Wednesday, March 23, 2022

Jawapan kpd blog Mohd Sidek

                                                              Isi Kandungan

Jawapan kpd blog Mohd Sidek

Bolehkan penglihatan melihat mata?. Sedangkan penglihatan itu sendiri adalah mata!. Mata tidak pernah mengatakan yang ianya mata. Mata tidak bersuara dan tidak berhuruf, sehingga mata tidak perna mengatakan yang dia adalah mata. Yang mengatakan dia mata it, adalah kita. sedangkan mata itu sendiri, tidak pernah mengelarkan dirinya mata!.

Bagaimana penglihatan nak melihat mata, sedangkan mata itu sendiri adalah penglihatan dan penglihatan itu, adalah mata!………………………………..

Jadilah mata melihat mata, mata menyatakan mata dan mata mengenal mata………………………………….

Bagaimana mungkin kita nak mengenal Allah, sedang yang mengenal itu sendiri itu, adalah juga yang dikenal!. Yang dikenal itu sendiri adalah juga yang mengenal.

Itu makanya Hadis Baginda Rasulullah mengatakan “Ana araftu Rabbi Bibbbi” (aku mengenal Allah dengan Allah atau aku mengenal Tuhan dengan Tuhanku)

Kitakan dah mati, kitakan bersifat dengan sifat tidak wujud (tidak  ada). Yang wujud dan yang bersifat ada itu, hanya Allah. Jika Allah sahaja yang ada, mana yang dikatakan adanya diri kita?………………………………..

Kesimpulannya disini, Allah jangan dicari dan tak perlu dicari, kerana yang mencari itu, adalah juga yangn dicari (setelah garam diri telah terlebur dalam lautan masin)…………


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2013/07/03/jawapan-kpd-blog-mohd-sidek/



                                                             Isi Kandungan