Wednesday, October 6, 2021

Jawapan Siapakah “Aku” Itu?

                                                                                      Isi Kandungan

Jawapan Siapakah “Aku” Itu?

Anakanda Guru Nordin:

Assalamualaikum w.b.t ayahanda Tuan Guru Haji Shaari.

Bagi menjawab persoalan mengenai “Siapakah Aku?” dalam cerita Abu Yazid tersebut, jawapannya adalah seperti berikut:

Allah SWT berfirman,

“Tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan kepada-Ku.”

(Az-Zariyat:56)

Untuk mencari “Siapakah Aku?” itu, perlulah terlebih dahulu mencari maksud “Qiamuhu Binafsih” iaitu “Berdiri Sendiri”. Yang pertama sekali Allah jadikan ialah malaikat, namun malaikat itu sifatnya baik sahaja, tidak ada secalit kejahatan pada malaikat itu. Tidak ada kesempurnaan-Nya kerana hanya menjadikan yang baik sahaja. Seterusnya, Allah jadikan Iblis yang sifatnya jahat dan menyesatkan, namun kejahatan Iblis itu tidak ada kebaikan langsung yang menunjukkan tiada kesempurnaan.

Lalu Allah jadikan langit yang sifatnya meninggi tiada rendahnya, tiada kesempurnaan. Allah jadikan bumi yang sifatnya merendah tetapi tidak sempurna kerana tiada tinggi. Allah jadikan matahari menerangi siang tetapi gelap pula malam hari. Allah jadikan bulan menerangi malam tetapi tidak menerangi siang. Allah jadikan gunung-ganang, bukit-bukau, tumbuh-tumbuhan di muka bumi tetapi bisu membatu, tiada kesempurnaan. Allah jadikan pula haiwan-haiwan, namun hanya bernafsu sahaja tiada berakal, tiada kesempurnaan pada kejadian itu.

Lalu Allah jadikan khalifah (manusia) yang sempurna ada sifat baik dan jahat, terang dan gelap, bernafsu dan berakal. Itulah kejadian yang sempurna, itulah sebabnya semua makhluk tunduk kepada manusia kerana ada kesempurnaan-Nya.

Dalam penceritaan Abu Yazid, “Aku” yang dimaksudkan itu tidak lain ialah Allah. Tetapi, pada penceritaan ianya Abu Yazid. Abu Yazid ialah nama, Abu Yazid berafaal, Abu Yazid bersifat dan Abu Yazid berzat. Itulah “Aku” (Allah). Begitulah juga dengan malaikat, ada yang memberikan rezeki, itulah Aku (Allah), ada yang mencabut nyawa, itulah Aku (Allah), ada yang menurunkan hujan, itulah Aku (Allah). Iblis yang jahat menyesatkan, itulah Aku (Allah), ada haiwan yang menurut nafsu sahaja, itulah Aku (Allah). Ada manusia yang bernafsu dan berakal, itu adalah Aku (Allah).

Jadi, benarlah Allah Qiamuhu Binafsih iaitu berdiri sendiri tanpa sokongan, tanpa pergantungan, tanpa mengambil faedah dari kejadian lain.

Sesungguhnya, Allah tidak bersifat melainkan Sifat itulah Allah. Allah tidak berafaal melainkan Afaal itulah Allah. Allah tidak berasma melainkan Asma itulah Allah. Allah tidak berzat melainkan Zat itulah Allah.

Jawapan ini telah kami muzakarahkan di Anjung Rasa yang lalu dan sudah dihamburkan kepada ahli-ahli Anjung Rasa. Tetapi bukan sembarangan hambur melainkan hambur kepada yang telah lebur.

Sekian.


Anakanda Guru Nordin:

Aku jadi malaikat, aku tidak sempurna. Aku jadi Iblis, aku tidak sempurna. Aku jadi jin, aku tidak sempurna. Aku jadi cakerawala, aku tidak sempurna. Aku jadi haiwan binatang, aku tidak sempurna. Last sekali, aku jadi manusia (khalifah) barulah aku sempurna kerana semua sifat yang aku jadi ada pada manusia. Maka, berfirmanlah aku, “Sebaik-baik ciptaan (kejadian) adalah manusia”. Manusia itu adalah alam nyatanya AKU (NYATANYA ALLAH)”.

Sekian.


Anakanda Guru Nordin:

Allah menjadikan berpasangan untuk menunjukkan kesempurnaan-Nya. Adam perlengkapannya hawa, guru perlengkapannya murid, mohonlah guru lengkapkan muridnya agar segar dan cantik.

Sekian.


Jawapan di atas itu adalah jawapan daripada Tuan Guru Nordin. Harap dapat mengambil iktibar.

Anakanda yang dikasihi sekalian.

Jangan kerana paparan sedekah dari guru Nordin itu bermaksud ayahanda meminta bantuan. Ayahanda masih hidup selagi ada Allah. Ayahanda bukan tak nak makan nasi tapi belum lapar. Jangan anakanda bimbang, ayahanda masih punya wang. Itu bukan untuk meminta anakanda simpati tetapi sekadar berkongsi kegembiraan, bagi berkongsi pengalaman untuk menunjukkan bahawasanya Allah Maha Tahu. Itu saja.

Anakanda, ayahanda tidak berniat untuk meminta simpati, sekadar mempamerkan rasa syukur kepada Allah. Biarpun dalam dompet cuma ada RM78.00, tetapi dalam simpanan bank masih ada lagi. Jadi, ayahanda tidak mahu dituduh meminta-minta bantuan anakanda. Cukuplah membantu dalam menyebarkan ilmu makrifat itu sudah lebih dari wang ringgit.

Ingat! Ayahanda tidak berhajat atau tidak berniat untuk meminta atau menagih simpati, cuma ingin menyampaikan dan hendak berkongsi kegembiraan atas kesudian dan keikhlasan Tuan Guru Nordin kepada ayahanda.

Terima kasih daripada Hj. Shaari.

https://makrifattokkenali.wordpress.com/2017/12/31/jawapan-siapakah-aku-itu/



                                                                                 Isi Kandungan