Selamat kembali berjumpa di falkulti makrifat
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalin. Sudah lama saya tidak keudara menemui peminat ilmu makrifat sekalian. Ramai yang tertanya-tanya kemana menghilangnya saya.
Sebenarnya saya sibuk dengan mengarang kitab “Terkuburnya Makrifat Tok Kenali”. Tambahan (kebun) tempat yang saya tinggal itu, tidak ada liputan internet. Jauh dipendalaman bagi menumpukan sepenuh masa untuk menerbit kitab terakhir Tok kenali.
Terima kasih kepada peminat haji shaari yang tidak putus menghantar doa untuk keselamatan saya. Saya dalam keadaan sihat dan selamat.
Semoga ada kelapangan untuk saya akan sambung rentetan pertemuan saya dengan pihak JAKIM yang sangat-sangat menarik. Dari situ tuan-tuan dapat nilai dimana duduknya ilmu makrifat dan duduknya ilmu syariaat!.
Semua golongan ulamak memperakui ilmu makrifat, tetapi tidak seorangpun yang berani untuk mengetengahkannya. Walaupun berlaku pertentangan, namun tidaklah sampai kepada menjatuhkan hukuman haram, melainkan berita surat khabar yang selalu menjatuhkan hukuman sebelum bersalah.
Apa-apapun bagi kita yang berilmu makrifat, kita tidak boleh mempersalahkan sesiapa, samada pihak JAKIM, surat khabar, ulamak atau instiusi undang-undang. Ingat dan sadarlah kita semua bahawa sebelum keputusan JAKIM, sebelum keputusan surat khabar dan sebelum keputusan hukuman itu, adalah Allah. Allahlah yang mendahului JAKIM, Allahlah yang mendahului surat kahabar dan Allalah yang memdahului undang-undang.
Begitu juga dengan syaitan, sebelum syaitan mengggoda kita, sebenrnya Allahlah yanng telah terlebiuh dahulu menetapkan syaitan menggoda kita. Tanpa ketetapan Allah, syaitan tidak mungkin boleh bergerak sendiri untuk menggoda kita, jika tidak didahului oleh gerak Allah. Jadi Allah berselindung disebalik syaitan, sebagaimana berselindungnya gunting disebalik sifat tajam.
Kita selaku orang yang berilmu makrifat, tidak boleh salahkan syaitan, surat khabar, JAKIM, ulamak atau undang-undang. Sebelum sesuatu itu terjadi, Allah Taala telah terlebih dahulu yang mengatur dan menetapkannya. Samada perkara baik mahupun buruk.
Sampai disini dulu buat kalil ini. nanti kita bertemu lagi dilain kali.
Harrap jangan lupa untuk mendapatkan koitab “cahaya atas cahaya, mati sebelum mati dan 7 petala langit 7 pertali bumi .
Kitab 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada berlaku sedikit masalah percetakan, sekarang diperingkat percetakan semula yang memakan masa lebih dari 2 atau 3 minggu atau lebih. Kepada yang sudah menempahh, kkita itu akan dikirim semula setelah siap nanti.
Janngan lepas peluang untuk melayari bahtera kosong hajio shaari dalam ketiga-tiga kitab tersebut. AMAT MENARRI…………………………..
AMIN DARI HJ SHAARI.
https://makrifattokkenali.wordpress.com/2013/12/12/selamat-kembali-berjumpa-di-falkulti-makrifat/