BUKTI KITAB MAKRIFAT TOK’ KENALI TAK HARAM
Makrifat Tok Kenali Salam tuan yang mulia Ustaz Rosli yang saya hormati. Saya hj Shaari Mohd Yusof, pengarang, peyunting, penerbit dan pengedar kitab-kitab makrifat dan kitab mengenal diri Tok Kenali kelantan.
21 minutes ago · Like
Saya dapati tuan dengan lantang menfitnah dan mendakwa bahawa kitab-kitab itu diharam oleh JAKIM. Pada jam 11 pagi 3hb Okt, sya sendiri telah kepejabat JAKIM Putrajaya untuk menentukan status pengharaman kitab sebagaimana tuan dakwa. Ternyata setelah disemak oleh pegawai JAKIM tingkat 6 bahagian semakan, terbukti, kitab-kitab TOK KENALI itu, tidak ada dalam senari pengharaman.
Oleh yang demikian saya telah dinasihati oleh penerbit-penerbit buku yag lain supaya membuat laporan polis, bertujuan untuk mendakwa tuan diatas kenyataan lantang tuan didalam facebook tuan.Dengan ini sebelum saya membuat tindakan pendakwaan, saya masih memberi peluang kepada tuan untuk menarik balik apa yang tuan dakwa itu. Jika tidak tuan lakukan, tindakan undang-undang akan tetap saya jalankan. Bukan saya nak menganiaya tuan ustaz, tetapi sekadar memberi pengajaran, supaya dilain kali buat dulu penyelidikan sebelum menuduh atau mendakwa penerbitan orang lain sesat atau haram. Disini saya sertakan no fon saya untuk tuan hubungi, 019 4444 713. Disini saya sertakan salinan no report yang telah saya buat pada jam 5.45 petang ini.
Tuan telah mendakwa bahawa tuan adalah seorang pakar dalam bidang akidah. Jika benar tuan pakar dalam bidang akidah, tentu tuan tidak akan melakukan perbuatan untuk mengeji orang lain tanpa usul periksa. Apa-apapun saya tetap bersyukur kepada Allah atas apa yang tuan lakukan terhadap kitab makrifat Tok Kenali.Segala-galanya dari ketentuan Allah. Tuan dan saya telah ditentukan Allah dari azali untuk mendakwa dan didakwa.Saya harap tuan berlapang dada dan buatlah penafian dan kenyataan, agar kes ini tidak saya panjangkan untuk tujuan pendakwaan.
Kepada peminat blog makrifattokkenali.com (Hj Shaari), ini sahaja yang dapat saya buktikan yang ilmu TOK KENALI itu tidak haram dan tidak sesat. Ini telah diperakui sendiri oleh pihak KDN Putrajaya. Sekian dari hj shaari.
Replies to “BUKTI KITAB MAKRIFAT TOK’ KENALI TAK HARAM”
https://makrifattokkenali.wordpress.com/2013/10/03/bukti-kitab-makrifat-tok-kenali-tak-haram/
Assala…..Tuan hj Shaari saya selalu mengikut perkembangan dlm blok ini kerana aruwah guru saya pernah bertemu dan berkawan dng Tok Kendali mereka sama2 dlm bidang makrifat setiap ilmu yg Tuan terangkan sama seperti yg guru saya ajar dng ujud blok ini saya dapat menambah lagi kepahaman saya tentang makrifat Alahamdulillah .Tuan dari dahulu sampai sekarang Ahli2 makrifat dituduh sesat bagitu juga dng saya dituduh sesat bela hantu lagi yg menuduh bukan calang2 Ustaz Imam yg pura2 alim lebih lagi tapi mereka tak pernah buktikan tuduhan mereka. Saya tak kisah pun apa org kata yg saya bimbang Allah tak kisahkan saya lagi. Saya berdoa pada Allah Tuan diberi kekuatan meneruskan perjuangan mulia ini kerana tak ramai hamba Allah diberi hidayat seperti Tuan. KITA KENAL ALLAH BUKAN UNTOK DISEMBAH TETAPI IMAN YANG HIDUP SUJUT MENYEMBAH .ALLAH………..hu………AKBAR.