Wednesday, October 20, 2021

Mengenal Diri Melalui Garam, Mengenal Allah Melalui Masin

                                                                                                      Isi Kandungan


Mengenal Diri Melalui Garam, Mengenal Allah Melalui Masin

(Air tangan Tuan Haji Shaari ini sudahpun pernah disiarkan sebelum ini. Air tangan ini disiarkan semula hanyalah sekadar untuk renungan kita kembali.)

Hari ini tanggal 02 Oktober 2012, jam sedang menunjukkan pukul 5.00 pagi. Marilah kita sama-sama mengikuti pelajaran mengenal diri melalui kiasan garam dan mengenal Allah melalui kiasan masin. Sebelum itu, ingin saya ajukan satu persoalan. Soalannya berbunyi, kenapakah ikan tidak masin selama hidup berendam di dalam laut? Masinnya ikan itu, bila mana direndam dengan garam, kenapa ikan tidak masin bila mana berada di dalam lautan masin. Saya mahu tuan-tuan jawab, sebelum boleh meneruskan bacaan ilmu yang seterusnya.

Pelajaran ini, adalah satu pelajaran dan satu kiasan yang teramat besar bagi mengajar kita mengenal diri dan mengenal Allah Taala dengan nyata dan jelas. Sayangnya tidak ramai dari kalangan kita yang mahu berfikir dan mengambil iktibar darinya. Allah jadikan sedemikian rupa adalah semata-mata bagi mengajar kita erti mengenal diri dan mengenal Allah Taala. Bagi mereka-mereka yang berpandangan jauh, akan dapat mengambil iktibar melaluinya.

Ikan tidak masin selama berada di dalam lautan, sebabnya adalah kerana “ikan belum mati”. Oleh kerana ikan belum mati dan kerana ikan masih hiduplah sebabnya ikan itu tidak masin semasa berada di dalam lautan masin. Setelah mati atau setelah berpisahnya nyawa dari jasad ikan, barulah ikan beroleh masin dan barulah ikan akan menjadi masin bila mana berada di dalam lautan.

Persoalannya di sini, apakah hubungan antara nyawa dengan masin?

Yang menerima masin itu adalah jasad, bukannya nyawa, nyawa tidak ada kena mengena dengan masin. Tetapi kenapa bila mana ikan masih bernyawa, jasadnya tidak boleh menerima masin. Bila mana ikan sudah mati dan setelah nyawanya bercerai dari jasad, barulah tubuh ikan itu boleh menerima masin, kenapa? Yang berendam di dalam lautan masin itu, adalah jasad ikan bukannya nyawa ikan. Kenapa ikan tidak boleh menerima masin bila mana adanya nyawa? Tubuh ikan hanya boleh menerima masin, setelah ketiadaan nyawa.

Cuba lihat bagaimana ikan yang sudah mati, pastinya akan menemui masin. Iktibar atau pengajaran “mati” yang dapat kita kutip dari kiasan ikan dengan garam itu sebenarnya adalah salah satu cara mengajar kita mengenal Allah. Kenapa ikan tidak boleh menerima masin? Persoalan ikan tidak boleh menerima masin adalah sama dengan persoalan kenapa kita tidak boleh mengenal Allah? Barang siapa tahu kenapa ikan tidak boleh menerima masih, mereka akan tahu kenapa kita tidak boleh mengenal Allah.

Ikan tidak boleh menerima masin, adalah kerana ikan belum sampai kepada tahap “mati”. Begitu juga dengan kita, diri kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah, adalah kerana diri kita masih belum sampai kepada tahap mati (matikan diri sebelum mati). Bila mana kita berjaya sampai kepada tahap mematikan diri sebelum kita mati, di situlah nantinya kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah Taala. Antara sebab kita tidak boleh sampai kepada tahap mengenal Allah itu, adalah kerana kita masih belum berjaya sampai kepada tahap mematikan diri. Sesudah sampainya kita kepada tahap “mematikan diri sebelum mati” dengan sebenar-benar sampai, barulah boleh kita mengenal Allah Taala dengan sebenar-benar kenal.

Setelah ikan sudah sampai kepada tahap mati, maka akan sampailah sifat masin kepada jasad ikan. Begitu juga kiasannya dengan diri kita. Bila mana sampainya kita kepada tahap “Al mutu kablaan tamautu” (matikan diri sebelum mati), barulah kita akan sampai kepada tahap mengenal Allah Taala. Setelah diri sudah sampai kepada tahap “mati sebelum mati”, maka akan sampailah kita kepada tahap mengenal Allah. Oleh itu, barang siapa yang berhajat atau bercita-cita untuk sampai kepada tahap mengenal Allah Taala, seharus dan semestinya terlebih dahulu melalui proses mematikan diri sebelum mati.

Sebab tidak sampainya kita kepada tahap mengenal Allah itu adalah kerana tidak berjayanya kita untuk sampai kepada tahap mematikan diri. Setelah sampainya kita kepada tahap ilmu mati sebelum mati, barulah kita akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah dengan sebenar-benar mengenal. Sesudah matinya ikan, baru boleh menerima masin, sebegitulah juga dengan diri kita. Sesudah diri kita mati sebelum mati, barulah Allah itu akan dapat menghampiri, mendampingi, menyelubungi serta meliputi diri kita, dari situlah kita akan dapat mengenal Allah dengan nyata. Kita akan berjaya sampai kepada tahap mengenal Allah dengan nyata, setelah kita mengenal erti mati dengan rata. Untuk itu marilah kita belajar mengenal erti mati, “Al-mutu kablaan tamautu” (mati sebelum mati).

Untuk mengenal Allah itu, mari kita umpamakan diri kita seumpama garam dan mengenal Allah itu seumpama masin. Anggaplah diri kita ini garam. Kiranya kita hendak binasakan sifat garam ke dalam masin, campakkan garam ke dalam laut. Setelah garam kembali ke dalam laut, maka akan hilanglah sifat garam, setelah hilangnya sifat garam, maka kekallah ia dalam sifat masinnya. Begitu juga dengan diri kita.

Barang siapa yang berhajat untuk mengenal diri, hendaklah dia mematikan diri sebelum mati (membinasakan diri). Seumpama kiasan kita campak garam ke dalam laut. Setelah garam dipulangkan semula ke dalam lautan, barulah tidak lagi kelihatan garam, yang nyata hanyalah masin. Begitu juga dengan diri kita, barang siapa yang berhajat untuk mengenal diri, campakkan diri ke dalam lautan wajah Allah. Sifat garam atau sifat diri kita sebenarnya tidak ada, tidak wujud dan tidak maujud. Sebenarnya yang ada, yang wujud, yang ujud dan yang maujud itu, hanyalah masin.

Cuba tuan-tuan ambil seketul garam kasar. Saya mahu tuan-tuan genggam garam itu dan masukkannya ke dalam segelas air. Kerana “berketul” itulah makanya kita panggil ia dengan panggilan garam. Cuba larutkan garam ke dalam air, biar sifat ketulannya hilang, maka garam tidak lagi dipanggil garam, melainkan dipanggillah ia dengan panggilan masin.

Demikian juga dengan diri kita, kerana kita “bersifat” itulah makanya kita panggil diri. Cuba kita hilangkan sifat diri, cuba kita bayangkan yang diri kita itu mati. Setelah mati dan setelah ditanam ke dalam tanah, di manakah yang dikatakan diri? Sebenarnya diri kita tidak ada, diri kita sebenar-benarnya tidak ada. Sebenar-benarnya diri kita itu, tidak ada. Adanya sifat diri kita itu, hanyalah sekadar bersifat sebagaimanna sifatnya garam. Kiranya kita hanyalah sekadar bersifat sebagaimana sifatnya garam, kenapa kita masih mengaku yang kita itu ada? Sekiranya sifat garam tidak ada, maka sifat kita juga tidak ada. Kembalikan garam ke dalam laut dan kembalikan diri kita ke dalam Allah (Wajah Allah), Allah, Allah, Allah.

Amin.

https://makrifattokkenali.wordpress.com/2017/12/10/mengenal-diri-melalui-garam-mengenal-allah-melalui-masin/



                                                                                                     Isi Kandungan







Ceramah Mengenal Diri

                                                                                                      Isi Kandungan


Ceramah Mengenal Diri

Audio Player

Saturday, October 9, 2021

Cuba Cari Nama Tuan-Tuan, Letaknya Dimana?

                                                                                                           Isi Kandungan

Cuba Cari Nama Tuan-Tuan, Letaknya Dimana?

Sudah lama saya tidak mengukir kata melalui web (universiti Qalbu mukmin), rasanya teramat rindu untuk bertemu peminat2 di luar sana. Apa kahabar ananda semua?, semoga dirahmati Allah hendaknya.

Diruangan yang sesingkat ini, inginlah ayahnda bertanya kepada sakalian peminat universiti ayahnda ini, dengan satu pertanyaan. Kalin semua sudah mengaji, belajar dan menuntut di universiti Qalbu Mukmin sydah sekian lama, oleh itu inginlah saya buat satu ujian bertulis melalui blog ini. Ujian ini, adalah bertujuan untuk mengukur samada lulus atau gagal (tahu atau tidak) perkara mengenal diri?. Untuk menentukan lulus atau gagal, saya ingin ajukan satu solan, manakah yang dikatakan diri? (sebenar-benar diri).

Contohnya tuan-tuan bernama mamat bin dollah, saya ingin bertanya kepada pelajar-pelajar sekalin, manakah yang diletaknya atau bertempatnya mamat bin Dolah, cuba tunjukkan kepada saya mana bertempat atau letaknya mamat bin dollah diatas diri tuan-tuan.

Jika tuan-tuan angkat tangan bagi mengisyaratkan diri tuan-tuan itu mamat bin dollah, tangan yang tuan-tuan anggkat itu, bukan mamat bin dollah, itu bernama tangan. Jika tuan-tuan mengisyareatkan dengan menunjuk ke arah dada, dada yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, yang ditunjuk itu adalah dada (dada bukanya mamat bin dollah).

Dimanakah bertempatnya mamat bin dolah atas batang tubuh tuan-tuan kiranya ada?. Tuan mengaku diri tuan-tuan seumpama bernama mamat bin dolah tetapi dimanakah letaknya mamat bin dollah.Tangan bukan mamat bin dollah dan dadapun juga bukan mamat bin dollah. Anggota yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, itu anggota dada dan itu anggota tangan. Dimanakah letak atau bertempatnya mamat bin dollah. Yang saya mahu tahu, manakah yang dikatakan mamat bin dollah atas diri tuan-tuan, kiranya ada?.

Jika tuan-tuan tidak dapat jumpa nama sendiri di atas diri (batang tubuh) tuan-tuan, bagaimanakah tuan-tuan semua boleh mendabik dada mengaku mengenal diri?. Barang siapa berjumpa jawapan manakah nama diri sendiri di atas batang tubuh, bererti tuan-tuan adalah tergolong dalam mereka yang mengenal diri.

Jika ada berjumpa dengan diri sendiri, sila jawab melalui laman ini, agar semua orang diluar sana dapat membaca dan menilainyanya. Jika nama sendiripun tidak dapat ditemui, bagaimanakah pula ingin mengenal Allah (sedang diri sendiripun belum lepas dan tidak dapat dicari, mana mungkin dapat mengenal Allah!). Saya berseru kepada mereka-mereka yang diluar sana, yang selalu bercakap tentang mengenal Allah, sila beri jawapan…………….

Belajar ilmu makrtifat itu, bukan sekadar tahu bercakap atau tahu berpidato sahaja, lebihnya ilmu makrifat itu, adalah diatas faham, faham dan faham…………………Jika benar-benar faham, sila beri jawapan supaya kita semua dapat mempelajari dan menilainya.

Sila beri komen, baik murid lama atau murid baru……………………………… daripada haji Shaari


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2014/03/05/cuba-cari-nama-tuan-tuan-letaknya-dimana/





                                                                                                          Isi Kandungan








Nasib Guru Makrifat

                                                                                                             Isi Kandungan

Nasib Guru Makrifat

Fuad
gravatar.com/infins7 x
infins@gmail.com
210.187.196.72
Submitted on 2014/03/08 at 1:58 am | In reply to azmi.

Saya pun ada cerita nak dikongsikan, sekadar mengisi masa lapang tuan azmi:

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”


Replies to “Nasib Guru Mkarifat”

  1. salam untuk tuan guru haji shaari dan salam untuk semua. Mari santai santai…..semuanya hanya cerita….inilah minyak wangi berbau hapak yang diucapkan oleh Tuan Guru…, pencipta dan ciptaanNYA adalah sama. DIA YANG SATU macam lagu Mawi….yang menyanyi dan dinyanyikan adalah sama.

  1. azmi
  2. salam tuan guru haji shaari, apa yang saya sampaikan mengenai guru yang kata Tuhan ada dan tak ada !!! Apa sahaja yang anak murid itu fikirkan itulah DIA…kerana ciptaan dan pencipta adalah SATU.

    1. Hadis nabi ada menceritakan tentang dajal yang mana dajal ini disifatkan buta sebelah matanya/ dajal itu bermata satu.
      Mengikut suluhan makrifat manusia itu mempunyai dua mata iaitu 2 biji mata yang zahir dan mata hati/mata batin. Yang dimaksud dengan dajal itu bermata satu/buta sebelah matanya bukanlah merujuk kepada 2 biji mata yang zahir itu, tetapi merujuk kepada butanya mata hati/mata batin daripada melihat kebenaran. Mata hati/mata batinnya telah buta sebab itu kebenaran itu terhijab daripada pandangan si dajal.


      1. Makana, maksud atau erti Dajal itu, adalah apabila kita hanya menguna mata zahir tetapi tidak menguna mata batin. Walapun mata zahirnya ada dua butir, tetap krn tidak guna mata batin, itulah dikatakan dajal bermata satu. Iaitu mata zahir yang tidak melihat dengan hati hati, itulah dikatakan dajal (bermata satu). drp hj shaari

        1. suri hati
        2. Salam buat tuan guru Hj Shaari dan saudara/i yang arif dalam ilmu makrifat.
          Akhir-akhir ini saya mengikuti majlis ilmu ini dari perbincangan tuan/puan bagi memenuhi masa lapang. Terasa diri ini terlalu, terlalu kerdil, daif dan entah apa rasa yang tak boleh saya terjemahkan dengan kata-kata. Soalan saya:
          1. Bagaimanakah atau di manakah saya boleh memulakan, mengikuti seterusnya mendalami ilmu spt ini?
          2. Jika boleh di jawab di sini, saya ingin tahu siapakah dia pengarang kitab ‘ Hakikat Insan’, Adalah beliau salah seorang ‘mangsa’ seperti cerita di atas ?


  1. Assalamualaikum,
    Apa yang saya fikirkan adalah kenapa tidak sahaja guru hakikat tersebut menerangkan perkara yang sebenarnya?



https://makrifattokkenali.wordpress.com/2014/03/09/nasib-guru-mkarifat/



                                                                                                            Isi Kandungan