Dari Blog Yang Bernama Dusta “Mencari Bisnes Dengan Ilmu”
Dusta | kongkalipehkau@gmail.com | 42.60.97.177 | 03/04/2014 jam 8:02 PM
Sekali-sekala, sedih juga bila membaca ada orang yang menilai ilmu dengan wang ringgit. Adakah patut penulis komen yang bernama Dusta menilai tulisan saya dengan wang ringgit.
Jika orang yang bernama Dusta tahu betapa payahnya bagi seseorang penulis untuk menyiapkan sesebuah kitab (buku), baru dia tahu betapa payahnya menyudahkan sesebuah kitab. Jika senang atau mudah buat kitab, sudah ramai pensyarah, ustaz atau tok kadi buat kitab.
Dia tidak tahu yang sesetengah penulis, sehingga minum air paip, berbekalkan ikan kering dan telur, maggi dan masak nasi ulang makan nasi sama selama 3 hari (makan nasi perangat 3 hari) duduk dalam bukit, tidak keluar bilik atau tidak balik kampung demi untuk menyediakan air tangan ilmu makrifat. Atas kesedaran ini, hargailah tulisan penulis. Untuk menyiapkan sesuatu kitab atau buku itu, bukan mudah. Jika mudah dah ramai pensyarah buat buku atau kitab!
Tidak terniat untuk saya memperdagangkan ilmu, hanya sekadar ingin mendapat pulangan dari pembelian kertas dan upah cetak. Cetak kitab yang berupa ilmu itu pun juga, guna wang ringgit, bukannya “free”, bukan niat hendak perdagangkan ilmu, tidakkah ilmu itu milik Allah, kita hanya memperdagangkan kertas, dakwat dan tulisan. Sekolah tadika pun kena beli buku, inikan pula buku ilmu makrifat. Jika rasa mahal, sila SMS alamat, nanti saya hadiah (free) kepada yang bernama Dusta.
Beginilah nasib pejuang ilmu, buat kitab pun dikatakan memperdagangkan ilmu. Wahai tuan Dusta, tuan nak baca sebuah Al-Quran pun kena beli dengan duit. Apakah tuan pergi ke kedai buku, mereka bagi Al-Quran secara free? Al-Quran (kata-kata) Allah pun kena beli dengan duit, inikan pula kitab makhluk. Al-Quran pun kena beli dengan duit, apakah kedai yang jual kitab Al-Quran atau orang yang cetak Al-Quran itu, dikatakan memperdagangkan ilmu Allah, cuba Tuan Dusta jawab? Saya kesal dengan sikap tuan, yang merendahkan martabat penulis. Apakah surat khabar yang tulis nasihat dengan ayat Al-Quran itu, dijual secara percuma?
Sedihnya saya, orang macam inipun ada di dunia ini. Tuduhan demi tuduhan sehingga tak termampu hendak ditanggung. Namun patah sayap bertongkatkan paruh, mundur tidak sekali. Saya juga manusia biasa bukan malaikat, yang mempunyai hati dan ada perasaan, sekali-sekala rasa jauh hati juga dengan penulis komen yang kurang beretika.