Wednesday, October 6, 2021

Zikir Yang Tiada Huruf dan Tiada Suara !……..

                                                                                      Isi Kandungan

Zikir Yang Tiada Huruf dan Tiada Suara !……..

Submitted on 2013/01/05 at 5:01 pm | In reply to fairiel.

Tuan, apakah tuan suka kiranya saya naik berceramah didepan membar masjid dengan berpakaian seluar jin?.
Tentu tidak bukan!. Begitulah ertinya, nama itu sekadar perhiasan dunia!. Nama didepan nama saya itu, sekadar perhiasan demi menjaga fatonah!. Pada Allahlah haji yang sebenar haji, bkn pada pangkal nama saya.

Allah bkn pandang pada nama atau rupa paras.Dan sebenar rumah Allah itu, bkn shj diMekah. Sebenar-benar rumah Allah itu, adalah “QALBU MUKMIN BAITULLAH”. (Qalbu mukmin itu, rumah Allah). Barang siapa yang naik ke baitullah (rumah Aku), maka hajilah ia, Persoalannya disini, rumah yang mana?.

Apakah rumah Allah itu diperbuat dengan batu, kayu, simen?, CUBA JAWAB?………………….
Apakah rumah Allah itu, pernah terbakar, pernah roboh, pernah dilanda banjir dan batu hajartul aswad itu pernah bertahun-tahun dicuri!…………………….Tidak tahukah Allah menjaga rumahnya?. cuba jawab?……………………………………….

Abu Bakar pernah berkata, “tidak aku laklukan pekerjaan dibatu hajaratul aswad itu,, melainkan krn aku melihat baginda Rasul Nabi Junjungan kita Lakukan.

Itu makanya mengaji ilmu makrifat itu, kena ada pakaian fatonah yang hendak dijaga. Supaya kelihatan tertib dan tumaninah!. Begitu juga nama sebelum nama saya. harap faham.

Ilmu makrifat itu, halus fatonahnya. Tidak boleh nak dedahkan semua nanti timbul fitnah. Orang feqah sekarang sedang menunggu dan menanti masa tersalah fakta sikit je, habislah…………………akan dituduh sesat, ajaran Syek Siti Jenar, Al-Halaj, ilmu wahdatul wujud, ilmu hulul dan sebagainya, Baru sy buka sikit je, dah ada orang fitnah saya begitu!.

Berkenaan zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, sementara ini, sy bagi sedikit dulu. Mula-mula saya mahu tuan, tutup bibir mulut zahir dgn salatep. (seolah-olah, kita tidak lagi punya mulut). Kiranya kita tidak ada mulut, bagaimana nak berzikir?.

Itu baru mulut, bagaimana kiranya kita tenggelamkan semua diri kita didalam dasar lautan!. Sudah tentu bukan lagi setakat bibir mulut, malahan segala sifat kita turut terkaram. Setelah segalanya terkaram, itulah sebenar-benar zikir yang tiada huruif dan tiada suara. Nak berzikir yang tiada huruf dan tiada suara, kenalah karamkan dulu diri tuan kedalam lautan fana’ dan baqa!. Baru ianya tidak lagi ada huruf dan tidak ada suara.

Campakkan garam kedalam lautan, maka jadilah semuanya masin, masin, masin……………………barulah dikatakan tiada huruf dan tiada suara, Selagi ada istilah “aku” maka ianya akan tetap ada suara dan ada huruf!

Harap kata yang sedikit itu, mendapat faham!. Kepada orang yang berpengajian fekah, jgn menuduh saya buat haji lain dari hj biasa pula dan jangan pula tuduh saya ada kiblat lain, selain kiblat Kaabad diMekah Mukaramah. Jgn pula tuduh ada kaabah lain pula! Orang2 feqah ini, bukan boleh dengar perkara pelik sikit, mulalah komen yang bukan-bukan. Saya berpesan kepada orang Feqah, sudah-sudahlah buat tuduhan liar dan tuduhan yang tuan sendiri tidak tahu!.

Kepada faierel, pakailah apapun nama, Allah tidak pandang pada nama,Allah pandang kepada Dalam rumahNya, tempay menilik Allah, iaitu Qalbu mukmin Baitullah! t. kasih drp hj shaari.

https://makrifattokkenali.wordpress.com/2013/01/05/zikir-yang-tiada-huruf-dan-tiada-suara/



                                                                                     Isi Kandungan