Monday, November 29, 2021

Hukum Qalbi Yang Kelima Iaitu “Mikraj”

                                                                            Isi Kandungan


Hukum Qalbi Yang Kelima Iaitu “Mikraj”

 

5) Mikraj (Sampai)

Sembahyang dengan hukum qolbi itu, hendaklah mikraj (sampai), persoalannya di sini, hendak sampai ke mana?


Replies to “Hukum Qalbi Yang Kelima Iaitu “Mikraj””

  1. Assalamualaikum Tuan Guru. Jawapan saya yg sampai tu bermaksud tidak terlihat lagi diri iaitu matilah diri. Yang ada hanya Allah. Jika salah tolong betulkan

    1. Mikraj itu biar sampai terlihat kepada Diri yang batin, setelah kita buang segala yang zahir. Umpama kita buang anggota kaki, bila dah buang, mana mungkin boleh berjalan? Makanya yang membolehkan kita berjalan adalah kerana adanya Roh, kerana adanya kudrat Allah, semuanya Allah, Allah, Allah………………


      1. Sebelum beramal dgn amalan apa jua hendak lah di fanakan diri dlm wujud ALLAH binasal diri dlm WAJAHNYA…MIKRAJ itu akan terjadi setiap minit/saat dlm sholat atau pun ketika apa jua keadaan kerana SETELAH MIKRAJ akan MIKRAJ selamaNya….keadaan yg HILANG DIRI/RASA hanya menyaksi ALLAH dalam lupa diri sendiri.


        1. Jawapan dari Zie biarpun ringkas tetapi penuh bermakna, kebanyakannya saya suka. Terima kasih diatas kefahaman yang sangat baik itu. drp hj shaari

    2. Sila lihat lain - lain komen, klik link dibawah ni : 

    3. https://makrifattokkenali.wordpress.com/2014/04/04/hukum-qolbi-yang-ke-lima-iaitu-mikraj/


                                                                           Isi Kandungan






















Dari Blog Yang Bernama Dusta “Mencari Bisnes Dengan Ilmu”

                                                                                   Isi Kandungan


Dari Blog Yang Bernama Dusta “Mencari Bisnes Dengan Ilmu”

 

Dusta | kongkalipehkau@gmail.com | 42.60.97.177 | 03/04/2014 jam 8:02 PM

“Macam nak untung bisnes je nie, nak belajar agame pun kene keluarkan duit? Ikhlas ke nie? Hahahahaha org yang tuntut ilmu berguru pun takde yang mintak upah!!!”

Sekali-sekala, sedih juga bila membaca ada orang yang menilai ilmu dengan wang ringgit. Adakah patut penulis komen yang bernama Dusta menilai tulisan saya dengan wang ringgit.

Jika orang yang bernama Dusta tahu betapa payahnya bagi seseorang penulis untuk menyiapkan sesebuah kitab (buku), baru dia tahu betapa payahnya menyudahkan sesebuah kitab. Jika senang atau mudah buat kitab, sudah ramai pensyarah, ustaz atau tok kadi buat kitab.

Dia tidak tahu yang sesetengah penulis, sehingga minum air paip, berbekalkan ikan kering dan telur, maggi dan masak nasi ulang makan nasi sama selama 3 hari (makan nasi perangat 3 hari) duduk dalam bukit, tidak keluar bilik atau tidak balik kampung demi untuk menyediakan air tangan ilmu makrifat. Atas kesedaran ini, hargailah tulisan penulis. Untuk menyiapkan sesuatu kitab atau buku itu, bukan mudah. Jika mudah dah ramai pensyarah buat buku atau kitab!

Tidak terniat untuk saya memperdagangkan ilmu, hanya sekadar ingin mendapat pulangan dari pembelian kertas dan upah cetak. Cetak kitab yang berupa ilmu itu pun juga, guna wang ringgit, bukannya “free”, bukan niat hendak perdagangkan ilmu, tidakkah ilmu itu milik Allah, kita hanya memperdagangkan kertas, dakwat dan tulisan. Sekolah tadika pun kena beli buku, inikan pula buku ilmu makrifat. Jika rasa mahal, sila SMS alamat, nanti saya hadiah (free) kepada yang bernama Dusta.

Beginilah nasib pejuang ilmu, buat kitab pun dikatakan memperdagangkan ilmu. Wahai tuan Dusta, tuan nak baca sebuah Al-Quran pun kena beli dengan duit. Apakah tuan pergi ke kedai buku, mereka bagi Al-Quran secara free? Al-Quran (kata-kata) Allah pun kena beli dengan duit, inikan pula kitab makhluk. Al-Quran pun kena beli dengan duit, apakah kedai yang jual kitab Al-Quran atau orang yang cetak Al-Quran itu, dikatakan memperdagangkan ilmu Allah, cuba Tuan Dusta jawab? Saya kesal dengan sikap tuan, yang merendahkan martabat penulis. Apakah surat khabar yang tulis nasihat dengan ayat Al-Quran itu, dijual secara percuma?

Sedihnya saya, orang macam inipun ada di dunia ini. Tuduhan demi tuduhan sehingga tak termampu hendak ditanggung. Namun patah sayap bertongkatkan paruh, mundur tidak sekali. Saya juga manusia biasa bukan malaikat, yang mempunyai hati dan ada perasaan, sekali-sekala rasa jauh hati juga dengan penulis komen yang kurang beretika.


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2014/04/03/blog-yang-bernama-dusta-menuduh-saya-cari-besnes-dgn-ilmu/





                                                                                  Isi Kandungan











Tengok Contoh Bilal Bin Rabbah Tidak Berdalil Untuk Yakin Kepada Allah

                                                                                    Isi Kandungan


Tengok Contoh Bilal Bin Rabbah Tidak Berdalil Untuk Yakin Kepada Allah

 

Bilal Bin Rabbah dan sahabat-sahabat Baginda Rasulullah yang lain, tidak pun berdalil untuk yakin kepada Allah. Tengok Bilal Bin Rabbah semasa kena dera dengan batu panas, apakah mereka goyah yakin kepada Allah? Sedangkan pada masa itu, belum ada sembahyang, belum ada puasa dan belum ada Al-Quran.

Melihat Allah, tengok Allah dan mengenal Allah itu, tidak perlu berdalil dengan solat, tidak perlu berdalil kepada puasa, tidak bersandar kepada membaca Al-Quran, lihat Bilal Bin Rabbah, apakah mereka ada baca Al-Quran semasa itu? Apakah dia ada solat semasa itu? Cuba jawab. Mengenal Allah itu, tidak dikeranakan dengan satu kerana atau tidak berdalil dengan satu dalil.

Walaupun tidak bersolat, tidak puasa dan belum turun Al-Quran pada masa itu, namun yakin, percaya dan boleh menyatakan Allah dalam diri Bilal Bin Rabbah, biarpun tidak ada dalil namun tidak sedikit pun mengubah Bilal Bin Rabbah dari berpaling dari selain Allah.

Tidak ada penglihatan pun boleh nyata Allah, tanpa Al-Quran pun Allah nyata (lihat Bilal Bin Rabbah). Setelah adanya Al-Quran dan hadis lagilah Allah itu nyata. Lihatlah contoh Bilal Bin Rabbah yang tidak berdalil untuk yakin kepada Allah.


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2014/04/03/tengok-contoh-bilal-bin-rabbah-tidak-berdalil-utk-yakin-kpd-allah/





                                                                                   Isi Kandungan










Ada Orang Tuduh Makrifat Tok Kenali Tidak Berdalilkan Al-Quran dan Hadis

                                                                                    Isi Kandungan


Ada Orang Tuduh Makrifat Tok Kenali Tidak Berdalilkan Al-Quran dan Hadis

 

Mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak lagi ada berdalil-dalil.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Setelah saya baca jawapan sahabat-sahabat melalui Blog Makrifat Tok Kenali, saya dapati ada satu atau dua orang yang keliru, musykil dan tidak faham tentang kenyataan yang mengatakan bahawa dalam kita mengenal Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil.

Mereka yang tidak faham itu, telah mendakwa bahawa kenyataan itu, adalah kenyataan yang tidak lagi menggunakan dalil Al-Quran dan Hadis. Betapa rendah, dangkal dan singkatnya pemikiran sesetengah daripada pembaca blog, sehingga sanggup menuduh penulis komen TEGUH dan saya, tidak mengunakan dalil Al-Quran dan Hadis, dalam ilmu mengenal Allah.

Dalam hal ini, saya serba salah antara hendak menjawab atau hendak berdiam diri. Tetapi condong hati saya itu, banyak ke arah untuk menjawab, bagi mengelakkan tuduhan atau salah faham dari sesetengah pembaca blog terutamanya kepada penulis komen yang saya tidak mahu sebut namanya (tuan-tuan dan puan-puan carilah sendiri nanti akan jumpa siapa orangnya).

Kepada sidang pembaca blog yang budiman sekalian, jika ingin dan berhajat untuk membaca blog makrifat, janganlah menuduh jika tidak faham. Saya dan anakanda TEGUH, tidak pernah mengatakan bahawa dalam mengenal Allah itu, “tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis”. Cuba tuan cari, biar sepatah atau sepotong ayat yang mengatakan saya dan TEGUH tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis dalam mengenal Allah? Saya tidak pernah menyebut tidak menggunakan dalil Al-Quran dan Hadis.

Yang pernah saya sebut, yang pernah saya ajar dan kenyataan yang pernah saya tulis itu, adalah seperti berikut, “Dalam kita mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak berdalil”. Maksudnya di sini, bukan bertujuan untuk tidak berdalilkan Al-Quran atau Hadis, tetapi adalah bermaksud berdalilkan makhluk. Maksud saya, mengenal Allah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil itu, adalah seumpama, untuk mempercayai Allah itu, kita tidak perlu kepada dalil penglihatan, kerana sesungguhnya penglihatan itu adalah sebenarnya Allah (bukan lagi dalil). Cuba baca sifat 20, apakah erti basar? Basar itu ertinya melihat, siapa yang melihat, melihat itu sifat Allah. Bila Allah bersifat melihat, bererti melihat itulah Allah.

Untuk mendapat ingat, untuk mendapat pandang, untuk mendapat nampak dan untuk mendapat mengenal Allah itu, “hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil-dalil”. Maksud saya itu, tidak berdalil kepada penglihtan, kerana penglihatan itulah sifat Allah dan sifat Allah itu, itulah Allah. Hendak berdalil apa lagi. Jika masih berdalil-dalil lagi kepada penglihatan, pendengaran, berdalil kepada alam, langit, bumi, malaikat, syurga atau neraka, ertinya tuan ini, bukan ahli makrifat dan bukan orang yang berilmu makrifat.

Allah itu nyata, terang dan jelas, nyata, terang dan jelasnya Allah itu, sehingga kita tidak lagi perlu kepada dalil mata, telinga, mulut, kaki, tangan, pokok, bukit, matahari, bukit, lautan, angin, gajah, harimau atau tidak perlupun adanya diri tuan. Tidak ada dalilnya diri tuanpun, Allah itu nyata dan tetap nyata.

Nak berdalilkan dengan penglihatan untuk memandang Allah, mana mungkin penglihatan boleh memandang Allah sedangkan penglihtan itupun Dia! Allah itu terang, tidak perlu ada dalil mata atau matahari. Allah itu terang, jelas dan nyata yang tidak perlu adanya dalil dunia, jadi buat apa lagi nak berdalil-dalil? Itu maksud saya bukannya bersabit atau menyentuh soal Al-Quran atau Sunah, yang tuan masukkan elemen Al-Quran dan Hadis itu kenapa? Melainkan tuan ini, hanya tahu menyalahkan orang dan hanya tahu menuduh salah orang sahaja, yang betul, yang baik dan yang benar, tidak adapun tuan puji.

Untuk kita melihat, memandang, menilik atau mengenal Allah itu, “JANGAN DIKERANAKAN DENGAN SATU KERANA, JANGAN DISABITKAN DENGAN SATU SABIT DAN JANGAN DI DALILKAN DENGAN SATU DALIL”. Sebab apa? Sebabnya adalah kerana Allah itu, adalah Allah (tidak ada yang bersamaan dengan Allah, Allah itu bersalahan dengan sekalian yang baharu), jadi nak dalil apa lagi? Sebab buta mata hati tuan-tuanlah makanya berkehendak kepada dalil untuk mengenal Allah.

Itu sebabnya bilamana orang cakap lain, janganlah tuan cakap atau tuduh lain, bilamana fahaman tuan tidak sama atau berbeza dengan fahaman orang lain, jangan anggap fahaman orang lain itu salah, dikeranakan kita tidak arif. Mengatakan orang itu sesat, salah dan tuduh orang itu tak guna Al-Quran dan tak guna Hadis itu kenapa? Cuba jawab, mana dalilnya yang mengatakan saya ada tulis ayat atau perkataan yang mengatakan supaya “jangan berdalilkan Al-Quran dan Hadis?”. Tuan yang budiman, bahasa makrifat itu, tidak sebagaimana bahasa akal tuan, jadi janganlah asyik menyalahkan orang.

Tidak pernah saya mengeluarkan kenyataan yang menyebut, kita mengenal Allah sehingga tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis. Pandai-pandainya tuan ini menambah benda yang tidak ada, itulah sebabnya jika tidak faham sesuatu perkara itu, jangan gatal-gatal tangan untuk menulis, call saya terus di talian 019-4444713 dan ajak saya berjumpa, suruh saya datang ke rumahpun saya sanggup. Sekarang cuba tuan yang menuduh itu, call saya melalui talian 019-4444713, suruh je saya datang, bagi je tahu di mana, jam berapa dan alamatnya, insyaallah dengan izin Allah saya sampai.

Kepada penulis komen yang bernama HAR, Mohd Noor Shaarol dan ada diri, jika tidak faham sesuatu ilmu terutamanya ilmu makrifat, janganlah gopoh atau pandai-pandai menuduh. Jika asyik menuduh orang sahaja kerjanya, bila hendak beroleh faham ilmu makrifat!

Hendak dalil apa lagi, tidakkah terangnya matahari itu, terang lagi Allah, dekatnya mata putih dan mata hitam itu, dekat lagi Allah, kenapa nak berdalil lagi? Sesungguhnya tuan ini, adalah seorang yang sedang mencari unta yang hilang, sedarlah, sedarlah dan sedarlah, bahawa dan sesungguhnya unta yang hilang itulah, yang tuan sedang tunggang, mana mungkin berjumpa unta yang hilang sedangkan unta yang hilang itulah yang tuan sedang naik.

Sungguhpun saya faham bahawa yang menuduh itupun Dia (Allah), tetapi tuan-tuan harus ingat, jangan sahaja yang menuduh sahaja “Dia”, sesunguhnya yang menjawab inipun juga “Dia”. Jika sama-sama “Dia”, janganlah asyik menuduh sahaja.


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2014/04/03/ada-orang-tuduh-makrifat-mengenal-allah-tok-kenali-tidak-berdalilkan-quraan-dan-hadis/



                                                                                   Isi Kandungan










Tuesday, November 9, 2021

Hukum Qalbi Yang Kedua Adalah “Takrukh”

                                                                                              Isi Kandungan


Hukum Qalbi Yang Kedua Adalah “Takrukh”

 

2) HUKUM TAKRUKH

Apakah erti, maksud atau makna “takrukh”?

Soalan:

Apakah erti, makna atau maksud takrukh?

Jawapan:

Erti, makna atau maksud takrukh itu adalah menentukan anggota mana yang sunat dan anggota mana yang wajib, untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat.

Sebelum kita menunaikan fardu sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita tentukan dengan faham dan tentukan dengan mengerti bahawa di dalam bersolat itu, mana satu anggota yang wajib dan mana satu anggota yang sunat untuk dibawa berjumpa Allah di dalam bersolat. Sebelum mengerjakan ibadah solat, hendaklah terlebih dahulu kita tentukan anggota yang mana satu yang sunat dan anggota mana satu yang wajib, untuk dibawa berjumpa Allah.

Cuba tuan-tuan tanya dan soal diri tuan-tuan sendiri, selama hidup dan selama mengerjakan fardu sembahyang (solat), apakah sudah kita hitung, sudahkah kita jumlah atau sudahkah kita kira, manakah anggota yang wajib dan manakah anggota yang sunat? Sebab apa kita perlu tahu yang mana anggota sunat dan yang mana anggota wajib? Sebab perlunya untuk kita mengetahui yang mana satu anggota wajib dan yang mana satu anggota sunat itu, supaya kita boleh tentukan agar yang wajib itu, tidak sekali-kali ketinggalan atau tidak sekali-kali kita meninggalkan anggota yang wajib untuk berjumpa Allah Taala. Tujuannya juga adalah supaya kita sedar, supaya kita tahu dan supaya kita tidak keliru untuk tidak meninggalkan yang wajib. Jika sekiranya kita tidak tahu perkara sunat, sudah barang tentu kita tidak sekali-kali akan tahu perkara wajib, jika sekiranya kita tidak tahu perkara wajib, maka sudah barang tentu tentu, kita tidak akan tahu perkara sunat.

Soalan:

Bolehkah kita meninggalkan perkara rukun atau perkara yang wajib?

Jawapan:

Dengan meninggalkan yang sunat, adalah suatu perkara yang boleh dimaafkan dan perkara yang boleh dikecualikan (boleh tutup sebelah mata). Namun dengan meninggalkan perkara yang wajib itu, ianya boleh membatalkan solat (tidak diterima Allah Taala akan ibadah solat kita). Cuba tuan-tuan tanya kepada diri tuan-tuan sendiri, apakah ibadah solat tuan-tuan selama ini telah dikerjakan dengan faham? Faham apakah itu anggota wajib dan apakah itu anggota sunat untuk di bawa semasa bersolat bagi berjumpa dan bagi menghadap Allah Taala? Jika jawapan tuan-tuan memihak kepada tidak mengetahui yang mana anggota wajib dan yang mana anggota sunat, apakah ertinya ibadah solat yang selama ini tuan-tuan kerjakan? Itulah makanya difardukan atas kita bagi mengetahui hukum qalbi dalam perkara takrukh.

Soalan:

Apakah itu anggota yang sunat untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat?

Jawapan:

Anggota sunat yang perlu dibawa sewaktu bersolat (menyatakan Allah) itu, adalah anggota tujuh (seumpama anggota mata, mulut, telinga, hidung, tangan, kaki dan anggota perut). Itulah sebabnya seandainya kita tidak ada kaki, kita boleh sembahyang duduk, tidak boleh duduk jika sakit pinggang, kita boleh sembahyang secara berbaring. Seandainya tidak ada kaki, tangan, mata, telinga, mulut dan jika kita tidak ada anggota perut sekalipun, kita dibolehkan (diwajibkan) bersolat. Ini menunjukan bahawa anggota tujuh itu, adalah perkara sunat sahaja untuk dibawa bertemu Allah ketika bersolat (menyatakan Allah). Ada atau tidaknya anggota tujuh, tidak diambil kira atau tidak mengapa kerana ianya tidak termasuk perkara wajib. Adapun baik dan tidak semestinya adapun lagi baik.

Soalan:

Apakah itu anggota yang wajib untuk dibawa berjumpa Allah sewaktu bersolat?

Jawapan:

Anggota wajib yang perlu di bawa sewaktu bersolat (menyatakan Allah) itu, adalah anggota roh. Rohlah yang wajib dibawa untuk bertemu dan berjumpa Allah. Anggota tubuh kita yang lain, tidak pernah berjumpa Allah. Adapun roh sahaja yang pernah berjumpa Allah semasa azali, “Alastu birobbikom, kolu bala syahidna” (“Tidakkah aku ini Tuhanmu”, tanya Allah kepada roh, “Bahkan engkaulah Tuhanku”, jawab roh kepada Allah. Ini bererti, roh sudah dan telahpun mengenal Allah sedari mula. Jadi dialah yang mengenal dan dialah yang layak dibawa berjumpa Allah sewaktu solat. Rohlah anggota yang tidak boleh tidak dan mesti ada untuk dibawa berjumpa Allah, bukannya anggota jasad (anggota jasad adalah perkara sunat, manakala anggota roh adalah perkara wajib).

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Cuba tuan-tuan perhatikan betul-betul dalam soal perkara mimpi. Dalam mimpi, tuan-tuan dapati memanggil isteri, tuan-tuan didapati berlari dan berenang. Dalam mimpi juga, tuan-tuan telah didapati pergi ke negara orang lain, negeri orang lain atau ke kampung orang lain, sedangkan di waktu itu, tuan-tuan sedang berada di atas pembaringan (di atas katil). Sungguhpun begitu, tuan-tuan didapati memanggil dengan tidak menggunakan mulut, berjalan dengan tidak menggunakan kaki, berenang dengan tidak menggunakan tangan dan sedang pergi ke negara, negeri atau kampung orang lain tanpa menaiki kereta atau tanpa menaiki kapal terbang. Kaki manakah, tangan manakah dan tubuh badan manakah yang tuan bawa semasa berjalan, berlari, berenang atau terbang semasa di dalam mimpi? Cuba jawab.

Sedang kaki, tangan atau seluruh anggota tubuh badan sedang terbaring di atas katil, tetapi tuan-tuan tetap pergi sehingga sampai ke negara orang yang kedudukan jaraknya beribu batu. Kaki, tangan atau tubuh badan manakah yang tuan-tuan bawa? Tubuh badan, kaki atau tangan yang inilah yang hendak kita bawa di ketika atau di waktu kita bersolat untuk menghadap Allah Taala.

Persoalannya di sini, bagaimanakah caranya untuk membawa tubuh atau anggota rohani untuk berjumpa Allah sewaktu bersolat? Akan di sambung dalam kitab yang akan datang!


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2014/04/03/hukum-qolbi-yang-kedua-iaitu-takruq/




                                                                                             Isi Kandungan








Hukum Qalbi Yang Pertama Adalah “Qosad”

                                                                                              Isi Kandungan


Hukum Qalbi Yang Pertama Adalah “Qosad”

 

1) Apakah erti, maksud atau makna Qosad?

Soalan:

Apakah maksud, erti atau makna perkara Qosad?

Jawapan:

Qosad itu adalah bererti, bermaksud dan bermakna “menyatakan niat”.

Qosad itu ertinya menyatakan niat. Persoalannya di sini, manakah yang dikatakan niat? Niat itu adalah sesuatu yang tidak berhuruf dan tidak bersuara, sedangkan niat yang kita ucapkan atau yang kita lafazkan selama ini, adalah berupa huruf dan berupa suara yang keluar dari kedua bibir mulut. Suara yang keluar dari kedua bibir mulut itu, bukan niat, itu adalah merujuk kepada lafaz niat dan bukannya niat. Sebenar-benar niat itu adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara (biarpun lintasan hati), itu bukan niat dan lintasan hatipun bukan dikatakan niat.

“Innamal akmal bil niat” yang bermaksud “Bermulanya amal ibadah itu, adalah dengan niat”. Bermulanya setiap ibadah itu, hendaklah dengan niat, persoalannya di sini, di manakah niat? Sebutan atau lafazan yang kita ucap melalui kedua bibir mulut itu, bukan niat. Lafaz yang keluar dari sebutan kedua bibir mulut itu, adalah lafaz niat. Lafaz niat itu, tidak sama dan berbeza dengan niat. Persoalannya, di manakah yang dikatakan niat?

Perkara niat itu, adalah suatu perkara yang berkait rapat dengan firman berikut, “La tatahrroku zarratun illa biiznillah” yang bermaksud “Tidak bergerak sebesar zarah, melainkan dengan izin Allah”. Barang siapa yang faham akan firman ini dengan sebenar-benar faham, maka faham, tahu dan mengertilah dia, apakah itu maksud niat.

Ayat di atas mengatakan bahawa tidak bergerak biar sebesar zarah atau walau sekecil zarah sekalipun, jika tidak dengan izin Allah. Bermakna di sini setiap amal itu, hendaklah bermula dengan gerak Allah, jika segala amal kita itu bermula dengan gerak Allah, bagaimana pula dengan setiap amal bermula dengan niat? Persoalannya di sini, apakah niat dan apakah gerak Allah? Apakah gerak atau niat itu suatu perkara yang berbeza? Jika berbeza dan jika bersamaan, apakah beza dan apakah persamaannya?

Persoalannya di sini, mana lebih dahulu, mana yang lebih besar, mana yang lebih utama dan mana yang lebih afdal antara perkara niat dengan perkara gerak Allah? Apakah gerak Allah dahulu atau niat dahulu? Persoalannya di sini, manakah yang lebih dahulu antara gerak Allah dengan niat?

Hadis bersabda, setiap amal itu, bermula dengan niat manakala firman pula berkata tidak bergerak dan tidak bermula sesuatu gerak biar sekecil zarah jika tidak dengan izin atau gerak Allah. Persoalannya di sini, mana satukah yang terlebih dahulu dan manakah yang dikatakan sebenar-benar niat?

Jika kita masih di dalam keadaan keliru, was-was, syak, waham atau tidak pasti dan tidak tetap pendirian, maka haram hukumnya mengerjakan ibadah. Barang yang hendak disembah, belum kita pasti dan belum kita yakin, mana mungkin boleh disembah. Mana mungkin tuan-tuan boleh menyembah barang yang belum tentu dan belum pasti. Allah, adalah Allah yang hendak disembah bilamana pasti dan nyata.

Jika sekiranya niatpun belum kita pasti, mana mungkin Allah boleh dipastikan. Haram hukumnya menyembah barang yang selain Allah (yang belum pasti). Kita mengerjakan solat dengan menggunakan gerak tubuh, gerak badan dan gerak jasad, sedangkan kita tidak mengenal tuan yang empunya gerak, apakah layak kita menggunakannya? Kita guna gerak kepunyaan orang, sedangkan orang yang empunya gerak tidak kita kenali, apakah patut atau apakah layak? Cuba tuan-tuan tanya diri tuan-tuan sendiri, apakah layak kita guna gerak orang yang kita tidak kenali tuannya?

Misalannya, tuan terlihat adanya kenderaan (kereta) di tepi jalan, bolehkah tuan-tuan guna kenderaan tersebut, tanpa kebenaran, tanpa mengenali atau tanpa pengetahuan tuan yang empunya? Gerak atau niatpun kita tidak tahu, apakah sah solat kita? Cuba jawab.

Niat itu, adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Sebenar-benar qosad dan sebenar-benar niat itu, adalah perkara yang tidak terlafaz melalui mulut dan tidak ternyata melalui tasdek hati (membenarkan dengan hati). Sebenar-benar niat itu adalah perkara yang tidak berhuruf dan tidak bersuara (bukan dari bibir mulut dan bukan dari hati).

Adapun niat yang dinyatakan melalui ucapan kedua bibir mulut itu, menurut pandangan melalui sudut ilmu makrifat, ianya tidak dikatakan niat. Suara yang terbit (yang keluar) dari kedua bibir mulut, yang dikatakan niat itu, adalah dikatakan lafaz niat dan bukannya niat. Yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah lafaz niat dan bukannya niat.

Ilmu fekah menyatakan bahawa suara yang keluar dari kedua bibir mulut dan yang membenarkan dengan hati itu, adalah niat. Adapun menurut pandangan dari sudut ilmu makrifat, suara atau tasdek (membenarkan) dengan hati itu, masih belum dikatakan niat. Suara yang keluar dari kedua bibir mulut dan dibenarkan dengan hati itu, masih belum dikatakan niat.

Sekadar melafazkan niat untuk memberi tahu Allah yang kita hendak sembahyang seumpama, “Sahaja aku sembahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala”, menurut sudut pandangan ilmu makrifat, itu belum dikatakan niat, itu adalah dikatakan “lafaz niat”. Jika kita melafazkan niat dengan berkata, “Sahaja aku sembahyang maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala” itu, lafaz yang keluar dari kedua bibir mulut itu, sekadar untuk memberi tahu kepada Allah yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat, jika niat itu adalah bertujuan untuk memberi tahu Allah atau bertujuan untuk memperkhabarkan kepada Allah yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat, adapun sebelum kita berdiri solat itu, sesungguhnya Allah sudah tahu yang kita itu hendak sembahyang maghrib.

Tanpa diberi tahu atau tanpa diperkhabarkan kepada Allahpun, Allah sudah tahu yang kita hendak sembahyang maghrib tiga rakaat. Malahan sebelum kita buka pintu rumah atau sebelum kita turun dari tangga rumahpun, Allah sudah tahu dan Allah sudah sedia maklum yang kita itu hendak sembahyang maghrib. Bilamana kita melafazkan niat dengan bibir mulut itu, seolah-olah kita hendak memberi tahu Allah. Persoalannya di sini, apakah Allah itu tidak tahu yang kita hendak sembahyang maghrib, sehingga kena lapor, kena bagi tahu dan kena diperingati? Jika kita tidak bagi tahu, apakah Allah tidak tahu? Malahan sebelum kita lahir ke dunia ini, sesungguhnya Allah itu sudah tahu dan sudah sedia maklum yang kita itu hendak bersembahyang maghrib pada sekian hari, sekian masa dan sekian rakaat, sebelum kita lahir ke dunia lagi.

Allah telah berfirman, “Wallahu kholakokum wama takmalun” yang bermaksud “Allah buat kamu dan apa-apa kamu perbuat”. Sebelum kita lahir ke dunia lagi, Allah sudah tahu apa yang akan kita buat setiap saat, setip detik, setiap jam dan setiap hari. Tidak perlu kita memperingatkan Allah pada setiap kali kita hendak bersolat. Sebelum kita berniat untuk berkahwin, sebelumnya Allah sudah tahu sebelumnya. Kita masih kanak-kanak seusia 10 tahun, yang belum ada cita-cita untuk berkahwin, sesungguhnya Allah sudah tahu, kita hendak kahwin dengan siapa dan bila tarikh kita kahwin, hari kahwin, saat kahwin dan berkahwin dengan siapa, Allah sudah tahu dan Allah sudah sedia maklum, biarpun kita semasa itu masih belum melafazkan niat. Begitu juga dengan perkara bersolat, Allah sudah tahu yang kita itu, akan bersolat apa, di mana dan berapa rakaat, itu semua dalam ilmu Allah yang tidak payah diperingati, seolah-olah Allah tidak tahu sembahyang apa yang hendak kita kerjakan. Oleh itu, apakah dan di manakah yang dikatakan sebenar-benar niat?

Ingat, ingat dan ingat pesanku bahawa, “niat dengan lafaz niat” itu adalah suatu perkara yang berbeza. Lafaz niat itu, adalah yang keluar dari kedua bibir mulut dan yang membenarkan dengan hati. Adapun yang dikatakan sebenar-benar niat itu adalah sesuatu perkara yang tidak berhuruf dan sesuatu yang tidak bersuara (tidak ada bunyi dan tidak ada terlafaz dengan suara, mahupun dengan hati).

Saya tinggalkan terlebih dahulu bab yang membicarakan soal niat. Soal niat itu, akan saya cerita dan akan saya perkhabarkan pada bahagian akhir nanti, pada bahagian pengulungan nanti. Di peringkat ini, jika sekalipun saya cerita apa itu erti niat, tuan-tuan tidak akan faham dan tidak akan mengerti sebelum saya menceritakan keenam-enam hukum qalbi. Oleh itu, sebelum kita membicarakan soal niat (qosad), mari kita bicara terlebih dahulu perkara hukum qalbi yang enam. Hukum qalbi yang kedua selepas Qosad itu, adalah “takrukh”.


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2014/04/03/hukum-qolbi-yang-pertama-iaitu-qosad-2/



                                                                                             Isi Kandungan








Hukum Qalbi Yang Keempat Adalah “Ihram”

                                                                                                Isi Kandungan


Hukum Qalbi Yang Keempat Adalah “Ihram”

 

4) Apakah maksud, erti atau makna ihram?

Soalan:

Apakah maksud, makna atau erti hukum ihram?

Jawapan:

Ihram ertinya tutup atau bungkus. Persoalannya di sini, apakah yang hendak ditutup dan apakah yang hendak dibungkus? Hendak tutup apa dan hendak bungkus apa?


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2014/04/03/hukum-qolbi-yang-ke-empat-ihram/



                                                                                               Isi Kandungan