Panggilan Dari Padang Besar Perlis
Jam dinding menunjukkan kurang lebih pukul 12.00 tengah hari, semasa saya baru masuk rumah dari Kuala Lumpur, tiba-tiba telinga ini dikejutkan dengan bunyi deringan talipon. Kali pertama deringan talipon, saya tidak sempat jawab kerana talinnya terputus. Kali kedua dering, sya jawab dengnan salam, ternyata saya dapat pnggilan (talian 019-5189 667) dari seorang peminat Kitab Tok Kenali yang berasal dari Padang Besar Perlis.
Apa yang menjadi kenangan besar bagi saya, adalah apabila beliau menceritakan tentang mimpinya bertemu dengan ayahnda saya (Mohd Yusof Cik Wook) dan mimpi berjumpa dengan Tok Kenali.
Menurut beliau, beliau adalah pembaca kitab. Kedua-dua kitab mengenal diri dan mengenal Allah, telah habis dibaca, tetapi beliau tidak boleh faham bab mengenal diri melalui tidur!. Berulang kali di baca kitab dan berulang kalil melihat siri ceramah saya melalui dvd, bab mengenal diri melalui tidur, tidak mendatangkan faham.
Lalu menurut beliau, sewaktu beliau tidur, beliau bermimpi. Dalam mimpi itu, beliau berjumpa dengan ayahnda Mohd Yusof Cik Wook. Ayahnda bertanya kepada beliau, apakah yang kamu cari?. Beliau menjawab, saya mahu belajar mengenal diri melalui tidur (setelah tidak faham, biarpun berkali-kali menonton siri ceramah melalui dvd). Lalu ayahnda Mohd Yusof Cik Wook berkata, jika kamu hendak belajar mengenal diri melalui tidur, hendaklah kamu sendiri bertanya kepada Tok Kenali.
Lalu dalam mimpinya, beliau bertanya persoalan itu kepada Tok Kenali sendiri. Menjawablah Tok Kenali, “cuba kamu cari diri kamu?, kemana perginya diri kamu?, sekarang kamu cuba cari, kemana perginya diri kmu?”. Beliaupun menacri dirinya didalam mimpi itu, namun tidak jumpa. Bertanya lagi Tok Kenali, kemana perginya diri kamu?. Cuba kamu cari diri kamu kemana perginya diri kamu?. Dalam mimpi itu, beliau berusaha mencai dirinya, namun tidak berjumpa!.
Setelah bangkit dari tidur, yang asalnya beliau tidak faham erti menyerah diri melalui kiasan tidur, kini beliau menalipon saya, bahawa sekarang ini beliau benar-benar faham erti menyerah diri sebagaimana peristiwa tidur. Kata beliau , diri kita yang sebenar-benarnya adalah, “tidak ada”. Beliau sebelum ini ada sms menceritakan yang beliau tidak faham, namun pada hari ini, beliau talipon saya, yang mengatakan bahawa sekarang baru dia faham erti mengenal diri melalui tidur!.
Kisah ini, adalah kisah benar dari mulut seorang yang sudah 7 tahun mencari jalan makrifat. Setelah berkenalan dengan siri ceramah saya melalui dvd, pencarian selama 7 tahun, kini sudah berakhir. Selama 7 tahun mencari diri, kini beliau sudah berjumpa dengan diri beliau. Yang disangggka hilang itu, sebenarnya ada pada diri beliau sendiri. Yang dicari itu, sesungguhnya adalah diri kita sendiri!.
“wafi anfusikum, afala tup sirun” (tidakkah kamu tilik pada diri kamu sendiri?). Carilah diri pada diri kita sendiri. Setelah bertemu dengan apa yang kita cari selama ini, apa yang kita temui itu, sesungunya “tidak ada”. Kita akan bertemu dengan penemuan yang tidak ada!.
Penamat kepada pertemuan itu, setelah tidak ada apa-apa lagi yang hendak ditemukan!. Penamat pencarian itu, setelah tidak apa-apa lagi yang hendak dicari. Yang dicari itu, adalah juga yang mencari. Cincin yang disanggka hilang itu, sesungguhnya perkara yang sudah sedia terlekat dijari!.
Ilmu yang saya turunkan ini, adalah ilmu yang berasal dari Tok Kenali. Orang lain atau guru-guru lain, hanya sekadar menunjuk jalan, tetapi tidak seorangppun yang boleh bawa kita sampai ketempat yang dituju! (mereka hanya sekadar menunjuk jalan). Adapun ilmu yang saya ajar ini, adalah ilmu yang bukan sahaja sekadar tunjuk jalan, tetapi ilmu yang sampai kepada tahap bertemu tempat duduk!.
Guru-guru syariaat atau guru-guru feqah, hanya bercerita buah itu manis, tetapi tidak pernah memberi kita makan untuk dirasa samada manis atau masam!. Hanya menunjuk jalan, jalan itu dan jalan ini, tetapi tidak pernah membawa kita sampai ke tahap makan!.
Ilmu Tok Kenali, adalah ilmu yang boleh membawa tuan-tuan sampai kepada tempat yang dituju (tempat makkan buah) yang tahu masam atau manisnya buah!. Buah manis tempat yang kita semua nak tuju itu, adalah tempat yang tidak bersuara dan tempat yang tidak berhuruf.
Untuk berjumpa dengan tempat yang tidak berhuruf dan tempat yang tidak bersuara itu, adalah pada “diri yang sudah tidak ada!”. Kita akan berjumpa tempat yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, setlah kita sampai kepada tahap “tidak lagi ada keberadan diri” (diri sudah mati, lebur, binasa, karam, tengelam, hilang, ghaib dan hangus terbakar dalam wajah Allah).
Kita akan mengenal dan kita akan ampai kepada tempat yang tidak berhuruf dan tempat yang tidak bersuara itu, setelah diri kita tidak ada. Selagi ada diri, biarpun 67 kali kiamat, tuan-uan tidak akan sekali-kali berjumpa Allah………………
Carilah perkara sehingga tidak berjumpa perkara, disitulah nantinya tuan-tuan akan berjumpa dengan sebenar-benar perkara!. Yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim!.
Diwaktu tuan-tuan tidur, apakah lagi ada suara, apakah lagi ada huruf dan apakah lagi ada jirim atau jisim?. Cuba jawab?………………..
Jadikanlah diri tuan-tuan itu sebagai mana sewaktu tidur, barulah berjumpa tempat yang tidak bertempat!, tidak berjirim dan tempat yang tidak berjisim.
Jangan hanya tahu cakap sahaja, yang Allah itu ada, mana Allah?………..cuba jawab?…………………mana Allah. Semua kata Alah itu ada, Allah pengasih, Allah penyayang, mana Allah?………………….cuba jawab?………………………..
Guru feqah hanya menunjuk jalan, tetapi sebenar-benar yang dikatakan guru makrifat itu, bukan setakat menunjuk jalan atau bukan setakat tahu bercakap tetapi benar-benar membawa kita sampai kepada memperlihatkan tempat dituju, sesudah sampai tempat dituju, diperlihatkan lagi tempat duduk dan sampai kepada tahap bertemu dengan orang yang kita cari selama ini. Iaitu orang yang tidak berhuruf dan orang yang tidak bersuara………………….
Jika tuan-tuan nak keterangan lebih lanjut laggi siila cal talian 019-5189 667
https://makrifattokkenali.wordpress.com/2013/06/05/panggilan-dari-padang-besar-pelis/