Monday, March 28, 2022

Sebuah gaya penulisan yang baik. T.kasih

                                                                                     Isi Kandungan

Sebuah gaya penulisan yang baik. T.kasih

Samsu bin Hasim
samsu_hasim@yahoo.com
175.143.177.49
Submitted on 2013/09/25 at 7:33 pm

Secebis apa yang saya rasa. Sesungguhnya saya kurang pandai mengatur bicara dengan baik dan meminta dan memohonTuan Guru Hj Shaari membetul kan apa-apa yang tersalah dan yang tersasul.
Perbandingan antara ilmu tok kenali dengan mazhab-mazhab Qadariah, Jabariah dan Muktazilah.
Setelah memahami serba sedikit Ilmu rasa MakrifatTok Kenali, mungkin ramai yang menganggap bahawa Ilmu Makrifat Tok Kenali banyak dipengaruhi oleh ketiga-tiga mazhab tersebut. Ramai juga yang berfikiran bahawa ajaran makrifat Tok Kenali beranggapan maknusia bersatu dengan Allah. Mereka yang beranggapan demikian diibaratkan bahawa mereka masih ‘basah’ dalam melayari bahtera makrifat Tok Kenali. Walaubagaimanapun, saya juga ‘rasa’ yang saya masih ‘basah’ dalam ilmu ini.
Secara rengkasnya ketiga-tiga mazhab di atas berpendapat bahawa segala takdir tidak dijadikan Allah. Dan antara anggapan signifikan yang lain ialah maknusia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya bergantung kepada apa saja yang ditakdirkan, menganggap Al Quran dan segala yang baru akan binasa dan segala yang baik dan yang buruk adalah perbuatan Allah keatas maknusia.
Pada hakikatnya, intipati dan permulaan ilmu rasa Tok Kenali adalah dari kejadian azali Luh Mahfuz didalam ilmuNya. Di Luh mahfuz, setiap sesuatu telah diciptakan bermula dari NurNya dan dengan sempurnanya bersesuaian dengan sifat salbiahnya atau sifat kesemprnaanNya.
Segala sesuatu adalah diibaratkan bayang kepada yang empunya bayang. Bayang hanya bergerak jika yang empunya bayang bergerak. Bersatu tiada dan berpisah pun tiada. Makhluk tidak pernah bersatu dengan Allah. Makhluk bukan Dia tapi makhluk adalah DARI Dia juga. Seperti besi yang dibakar merah oleh api hingga sukar membedakan yang mana besi dan yang mana api. Tapi pada hakikatnya api tetap api dan besi tetap besi.
Segala sesuatu yang terjadi di Luh Mahfuz adalah qada’ Nya dan dalam ilmuNya. Segala sesuatu yang terjadi didunia pula adalah qadarNya. Maka qadar terjadi mengikut qada’.
Ajaran Tok Kenali mengajar kita percaya kepada qada’ dan qadarNya dan menyerahkan segala sesuatu kepadaNya.
Oleh kerana makhluk hanya bayang dan hanya bergantung kepada pergerakan empunya bayang, maka bayang-bayang tidak akan tahu pergerakan yang selanjutnya oleh yang empunya bayang. Makhluk berserah. Tapi berserahnya ajaran Tok Kenali bukan seperti berserah dengan memandu dengan keadaan tayar yang botak. Berusaha dengan menggantikan dengan tayar yang baru, dan baru berserah sepenuhnya kepadaNya.
Alquran memang dicipta olehNya dan bersifat baru dan akan binasa akhirnya. Hakikat Alquran dan segala sesuatu tercipta cuma dengan qalam ‘kun’. Qalam ‘kun’ telah ‘dilafazkan’ tanpa huruf dan tanpa suara. Maka segala sesuatu yang ternampak, berhuruf dan bersuara adalah baharu sifatnya. Jadinya Alquran itu baharu juga sifatnya jika ia berhuruf dan bersuara. Disinilah letaknya pesanan Tok Kenali supaya jangan sampai ternampak adanya diri yang masih berhuruf dan bersuara dan hanya Allah yang mengenal Allah jua.
Untuk melafazkan kalimah-kalimah Allah didalam Alquran, kita memerlukan antaranya mulut, bibir, lidah dan peti suara demi untuk mengeluarkan lafaz kalimah Allah. Apakah Allah memerlukan anggota-anggota ini untuk berkata?. Itulah sebabnya Allah menzahirkan diriNya agar kalimah-kalimahNya dapat dilafaz dan didengar oleh diri yang lain yang telah dizahirkan olehNya.
Setelah kita dizahirkanNya, maka tugas kita hanya menyatakan Dia Allah. Allah yang AHAD. Segala sesuatu yang telah dizahirkan adalah bayang-bayangNya jua.
Sekali lagi ditekankan bahawa antara Allah dan hambanya, bersatu tidak dan berpisah pun tidak.
Terima kasih. Salam.


    Replies to “Sebuah gaya penulisan yang baik. T.kasih”

Salam, maafkan sy klu sy menyibuk sikit ye..

Bgi pendapat sy org yg bodoh dn xda ilmu ni, merasa andai kita suda bergelar ustaz bererti kita mempunyai tahap ilmu ilmiah yg tinggi hingga mndapat gelaran ustaz, bila mana. ita da merasa mempunyai ilmu yg tinggi tahap kefahaman ttg islam pun tinggi la kan..? Setahu saya dn yg selalu sy dengar dekat radio2, tv, ceramah2 slalu mngajar kita tentang islam itu indah.. islam itu mudah, islam itu cantik.. dn yg slalu2 ustaz dn ustazah katakan..kita sebagai umat islam harus berpandukan pd sunah, Al Quran dn mencontohi sifat2 nabi ksyan kita. Nak tyn sikit pd ustaz Rosli yg alim dn budiman, sifat2 nabi tu apa ye? Bukankh sifat nabi kesygan kita Mohammad SAW itu salah satunya Fatonah?? Apa itu fatonah ustaz Rosli? Sb yg sy bc komen2 ustaz Rosli ni mmg penuh fatonah sgt bila mnjwb..

Disini kita blh melihat dari sudut pandang bgi yg perasan, inikh islam yg d katakan cantik, mudah dn harus d contohi bgi semua agama? Merendah2 kan org lain dn merasa diri lebih baik dari org lain.. inikh contoh islam yg sebenar yg kita nak bawa dn banga2 kan sbgai org yg beragama islam?? Apa hakikat islam itu sebenarnya.. Org yg fhm dn tahu, kering dlm islam itu akan tunduk, patut, merendah diri dn lebih tawaduk kerana dia kenal diri sebenar2 dirinya..

Disinilah kita boleh melihat org islam yg hnya pd kad pengenalan, bergaduh sesama sendiri, sakit menyakiti sesama jiran, dengki dll. Tiap hari kita dgr berita yg kurng menyenagkn kluar d mana2 media..dn bila d lihat kmbali hmpir semua adalah org islam itu sndiri. Agama islam tidak salah tp yg salah adalah org2 islam kita sndiri. Kerana kita tidak menanam benih tp kita menanam pokok yg suda sedia tumbuh d pasu.. kita slama ini hnya d ajr ttg agama hnya pd kulit bukan pd isi(benih).. inilah hasil tuaian kita.. inilah islam yg indah hnya pd lafaz bibir..

Maafkan sy andai sy ada menyinggung mna2 pihak atau tersalah kata. Sy kmblikn smua pd Allah jua. Amin..


  1. Terima kasih ananda, kerana telah menganugerahkan kenyataan ilmu yang hebat. Ayanda harap, biarlah ustaz Rosli nak tuduh apapun, orang tuduh kita sesat tak apa, asal saja kita tidak ikut menuduh orang sesat, kerana segalanyapun dari Allah jua.

    Saya berdoa agar ustaz rosli diberkati Allah dan agar kelaurganya juga dalam kedaan sejahtera. amin drp hj shaari


  2. Assalamualaikum. ada seorang guru saya memberi soalan kepada saya. soalannya berbunyi. ‘ antara pokok kelapa dan buah kelapa. mana yg sebenar benar kelapa.


    1. Ajukan soalan ini kepada dia, suruh pula dia jaewab, mana dulu ibu ayam dengan telur ayam. Jika dia boleh jawab itu, akan saya bagi jawapan manakah yanng dikatakan sebenar kelapa?………..drp hj shaari


https://makrifattokkenali.wordpress.com/2013/09/26/tulisan-yang-baik-t-kasih/


                                                                                    Isi Kandungan