Bagaimana melihat Allah pada batu, pada lembu, pada bukit bukau atau pada bulan bintang?
Kita semua tahu ayat Quran yang mengatakan barang kemana kamu hadapkan muka mu, disitulah wajah Allah, tetapi bagaimana sekiranya tiba-tiba lembu melintas dihadapan kita?.
Tidak mungkin Allah ada kaki atau ada tanduk. Bagaimana pandangan orang yang berilmu makrifat melihat Allah disebalik lembau?. Untuk melihat Allah disebalik lembu itu, kkita sebagai orang makrifat hendaklah memandanng kepada sifat hidup (hayat) nya lembuitu, bukan pada kaki, tanduk atau bulunya. Hendaklah lihat kepada hidup atau hayatnya lembu itu.
Tidaklah hayat atau tiliklah hidup, tidakah hayat (hidup) itu sifat Allah. Setelah kita tertilik hayat, disitulah hilangnya sifat lembu, hilanglah sifat tanduk atau hilangnya sifat kaki lembu dan disitulah baru kita nampak Allah. Allahlah hayat dan Allah hidup. Kita lihat pada sifat hayatnya lembu dan lihat kepada sifat hidupnya lembu, baru tertik Allah.
Begitu juga kepafda sifat batu. Biarpun batu itu kelihatan mati, cuba tuan-tuan golehkan dia, tidakkah dia mengolek (bergerak) sedangkan yanbg bergerak itu adalah (kudrat) atau kuasa, tidakkah kudrat atau kuasa itu Allah……………………
Melihat ranting kayu, bagaimana caranya untuk melihat ranting supaya tertilik Allah. Dalilnya sunggguhpun ranting itu mati, tetapi sebenarnya ranting juga hidup. Buktinya, cuba tuan-tuan lihat ranting, tidakah asal ranting itu hidup, dari bersifat hidup ianya perlahan-lahhan bergerak dari hidup kepada menjadi ranting yang mati dan ranting mati itu, biasanya bergerak menuju reput. Pergerak dari hidup menuju reput itupun juga, diertikan sebagai hidup (hayat). Sesungguhnya sifat hayat atau hidup itu, itulah Allah.
Begitu juga bilamana kita pandang bulan bintang, tidakkah bulan bintang itu hidup (bercahaya) jadi yang hidup itu, itulah Allah.
Bangkit dari tidur, tuan-ttuan tak perlu mencari Allah, kerana yang melihat itu sendiri adalah Allah……………..Amin.