Tuesday, October 5, 2021

Mengenal Allah Hanya Melalui Benang Sejengkal ?….

                                                                                                     Isi Kandungan

Mengenal Allah Hanya Melalui Benang Sejengkal ?….

Pada hari ini tanggal 9hb Nov, jam 7.04, mari kita sama-sama mengenal Allah melalui sejengkal benang dan setitik nokhtah!.

Mengenal Allah Melalui Sejengkal Benang Dan Setitik Nokhtah!.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Mahu tak tuan-tuan saya ajak mengenal Allah?. Jika tuan-tuan mahu mengenal Allah, mari ikut bersama saya, kita sama-sama megembara, gali, korek, selam dan meyelamai kedasar lautan dada Mohd Yusof Cik Wook!. Mudah-mudahan tuan-tuan akan akan megenal Allah.

Kiranya tuan-tuan tidak megenal Allah pada hari ini, pada tanggal ini, pada jam ini dan pada saat ini!. Jangan panggil saya guru, jangan panggil saya haji, jangan panggil saya bernama Shaari Mohd Yusof!. Jika tuan-tuan tidak boleh mengenal Allah, pada hari ini, pada ketika ini, pada masa in dan pada saat ini, saya minta  tuan-tuan bakarlah semua kitab-kitab saya!. Ingat ini janji saya, ini janji saya dan ini janji saya!………………………………….

Jika tuan-tuan sudi, mari kita ikut megembara bersama saya menyelami ilmu mengenal Allah, hanya melalui sejengkal benang dan setitik nokhtah!. Untuk mengenal Allah melalui sejengkal benang dan setitik nokhtah, mari kita ikuti kisah dan cerita ini;

Pada suatu malam yang indah, rumah saya didatangi oleh seorang sahabat ayahnda saya yang bernama Tuan  Mat (saya panggil beliau ayah Mat), beliau berasal dari kampong pengkalan Batu Pasir Mas Kelantan. Saya pernah dibawa ayahnda Mohd Yusof kerumah ayahnda Tuan Mat, di Pengkalan Batu Pasir Mas. Isteri beliau adalah seorang peniaga budu dan pembuat budu di Pengkalan Batu Pasir Mas. Itulah kali pertama saya melihat bagaimana orang membuat atau memproses budu!. Dikala itu, umur saya sekitar tingkatan satu.

Arwah Ayahnda Tuan Mat, dipanggil dengan gelaran Tuan Mat pengkalan batu (sebab, ramai yang bernama Tuan Mat). Beliau adalah anak murid kesayangan ayahnda Mohd Yusof Cik Wook. Beliau meninggal dunia lebih kurang dua atau tiga tahun yang lepas di kampong Dangar Pasir Mas Kelantan. Selepas kepulangan ayahnda saya kerahmatullah, saya terputus hubungan dengan beliau (kerana beliau berpindah alamat). Selepas kematian beliau, baru saya diperkhabarkan oleh kakak saya yang ayahnda Tuan Mat meninggal dunia. Kakak saya (Khadijah) tahu rumah beliau di Kg. Dangar Pasir Mas. Kepada anak cucu ayahnda Tuan Mat, yang tidak sempat belajar dan tidak sempat menuntut ilmu makrifat dari beliau, kiranya terbaca risalah saya ini, inilah ilmu makrifat yag dipelajarinya!. Setelah habis kisah ayahnda Tuan Mat Pengakalan Batu, mari kita sambung semua kisah bagaimana cara mengenal Allah melalui sejengkal benang dan setitik nokhtah!.

Semasa kedatangan beliau (Tuan Mat Pengkalan Batu) kerumah saya, ayahnda saya Mohd Yusof, mengarahkan Tuan Mat, mencari benang yang panjangnya  kira-kira sejengkal!. Tuan Mat dengan tidak berfikir panjang dan tidak menyoal apa-apa, tanda patuh dan hormatnya orang dahulu kepada gurunya, lalu terus bangun dari kerusi, mencari benang.

Diketika itu, saya hanya memerhatikan sahaja apa yang diperbuat ayahnda Tuan Mat!. Bukan ayahnda saya (Mohd Yusof) tidak boleh mencari benang itu, tetapi beliau menyuruh Tuan Mat sendiri yang mencarinya (ini satu kaedah guru terdahulu mengajar muridnya menuntut ilmu). Sebab itu ilmu orang dahulu berkat (barokah).

Lalu Tuan Mat, memanggil ibunda saya dengan panggil dengan panggilan moh (halimah). “Moh tolong carikan ambo benang”. Lalu ibunda saya dengan segera mencarinya didalam laci mesin jahit. Ibunda saya yang saya panggil ‘MEK”, pada masa mudanya, dia pandai menjahit dan ada sesekali ambil upah jahit baju kurung. Kalau tak salah saya, mesin jahit itu cap (brand basikal) “Rally”. Maaf saya tak berapa ingat dan tak berapa pandai untuk mengeja perkataan rally.

Selain belajar bagaimana cara mengenal Allah melalui sejengkal benang dan setitik nokhtah, saya juga ingin mengajak tuan-tuan untuk menyelami, bagaimana cara murid-murid terdahulu mematuhi gurunya!.  Itu makanya murid-murid terdahulu berkat ilmunya. Berkat ilmu pengajian  guru-guru terdahulu, adalah kerana sikap patuhnya kepada perintah guru.

Ayahnda Mohd Yusof mengarahkan Tuan Mat mencari benang. Setelah ibunda saya menghulukan benang, lalu saya lihat Tuan Mat memutuskan benang dengan giginya. Sesudah mendapatkan benang, baru Ayahnda Tuan Mat bertanya, nak buat apa dengan benag ini?. Ayahnda Mohd Yusof berkata, “ambo nok (hendak) demo (tuan Mat) buat ukiran huruf, bermula dari huruf alif sampai ke huruf ya, dengan menggunakan benang yang sama!.

Bermaknanya disini, ayahanda Mohd Yusof mengarahkan ayahnda Tuan Mat mengeja atau menulis atau membentukkan tulisan alif, ba, ta sampai kepada huruf ya dengan menggunakan benang yang sejengkal itu. (kalau boleh biarlah benang yang tebal sedikit, supaya mudah dibentuk)!.

Lalu saya melilhat ayahnda Tuan Mat memintal-mintal benang itu menjadi huruf alih. Selepas itu, dipintalnya pula benang yang sama menjadikan huruf ba sampai kepada huruf ya dengan menggunakan benang yang sama diatas meja. ayahnda Mohd Yussof memerhatikan saja gelagat ayahnda Tuan Mat, sambil hisap rokok dan meneguk air kopi yang dibuatnya sendiri. Mak saya (mek), abang saya Ghazalil dan kakak saya Khadijah selalunya tidur awal, beliau kurang meluangkan masa untuk dengar perbualan kawan-kawan ayahnda saya.

Namun seorang anak budak yang bernama Shaari Mohd Yusof (anak kepada Mohd Yusof Cik Wook), satu-satunya anak beliau yang tidak tidur. Beliau tidak mahu ketinggalan ilmu ayahndanya, beliau selalunya tidak tidur dan sama-sama mencuri dengar perbualan sahabat-sahabat ayahndanya dengan tidak jemu-jemu!.

Sesudah ayahnda Tuan Mat selesai mengukir huruf sampai kepada huruf ya, ayahnda Mohd Yusof pun bertanya, apakah demo sudah mengenal Allah?. Ayahnda Tuan Mat menjawab, “kenal Allah belum tetapi kenal benang sudah, sambil berseloroh dan meneguk kopi sejuk.

Sambung ayahnda Mohd Yusof, kiranya kita tahu kiasan benang dan kiasan titik nokhtah itu, kita akan dapat mengenal segala-galanya;

1)     Mengenal Allah

2)     Mengenal Rasul

3)     Mengenal Nabi

4)     Mengenal Iblis, Syaitan, Jin, Jembalang, Hantu

5)     Mengenal nafsu

6)     Mengenal roh

7)     Mengenal Muhamad

8)     Mengenal erti ikhlas, sabar, tekun, patuh, alim, redho, menyerah

9)     Mengenal nama-nama Allah yang berbiliun-biliun

10) Mengenal malaikat, syurga, neraka, Quraan,  Mengenal esa, Ahad

11)  Mengenal seluruh tujuh petala langit dan tujuh petala bumi………………………….

Hanya dengan sejengkal benang dan setitik nokhtah sahaja!. Mahu tak tuan-tuan belajar ilmu ini?……………………Atau apakah tuan-tuan sudah ada jawapan?…………………………

Dari kiasan benang yang dipintal menjadi huruf alif sehingga huruf ya itu, bukan nak suruh kita lihat pintalan benang atau benang menjadi huruf!. Maksud kiasan dari pintalan benang itu, adalah bagi mengambarkan kepada kita bahawa segala buruk-baik, jahil-alim, taat-ingkar, kafir-Islam, hitam-putih, perang-damai, masak-putik, Budha, Kristien, Hindu, makhluk manusia –makhluk binatang,  malaikat-syaitan, Firaun-Rasul, Quraan-surat khabar dan segalanya itu, adalah datangnya dari Allah yang SATU!.

Benang yang satu itu juga yang menjadikan huruf Alif dan benang yang itu juga, menjadikan sehingga huruf ya. Sebenarnya benang itu, bukan nak suruh kita lihat huruf alif atau huruf ya, sebenar-benarnya maksud benang itu, adalah nak suruh kita lihat benang, bukan nak suruh lihat huruf!.

Benang nak bagi tahu kepada kita yang bahwasanya alif pun benang, ba pun benang dan ya pun dari benang yang sama. Cuma bentuk benang sahaja yang berlainan!. Huruf alif, tidak sama dengan hutf lam dan huruf lam pula tak sama dengan huruf mim. Tetapi dari mana datangnya huruf alim, lam atau mim?, jika tidak dari benang yang satu!.

Apakah huruf alif boleh berbangga dengan cara dia berdiri, apakah huruf ba berbangga dengan kerana dia ada titik dibawah, apakah huruf mim boleh berbangga kerana dia huruf yang bersimpul dan huruf lam pula boleh bergangga  kerana hurufnya seperti mata pancing?.  Siapa yang boleh bergangga dengan dirinya yang berhuruf dari benang yang sama?, cuba jawab?………………………………….

Bolehkan huruf dal berbangga dan bolehkah huruf shim berbangga?. Cuba jawab?………….Benang bukan suruh tengok sifat huruf, sebenarnya benang mengajak kita mengenal benang, walaupun dalam bentuk yang berbagai.

ILMU TITIK NOKHTAH

Begitu juga kiasan yang diberi oleh Tok Kenali kepada muridnya, perumpamaan titik nokhtah!.

Bermulanya 6666 ayat Al-Quraan itu, adalah dengan huruf titik dan berakhir juga dengan huruf titik!. Segala macam huruf yang terkandung didalam Al-Quraan itu, bukannya bertujuan untuk dilihat pada huruf atau perkataan. Orang makrifat menyuluh bahawa yang hendak dilihat itu, adalah titiknya!.

Allah, bukan suruh melihat huruf atau ayat-ayat  tulisan Al-Quraan, Allah suruh melihat Allah disetiap huruf, melihat Allah disetiap perkataan dan melihat Allah disetiap ayat!.

Dari satu titik menjadi huruf alif, dari titik yang sama menjadikan huruf ba dan dari titik yang sama juga menjadikan huruf ya!. Tertulis perkataan syurga atau neraka, adalah dari titik yang sama. Tertulis perkataan api atau airpun dari titik kalam yang sama!. Menulis jahil dan tertulis alimpun dari titik kalam yang sama jua!.

Cuba perhatikan baik-baik kiasan Tok Kenali kepada anak muridnya!.  Kita ini tidak ada lebih dan tidak ada kurang berbanding orang lain. Kita adalah asalnya dari titik yang sama!.

Buat apa mengaku alim, sedangkan alim atau jahil itu, adalah datangnya dari titik yang sama. Allah suruh pandang Allah disebalik alim dan nampak Allah disebalik jahil!……………….Jangan berdabik dada mengatakan aku gagah, sedangkan yang lemahpun datangnya dari Allah. Apa beza lemah dengan gagah dan apa beza alim dengan jahil?. Apa beza anjing dengan kaldai dan apa beza kucing dengan lembu?. Beza cuma pada sifat dan nama, tetapi yang didalam babi, didalam anjing, didalam unta, didalam lembu atau yang didalam diri makhluk manusia itu, apakah berbeza?. Cuba jawab, adakah berlainan?……………………………

Jangan kita pandang keji kepada anak jiran yang megandung tanpa bapa!. Sebelum anak gadis jiran sebelah rumah itu megandung anak luar nikah, siapakah yang menulis, mengarang, merencana atau menetapkan  kisah hidupnya?. Apakah Allah tidak tahu yang perempuan itu akan megandung anak luar nikah?. Apakah Allah hanya tahu anak halal sahaja?. Cuba jawab?……………………….Cuba jawab saya nak tahu?…………………………..

Apakah Allah tidak tahu yang kita ber sembahyang pada hari ini?. Apakah sembahyang kita itu, suatu perkara baru yang Allah tidak tahu sebelumnya?. Apakah Allah itu, hanya pandai mencatat atau hanya pandai merencana perkara-perkara baik sahaja, sedangkan perkara yang jahat itu, apakah ada Allah lain yang merencana. Cuba jawab?………………………….Apak kita sekarang ada dua Allah? (Allah baik dan Allah jahat), cuba jawab?……………….

Apakah Allah tidak tahu yang kita ber sembahyang pada hari ini?. Apakah sembahyang kita itu, suatu perkara baru yang Allah tidak tahu sebelumnya?. Apakah Allah itu, hanya pandai mencatat atau hanya pandai merencana perkara-perkara baik sahaja, sedangkan perkara yang jahat itu, apakah ada Allah lain yang merencana. Cuba jawab?………………………….Apakah kita sekarang ada dua Allah? (Allah baik dan Allah jahat), cuba jawab?……………….

Bahasa benang dan bahasa titik nokhtah itu, cukup-cukup jelas menceritakan kepada kita tentang ilmu mengenal, melihat, memandang dan menilik Allah!. Kenapa tuan-tuan masih tidak sedar?………………..

Ayahnda Mohd Yusof meneruskan lagi ceramahnya kepada ayahnda Tuan Mat. Katanya lagi, hidup kita ini jangan meninggi diri, jangan sombong, jangan takbur, jangan anggkuh dan jangan bersifat takabur. Kerana apa, kerana asal datangnya segala huruf itu, adalah dari benang dan dari titik yang sama itu juga. Benang dan titik nokhtah yang satu jua menulis huruf alif sampai huruf ya.

Setelah kita sedar yang kita ini, tidak ada lebih berbanding dengan yang lain. Barulah datangnya perasaan sabar, takwa, ikhlas, tidak lekas marah, tidak pendendam, tidak iri hati, barulah datang dan timbulnya sifat jujur, taat, setia dan disitulah timbul keinsafan merendah diri………………………………..

Nanti saya sambung lagi kerana ada sahabat talipon nak jumpa saya.  jam sekarang menunjukkan pukul 4.46 petang. Nanti kita sambung ya…………………..


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2012/12/09/mengenal-allah-hanya-melalui-benang-sejengkal/



                                                                                                    Isi Kandungan