Hakikat (maksud) yang menyembah itu, adalah juga yang disembah
Ilmu makifat itu benar (diperakui benar) dan guru makrifat itu benar, tetapi yang menjadi tidak benar itu, adalah kerana tidak faham. Kerana tidak fahamlah kebanyakan kita menuduh makrifat itu sesat atau salah. Lanjutan dari kefahaman tajuk semalam, hari ini saya hendak meyampaikan sedikit ilmu, iaitu bagaimana untuk meletakkan atau melihat Allah pada diri kita sendiri. Semalam kita belajar cara meletakkan (menyatakan) atau menzahirkan Allah pada batu, bukit bukau, lembu (binatang) atau meletakkan Allah pada bulan bintang, hari ini mari kita belajar pula bagaimana cara untuk meletak Allah atau menzahirkan atau menyatakan Allah pada diri kita sendiri.
Yang meyembah itu, adalah juga yang disembah. Maksudnya disini bukannya bermaksud untuk kita menjadi Allah atau mengaku Allah. Tetapi pelajaran ini adalah bertujuan untuk kita menyatakan Allah. Lihatlah pada perkara solat atau pada hakikat sembahyang (hakikat bersolat). Siapa yang berdiri solat, yang berdiri solat itu bukan kaki, ada kaki sekalipun jikalau tidak ada roh (hayat), masakan kita boleh berdiri. Oleh itu, berdirinya solat kita itu, adapun bersolat itu, adalah kerana adanya hayat (hidup) atau kerana adanya nyawa.
Manakala nyawa atau hidup atau hayat itu siapa?, nyawa, nafas, hidup atau hayat itu, itulah Allah!. Tetapi harus diingat, Nyawa itu bukan Allah dan roh itu bukan Allah. Adapun maksud roh, nyawa, nafas, angin yang turun naik dari hidung, degupan jantung yang didalam dada itu, bukan Allah. Maksud roh, nyawa atau nafas itu, adalah merujuk kepada sifat hidup!. Tidakkah sifat hidup itu Allah!.
Jangan salah faham, nyawa atau nafas atau roh itu, adalah merujuk kepada hidup (hayat). Tidakah hayat atau hidup itu, sifat Allah!. Manakala sifat Allah itu, tentulah merujuk kepada Allah.
Setelah kita tahu erti hayat atau erti hidup, barulah sebenar-benar dikatakan bersolat. Yang sebenar-benar bersolat itu, adalah roh (roh sembahyang), yang sebenar-benar berdiri itu bukan kaki tetapi roh, yang sebenar-benar bertakbir itu bukan tangan tetapi roh, yang sebenar-benar melafazkan ayat itu bukan mulut tetapi roh. Jika tidak ada roh masakan kita boleh bersolat!. Tidak ada anggota tangan, kita masih boleh bersolat, tidak ada anggota kaki masih juga kita boleh bersolat, tidak ada mata, telinga, mulut dan anggota jasad, kita masih lagi boleh bersolat. Cuba jika tidak ada roh, bolehkah kita bersolat!. Siapakah yangn bersolat, jika tidak roh (hayat atau hidup).
Itulah tandanya yang besolat itu adalah roh, manakala roh pula adalah bemaksud, bermakana atau bererti hayat (hidup), tidakkah hayat atau hidup itu Allah. Makanya mengikut suluhan ilmu makrifat, sebenar-benar yang bersolat dan sebenar-benar yang meyolat, sebenar-benar yang meyembah dan sebenar-benar yang disembah itu, adalah satu. Yang meyembah itu, adalah juga yang disembah), itulah yang dikatakan satu (ahad). Satu disitu bukan bererti mengaku Allah atau nak jadi Allah!.Tetapi untuk menyatakan Allah (esa atau tauhidnya Allah itu).
Inilah diantara rentetan berbahasan pertemuan saya dengan JAKIM tempoh hari.
cukuplah untuk santapan rohani harri ini, pada jam 12 tgh hari ini, saya akan beranggkat ke Kota Singapore, kerana sahabat-sahabat di singapore telah menunggu. Kepada sahabat- disingapore tunggulah kedatangan saya disingapore.amin.