawa hasil yang sangat baik dan berkesan sama ada di bidang perubatan atau lain lain masaalah kehidupan kita, Cuma kita perlu matikan fikiran kita dan serahkan segala galanya kepada Diri kita sebenar Diri, dan yang penting sekali bersikap bersabar,



DIRI TERDIRI DARI 4

Jika kita perhatikan dengan betul betul, kita ini terdiri dari :

1. Diri yang ku lihat

Ianya ialah jasad kasar atau tubuh kita ini yang kita dapat lihat dan rasa

2. Diri yang ku temui

Rasa rasa yang terasa dihujung jari jemari kita di panggil juga Diri yang ku kenal. ini ialah pancaran Diri yang terhasil apabila pintu pintu telah terbuka , dan dengan itu terpancarnya cahaya Diri atau pancaran Diri yang mengalir di dalam Diri sebenar Diri..


3. Diri yang ku kenal

Ianya di dalam jasad dan berupa saperti jasad,tapi ianya tidak nyata, kalau jasad di panggil Jasmani Diri Sebenar Diri di panggil juga Rohani
( Rasanya ialah getaran getaran halus di dalam jasad dan juga kadang kadang seram sejuk ) untuk mendapatkan ini, kita harus renung ke dalam.

4.Diri yang ku ketahui

Aku atau Roh kita


MULA… kita lihat kepada jasad kasar kita ini…………………. Selepas itu kita dapatkan rasa yang terasa di jari jari kita yang dinamakan pancaran Diri telah tembus. …..kemudian kita akan kenal pula Diri sebenar Diri yang diam di dalam jasad kita……..dan seterusnya kedalam lagi dan akan kita jumpa itu AKU.

Permulaan dalam membawakan ilmu ini, wajib lah kita dapat merasakan rasa rasa yang terdapat di hujung jari jari tangan kanan dan kiri kita. Kemudian gerakan gerakan tersendiri diluar kawalan kita.

Apabila kita perlukan sesuatu apa yang kita perlu lakukan ialah tumpukan akal fikiran kita kepada rasa yang terasa di hujung jari jari kita.

Dan kita teruskan beramal dengan latihan latihan gerak saperti yang saya nyatakan di atas di mana amalan kita ialah selalunya memohon keampunan dan keredhaan Allah yang maha besar. Dimana lama kelamaan rasa yang kita rasa di hujung jari jari tangan kita akan berkembang dan kita akan mula terasa rasa rasa di tapak tangan, lengan, muka, kepala dan akhirnya kita akan terasa di seluruh tubuh jasad kita, atau di tiap liang roma kita.

Dan akhirnya bolehlah di katakan kita akan merasa yang terasa itu di seluruh jasad kasar kita ini atau boleh lah di katakan ianya keluar pada tiap tiap liang roma kita.

Jika ini berlaku apa yang akan kita alami ialah satu rasa di umbun umbun kita yang rasa nya amat susah untuk di ceritakan di sini tetapi ianya begitu ketara sekali…….

Seterusnya makin lama kita bergerak makin sedikit atau makin pendek masa pergerakan kita, dan lama kelamaan (Insyaallah) yang tinggal hanyalah rasa yang terasa yang terasa.


BERBUAT DENGAN NYA(Memanafaatkan nya)

Apabila kita telah kenal Diri sebenar Diri kita yang di diam didalam jasad kita ini apa yang harus atau yang wajib kita lakukan ialah kita haruslah serah segala gala kepada nya.

Apakah maksud serah segala gala nya kepada nya??

Pertama : Bila kita bermohon dan dalam pergerakkan kita haruslah serah segala gala kepada nya. Ikuti gerak yang mendatang dari dalam itu dengan tanpa menggunakan akal fikiran, Cuma ikut pergerakannya dan perbuatannya.

(Nampak mudah tapi perlukan latihan demi latihan, ini di lakukan dalam permohonan permohonan kita.)

Kedua : Ialah kalau munkin, kita haruslah sentiasa ada rasa yang terasa itu dan kalau boleh kita sentiasa ingat kepada rasa (pancaran Diri) itu sentiasa, ini bermakna kita sentiasa kemukakan "Dia" kerana dalam apa jua keadaan kita sentiasa ada rasa yang terasa itu..

Jadikanlah Mengucap Dua Kalimah Syahadat itu sebagai pakaian kita, maksudnya kita mulakan setiap perkerjaan kita dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadat, mula membawa kereta, berjalan dan sebagainya semuanya kita mulakan dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadat.

Dan kalau mampu di dalam hati kita sentiasa Mengucap Dua Kalimah Syahadat bila kelapangan, tidak kira dimana dan bila, teruskan amalan ini dan insyaallah kita akan ingat Allah sentiasa. Maksud ingat di sini ialah ingat sebenar benar ingat bukan sekadar sebutan.
Saperti kata BBM "ingat saja, dia akan timbul (rasa dan terasa) dan serah pada nya segala masaalah, keinginan serta kehendak kita, Insyaallah akan berhasil kelak".

GERAK KEDALAM

BBM berpesan ( Dalam buku beliau Diri Yang Ku Kenal ) cari lah yang tergantung tidak bertali dan bertali tidak tergantung dan temukanlah ini dan baru lah terhasil apa yang di hajati. Oleh itu haruslah kita faham apa yang di maksudkan oleh BBM….yang membawa maana temukan lah Diri sebenar Diri dengan pancaran Diri, maksudnya rasa yang terasa itu hendaklah di rasakan di dalam jasad dan juga di jari jemari kita.
Kita lakukan ini apabila kita betul betul telah memahami gerak dan pergerakan Diri itu maksudnya tahu membawanya dan pandai pula kita mengikut geraknya, kita haruslah pula mendapatkan gerak Diri ( getaran getaran Diri ) di dalam jasad. Bagaimana caranya??


Renung kedalam:

Dalam pergerakan ini tidak ada permohonan apa apa Cuma tumpukan segala ingatan dan pemikiran kita kedalam jasad kita ini sehingga:

Pertama : Kita akan merasakan getaran getaran di jari jemari kita dan

Kedua : Akan timbul rasa getaran getaran halus di dalam jasad kita dan ini ialah getaran Diri sebenar Diri. Jadi kedua dua getaran dan rasa yang terasa ini di satukan dalam satu gerak automatic dan selepas tangan mula bergerak tumpukanlah segala pemikiran kita kepada rasa yang terasa di jari jemari kita.

Dengan ini kita telah dapat merasakan pancaran Diri sebenar Diri dan juga rasa Diri sebenar Diri yang rupanya sama saperti kita dan diamnya di dalam jasad disamping pembawaannya gerak yang automatik (Tersendiri)
Munkin latihan ini harus di lakukan berulang ulang hingga mendapat rasa yang terasa saperti yang di nyatakan di atas…..Insyaallah.



KEFAHAMAN PANCARAN, DIRI DAN AKU..............


PERBANDINGAN NYA SAPERTI BERIKUT, IBARAT LAMPU SULUH, CAHAYA LAMPU SULUH ITU IALAH PANCARAN DIRI…………………..LAMPU SULUH ITU IALAH DIRI SEBENAR DIRI…………………..DAN BATERI LAMPU SULUH ITU IALAH "AKU"




MEMBAWA BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT

Semua huraian, cara serta kaedah kaedah penggunaan Ilmu atau pengetahuan yang di asaskan oleh Bapak Baginda Muchtar ini insyaallah dapat di manafaatkan untuk dunia dan juga akhirat. telah di terangkan di atas dengan terperinci cara penggunaannya dan dapatlah di simpulkan di ini dalam apa jua tujuan kita dan apa juga kehendak atau keperluan kita, yang penting dan perlu di lakukan ialah penyerahan……serahkan segala galanya kepada Diri sebenar Diri yang telah di lahirkan itu dan insyaallah segala yang dilakukan (Geraknya) adalah untuk kebaikkan jasadnya, dan beliau ( BBM ) selalu mengingatkan kita supaya tidak menyulitkan Ilmu pengetahuan ini, dan pesanan nya " Tumpu pada rasa yang terasa dan ikut Gerak "

Dalam kita menjalankan kehidupan di dunia ini dan kita bawakan GERAK DAN RASA sebagai amalan kita dalam permohonan keduniaan, jangan pula kita lupa, apabila kelapangan di malam hari lakukanlah permohonan Minta Ampun, Minta Redha dan Minta Bersih…Bersihkan lah kita dari Sifat Sifat yang Buruk saperti Sombong, Bongkak , Rasa Hebat dan lain lain sifat yang di keji.

Andaikan lah kita menghadapi masaalah kehidupan dan lain lain lagi tentunya kita akan gunakan ilmu yang telah kita miliki ini, dan bila kita bergerak (memohan kepada Allah) tentunya kita akan memohon dengan penuh harapan, dan di sini lah satu latihan pengharapan kepada Allah yang kita lalui.

Kalau kita amati betul betul, latihan pengharapan ini juga kita lalui apabila kita menolong orang, saperti mengubat orang sakit, semasa kita bergerak tentunya pengharapan kita kepada penyembuhan kepada orang yang kita rawat itu amat tinggi, dan Allah sangat suka kepada orang orang yang hanya mengharap kepada "Dia".

Pengharapan ini lah yang kita lakukan pada tiap tiap permohonan atau masa kita bergerak, dengan penyerahan yang sungguh sungguh kepada Diri sebenar Diri dimana dia yang berbuat untuk keperluan kita dan dengan bertawakal yang tinggi kepada Allah yang maha besar insyaallah dimakbulkannya apa juga keperluan dan keinginan kita.

Telah di terangkan di atas bagaimana caranya kita bergerak atau memohon kepada Allah dan penyerahan kepada Diri dimana Dia yang berbuat atau memohon kepada Allah, Permohonan permohonan saperti….Minta Ampun…Keredhaan…..Selesai dan termasuk juga cara mengubati orang sakit dan Diri sendiri…

Kita beri contoh lagi untuk mudah di fahami cara cara membawa ilmu ini selain cara permohonan yang di terangkan di atas:

Katakanlah kita ada masaalah dan kita fikir akan masaalah kita itu, kita fikir atau kita bercakap kepada Diri kita sendiri (berkata dalam hati) "Macam mana aku nak selesaikan ……………….………………(masaalah sdr..) aku dah tak tahu nak buat apa dah ni"..kita tenang kan Diri dan fikiran, dan kita akan rasa satu rasa yang timbul di jari jari kita dan ianya mula bergerak, apa yang perlu di lakukan hanyalah serahkan kepada yang timbul itu serta tumpukan perhatian kita kepada rasa yang terasa itu, dan insyaallah dia (Diri sebenar Diri) akan menyelesaikan segala masaalah yang kita fikirkan tadi .

Apa yang berlaku dan apa yang harus kita lakukan adalah mengikuti nya dan membawakannya, tak ubah seperti perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Khaidir yang di riwayatnya dari Surah Al Kahfi Juz ke 15 ayat 60- 74 Nabi Musa hanya disuruh Tuhan belajar ilmu pengetahuan daripada Nabi Khaidir dengan syarat pertama sabar dan kedua hanya mengikut berjalan dengan apa yang telah di perbuat tanpa banyak soal tentang apa yang di lakukan oleh Nabi Khaidir .

Kita juga harus mengikuti akan gerak dan kerjanya tanpa banyak soal dengan menggunakan akal fikiran kita, atau kata lain serahkan sahaja kepada nya tanpa menggunakan akal fikiran kita, dan yang perlu hanyalah tumpukan fikiran kepada rasa yang terasa itu kerana di situ lah letaknya segala rahsia.




PERMOHONAN TAMBAHAN UNTUK DI JADIKAN AMALAN KITA

Selain dari permohonan asas saperti diatas dan juga permohonan permohonan (Doa) lain lain mengikut keperluan kita ada juga permohonan atau di panggil gerak yang mana akan insyaallah mempertingkatkan lagi tahap amalan dan kehidupan harian kita serta kefahaman tentang ilmu ini.

Anda akan diajar setelah di Ijazahkan


PENGALAMAN PENGALAMAN

Dalam membawakan ilmu ini ramai pengamal pengamal yang mengalami peristiwa peristiwa pelik dan ganjil dan ini memang perkara biasa dalam ilmu ini. Tujuan di paparkan disini semata mata untuk di ambil iktibar, menjadi pengajaran dan pengalaman yang berguna kepada ahli ahli yang lain sekiranya berlaku keadaan yang sama.

1. Ramai yang melihat cahaya di tapak tangan dan juga di hujung jari jari mereka.
2. Gerak Sembahyang.
3. Melihat Diri Sebenar Diri keluar dari jasadnya, dan biasanya ia keluar dari sebelah kanan dan duduk depan kita dan bila ia masuk kembali ke jasad ia akan memasuki jasadnya dari sebelah kiri.
4. Merasai pengalaman terawang awang di udara,
5. Melihat cahaya biru di tempat sujud di sejadah.


SEJARAH BAPAK DR. BAGINDO MUCHTAR


Muchtar bin Uddin atau lebih dikenali sebagai Bapak Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D. adalah pengasas (founder) Ilmu Mengenal Diri. Rujukan utama kepada pengetahuan Mengenal Diri yang beliau pelopori terkandung di dalam buku beliau yang bertajuk 'Diriku Yang Kukenal.' Buku ini adalah tesis yang melayakkan beliau untuk dianugerahkan ijazah kedoktoran (PhD) oleh St. Olav Academy, Perancis.

Bapak Dr. Bagindo Muchtar dilahirkan pada tahun 1916 di Pariaman, Padang, Sumatra. Ayahnya seorang dukun yang terkenal di daerah Pariaman dan seperti lain-lain dukun tradisional Melayu, beliau menggunakan serapah jampi dan mantera dalam upacara pengubatannya. Dalam tesisnya Bapak Dr Bagindo Muchtar merakamkan bahawa beliau pernah dijadikan anak angkat "oleh seseorang yang kemasukan untuk mendapat benda atau untuk keperluan sesuatu". Nyatalah bahawa sejak zaman kanak-kanak lagi beliau sudah terdedah kepada suasana mistik dan kebatinan, justeru tidak menghairankan juga jikalau Bapak Dr Bagindo Muchtar ikut tertarik kepada hal-hal kebatinan.

Bapak Dr. Bagindo Muchtar menjadi seorang anak yatim sejak kecil lagi. Beliau mempunyai bapa tiri (apabila ibunya menikah lagi) yang menurut beliau sendiri "boleh dikatakan sayang tidak, benci pun tidak". Ibunya bagaimanapun sangat menyayangi beliau, kerana beliaulah anak lelaki yang sulung dan kepadanya terletak harapan di hari-hari tuanya. Bapak Dr Bagindo Muchtar mempunyai seorang adik kandung lelaki dan seorang adik perempuan dari lain bapa. Pada ketika iktisar ini ditulis, adik perempuannya tinggal di luar kota Jakarta. Sungguhpun demikian, ibunya yang dikasihi telah pulang ke Rahmatullah sebelum sempat beliau memenuhi segala harapan dan cita-citanya.

Pada tahun 1935, iaitu ketika berusia 19 tahun dan baru tamat sekolah Belanda (IH), beliau telah merantau keluar dari daerah Padang. Destinasi pertamanya ialah Jambi dan di sana beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat minyak. Peningkatan dalam bidang pekerjaannya sangat mendadak sehingga dalam tempoh yang singkat ditukar ke bahagian carigali minyak di tengah hutan belantara Jambi. Sungguhpun begitu, kiriman wang kepada ibunya saban bulan tidak pernah putus.

Pada tahun 1938 beliau diijabkabulkan dengan anak pamannya (bapa saudaranya) yang bernama Nurmali Syamsudin dan mereka dikurniakan tiga orang anak yang kesemuanya perempuan; yang sulung Hajjah Elly Salam Ghani, Hajjah Mulyati Djonhar yang tengah dan Suryati Muchtar yang \bongsu.

Dari Jambi Bapak Dr. Bagindo Muchtar dan keluarganya berpindah ke Palembang dan bekerja dengan Bata Shell Petrolium Maskapai (BPM). Setelah kira-kira 20 tahun bekerja di Palembang, satu peristiwa aneh telah berlaku ke atas dirinya; ada suara menyuruh beliau berhenti kerja. Suara itu berturut-turut datangnya hingga ke beberapa hari, lantas menimbulkan tanda tanya, apa maksud kesemua ini?

Kejadian aneh itu direnung, ditenung dan ditimbang, sehingga beliau memutuskan untuk berhenti kerja. Kali pertama beliau menemui majikannya untuk minta berhenti kerja, permohonannya ditolak begitu sahaja dengan alasan bahawa tenaganya masih diperlukan. Dicuba lagi kali kedua, namum ditolak juga dengan alasan yang sama. Sampai satu ketika beliau memperolehi akal untuk mendapatkan surat doctor bagi 'mengesahkan' bahawa beliau sakit dan tidak boleh berkerja lagi. Dengan surat pengesahan itu, permohonan beliau untuk berhenti kerja diterima dan diberi pula ganjaran (gratuity) yang agak lumayan oleh majikannya. Dengan wang ganjaran berkenaan beliau bersama keluarganya pindah ke Jakarta dengan tujuan untuk membeli sebuah rumah dan dengan wang selebihnya pula beliau mahu berdagang. Beliau mendapati bahawa kota Jakarta tidak sesuai baginya, lalu terus ke Bogor. Bogor memikat hatinya, apa lagi dengan suasananya yang aman, udaranya yang nyaman dan tenteram pula. Cita-cita membeli sebuah rumah untuk keluarganya tercapai di Bogor. Meskipun baki wang ganjaran itu tidak banyak, beliau masih boleh jadikan wang untuk berdagang.

Kehendak dari kita, namun ketentuan hanya dari Tuhan. Di Bogor beliau menghadapi cubaan yang sangat berat, iaitu apabila isterinya (Ibu Nurmila Syamsudin) jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia "akibat dari buatan ahli keluarga isterinya sendiri dengan dibantu oleh seorang dukun; katanya mengubat akan tetapi kenyataanya tambah memperdalamkan penyakitnya". Isteri dikasihi dan dicintainya, yang banyak tahu dan mengerti padanya, dan yang telah bergaul sebagai suami isteri kira-kira 17 tahun, dengan suka duka mereka lalui bersama, meninggal pada hari Isnin 27 Februari 1955. Dicatatkan oleh Bapak Dr. Bagindo Muchtar bahawa sebenarnya rencana dari pihak ahli isterinya itu adalah terhadap badan dirinya dengan tujuan untuk dapat menguasai apa yang ada padanya. Mereka mengsyaki beliau memiliki banyak harta simpanan seperti emas dan sebagainya. Namun begitulah, beliau sendiri yang dituju, isteri tercinta pula yang jadi mangsa tak berdosa.

Setelah isterinya meninggal, timbul pula tuduhan terhadap dirinya bahawa beliau adalah punca isterinya jatuh sakit dan meninggal dunia. Malah diperkatakan pula bahawa beliau sendiri membunuh isterinya. Keterangan-keterangan daripadanya tidak diendahkan oleh masyarakat sekeliling, bahkan adik kandungnya sendiri tidak memihak kepadanya. Dalam thesis Bapak Dr. Bagindo Muchtar mencatatkan "… kerana telah terlebih dulu dikuasai dan dipengaruhi oleh pihak dukun dan ahli keluarga isterinya." Tambah Bapak lagi "… beliau dihukum tanpa diadili, tidak bersalah dikatakan bersalah, kemerdekaan dirampas dan harta-benda yang tak seberapa dikuasai pula."

Tubuhnya pada waktu itu sangat letih dan lemah kerana menghadapi peristiwa yang berlaku terhadap badan dirinya dan isterinya; berjaga-jaga siang dan malam, menangkis segala macam serangan yang datang. Dikala itu beliau berasa seolah-olah ada yang mendampinginya, iaitu yang ghaib melindunginya untuk bisa bertahan bagi menghindar hal-hal yang tidak baik terhadap badan dirinya. Malah dikala itu juga, beliau berasa hubungannya dengan Tuhan sungguh dekat, kerana ingatan serta pasrah semata-mata kepada-Nya. Pada waktu itu beliau hanya bertekad mahu menuntut keadilan. Namun keadilan itu tidak mungkin diperolehi dari masyarakat. Beliau tidak mengadu hal yang berlaku kepada pihak polis, kerana semua hal tidak mempunyai bukti yang nyata. Justeru, beliau bertekad mencari Tuhan semata-mata hendak menemui-Nya untuk memohon keadilan. Hanya itulah tujuannya waktu itu; menemui Tuhan untuk minta diadili, memohon keadilan semata-mata.


Memohon keadilan, seperti yang sudah sekian lama dilakukannya; berdoa kepada Tuhan semata-mata. Namun pada malam Jumaat itu, dia berasa tangannya seperti dikuasai oleh sesuatu denyut rasa yang aneh lalu kedua-dua belah tangannya bergerak, bergerak, bergerak dan bergerak Sesudah selesai sembahyang maghrib pada satu malam Jumaat, beliau menadah tangan memohon keadilan kepada Allah s.w.t. Itulah usahanya. Beliau tidak dapat menguasai (control) pergerakan itu, lalu dituruti pergerakan tangannya, sambil melafazkan "Lailaha il-Allah" dengan penuh kehairanan. Kejadian yang sama berulang-ulang pada malam kedua dan ketiga, malah beliau mula bercakap sendirian ketika 'bergerak'. Dan beliau menyedari bahawa tenaganya mulai pulih, kesihatannya semakin baik dan fikirannya semakin mantap. Apabila beliau dapati surat-surat penting seperti hakmilik rumah, barang-barang perhiasan, pakaian dan lain-lain barang berharga sudah tiada di almari, beliau mulai bertindak. Dengan perantaraan seorang sahabatnya, beliau minta disampaikan supaya kesemua barang-barang miliknya dikembalikan dalam waktu yang singkat. Malah beliau memberi amaran jikalau itu gagal dilakukan, beliau akan membawa persoalan ini kepada pihak polis. Alhamdulillah. Pihak yang 'memindahkan' barang-barang berkenaan dari orang-orang tertentu telah bertindak memulangkan, meskipun tidak kesemuanya. Namun, perasaan tidak puas masih menyelubungi hatinya yang mahu kepastian dari seseorang yang lebih tahu mengenai peristiwa yang telah beliau hadapi; iaitu siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah.

Seorang jiran menganjurkan supaya beliau menemui seorang ulama besar di Jawa Barat, yang sering didatangi orang dan pembesar-pembesar, pun tidak ketinggalan alim ulama dan konon khabarnya satu-satunya ahli falak yang terpandai dan ternama di Indonesia. Beliau diberitahu oleh ulama berkenaan bahawa dalam perkara itu memanglah beliau di pihak yang benar dan pihak yang melakukan kerja jahat (dalam kes almarhum isterinya) adalah ahlinya sendiri.

Sejak itu mulailah ada ketenangan dalam hatinya, namun rasa ingin membuktikan kebenarannya tatap masih terkesan dihatinya. Bersama anak-anaknya beliau pulang ke kampung halaman iaitu di Pariaman, Padang. Namun puteri-puterinya yang masih kecil sering pula bertanyakan mengenai ibu mereka. Bapak Dr. Bagindo Muchtar tidak sampai hati mendengar pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya yang masih kecil, lalu memutuskan untuk menikah lagi iaitu dengan Ibu Hajjah Hasnah. Ibu Hasnah bagaimanapun tidak mempunyai anak dengan Bapak Dr. Bagindo Muchtar.

Sesudah sebulan bernikah, Bapak Dr. Bagindo Muchtar mengambil keputusan untuk merantau bersama-sama dengan Ibu Hajjah Hasnah dan ketiga-tiga orang puterinya. Kali ini mereka sekeluarga pergi ke Jambi. Di Jambi, Bapak bekerja disebuah syarikat carigali minyak. Seorang teman sejawatnya telah meminta pertolongan Bapak untuk mengubat isterinya yang sakit sudah hampir dua tahun lamanya; sakitnya akibat perbuatan jahat. Pada temannya itu dia melihat kembali peristiwa yang pernah dialaminya sendiri. Beliau berasa sedih lalu memberi pertolongan kepada isteri temannya. Sesudah satu bulan, dengan izin Allah, isteri temannya kembali pulih seperti biasa. Beliau bagaimanapun menasihati temannya supaya meninggalkan Jambi, kerana temannya punya banyak musuh di Jambi. Justeru menghindar adalah lebih baik, Bapak sekeluarga dan temannya itu berpindah ke Medan. Di Medan temannya tinggal di rumah keluarganya sendiri, sementara Bapak sekeluarga pula tinggal di rumah keluarganya sendiri.

Di Medan, nama beliau mulai disebut-sebut orang, khususnya dalam bidang tolong-menolong, sosial atau di bidang perubatan. Tidak berapa lama di Medan, peristiwa ghaib yang beliau alami semasa di Bogor sewaktu isterinya baru meninggal dialami kembali. Beliau mulai bercakap-cakap bersendirian dan tidak mahu makan, malah minum kopi hanya seteguk sahaja. Apa yang diperlakukan orang terhadap badan dirinya diceritakan kesemuanya, sampai keluarganya di Medan menganggap beliau sudah tidak siuman lagi. Namun, kejadian-kejadian pelik itu juga menyebabkan beliau mula dikenal oleh bomoh-bomoh, pawang-pawang, orang-orang kebatinan dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang mencuba atau menguji dengan ilmu atau kepandaian masing-masing. Tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, cubaan, ujian atau dugaan mereka tidak menjejaskan, malah 'tenaga ghaib' anugerah Allah itu dapat diketahuinya dengan lebih mendalam. Namanya terus jadi sebutan masyarakat sekeliling, malah mereka tidak lagi mendatangi bomoh atau pawang di daerah itu. Sebaliknya mereka datang kepada beliau. Hal ini tentulah menimbulkan rasa tidak senang dan iri hati bomoh dan pawang di daerah itu terhadapnya.
dari aku cebisan diri detik ini 12:38:00 AM

Bapak Dr. Bagindo Muchtar bagaimanapun tidak duduk di rumah sahaja, tetapi mengembara dari satu daerah ke satu daerah di seluruh pulau Sumatera; ke Palembang, Siantar, Tebing Tinggi, Pelabuhan Miri, malah ke seluruh daerah atau jajahannya. Apabila kembali ke Medan, beliau melapangkan masa menemui orang-orang yang datang meminta tolong, sementara pada malam harinya pula dikhaskan untuk membimbing, memberi kuliah, berjalan bersama-sama dengan murid-muridnya. Sejak itu beliau dikenali di Medan sebagai ahli sarjana atau ahli ilmu tasawuf.

Setelah dua tahun di Medan beliau sekeluarga berpindah ke Padang. Kira-kira dua bulan di Padang, beliau pindah pula ke Palembang. Disana beliau terus mengajar dan memberi pimpinan kepada orang-orang yang berminat dengan ilmunya. Di sinilah (kira-kira tahun 1958) beliau mula menulis/mengarang bukunya 'Diriku Yang Kukenal.' (Penulisan buku ini tamat kira-kira 10 atau 11 tahun kemudian dan dikemukakan ke St. Olav's Academy, Perancis, sebagai tesis untuk melayakkannya memperolehi ijazah 'Doctor of Philosophy' yang diterimanya pada hari sabtu 12 Jun 1971)

Beliau masuk ke Singapura pada tahun 1960 dengan perantara Nasir Adnin dan pada kali keduanya ke Singapura beliau bersama Nasir masuk ke Malaysia (Tanah Melayu) melalui Johor Bahru dan kemudian terus ke Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain. Apabila berlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963, beliau yang ketika itu berada di Malaysia terpaksa balik ke Indonesia bersama Nasir melalui jalan darat dari Sabak Bernam ke Kelantan, Golok, Narathiwat dan terus ke Bangkok. Dari Bangkok mereka menaiki kapal membawa beras ke Jakarta.

Apabila konfrantasi berakhir pada tahun 1966, beliau bersama Nasir datang semula ke Singapura dan Malaysia. Sejak itu Bapak semakin kerap datang ke kedua-dua negara berkenaan secara bersendirian. Namun, pada pertengahan 1971, beliau dilarang masuk ke Singapura. Beberapa orang 'anak didik' Bapak Dr. Bagindo Muchtar sendiri dikatakan telah membuat laporan yang menyebabkan pihak Imigresen mengambil ketetapan untuk melarang kemasukan beliau ke negara berkenaan.

Pada tahun 1972, beliau sekeluarga pindah ke Jakarta dan sering berulang-alik ke Malaysia, apatahlagi semasa suami kepada anak yang sulung, Haji Salam Ghani berkhidmat di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Pada tahun 1973, iaitu ketika dalam siri lawatan ke Malaysia dan sewaktu mahu berangkat pulang ke Jakarta, beliau mengalami muntah darah. Keberangkatan pulang dibatalkan dan beliau dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur oleh anak dan menantunya Haji Salam Ghani. Beliau kemudian dipindahkan dari rumah Hospital Besar Kuala Lumpur ke Hospital Lady Templer, Cheras. Beliau tinggal di hospital berkenaan selama dua bulan. Walaupun dibenarkan pulang ke Indonesia, beliau sering datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil ubat dan menemui orang-orang kepercayaannya iaitu Haji Kamarudin Amin, Haji Jamil Samad, Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.

Pada tahun 1975, beliau ke Malaysia dalam rencana lawatan selama dua bulan. Namun baru sebulan sahaja berada di Malaysia, beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Jakarta. Sekembalinya dari lawatan itu, beliau jatuh sakit, tetapi masih berhasrat untuk ke Malaysia semula. Pada malam hari raya Aidilfitri beliau mulai payah bernafas dan pada keesokkan harinya dimasukkan ke rumah sakit. Beliau ditempatkan di wad jantung selama dua hari. Pada hari Jumaat 10 Oktober (jam 04.00 pagi waktu Jakarta), dihadapan isteri keduanya Ibu Hajjah Hasnah, ketiga-tiga puterinya, menantunya Haji Abdul Salam Ghani dan seorang anak didiknya bernama Ibu Yasmimar Alwi, Bapak Dr. Bagindo Muchtar pulang ke Rahmatullah.

Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Lunas, Kedah.

Biodata ini dipetik dari Koleksi Kuliah Edisi 2003 Pulau Pinang oleh Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim (Allahyarham)
Saya menerima nya di Jelutung, Pulau Pinang.

KAEDAH PEMBELAJARAN

Saperti yang telah di terangkan pada peringkat awalnya, Untuk mengenal Diri Sebenar diri, Diri itu haruslah di lahirkan atau pun di buka jalan bagi nya, yang akan kita dapat rasakan dan ini di lakukan dengan duduk dengan tenang di hadapan orang (Guru) yang akan membukakan pintu bagi Diri Sebenar Diri itu. Dan dengan zikir dan matikan segala pergerakan zahir, insyaallah akan lahirlah Pancaran Diri Sebenar Dira yang di cari itu. Masa yang di ambil untuk melahirkan Diri ini bergantung pada pelajar itu sendiri, ada yang kalau di izinkan Allah hanya mengambil masa 15 minit (untuk membuka nya) sahaja dan ada juga yang lebih lama (hingga 45 minit) dalam proses ini.

Hanya mereka mereka yang telah terbuka sahaja dapat menceritakan bagaimanakah rasa dan perasaan Diri sebenar Diri itu.

Harus diingat tidak ada unsur sihir dan lain lain yang Haram di sisi Syarak yang dilakukan, Hanya zikir dan Mengucap dua kalimah syahadah. Selebihnya penyerahan diri kepada Allah semata semata.

Bagaiman dengan Maharnya? yang juga di panggil upah bidan dan amalan ini telah di amalkan sejak dari awal perkembangan ilmu ini lagi iaitu pembayaran nya mengikut harga timbangan emas, ia itu 1 mayam emas.

Tetapi ramai dari orang sekarang tidak tahu akan nilai 1 Mayam emas ini:

1 Mayam emas .... bersamaan dengan 3.4gram.

Mahar nya ialah harga emas seberat 3.4gram

Disamping itu perlu juga Kain putih dan lain lain untuk istiadat Pengijazahan Ilmu Ini.( akan disediakan)

Penting

Ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan akan persamaan Ilmu Mengenal Diri ini dengan Ilmu Tenaga Dalam, Rheiki dan lain lain ilmu yang menjanjikan kehebatan Dunia semata mata, dan disini saya nyatakan bahawa Ilmu Mengenal Diri ialah untuk mengenal Allah, sesuai dengan Hadis Nabi yang berbunyi "Barang Siapa Mengenal Diri Nescaya Kenal Dia Akan Tuhannya"

PERINGATAN:

Ramai yang bertanya adakah setelah belajar ilmu ini kita tidak payah lagi mengamalkan syariat. Untuk pengetahuan semua, Ini adalah satu ilmu pengetahuan, dengan itu syariat tetap syariat dan ilmu ini tidak mengubah sebarang hukum. HARAP MAKLUM.
(Penulis)

Terima kasih

Sent from my Samsung Galaxy Tab

KESEDIHAN SI MATI





Muhammad saw telah berkata bahawa tidak seorangpun yang telah meninggal dunia merasa sedih dan kesal, kerana ia meninggal dunia. Bukan itu, tetapi ia merasa seratus kesal kerana kehilangan peluang. Lalu ia berkata "kenapa aku tidak menjadikan mati itu matlamatku, padahal mati itu rumah stor segala kekayaan dan kebaikan, dan kenapa, kerana melihat "keduaan" aku memandang tepat pada bayang-bayang yang hilang tatkala masa ia ditakdirkan hilang?"
Kesal si mati bukan kerana mati, tetapi adalah kerana mereka berada dalam bentuk ujud bayang-bayang atau khayali. Mereka tidak melihat buih itu digerakkan dan ditimbulkan oleh laut.
Apabila laut telah melemparkan buih itu kepantai, katalah kepadanya "Di manakah kekuatan gerak anda sekarang?" Dengarkanlah mereka menjawab "Tanyalah pada laut, jangan tanya pada kami."
Bagaimana buih terumbang-ambing tanpa ombak?.
Bagaimana habuk berterbangan tanpa angin?
Apabila terpandang habuk berterbangan, nampaklah angin, Apabila terpandang ombak terumbang-ambing, nampaklah laut..
Marilah, lihatlah, makrifat itulah yang dapat memandang, Daging dan darah, urat dan tulang tidak dapat melihat. Serapkan seluruhmu dalam pandangan. Jadilah pandangan itu sendiri. Satu mata hanya memandang yang nyata saja. Yang satu lagi melihat alam rohaniah dan terus melihat Wajah Tuhannya.

Aku




PENDAHULUAN (AKU)
Kita selalu merujuk diri kita sebagai AKU. Kita berkata, "Ini Aku" , "Ini Aku punya", "Ini badan Aku", "Nama Aku si-anu", dan "Nama bapa Aku si-anu", dan sebagai nya.Pernahkah kita terfikir siapakah AKU kita itu? Apakah AKU kita itu? Siapa sebenarnya AKU itu?
Selamat memaca dan memahaminya.
Penjelasan yang pertama.
Pernahkah anda terfikir siapakah AKU itu?Pernahkah anda terbayang apakah AKU kita itu?Sebenarnya AKU kita ini adalah ROH kita, bukan badan kasar ini. Badan kasar ini akan mati sekiranya tiada ROH. Sekiranya tiada ROH, badan kita akan hancur binasa.ROH kita inilah diri kita yang sebenarnya,.
ROH ini hidup dan tidak akan mati. ROH inilah juga zat diri kita.ROH ini juga limpahan Yang Maha Hidup iaitu Allah SWT. Allah itu hidup. Dia mempunyai sifat hidup. Maka hidup(ROH) kita adalah limpahan dari hidup Allah itu.ROH ini juga digelar "bayangan" Yang Maha Hidup itu. ROH itu bayang kepada Yang Empunya Bayang.
Yang Empunya Bayang itu ialah Allah, dan ROH kita itu adalah "bayangan" Allah itu. Demikian pendapat-pendapat ahli-ahli Sufi.Allah itu tidak kelihatan, Maha Ghaib dan tidak ada satupun yang seumpama denganNya. Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan. Ibarat angin, kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin itu ada? Jawabnya, kita tahu adanya angin itu kerana ada kesannya.
Bila daun pokok bergoyang, kita tahu angin sedang bertiup. Kalau kita rasa hembusan, maka itu adalah hembusan angin, sebagainya. Goyangan daun dan rasa hembusan itu adalah tanda-tanda adanya angin. Kita tidak nampak angin tetapi kita tahu adanya angin melalui tanda-tandanya.Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT. Kita tidak nampak DIa, tetapi kita rasa dan percaya adaNya melalui tanda-tandaNya.
Tanda-tanda Allah itu ialah alam semesta raya ini. Tanda-tanda ini dalam bahasa Arab ialah "ayat".Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah ayat-ayat Allah belaka.ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya disisi Allah yang Maha Tinggi.
ROH inilah yang mengenang Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengenang Allah sahaja. Seolah-olah makan minumnya "zikrullah" sahaja.ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. Najis padanya ialah menyekutukan Allah. ROH ini sangat cinta kepada Allah SWT. Ia memuja dan memuji Allah sentiasa. Allah itu kekasihnya. Cukuplah Allah itu baginya.Demikian perhubungan Allah dengan ROH, menurut pandangan ahli-ahli Sufi. 
Penjelasan yang kedua
Tahukah anda bahawa AKU anda itu adalah ROH yang datang dari Allah, hidup dengan Allah, dan kembali kepada Allah. Allah itulah pengkalan tempat bertolak, lautan yang dilayari dan pelabuhan tempat berhenti.Jika dikaji dalam-dalam anda akan sedar dalam pandangan kerohanian bahawa Allah itu adalah tempat permulaan perjalanan kita.
Dialah tempat perjalanan itu sendiri, dan Allah itu jugalah destinasi akhir perjalanan hidup ini.Tempat bertolak, perjalanan dan destinasi yang dimaksudkan disini bukanlah dari segi pandangan fizikal yang tertakluk kepada ruang dan waktu.
Tempat perjalanan dan destinasi yang dimaksudkan di sini iailah dari segi pandangan rohaniah, perasaan dan khayali(thought) kita.AKU atau ROH kita adalah tanda-tanda atau ayat-ayat Allah. ROH itu juga bayanganNya dan penzahiranNya. Dari segi pandangan kerohanian, Allah itulah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Batin dan Yang Zahir.
Penjelasan yang ketiga
AKU yang paling dalam itu bersifat kerohanian. Jika AKU itu dibersihkan pandangannya melalui zikrullah dan latihan kerohanian orang-orang Sufi, maka AKU itu akan mencapai satu tahap pandangan dimana ia rasa wujud ini adalah Esa juga.
Menurut pandangan ini, wujud itu ada bertingkat-tingkat, bertahap-tahap, dan pelbagai aspek, namun ia tetap satu. Segala yang ada kelihatan, baik yang zahir mahupun yang batin, semuanya satu wujud sahaja, pada hakikatnya. Inilah pandangan AKU yang paling dalam.
Penjelasan yang keempat
Sekali lagi diulangi bahawa AKU anda itu adalah ROH anda dan itulah juga diri anda sebenarnya.AKU itu juga adalah ayatollah (tanda-tanda Allah) kerana seluruh alam raya, yang ghaib dan yang nyata, adalah tanda-tanda wujudnya Allah SWT.AKU itu juga digelar ROHULLAH (ROH ALLAH) kerana ROH itu adalah hembusan dari ROH ALLAH atau limpahan dari ROH ALLAH
.AKU itu juga digelar Nurullah ( cahaya ALLAH) kerana setiap roh itu adalah cahaya. Digelar cahaya kerana setiap yang menampakkan sesuatu digelar cahaya . Nabi-Nabi itu cahaya Allah kerana melalui Nabi-Nabi itu kita dapat mengenal Allah melalui ajaran dan didikan mereka.
ROH itu cahaya kerana melalui ROH itu kita kenal dan 'nampak' Allah.AKU itu juga digelar Ma'lum dalam ilmuNya. Ma'lum ertinya 'yang diketahui'. Allah itu 'alim ( yang mengetahui). Setiap yang mengetahui tentu berpengetahuan (berilmu). Allah itu berilmu, sebab itulah ia 'alim. Setiap yang 'alim tentu ada ilmu dan ada perkara yang diketahuinya.
Perkara yang diketahui itu digelar Ma'lum (yang diketahui). Allah itu ada ilmu dan dalam ilmuNya ada Ma'lum. ROH kita ini termasuk dalam ilmu Allah. Maka ROH kita itu Ma'lum Allah. Maka itulah dikatakan ROH itu Ma'lum dalam ilmu Allah.
Penjelasan yang kelima
AKU atau ROH itulah yang dapat mengenal Allah SWT bukan badan kasar ini yang mengenalNya. Melalui ROH itu kita mengenal Allah. Wadah atau bekas tempat Allah mentajallikan (menzahirkan) dirinya kepada kita ialah ROH kita. ROH itu digelar juga hati. Bukan hati fizikal itu tetapi hati yang bersifat kerohanian. ROH itu memiliki kesadaran (consciousness). Kesedaran tentang wuudnya Allah dan sifat-sifatNya yang terzahir dalam alam semesta raya ini. Yang melihat penzahiran atau tajalli itu ialah ROH kita.
Penjelasan yang keenam
AKU ini memang hampir dengan Allah. AKU dan Allah tidak bercerai-berai dari dulu, sekarang dan selamanya. Ibarat ombak tidak bercerai dengan laut. Dari sudut manapun Wujud Semesta Raya itu tetap mengelilingi AKU. Ia meliputi AKU dari kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang, luar, dalam bahkan dari mana sahaja. " Hampir" dan "Mengelilingi" itu bukanlah dari segi ruang dan waktu yang boleh diukur dengan panjang, lebar, dalam, atau dari segi masa dan waktu.
Hampir dan mengelilingi itu adalah dari segi pandangan rohaniah atau kerohanian. Hanya orang yang berada dalam pengalaman rohaniah sahaja yang faham akan maksudnya. Wujud semesta itu "meliputi", "merangkumi", "berpadu", dan "bersatu" dengan AKU. AKU terserap dalam Wujud Semesta ini.
Penjelasan yang ketujuh
Dari segi aku atau ROH atau diri, wujud AKU "bersatu" dan "berpadu" dengan Wujud Yang Esa dan Semesta itu. Kelihatan pada AKU bahawa Allah itu batin dan AKU itu zahirnya. Allah itu hakikat dan AKU itu bayanganNya. Dia asal dan AKU terbitanNya. Dia elektrik dan AKU lampu. Dia dalang dan AKU boneka. Gerak AKU digerakkan olehNya.Ini adalah pandangan kerohanian yang paling dalam.
Penjelasan yang kelapan
Memang AKU itu ada(wujud). Wujudnya dengan limpahan Wujud Yang Maha Agung (iaitu Allah). Hidup AKU limpahan hidupNya. AKU berdaya limpahan dayaNya. Berkuasanya dan berupayanya AKU adalah limpahan kuasa dan upayaNya. Aku berkehendak dan Diapun berkehendak. Kehendak AKU tertakluk kepada kehendakNya."Limpahan" disini bererti kurniaan atau terbitan atau penzahiran atau keluaran ataupun kesan.
Yang Maha Wujud itu Allah. AKU dan alam semesta raya adalah limpahan nama-nama dan sifat-sifat Yang Maha Wujud itu. Setiap nama dan sifat Allah terzahir pada AKU dan alam semesta raya ini.Itulah pandangan AKU yang bersifat kerohanian.
Penjelasan yang kesembilan
AKU ini ada sifatnya iaitu hayat atau hidup, ilmu atau pengetahuan, pendengaran, penglihatan, kudrat atau kuasa, iradat atau berkehendak, dan berkata-kata. Semua sifat-sifat ini adalah limpahan dari sifat-sifat Allah belaka.AKU yang hakiki itu tiada bercerai dan tiada terpisah dengan sifat-sifat Allah dan Allah itu sendiri. Wujud AKU itu sebenarnya diserapi oleh Wujud Semesta Raya itu. Iilah pandangan AKU yang bersifat rohaniah.
Penjelasan yang kesepuluh
AKU yang bersifat rohaniah semata-mata itu terasa cukup baginya Allah sahaja. Allah itulah segala-galanya bagi AKU. Kepada Allah itulah AKU itu mengadu dan berharap. Pandangannya tertumpu pada Allah. Tenggelamlah AKU itu dalam lautan Ketuhanan Allah Yang Maha Luas dan Dalam.
Dalam keadaan perasaan menyerap dalam Lautan Ketuhanan Yang Maha Luas dan Dalam itu, AKU tidak berasa takut, tidak berasa dengki, tidak berasa kecil hati sesama makhluk.Pada pandangan AKU itu, makhluk itu hakikatnya tiada apa-apa. Wujud makhluk bukan hakiki, hanya bayangan sahaja iaitu bayangan wujudnya Allah. Hanya Allah jua yang wujud. Demikian pandangan AKU.
Penjelasan yang ke-11
Sungguhpun AKU itu berpandangan seperti yang tersebut dalam enjelasan-penjelasan yang terdahulu itu, namun AKU tidak akan menjadi DIA (iaitu Allah). AKU tetap AKU, DIA tetap DIA. Tetapi AKU dan DIa "bersatu" dan "berpadu" seolah-olah menjadi SATU.
Ibarat bersatunya ombak dengan lautan, bersaatunya air dengan ais.Pandangan ini bukan pandangan dari segi fizikal, akal dan berangan-angan, tetapi adalah pandangan ROH iaitu ROH yang dibersihkan dengan Zikrullah dan latihan jiwa dalam jangka waktu yang lama, dengan bimbingan guru sufi yang pakar dalam bidang Kerohanian dan Ketuhanan.
Penjelasan yang ke-12
Setelah mencapai tahap pandangan ROH yang tinggi itu, maka kemana sahaja ROH itu menghadap di sana terzahir wajah Allah seolah-olah Ia berada dimana-mana jua.Berkatalah mereka yang mengalami pandangan demikian:Maha hampir tidak terkira Bersatu bersama sehati sejiwa Maha jauh namun hampir jua Gerakku gerak Dia Diamku diam Dia Tindak-tandukku tindak-tanduk Dia Berkata mereka lagi:Hidupku pancaran hidupNya Diriku bayangan diriNya Sifatku gambaran sifatNya Semua kata-kata mereka itu hanya ibarat, perumpamaan untuk menjelaskan perasaan dan pandangan ROH mereka.
Antara lain kata mereka:Kalau Dia matahari akulah cahayaNyaKalau Dia lautan akulah ombakNyaKalau Dia masin akulah garamNya Kalau dia manis akulah gulaNya Aku seorang berdua denganNya Tapi aku berpadu denganNya Maha dekat disamping maha jauhNya Oh! Alangkah hebat wujudNya Wujudku tenggelam dalam wujudNya Fana dan Baqa dalam adaNya.
Demikian pandangan orang-orang Kesufian yang telah mencapai peringkat serasa seolah-olah berserta dengan Wujud Yang Maha Esa itu. Mereka mencapai tahap demikian kerana mereka menumpukan seluruh pandangannya terhadap Yang Maha Wujud itu dan penuh cinta denganNya.
Orang yang tidak pernah menjalani latihan rohaniah dan tidak tahu hal-hal kerohanian yang mendalam dan tidak pernah menempuh jalan kerohanian, mereka jangan cuba-cuba mentafsirkan sendiri pendapat mereka itu takut nanti tersesat pula.
Penjelasan yang ke-13
AKU datang dari Allah. AKU adalah ma'lum(yang diketahui) dalam ilmu(pengetahuan) Allah. Kemudian AKU berada di alam ROH. Bila sampai masanya hendak lahir ke dunia ia dihembuskan ke bakal bayi dalam rahim ibu. Cukup masanya dalam rahim ibu itu, ia pun lahir ke dunia bersama adan fizikal yang berbentuk bayi.AKU akan berada di dalam alam dunia sampai ajalnya sampai.
Kemudian ia masuk pula ke alam Barzakh. Setelah berada sekian lama, maka ia akan dipertimbangkan di Hari Pengadilan. AKU akan masuk syurga atau neraka. Mudah-mudahan janganlah masuk neraka hendaknya. Maka AKU kembali ke hadrat Allah SWT. Dari Allah AKU datang kepada Allah AKU kembali. Di sana kekallah hidup bersama dengan Yang Maha Hidup (iaitu Allah) selama-lamanya. Itulah perjalanan AKU. Mengembara dari satu alam ke satu alam.
Penjelasan yang ke-14
AKU itu sebenarnya bebas merdeka. Ia hanya bergantung kepada Yang Maha AKU(iaitu Allah). Ia tidak memiliki apa-apa. Ia hanya menerima limpahan wujud dari Yang Maha Wujud.AKU tidak patut dipuji kerana ia "kosong". Yang Maha Wujud Hakiki hanya Allah. AKU tidak memuji Ghairullah (selain Allah) kerana Ghairullah itupun kosong juga. Yang patut dipuja dan dipuji hanya yang Wujud Hakiki itu sahaja.AKU hanya satu sinaran dari Matahari Ketuhanan. AKU hanya satu ombak dari lautan Ar-Rahman(iaitu Allah). AKU hanya satu ayat dalam karangan Al-Haq(yang benar) iaitu Allah. AKU hanya sebutir pasir dalam padang pasir Wujud Yang Maha Meliputi dan Maha Luas. AKU hanya satu bayangan dari bayangan Dia Yang Maha Ada. Itulah AKU yang tidak terpisah dengan Tuhanku.
Penjelasan yang ke-15
AKU miskin papa, lemah, tidak berdaya dan tidak punya apa-apa. Yang Kaya Raya, Yang Gagah Perkasa, Yang Kuat dan Berdaya dan memiliki segala-galanya iailah Yang Maha Kaya dan Maha Kuat itu juga. Itulah Allah SWT.Hidup AKU kembali ke hidupNya. Gerak AKU kembali kepada gerakNya. Diam AKU kembali ke diamNya. Sifat AKU kembali ke sifatNya.
Nama AKU kembali ke namaNya. Amalan AKU kembali ke amalanNya. Wujud AKU kembali ke wujudNya.Memang benar, AKU itu akan kembali kepadaNya, laksana cahaya kembali ke matahari, seperti ombak kembali ke laut. Tempat kembali itulah tempat AKU sebenar.
Penjelasan yang ke-16
Sebagaimana tersebut dahulu, AKU itu adalah ROH. Itulah diri. ROH ini tidak tertakluk kepada ruang dan waktu. Ia bukan tua dan bukan muda. Tua dan muda itu hanya bagi jasmani dan keadaan dunia ini sahaja. Semua ROH adalah sebaya sahaja. Nabi Adam AS sebaya dengan Nabi Muhammad SAW. Kita sebaya dengan moyang kita. Begitulah sebagainya.
Tiada tua dan muda bagi ROH. ROH tercita serentak sekaligus sahaja.Kemudian ROH itu dilahirkan ke dunia melalui rahim ibu dengan badan kita sebagai sangkar atau sarungnya. Ia dilahirkan ke dunia menurut masa yang telah ditentukan. Siapa yang ditakdirkan lahir dahulu dialah yang tua dan siapa yang lahir kemudian dialah yang muda.Dari segi rohaniah atau kebadanan ada tua dan ada yang muda, tetapi dari segi ROH sebaya sahaja.AKU juga tidak tertakluk kepada tempat. AKU bukan Barat dan bukan juga Timur. Bukan juga dari Utara dan bukan juga dari Selatan.
AKU tidak tertakluk kepada arah dan tempat.AKU juga bukan tertakluk kepada bangsa. AKU atau ROH bukan berbangsa itu dan bukan berbangsa ini. Bangsa-bangsa itu hanya wujud dalam dunia nyata ini. Di alam AKU tidak ada bangsa-bangsa.AKU adalah ma'lum dalam ilmu Allah, wujud dalam wujud-NYA. AKU adalah penzahiran sifatNya. Demikian AKU tenggelam dalam Yang Maha Aku (iaitu Allah SWT).
Penjelasan yang ke-17
AKU tidak terkotorkan oleh kencing dan tahi. Tidak ada najis fizikal yang dapat mengotorkannya. Ibarat cahaya matahari, cahaya itu menyinari najis dan benda-benda kotor, namun cahaya itu tidak akan kotor. Ia menyinari tempat wangi dan tempat busuk, tetapi cahaya tidak akan wangi dan busuk, kotor atau bersih.Najis pada AKU itu ialah syirik, menyekutukan Allah, mengatakan Allah lebih dari satu. Itulah najis bagi AKU.
AKU yang bertauhid adalah ROh yang suci. ROH itu pada hakikatnya sentiasa percaya dengan adanya Allah dan mengesakanNya. Hanya setelah sampai kealam dunia barulah ROH itu tercemar oleh pengaruh keduniaan, pengaruh iblis dan syaitan, pengaruh kebendaan, pengaruh nafsu serakah dan sebagainya.Kita perlu membersihkan jiwa atau AKU kita kembali sebagaimana aslinya dengan zikrullah (mengingat Allah) dengan lisan, hati dan perbuatan.
Zikrullah itu ibarat air mutlak yang membasuh dan menyucikan najis syirik dari AKU itu. Bersihkanlah AKU itu hingga fana' (terasa diri kosong, tiada apa-apa) dan kemudian mencapai setingkat lagi ke peringkat 'baqa' (terasa diri sentiasa bersama Allah). Terasa Allah ada dimana sahaja kita berada.AKU yang bersih atau diri yang suci adalah diri yang mengesakan Allah hingga tidak terasa adanya diri. Yang ada hanya DIRI YANG BERDIRI SENDIRINYA iaitu Allah SWT.
Penjelasan yang ke-18
AKU yang hakiki itu tidak tertakluk kepada warna kulit dan bangsa. AKU itu bukan putih, hitam manis, kuning dan sebagainya. Sebagaimana adanya warna pada badan. AKU tidak ada warna dan tidak berbangsa-bangsa seperti bangsa Cina, India, Melayu, Arab dan sebagainya.Badan kita berasal dari unsur-unsur tanah, air, api, dan udara tetapi ROH kita bukan dari unsur-unsur dunia nyata ini. AKU ghaib dari pandangan mata kasar namun ia tetap wujud.AKU berasal dari tempat yang paling mulia. AKU berasal dari Yang Maha AKU (iaitu Allah). AKU berasal dari ilmu Allah masuk ke alam jasad ini dan kemudian kembali kepadaNya. Jadilah ROH itu sebagai Nur Allah sahaja. Ia pun kembali ke tempat asalnya iaitu ke hadrat Allah SWT.
Penjelasan yang ke-19
AKU ini pada hakikatnya adalah boneka yang dilakonkan oleh Dalang (iaitu Allah). AKU ini dari satu ibarat lagi iailah keris yang dihunus oleh pendekar. AKU tidak berdaya upaya, gerak dan diam AKU adalah digerakkan dan didiamkan oleh Allah. Adanya AKU adalah limpahan dari adanya Allah.Allah itu hakiki. AKU itu majazi atau relative sahaja. Kalau difaham dan diselidiki secara mendalam, akan terasa bahawa yang ghaib dan yang zahir dan yang awal dan yang akhir adalah Allah sahaja.Pendeknya pada pandangan orang yang sangat hampir dengan Allah, alam dan dirinya lenyap sama sekali dan tinggallah Allah semata-mata. Ini dipandang oleh ROH yang bersih dan suci dan mentauhidkan diri kepada Allah semata-mata.
Penjelasan yang ke-20
AKU yang hakiki itu adalah nurullah (cahaya Allah) kerana dengan ROH, Allah kelihatan. Sesuatu yang menampakkan sesuatu yang lain adalah cahaya. Tanpa cahaya gelap gelitalah segala-galanya.AKU juga ayatollah (tanda-tanda Allah) kerana ROH itu tanda-tandanya adanya Allah.AKU juga digelar Rohullah kerana ROH itu adalah hembusan dari Roh Allah. Itulah AKU yang hakiki.AKU dan alam semesta adalah penzahiran atau tajlli Allah.
AKU ini adalah alam ke kecil kerana semua perkara yang ada dalam alam besar ini ada salinannya atau penzahirannya dalam alam kecil.Alam semesta ini juga digelar Insan Kabir(manusia besar) kerana semua yang ada dalam alam kecil ini ada kenyataannya dalam alam besar.Insan Saghir(manusia kecil) ini adalah diri(ROH) manusia itu dan Insan Kabir itu adalah alam semesta raya yang ghaib dan yang nyata. Alam kecil adalah Insan Saghir iaitu Manusia dan Alam Besar adalah Insan Besar iaitu Alam Semesta Raya.Demikian pendapat Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism).
Penjelasan yang ke-21
Dalam alam dunia ini kita katakana si anu itu orang Bandar dan si anu itu orang kampong ataupun si anu itu berada di pejabat atau berada di rumah. Semua itu menunjukkan tempat dalam alam nyata ini. Tetapi bagi ROH itu semua tidak ada. Ia bebas dari tempat atau arah atau masa atau waktu.ROH itu hidup. Ia tidak tertakluk kepada alam nyata atau alam kebendaan. ROH itu hidup dengan limpahan Yang Maha Hidup. Demikianlah AKU.
Penjelasan yang ke-22
AKU memang berserta dengan Allah, sejak dari dahulu hingga akan datang atau sejak awal hingga akhir. Tidak pernah bercerai dan berpisah dengan Yang Maha Aku(iaitu Allah). Sejak dari dalam ilmu Allah hingga sampai ke alam akhirat yang tidak ada hujungnya, AKU tetap bersama Allah.AKU tidak keluar dan tidak masuk dalam lengkongan Allah.
AKU itu memang berada dalam lengkongan Allah sahaja. Kalau Allah itu diibaratkan sebagai lautan, maka AKU itu ikannya. Ikan itu sentiasa dalam lautan dan tidak akan hidup tanpa air lautan itu. 'Masuk' dan 'Keluar', 'berpisah' dan 'bersatu', tidak termasuk dalam kamus AKU. AKU bukan seperti badan kasar yang tertakluk kepada ruang dan zaman.AKU menyerahkan dirinya dan nasibnya kepada Yang Maha AKU. Cukuplah Dia mengawal dan memelihara AKU.
AKU tidak perlu pada yang lain lagi. Tidak perlu pertolongan dari ghairullah(selain Allah), bahkan tidak ada ghairullah pada pandangannya. Cukup Allah bagi AKU.
Penjelasan yang ke-23
AKU bodoh. Dialah yang mencerdikkan AKU. AKU lemah Dialah yang menguatkan AKU. AKU tidak tahu, Dialah yang memberiku tahu. AKU papa kedanan, Dialah yang memperkayakan AKU.AKU bertanya, memohon, berharap kepadaNya sahaja. Seolah-olah AKU dan DIA berpadu dan bersatu dimana dan bila sahaja. Dan DIA ada dalam kesadaran (consciousness) AKU.
Renunglah ke dalam AKU. Dia berada dalam kesadaran AKU. Maha Halus dan Maha Seni. AKU terdengar bisikanNya. Dalam waktu sunyi sepi, paling baik mendengar bisikan hati nurani. Tanpa huruf, tanpa suara, tetapi AKU faham segala-galanya.AKU kenal Dia dalam kesadaran batinku kerana AKU berhubung dengan Dia tanpa menyekutukanNya. Inilah satu hasil zikrullah.
Penjelasan yang ke-24
AKU wujud dalam lautan Yang Maha Wujud. AKU sentiasa berada dalam lautan itu. Dalam lautan itulah AKU bermastautin. Itulah lautan wujud.
Penjelasan yang ke-25
AKU memang ada kesadaran, limpahan Yang Maha Sedar(iaitu Allah SWT). Kesadaran AKU meliputi alam nyata dan alam ghaib, alam dunia dan alam akhirat. AKU sedar semua itu.
Semua perkara itu ada ilmuku. Allah ada dalam kesadaran AKU. Begitu juga makhluk ada dalam kesadaran AKU. Segala yang ada dalam kesadaran AKU itulah ilmu AKU. Syurga, neraka, malaikat dan iblis ada dalam kesadaran AKU. Semua yang ada dalam ilmu atau kesadaran AKU itu adalah penzahiran Allah dalam kesadaran dan ilmu AKU.
Penjelasan yang ke-26
AKU sentiasa cinta kepada DIA (Allah). Tidak mahu berpisah dan berjauhan dengan DIA. AKU sentiasa ingatkan DIA. Terasa azab jika tidak mengingatiNya. Puja dan puji hanya untuk DIA belaka. Perasaan cinta ini tidak akan ada pada AKU jika tidak dengan anugerahNya juga. Alangkah kerdilnya AKU berada dalam majlis DIA.
Penjelasan yang ke-27
Dari pandangan ROH atau AKU yang hakiki, AKU tidak memiliki apa-apa tetapi ia dimiliki oleh Yang Maha Kaya (iaitu Allah).AKU diperbadankan untuk menjalani hidup di dunia fana ini. AKU juga diberi nafsu. Kalau AKU ditakluki oleh badan dan nafsu, maka binasalah AKU itu, tetapi jika AKU yang menkluki badan dan nafsu, maka selamatlah AKU itu.
AKU membawa kita menuju Allah dan menyedari hakikat dirinya dan Tuhannya. Nafsu serakah membawa kita jauh dari Allah dan lupa akan hakikat diri kita. Lantaran itu hanyutlah ia dalam larutan kelupaan dan kesesatan dan akhirnya ia akan menyesal setelah ia meninggalkan badannya. Setelah ROH berpisah dari badan, maka sedarlah AKU itu kembali akan keadaan dirinya yang sebenar.
Penjelasan yang ke-28
Badan kita ini amat kerdil, ibarat sebutir pasir di padang sahara, setitik air di lautan luas, sebiji bintang di cekrawala, melukut di tepi gantang, masuk tidak bertambah dan keluar tidak mengurang. Betapa kecil dan kerdilnya badan kita. Itulah wajah zahir AKU.Tetapi kalau kita renung ke wajah batin kita, dia paling mulia, paling tinggi martabatnya, mengatasi segala makhluk dan malaikat. AKU itu suci dan wangi, sangat hampir dengan Ilahi. Dialah cahaya Allah, Dialah ayat-ayat Allah, Dialah ROH Allah, Dialah bayangan dan penzahiran Allah.AKU yang hakiki itu sangat mulia, tiada tertanding oleh sekalian makhluk. Dia bertasbih setiap ketika, memandang Allah dengan kasihnya, rindu dendam tiada terkira. Itulah AKU yang sebenarnya.
Penjelasan yang ke-29
Berbagai-bagai cara orang hendak mengenal dirinya atau AKUnya. Ada yang melalui meditasi, pertapaan, mengosongkan fikiran, latihan jiwa yang menyiksakan badan dan sebagainya. Tetapi bagi oaring-orang Sufi ialah dengan Zikrullah yang diajar oleh guru-guru Sufi yang pakar. Dengan berzikir dan melalui bimbingan Syeikh Mursyid sampailah seseorang itu pada tahap mengenal dirinya atau AKUnya.Orang-orang Sufi ada menjelaskan bahawa "Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka akan kenallah ia akan Tuhannya". Ini bukan bermakna DIA jadi Tuhan. Apabila seseorang itu kenal gambar, maka kenallah ia akan orang yang digambarkan. Apabila seseorang kenal akan bayang dalam cermin, maka kenallah ia orang yang punya bayang. Fahamkanlah!
Penjelasan yang ke-30
Orang yang memasuki jalan kesufian (Tareqat Sufiyah) adalah sebenarnya memasuki pengembaraan iaitu pengembaraan AKUnya menuju Allah SWT. Pengembaraan ini bukan dari tempat ke tempat atau dari masa ke masa, tetapi pengembaraan ini adalah pengembaraan dalam kesadaran AKU, beredar dalam pengalaman kerohanian atau kejiwaan. Hanya jiwa yang merasainya, tidak kelihatan oleh mata kasar.Tetapi setelah sampai ke destinasi (tempat dituju) iaitu kesadaran bahawa AKU ini fana dalam Allah dan Baqa(kekal) denganNya, barulah AKU itu sedar bahawa pengembaraan itu hanya dari tidak sedar kepada sedar. Sedar betapa AKU memang berada di destinasi sejak awal hingga akhir. Apakah destinasi itu? Itulah kesadaran dan pengenalan tentang Allah atau dalam istilah kesufian digelar MA'RIFAT.Pada hakikatnya AKU itu memang berada 'dalam' Allah dan 'kekal' dengan Allah sejak awal lagi, dulu, sekarang, dan akan dating. AKU memang bersama dan 'berpadu' dengan Tuhannya. AKU itu memang diliputi oleh lautan Wujud Ketuhanan.
Penjelasan yang ke-31
Dalam peringkat AKU yang hakiki, ia tidak peduli orang yag mengeji kerana keji itu tidak akan merendahkan martabatnya. Ia juga tidak peduli orang yang memuji kerana pujian itu tidak akan meninggikan martabatnya. AKU tidak sakit hati dengan kejian dan tidak bangga dengan pujian. Semua itu tidak apa-apa bagi AKU. Keji dan puji tidak menjejaskan martabatnya sedikit jua.'Yang apa-apa' bagi AKU hanya Allah kerana Dialah tempat AKU kembali, tempat AKU mengadu, tempat menyerahkan diri, tempat perlindungan, tempat pembelaan dari apa jua angkara, dari jin dan manusia, dari dunia dan apa saja. Cukuplah Allah bagi AKU.
Penjelasan yang ke-32
Dalam kesadaran AKU, semua makhluk ini dan diri AKU juga adalah semata-mata ayatollah(tanda-tanda Allah). Tanda-tanda adanya Allah, tanda-tanda kesempurnaanNya, keagunganNya dan keindahanNya.Apabila dilihat tanda, tergambarlah yang tanda. Apabila dilihat gambar, terbayanglah yang digambar. Apabila dilihat daun yang bergoyang, nampaklah angin yang bertiup. Apabila nampak bayang,  nampaklah yang empunya bayang. AKU dan alam semesta raya ini adalah ayat-ayat Allah belaka.
Penjelasan yang ke-33
AKU yang hakiki percaya dan menyerah diri kepada Yang Maha AKU(iaitu Allah) sahaja tanpa sangsi dan ragu-ragu. AKU memfanakan dirinya dalam Yang Maha AKU. Terasa oleh AKU betapa kasihnya Yang Maha AKU kepadanya. Tidak terhingga kasih sayangnya kepada AKU, melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Yang Maha AKU cinta dan kasih sayang kepada AKU. Percayalah!
Penjelasan yang ke-34
Adakalanya AKU itu sangsi dan ragu atau perasaan tidak menentu terhadap kasih sayang Yang Maha Penyayang. Mungkin syaitan membisik kedalam kalbu supaya ragu-ragu dan tidak percaya dengan kasih sayang Yang Maha Pengasih.Oleh yang demikian, AKU sentiasa memohon perlindungan Allah dari bisikan syaitan. Setiap saat AKU berjuang melawan bisikan syaitan itu dan mengharapkan bantuan dari Yang Maha Gagah(iaitu Allah).
Penjelasan yang ke-35
AKU sentiasa menyerahkan diri kepada Allah SWT. Penyerahannya bulat dan padu. Ia menyerahkan dirinya kepada Allah ibarat bayi menyerahkan dirinya kepada ibunya, ibarat mayat menyerahkan dirinya kepada pemandi mayat, ibarat ombak memfanakan atau melenyapkan dirinya kedalam lautan. Bahkan lebih dari itu lagi. Tidak dapat digambarkan lagi.
Penjelasan ang ke-36
AKU sebenarnya berasal dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu dihadrat Allah SWT. Kemudian datang sebentar ke planet bumi dan diperbadankan dengan badan jasmani untuk tempoh yang ditentukan seolah-olah merantau sebentar di planet bumi ini.Apabila sudah cukup tempoh berada diperantauan, AKU pun kembali pulang menuju ke tempat asal. Ibarat perantau kembali ke kampong halaman.
Tidaklah terkira hati berasa nyaman.Tetapi jika diperdalam renung dan kaji, AKU tetap berada di tempat sendiri. Bukan dari mana dan ke mana pergi. Bila dan dimana juga pun AKU di tempat sendiri juga.AKU datang dari Ilahi, tidak bercerai walaupun seinci dan sesaat. AKU tetap bersama setiap masa dengan Allah SWT.
Dulu AKU bersama denganNya, sekarang pun bersama denganNya, akan datang pun bersama denganNya. Sentiasa AKU bersama dengan Allah SWT.AKU itu tetap. AKU juga, bersama Allah sentiasa. Hanya alam-alam yang ditempuh saja berbeza , dari satu alam KE SATU ALAM YANG LAIN. AKU SENTIASA KEKAL DENGAN Allah, walaupun di alam manapun berada.
Penjelasan yang ke-37
AKU tidak kagum dengan kemajuan manusia. Tidak kagum dengan kemajuan sains dan teknologi, kemajuan peniagaan dan perindustrian. Bahkan AKU tidak hairan dengan segala urusan keduniaan.Yang dihairankan oleh AKU iailah Allah Yang Maha Bijaksana yang melimpahkan segala ilham kemajuan itu. Sebenarnya Dialah yang maju dan Dialah yang bijaksana. Dia yang memiliki segala ilham. Sumber ilham kemajuan itu dari Yang Memiliki Ilham itu sendiri iaitu Allah SWT.
Penjelasan yang ke-38
AKU itu diri. Diri manusia itu banyak tetapi berasal dari Diri Yang Satu. Diri itu ROH. ROH itu banyak tetapi berasal dari Satu ROH iaitu Al Roh.Al Roh itu digelar oleh orang-orang Sufi sebagai Haqiqatul Muhammadiyah atau juga digelar Insan Kamil atau Insan Kabir. Al ROh itu juga digelar Al Roh Ul Kulliyah (roh semesta). Dari ROH Semesta inilah dizahirkan ROH-ROH yang pelbagai dan banyak itu. Allah zahirkan AL Roh dan dari Al Roh dizahirkan sekelian ROH.  ROH individu atau ROH perseorangan itu pancaran dari Al Roh dan Al Roh pula terbit dari Allah SWT.Demikian pandangan falsafah kerohanian sebahagian orang Sufi.
Penjelasan yang ke-39
AKU tidak megah dengan harta benda, wang ringgit, pangkat darjat, anak pinak, sanak saudara yang banyak dan segala ghairullah (selain Allah).AKU tidak iri hati dengan orang kaya. Ia tidak dengki dengan orang-orang berpangkat tinggi. Pada pandangan AKU segala harta benda, wang ringgit, pangkat, saudara mara, anak pinak dan sebagainya itu adalah milik Allah yang dianugerahkanNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.
Dia yang menentukan siapa yang patut diberi harta banyak dan siapa yang patut diberiNya harta yang sedikit. Semua itu Allah yang menentukan. KetentuanNya tidak dapat disanggah dan dipertikaikan. Kenapa AKU mesti dengki dan iri hati dengan ketentuanNya. Dia yang AKU puji dan puja tentulah AKU redha dengan ketentuanNya.
Penjelasan yang ke-40
AKU tidak merasa hina kalau miskin papa atau buruk paras badan, atau tidak berpangkat atau tidak banyak kawan atau tiada intan berlian. Semua itu berkaitan dengan keduniaan dan kebendaan, tidak bersangkut paut dengan AKU yang bersifat kerohanian.AKU hina jika kufur dengan Allah. AKU hina jika jauh dengan Dia, jika tidak beriman dan tidak bertakwa, itulah kehinaan pada AKU yang sebenar.
Penjelasan yang ke- 41
Matlamat AKU ialah ALLAH. Yang diharapnya ialah keredhaan Allah. Yang dimintanya ialah keampunan Allah. Pada pandangan AKU kehidupan akhirat itulah yang utama. Kembali ke hadrat Allah itulah yang diidamnya.AKU tidak takut mati (berpisah nyawa dari badan) kerana 'mati' sebenarnya berpindah alam, dari alam dunia kea lam barzakh. AKU tetap AKU juga. Walaupun badan hancur tetapi AKU tidak hancur. AKU akan kembali sedar kerana hijab-hijab (tirai-tirai) kebadanan telah hilang.
Penjelasan yang ke- 42
Walaupun dari segi kehidupan dunia ini seseorang itu papa, tetapi kalau jiwanya kenal diri dan Tuhannya, ia tetap kaya. Kaya pada perasaannya. Walaupun susah kehidupan dunianya, AKUnya tetap berasa senang. Walaupun badannya lemah, AKUnya tetap berasa kuat. Walaupun ia kesunyian tanpa rakan, namun ia tetap berasa ramai.AKU yang telah 'menyerap' dalam Yang Maha AKU, atau jiwa yang 'menyerap' dala Jiwa Semesta atau perasaan yang 'menyerap' dalam Perasaan Sejagat Raya, atau diri yang 'menyerap' dalam Diri Semesta Raya, tidak akan merasa lemah, tidak akan merasa susah, tidak akan merasa teruk, dan tidak akan merasa duka, dan tidak akan merasa sunyi.
Penjelasan yang ke- 43
AKU tidak megah dan tidak bangga. Orang yang telah kenal AKUnya tidak memiliki sifat-sifat yang tercela seperti takabbur, bongkak, sombong, kikir, dengki, khianat, takut kepada ghairullah, mengumpat, mengeji dan sebagainya.Sifat-sifat tercela itu tidak perlu baginya. Segala sifat tercela itu sendirinya hilang dan diganti dengan sifat-sifat terpuji.Apakah yang hendak dimegahkan, dikhuatirkan, ditakutkan, dan sebagainya kerana AKU itu sebenarnya tiada apa-apa. AKU itu kosong belaka. Yang ada hanya Allah pada hakikatnya. Allah memiliki segala-galanya. Dia yang patut dipuji dan dipuja.
Penjelasan yang ke- 44
AKU itu berilmu. Ilmunya adalah limpahan ilmu Allah. Ilmu itu meliputi yang diketahui. Apa yang diketahui itu adalah kandungan ilmu. Oleh itu AKU, ilmunya dan yang diketahuinya adalah sebenarnya 'bersatu', 'bersama', dan tiada bercerai.AKU itu tahu. Apa yang AKU tahu itulah kandungan ilmu AKU. Berbagai-bagai yang diketahui oleh AKU. Semua itu kandungan ilmu AKU. Semua itu tiada bercerai dari AKU.
Penjelasan yang ke- 45
AKU yang sebenarnya itu hanya tertakluk kepada Allah sahaja. Ia tidak dikuasai oleh sesiapa. Alam ini tertakluk kepada AKU. Makhluk itulah yang tunduk kepada AKU dengan perintah Allah Yang Maha Perintah.AKU itu khalifah Allah atau wakil Allah yang mngurus makhluk dengan isiNya. Segala yang ada dilangit dan dibumi semua untuk AKU. Kalau dunia ini ladang, AKU pengurusnya dan Allah yang empunya ladang itu.Allah tidak perlu apa-apa. Hanya AKU yang memerlukan Dia. Hanya AKU yang mahukan dunia. Makhluk segala-galanya adalah untuk AKU(Insan). Semuanya kurniaan Tuhan AKU (Allah). Allah jadikan makhlukk untuk AKU. Demikian mulianya AKU.
Penjelasan yang ke- 46
AKU ini memang suci hakikatnya kerana Ia limpahan Nur Allah Yang Maha Suci. Yang mengotorkan AKU ini ialah syirik iaitu menyekutukan dengan apa dan siapa jua. Untuk membersihkan najis syirik itu dari hati ialah dengan Tauhid. Tauhid ibarat air yang menyucikan najis syirik dari hati. Jiwa yang bersih ialah jiwa yang tauhid.Dengan Tauhid ini menjadikan jiwa seseorang itu berani, tawadhu', sabar, kuat dan gagah kerana jiwa tauhid ini betul-betul mengEsakan Allah dan menyerah bulat-bulat kepada Allah Yang Maha Agung.Dengan berzikir hati akan jadi tenang dan damai, akan menimbulkan semangat tauhid dalam dalam penzikir itu.
Penjelasan yang ke- 47
Perhubungan AKU dengan Allah SWT iailah ibarat pehubungan matahari dengan cahayanya, ibarat ombak dengan laut, ibarat air dengan ais. Semua ini menunjukkan betapa hampirnya perasaan AKU itu dengan Khaliknya.Satu ibarat lagi ialah pelukis dengan lukisan, pengukir dengan ukiran, pengarang dengan karangannya, pencipta dengan ciptaan. Ini adalah ibarat untuk menunjukkan bahawa AKU dengan alam semesta raya ini adalah tanda-tanda atau manisfestasi Wujud Yang Maha Esa itu.
Penjelasan yang ke- 48
AKU tetap mengisbatkan Allah dalam segala hal dan tindak tanduknya. Maksudnya AKU tetap nampak Allah di sebalik segala yang maujud (perkara yang ada) ini dan "nampak" perbuatan dan lakuan dan arah mana memandang disana "nampak" Allah.Oleh kerana memandang yang sedemikian itu maka AKU akan berkata, " Tiada maujud melainkan Allah". Ini adalah kata-kata dari orang yang sudah "tenggelam" dalam lautan Ketuhanan yang berada dalam pandangan keruhanian semata-mata. Inilah orang-orang sufi yang telah mencapai maqam Fana Fillah (lenyap dalam Allah) dan seterusnya Baqa Billah (kekal dengan Allah).
Penjelasan yang ke- 49
AKU sebenarnya hanya mengagungkan dan memuja Allah sahaja. Ia tidak mengagungkan apa-apa pun jua selain Allah. Pada pandangan AKU tidak ada yang kuat dan gagah melainkan Allah. Tidak ada yang bijaksana melainkan Allah. Tidak ada yang kaya melainkan Allah.Semua kekayaan, kegagahan, kebijaksanaan, keindahan ghairullah adalah hanya limpahan kurnia Allah semata-mata. Oleh itu, AKU tetap dengan puji dan pujiannya terhadap Allah SWT sahaja.
Penjelasan yang ke- 50
AKU yang hakiki ini mempunyai ilmu. Ilmunya adalah limpahan dari ilmu Allah. Seluruh alam ini ada dalam ilmu AKU. Dalam ilmu AKU ada syurga, neraka, dunia, akhirat, malaikat, iblis bahkan seluruh ciptaan Allah. Semua ini ada dalam ilmu AKU kerana AKU tahu semua itu. Telah diberitahu melalui ayat-ayat Allah, yang tersurat dan tersirat, bahawa semua perkara tersebut ada dan AKU percaya dan 'merasai' adanya. Oleh itulah AKU ini mempunyai ilmu yang meliputi segala-galanya. Semua itu adalah limpahan kurnia Allah belaka.
Penjelasan yang ke- 51
Menurut Falsafah Kesufian, AKU itu adalah Insan Saghir yakni Manusia Kecil. Alam semesta raya yang ghaib dan yang nyata, adalah Insan kabir atau manusia besar. Insan Saghir itu adalah Alam Saghir iaitu Alam kecil dan Insan Kabir itu adalah Alam besar.Dikatakan sedemikian kerana hakikat-hakikat dalam Insan Kabir atau manusia besar itu ada dalam Insan Saghir.
Idea-idea Insan Kabir itu ada terbayang dalam Insan Saghir atau Alam Kecil iaitu Manusia.Alam Kabir itu pula mengandungi alam ruh, alam mithal dan alam jasmaniah atau alam fizikal. Alam-alam ini juga ada pada Insan Saghir atau manusia. Manusia terdiri dari unsur-unsur roh, mithal, badan sebagaimana Alam Besar ini terdiri juga dari unsur-unsur roh, mithal dan fizikal.Roh itu nyawa atau jiwa atau 'hidup'. Fizikal itu jisim atau badan.
Mithal itu ialah antara roh dan badan yang digelar mental atau khayal atau minda( mind).Idea Alam Kabir ada dalam Alam Saghir (manusia). Hakikat Insan kabir (iaitu Alam Besar) ada dalam Insan Saghir iaitu Manusia. Unsur-unsur alam kabir itu ada juga pada Alam kecil atau manusia itu.Maka dengan itulah dikatakan AKU itu bayangan atau salinan Alam Kabir. AKU juga adalah bayangan atau salinan Insan Kabir. Insan Kabir dan Alam Kabir adalah jua nama bagi satu entiti atau diri.Demikian teori Falsafah Kesufian menurut pandangan sebahagian Ahli Sufi.
Penjelasan yang ke- 52
AKU itu diri. Diri insan terbahagi kepada tiga bahagian menurut pendapat sebahagian Ahli Sufi, iaitu bahagian jasmani, bahagian mithali dan bahagian ruhani.Unsur roh itu adalah diri yang sebenar. Itulah diri yang tidak akan 'mati' menurut istilah biasa. Diri ini berpindah alam sahaja dari satu alam ke satu alam yang lain. Diri inilah yang mulia dan menjadi ayat atau nur Allah. Kejadiannya mulia dan tinggi.Unsur mithali adalah unsur antara jasmani dengan rohani. Ia adalah diri lapisan yang kedua. Ini termasuklah fikiran, minda dan tubuh halus yang bukan jasmani dan bukan pula roh yang sebenarnya. Diri inilah yang boleh mengembara dalam alam mimpi tatkala kita tidur.
Di lapisan yang ketiga iailah diri jasmani iaitu badan kasar kita yang terdiri dari empat unsur iaitu unsur air, unsur angin, unsur api dan unsur tanah. Diri ini memerlukan unsur-unsur yang empat itu untuk dapat hidup. Kehidupan hanya akan wujud setelah empat unsur itu tersedia.Itulah tiga bahagian diri manusia. Walau bagaimanapun, unsur roh itulah yang paling penting. Roh itu hidup. Tanpa 'hidup' lapisan yang dua lagi tidak berfungsi. Dengan adanya roh barulah diri kita boleh berfikir, berkomunikasi, makan, minum, bermain, bergerak dan sebagainya. Tanpa roh segalanya akan kaku, mati, dan tiada berguna lagi.
Penjelasan yang ke- 53
Ada juga orang yang berpendapat diri manusia itu terbahagi kepada dua unsur sahaja iaitu rohaniah dan jasmaniah. Unsur rohaniah termasuklah nyawa atau jiwa, dan juga fikiran, minda, khayalan, akal, dan seumpamanya. Semua ini berunsur rohaniah atau kejiwaan.Yang berunsur kejasmanian atau kebadanan ini termasuklah anggota badan kasar seperti kepala, badan, kaki, tangan, telinga, mata, dan sebagainya yang terdiri dari unsur-unsur api, angin, tanah dan air.
Kedua-dua unsur kejiwaan dan kebadanan ini saling bertindak antara satu dengan yang lain, saling pengaruh mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Kalau seseorang itu hatinya susah, atau duka, perasaan ini boleh mempengaruhi jasmaninya seperti tidak lalu makan dan minum dan akibatnya badan jadi kurus dan tidak sihat. Sebaliknya pula kalau badan sakit, fikiran pun runsing dan ini menyusahkan hati dan jiwa. Demikianlah adanya pengaruh mempengaruhi antara jasmani dan rohani.
Penjelasan yang ke- 54
Setiap orang hendaklah seboleh-bolehnya kenal akan dirinya yang sebenar itu iaitu yang berunsur rohaniah atau kerohanian itu supaya ia tidak mensia-siakan hidupnya di dunia fana ini. Hidup kita bukan di dunia ini sahaja. Hidup kita akan berlanjutan hingga kekal abadi di akhirat yang tiada hujungnya. Disana nilai buruk atau baik bukan disukat dari segi kekayaan harta benda, banyaknya anak pinak, bukannya kurniaan bintang atau pingat atau pangkat yang diperolehi di dunia ini. Nilai baik dan buruk seseorang di sana bergantung kepada iman dan amal soleh seseorang itu.Dengan kenalnya kita akan diri kita yang sebenar itu, kita tidak akan putus asa, tidak takut, tidak bimbang dalam melayari bahtera hidup kita ini. Ini kerana kita tahu diri kita adalah kekasih Allah.
Takkanlah orang yang mengasihi seseorang itu akan menganiayai kekasihnya. Sebenarnya Allah kasih akan diri kita lebih dari ibu mengasihi anak kesayangannya. Ia Maha Kasih Sayang terhadap hamba-hambanya.Dengan mengenal diri kita, tidaklah kita takabur, sombong, bongkak, dengki, iri hati, khianat kerana kita tahu siapa diri kita sebenarnya. Dinisbahkan dengan Allah SWT, kita tiada apa-apa, hanya ayat-ayatNya sahaja. Jika dinisbahkan dengan makhlukNya, diri kita adalah penguasa dan pengurus. Allah menjadikan alam dan makhluk untuk kita (sebagai insan) dan kita untuk Dia. Demikian kata Ahli Sufi.
Penjelasan yang ke- 55
Badan kita yang zahir ini adalah penzahiran diri kita yang batin. Diri kita yang batin itu ghaib dari pandangan mata kasar. Untuk melihat yang batin itu diperlukan bayangannya iaitu diri kita yang zahir ini. Maka itulah dikatakan badan kasar itu hanya 'sarung' atau 'tunggangan' atau 'sangkar' bagi badan yang ghaib itu.Apabila nyawa berpisah dari badan, maka tinggallah badan itu dan lama kelamaan jadi reput dan hancur kecuali dengan kehendak Allah ada juga badan yang tidak reput setelah lama nyawa meninggalkannya.
Tetapi pada kebiasaan atau lumrahnya badan akan hancur binasa. Itulah dikatakan dari tanah kembali semula ke tanah.Ada juga orang melihat dalam dunia ini 'bayangan' atau 'lembaga' orang yang telah lama meninggal dunia berlakun dan beraksi sebagaimana hidupnya dalam dunia dahulu. Itu bukanlah badan orang itu sebenarnya. Badannya telah hancur binasa. 'bayangan' atau 'lembaga' itu adalah dari unsur alam mithal. Alam mithal ini adalah alam yang halus, yang penghuninya atau kandungannya tidak hancur.
Ia bukan roh semata-mata dan bukan pula badan semata-mata. Ia adalah antara kedua unsur itu.Seperti yang kita perjelaskan dahulu, diri kita terdiri dari tiga unsur iaitu unsur badan, yang akan hancur kecuali yang dikehendaki Allah untuk tidak hancur, unsur mithal yang tidak hancur tetapi tersimpan dalam 'alam mithal' dan unsur ketiga iailah roh dan ini selama-lamanya hidup, tidak hancur dan tidak kembali lagi ke dunia nyata ini.
'Lembaga' atau 'bayangan' orang yang telah mati yang kelihatan oleh orang dalam dunia ini dan berlaku seperti mana ia hidup Di dunia dahulu, sebenarnya adalah berunsur mithaliyyah (mithal). Sesekali ia kelihatan oleh orang yang hidup dalam dunia ini persis seperti mana hidupnya dahulu, bahkan boleh pula berkata-kata dengan orang yang berada dalam dunia ini. Ini telah banyak terjadi dimana sahaja dalam dunia ini, baik di Barat atau di Timur.Setelah kita faham alam yang tiga itu, maka tidaklah kita hairan kenapa ada orang yang mendakwa melihat si anu dan si anu padahal orang itu telah meninggal dunia. Alam mithal ini ada tetapi tidak kelihatan kecuali mereka yang dibukakan hijab untuk melihat alam itu dan para penghuninya.Demikian teori sebahagian Ahli Sufi.
Penjelasan yang ke- 56
Untuk mengenal AKU yang hakiki itu perlu berusaha dengan sabar dan perlu panduan guru yang pakar dalam bidang kerohanian dan kesufian, dan banyak berfikir dan berzikir dan memohon taufik dan hidayah dari Allah SWT. AKU kita ini ibarat sagu, perlu dipecahkan ruyung, barulah dapat sagunya. Memecah ruyung itu hendaklah dengan petunjuk orang yang telah pakar memecahkan ruyung yang tahu cara bagaimana memecahnya dan alat pemecahnya pula mestilah yang sesuai.Satu lagi ibarat, AKU yang hakiki yang dikatakan bayangan atau ayat atau penzahiran Yang Maha AKU (iaitu Allah) itu ibarat matlamat atau destinasi yang dituju.
Sebelum sampai ke destinasi itu perlulah kita mengembara atau berjalan dengan kenderaan atau tanpa kenderaan menuju tempat yang di tuju itu. Supaya kita tidak tersesat, kita perlu si penunjuk jalan atau 'guide' agar kita sampai ke tempat yang sebenarnya. Kita perlu pula kenderaan supaya cepat sampai, kalau berjalan kaki sahaja tanpa kenderaan lambatlah sampai. Setelah sampai perlulah kita mendapat pengesahan dari si penunjuk jalan bahawa tempat yang kita tuju itu telah sampai, maklumlah tempat yang kita tuju itu belum pernah kita lihat, mungkin kita was-was atau ragu-ragu adakah itu tempatnya.
Setelah sah itulah tempat yang kita tuju, maka tamatlah pengembaraan kita. Apabila kita telah berada dalam tempat yang dituju itu, maka bebaslah kita menikmati dan merasai atau mengalami keadaan di tempat tersebut.Seperti kata orang-orang sufi, " Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya". Mengenal Allah melalui mengenal diri itu adalah jalan atau cara orang-orang sufi. Ini bukan bererti diri kita itu sama dengan Tuhan. Diri kita tetap kita. Diri kita bukan Tuhan. Allah tetap Allah tanpa sekutu dengan yang lain. Diri kita tetap diri kita juga.
Tetapi dengan mengenal diri itu apatlah kita mengenal Allah.Seperti yang kita perjelaskan dalam penjelasan-penjelasan yang terdahulu, AKU atau diri kita ini adalah ayat-ayat atau tanda-tanda atau bayangan Tuhan. Zat Tuhan itu, digelar oleh Ahli Sufi sebagai 'Kunhi Zat' (semata-mata Zat), tidak sampai kedalam pengetahuan atau ilham atau kasyaf kita.
Pendeknya ilmu dan kasyaf kita tidak sampai kesana. Tetapi bayanganNya atau ayat-ayatNya atau penzahiranNya dapat kita kenali.Matahari itu silau mata kita memandangnya tetapi bayangannya dalam air dapat kita pandang tanpa merosakkan mata. Angin tidak dapat dilihat tetapi kalau daun bergoyang itulah tanda adanya angin.  Pedas tidak dapat dilihat, tetapi cabai atau cili dapat dilihat. Inilah perumpamaan atau ibarat. Fikirkanlah.Kita ini ibarat bayang, daun, cabai tadi. Dengan melalui bayang dapat dikenali yang empunya bayang. Dengan melihat daun bergoyang, dapat diketahui adanya adanya angin.
Dengan cabai dapatlah kita merasai pedas.Paling penting bertanyalah kepada orang yang ahli dalam bidang kerohanian dan kesufian ini. Janganlah ditanya kepada yang bukan ahlinya, kerana tiap-tiap ilmu itu ada ahlinya. Ahli ilmu itulah yang faham dan mengerti tentang ilmu yang diketahui dan diamalnya.
Penutup Demikianlah serba ringkas tentang perkara AKU ini menurut pandangan Falsafah Kesufian. Sekiranya ada salah dan silap haraplah perbetulkan.Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada kita sekalian.Amin, amin, Ya Rabbal'alamin.
TAMAT