Sedarlah Kita Ini Murid
Setinggi manapun kita belajar, setebal manapun kitab yang kita khatam, gelaran apapun yang kita terima, sebesar manapun pangkat kita, INGATLAH:
Kita tetap perlu menjadi KOSONG di hadapan mana-mana guru kita, terutamanya GURU yang telah MEMBUKA JALAN untuk kita berjalan ke akhirat. Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID di hadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU di hadapan GURU.
Dahulu mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulu berkhidmat, kini tidak lagi, bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI. Dahulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama, bahkan kini dirinya pula minta DIHORMATI.
Semua GURU mengharapkan agar MURIDNYA lebih darinya. Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.
Duhai MURID, jangan engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini. Jangan hilang ADAB dengan GURU! Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.
Kalau MURID itu umpama bulu mata, maka GURU itu umpama kening. Walau setinggi manapun bulu mata naik tidak akan sampai setara dengan kening. Semoga Allah S.W.T mengurniakan kita ADAB bersama GURU kita, seperti mana yang diingini GURU kita bahkan lebih dari itu.
InsyaAllah.
https://makrifattokkenali.wordpress.com/2018/04/07/sedarlah-kita-ini-murid/