Omar Abdullah
MELIPUTI
Ayahdi PakNgah
MELIPUTI
Ayahdi PakNgah
Engkau yang wujud tiada batasan meliputi alam luar maupun dalam bersatu pun bukan berpisah pun tidak namun ianya meliputi segenap ruangan. Ianya yang mengaliri dan mendatangkan sesuatu yang merupakan anugerah yang Maha Agung dan dialah yang terpuji yang wajib dipuji.
Keadaan nya yang tiada sempadan melepasi alam kewarasan permikiran insan. Sirr atau rahsianya itu amat-amat bernilai walau dimana dan kemana kita pergi pasti ia dapat di aplotasikan dengan keadaan dan masa serta ketika.
Dia telah memilih insan untuk menanggung rahsia itu ini bermakna insan itu suatu penciptaan yang mulia jua sehingga di beri tanggungjawab untuk memikul beban yang sebesar ini,
Akan tetapi dia tidaklah membiarkan kita ini bergerak sendiri melainkan disertakan dengan pimpinan nya jua. Namun kita tidak dapat menafikan ada diantara kita yang bergerak sendiri tanpa pimpinanNya dan ada juga yang menolak untuk di pimpin. Walau bagaimanapun biarkanlah.
Berbalik pada hal2 yang bersangkutan dengan ilmu pengetahuan kita ini , marilah sama-sama kita mempertingkatkan amal dan mengkaji selidik, menghayati dan mendalami lagi ilmu pengetahuan kita ini.
Kita yang berada didalam aliran ilmu metalfizik perlu serba tahu dan kita perlu merealisasikan apa yang berada dibalik kenyataan supaya menjadi nyata.
Tumpukanlah pada perjalanan gerak kerana didalam hakikat gerak itu sendiri ada banyak rahsia yang tersembunyi yang kita tidak tahu,
Tuhan yang sentiasa memandang kita dan ia sentiasa membimbing kita kejalan nya adalah induk dari segala induk kerana darinya lah segala sesuatu itu zahir dan tecipta dan dialah yang maha mencipta sesuatu,
Kita yang hadir dengan izinnya kealam dunia perlulah mentaatinya dan menyatakan pengakuan untuk mendapatkan pengakuan, paling kurangnya 3x diucap berulang-ulang, inilah pengakuan yang ku adakan bagi mengadakan dan menzahirkan kebesaran tuhan padaku, dia yang wajib ada sebelum ada-ada ini dulunya tiada ternyata kerana tiadalah penyataan yang dinytakannya.
Maka kini AKU yang datang dari nya telah ada ini sebagai penyataan sifat kewujudan nya dia yang Maha Kuasa melakukan sesuatu mengikut KehendakNya itulah Kebesaran Tuhan yang tak siapa dapat menafikannya. AKU dan DIA dekat tak bersentuh ini hanya mampuku katakan aku bersamanya, nyataku ini menyakan ia nyata ia adalah aku ini akan tetapi tidak berpisah dan tidak sekutu.
Nah!!!!!!!!! inilah suatu hal yang rahsia yang terahsia didalam rahsiaku.
Oleh itu renung-renungkanlah akan hal ini.
Gerak yang kau dapat itu adalah jalanmu yang dimana ia akan membawamu sampai kepada nya dan ia akan membawamu kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.
Bergerak seiringan luar dan dalam menyerahkan kepadanya segala sesuatu itu pasti kau akan dipimpinnya,
Untuk kau mendapatkan Hayatul Karim ( kehidupan mulia ) maka kau pastikan dapat menguasai ilmu pengetahuan ini dalam bidang metafizik ini.
Untuk itu suatu hal yang pokok adalah dengan cara mengenal diri terlebih dahulu, masuklah kedalam rumahmu cari dan jumpailah akan tuan rumah itu baru kau tahu manakah tuan rumah itu dan manakah perhiasan nya.
Bila kau dah jumpai ia, maka kau perlu tau apa mau mu dan kemana mau mu, untuk apa ini semua pastikanlah ia sentiasa berada dibawah lindungan Tuhan Yang Maha Kuasa.