APAKAH MAKSUD HARI RAYA FITRI ( HARI RAYA FITRAH @ KEMBALI KEPADA SEMULA JADI)
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan mkslimah yang dirahmati Allah sekalian.Saya tahu tuan-tuan diluar sana ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu buah tangan saya. Maaf kiranya sudah lama frekuansi siaran makrifat tidak keudara.
Sudah agak lama tidak saya nukilkan kalam dalam ruangan ini, sememangnya tuan-tuan rindu kepada karangan dari air tangan saya ya……………………!. Maaf, ini adalah kerana saya terlalu sibuk untuk meyiapkan kedua-dua kitab ketiga (Cahaya Di Atas Cahaya) dan kitab keempat (Terkuburnya Makrifat Tok Kenali ) secara serentak.
Perubahan demi perubahan, semakan demi semakan dan tapisan demi tapisan dilakukan, mudah-mudahan selepas hari raya ini, kitab itu tidak lagi ditolak (direjek) oleh pihak penguasa penapisan kitab.
Mencipta sebuah kitab itu, bukan kerja mudah dan bukan kerja senang. Jika ianya senang dan mudah, kenapa pensyarah-pensyarah dan ulamak-ulamak besar diluar sana, tidak ramai yang menulis, menerbit dan mencetak !. Jika ada sekalipun dari kalangan mereka itu, hanya pengarang yang mengulang-ulanng perkara-perkara yang telah diterbitkan oleh orang lain!. Tidak ada ulamak atau pensyarah menerbit atau menulis kitab yang menggunakan ilmunya sendiri, melainkan ilmu yang diceduk, ditiru, diciplak dan ditiru dari ilmu orang lain sebelumnya. Adapun kitab Tok Kenali ini, adalah kitab yang tidak didapati dari kitab-kitab lain (yang banyak dipasaran!).
Sempena meyambut hari raya fitri ini, mari saya bawa tuan–tuan megembara bersama-sama saya, kealam diluar jangkaun akal. Menyelusuri anak sungai hairan dan muara pelik. Tungggu ya…………………………..