Apakah Maksud Huruf Alif, Lam, Mim ا ل م
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Pada permulaan surah Al-Quraan, kita ada terlihat huruf ALIF LAM MIM. Menurut tafsiran ilmu feqah, maksud huruf alif lam mim itu, adalah bererti “hanya Allah sahaja yang megentahui”.
Jika hanya Allah sahaja yang megentahui maksuh huruf alif lam mim itu, maka timbullah satu kemuskilan atau pertanyaan di hati kecil kita yang jahil ini, apakah huruf itu untuk diketahui oleh Allah sahaja?. Jika untuk Allah sahaja, kenapa diperturunkan tulisan itu?. Jika huruf itu sahaja yang Allah ketahui, apakah huruf-huruf lain itu, Allah tidak megentahuinya dan apakah huruf alif lam mim sahaja yang Allah ketahui?.
Sebelum dibenarkan kita membaca dan melafaskan ayat-ayat suci yang lain, kita dikehendaki melafaskan terlebih dahulu perkataan alif lam mim, kenapa, kenapa dan kenapa………………….
Itulah makanya didalam kitab Mengenal Diri Tok kenali, ada terdapat tulisan huruf alif lam mim di muka surat yang mula-mula!. Misti ada maksud, mesti ada makna dan mesti ada erti besar yang tersembunyi disebaliknya!. Ayahnda Mohd Yusof Cik Wook, mendapat ilmu ini dari mulut tuan guru Tok Selehongn dan dari mulut tuan guru Tok kenali sendiri.
Apakah maksud, apakah makna dan apakah ertinya huruf alif lam mim, sehingga di tulis pada permulaan surah, sudah barang pasti meyimpan maksud besar yang tersirat disebaliknya, apakah maksud itu?……………………
Barang siapa yang megetahui tiga huruf itu, seumpama mereka sudah megetahui seluruh 6666 ayat didalam Al-Quraan. Barang siapa yang megetahui tiga huruf itu, seluruh alam termasuk 7 petala bumi dan 7 petala langit itu, seumpama telah dan sedang bersujud dibawah tapak kaki kita!. Akan hancur segala isi bumi dan akan lebur segala isi langit.
Bilamana kita tahu erti huruf alif lam mim, lidah kita akan jadi kelu untuk meneruskan bacaan isi Al-Quraan, kerana sudah terkandung seluruh 6666 ayat itu didalam lipatan lidahnya!