Monday, November 8, 2021

Siapakah Aku Itu?

                                                                                                   Isi Kandungan

Siapakah Aku Itu?

Rasullulah SAW bersabda, Allah Taala berfirman:

“Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku mengumumkan perang kepadanya dari-Ku. Tidak ada yang paling Aku cintai dari seorang hamba kecuali beribadah kepada-Ku dengan sesuatu yang telah Aku wajibkan kepadanya. Adapun, jika hamba-Ku selalu melaksanakan perbuatan sunah, nescaya Aku akan mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku menjadi penglihatannya yang dia melihat dengannya, Aku menjadi tangannya yang dia memukul dengannya, Aku menjadi kakinya yang dia berjalan dengannya. Jika dia memohon kepada-Ku, nescaya akan Aku berikan dan jika dia meminta ampun kepada-Ku, nescaya akan Aku ampuni dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku, nescaya akan Aku lindungi. Dan Aku tidak ragu untuk melakukan sesuatu yang Aku menjadi pelakunya sendiri sebagaimana keragu-raguan-Ku untuk mencabut nyawa seorang mukmin yang ia (khuatir) terhadap kematian itu, dan Aku sendiri khuatir ia merasakan kepedihan sakitnya.”

(HR. Bukhari)

Kisah Perbualan Antara Seorang Pemuda Dengan Abu Yazid

Pemuda:
Ya Abu Yazid, apakah yang dimaksud dengan Takhta Allah?

Abu Yazid:
Takhta itu adalah Aku.

Pemuda:
Apakah yang dikatakan ganjalan kaki Allah?

Abu Yazid:
Ganjalan kaki Allah itu adalah Aku.

Pemuda:
Apakah yang dimaksud dengan lauhul mahfuz dan kalam?

Abu Yazid:
Luh dan kalam itu adalah Aku. Allah memiliki hamba-hamba seperti Ibrahim, Musa dan Isa, mereka itu adalah Aku. Allah juga memiliki malaikat-malaikat seperti Jibril, Mikail dan Israfil, mereka itu juga adalah Aku.”

Pemuda yang bertanya itu lalu terdiam, kemudian Abu Yazid berkata, “Barang siapa yang lebur dan telah mengetahui keadaan yang sebenarnya mengenai segala yang berwujud, maka segala-galanya itu adalah Allah.”

Anakanda yang dikasihi sekalian.

Ayahanda kira anakanda terlepas pandang akan maksud di atas, perhatikan betul-betul maksud perkataan “Aku” itu, jangan tertidur di situ. Siapakah yang dimaksudkan “Aku” dalam kisah di atas?

Semua sekalian sila bagi jawapan, ayahanda nak sukat, nak ukur, nak nilai dan nak letak kefahaman anakanda sekalian.

Siapakah “Aku” itu?

“Jangan Sampainya Terlihat Adanya Diri”

Pesanan: Semua jawapan hendaklah dikirim terus kepada Tuan Hj. Shaari melalui aplikasi Whatsapp di nombor 019-4444713. Jawapan yang dihantar dalam blog ini melalui ruangan komen adalah tidak digalakkan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2017/12/23/siapakah-aku-itu/




                                                                                                  Isi Kandungan