Thursday, September 6, 2018

KUNCI WASIAT ALIF LAM MIM...





Kita biasa dengan kunci ni ..cuma kita tak perasan je...
Ianya kita ujudkan bila kita pegang / peluk pergelangan tangan kiri kita dengan jari ibu / hantu dan jari telunjuk dan juga ketika Takbiratul ihram dan ketika kita tahyat kita letakkan kunci itu atas lutut kita ketika kita bersyahadah..
Ia sebenarnya adalah LAMBANG Kalimah Syahadah berupa huruf huruf Alif / Lam / Mim yakni huruf awal dalam Quran yakni dalam Surah Al-Baqorah..( Alif Lam Mim Zalikal kitab....)
ALIF = Allah
LAM = La Ilaha Illallah
MIM = Muhammadur Rasulullah
yakni Dua Kalimah Syahadah.
ALIF = Penyiar
LAM = Gelombang Tenaga
MIM = Responder atau Alat Penerima / Receiver
Pada kita manusia ...ALIF itu ialah Zat Ilahi Yang Meliputi Diri kita ,LAM itu ialah Ruhani atau Diri yakni RuhKu Allah yang Menyampaikan Sifat Sifat Allah khususnya Sifat Maani kepada badan...MIM iti ialah Muhammad atau Badan yang menerima semua Perentah Allah untuk dinyatakan disebut sebagai Receiver atau Responder
Tenaga Kosmik yang ada ( atas Kehendak Allah SWT tentunya ) amatlah Kuat, Menakjubkan dan Penuh Rahsia.
Atas Kehendak Allah SWT kita hidup dengan Sifat Maani Allah yang merupakan PANCARAN atau NUR Zat Allah ..kita sebut sebagai NURILAHI. Sifat Sifat terhad ini yakni HAYAT / BASAR / KALAM / KUDRAT / ILMU / SAMAK dan IRADAT ini sesuai untuk manusia HIDUP bagi menyatakan Kewujudan Allah dan Keupayaan Keupayaan diatas.
Sifat Maani inilag DIRI kita ..Nyawa kita yang HIDUP didalam badan dan menyatakan kesan atau hasilnya melalui anggota anggota badan. Sifat inilah Yang Hidup / Yang Melihat / Yang Bercakap / Yang Bergerak / Yang Tahu atau Berilmu / Yang Mendengar dan Yang Berkehendak macam macam.
Ianya Sifat Sifat Maani Allah BUKAN Sifat kita sebab bila ianya kembali kepada Allah kita hancur dan jadi bangkai...Ianya bukan DIPINJAMKAN . Ianya yang MELIPUTI kita menjadi DIRI BATIN kita atau kita Yang Sebenarnya.
Sifat Maani ujud sebagai Pancaran Sifat Maknuyah Allah yakni Zat itu sendiri Yang Meliputi badan kita spt Yang Allah jelaskan didalam Quran.
Sifat Maknuyah ialah Sifat Maha dan Mega samada Maha Besar / Maha Agung / Maha Kuasa dsb ataupun Maha Seni Maha Halus dsb.
Akibat ke -MAHA-an tadi kita tidak dapat mengetahuinya ...melainkan tahu akan kewujudannya melalui Sifat Pancarannya yakni Sifat Maani dan juga melalui RASA.
RASA disini maksudnya GEMENTAR atau GETARAN / VIBRATION Sifat KuasaNya atau IradatNya..yang umunya disebut sbg tanda DZAUK atau umpama KAREN atau STROOM...
Umumnya kitahidup dan berbuat dengan Sifat Maani yakni Sifat TERHAD atau Sifat Hamba.
Jika kita ber-NIAT bahawa Allah Yang Berbuat kerana Hanya Allah Yang Wujud maka Allah-lah Yang Berbuat melalui Sifat Maha MahaNya yakni Sifat Maknuyah...maka jadilah sebab Kesan Sufat Maknuyah ialah Perentah JADI atau KUN manakala kesan Sifat Maani ialah mengakui telah jadi dan sempurna yakni FAYAKUN
Untuk sampai ketahap ini kita hendaklah YAKIN sepenuh YAKIN tanpa sedikit KERAGUAN pun bahawa YANG WUJUD HANYA ALLAH dan YANG BERBUAT HANYA ALLAH. Bila ini diyakini kita telah BERSERAH SEPENUHNYA kepada Allah seba pada Kesadaran kita Yang Wujud Hanya Allah secara otomatik memfanakkan kewujudan diri kita. Inilah maksud Baginda Rasul ...binasa Jasad maka NYATA-lah Allah.
Caranya ialah ...Pegang Kunci Alif Lam Mim..baca Bismillah..NIAT apa yang kita hajati..mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan bertashdiq bahawa Yang Wujud Hanya Allah dan Berbuat Hanya Allah..maka NIAT itu akan termakbul atau dimakbulkan Allah sebab Allah Yang Berbuat dan kita yang berbadan yang melakikan atau melaksanakan Perbuatab Allah tadi dikeranakan kita telag ESA-kan Allah / Nyawa / Badan menjadi SATU atau ESA bergelar AKU...
Sekian harap sdra faham....ini fahaman saya dan para guru saya ..saya sampaikan untuk sdra renungkan...
Jika betul dan benar pada fahaman sdra ikutlah,,,jika salah dan Bidah ..just forget it dan ampinkan saya...

Laa ilaha illallah, ialah kota Allah




Adnan Dahalan
Laa ilaha illallah, ialah kota Allah, barang siapa tidak meninggalkan dua kalimah tauhid, sentiasa berada didalam kota Allah dan keselamatan dunia dan akhirat akan terjamin .....
Sebelum dari itu terlebih baik kita sama-sama mengkaji apa yang ada didalam kalimah tauhid dan bagaimana hendak mengamalkan nya supaya kita sentiasa duduk kekal didalam kota Allah...
Kalimah tauhid -Laa ilaha illallah - puji hamba kepada tuhan, didalamnya terkandung akan nafi dan isbat...
Laa ilaha - iaitu kalimah nafi
illallah - kalimah isbat
Apakah yang nak dinafikan dan apakah yang nak di isbatkan..
Nafi dan isbat tidak boleh dibezakan maksudnya yang nak dinafikan dan yang nak diisbatkan itu hendaklah perkara yang sama, tak boleh dinafikan perkara lain dan diisbatkan perkara yang lain, contohnya dinafikan segala tok kong sembahan orang kafir, dan diisbatkan Allah,
Sabda Nabi yang bermaksud " Tidak boleh membezakan diantara keduanya iaitu nafi dan isbat, barang siapa membezakan diantara keduanya maka orang itu kafir"
Kalimah tauhid menunjukkan penyerahan total hamba kepada Allah, setelah penyerahan total kepada Allah diterima oleh Allah, Allah akan memperakui penyerahan total tersebut melalui kalimah Rasul iaitu Muhammaddar Rasulullah, kalimah rasul juga dipanggil puji tuhan pada hamba..
Untuk mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh dipisah diantara kalimah tauhid dengan kalimah rasul ( kerana zat dan sifat tidak bercerai tanggal )
Kalimah tauhid ialah zat manakala kalimah rasul adalah sifat..
Persoalan yang timbul
1. Apakah yang nak dinafi dan diisbatkan ?
1. Bagaimanakah nak sambungkan diantara kalimah tauhid dengan kalimah rasul supaya tidak bercerai?...
Syeikh Abdul Khodir Jailani pernah berkata
Juru-bicara dalam diri si hamba menyampaikan: " Allah s.w.t bertitah, 'Jangan sesiapa mengganggu Keesaan-Ku. Tidak ada sesiapa dapat merobohkan Keperkasaan-Ku. Sesiapa yang mencerobohi Benteng Keperkasaan-Ku akan Aku bakar dengan api Keagungan-Ku dan dia akan binasa! Selamatkanlah diri kamu. Pergilah kamu dan masuklah kamu ke dalam Perbendaharaan-Ku Yang Tersembunyi untuk mengenal Daku sekadar Daku izinkan engkau mengenali Daku'".
Perbendaharaan Yang Tersembunyi itu bernama:
Laa Ilaa Ha Illallahh
Pintu gerbangnya bernama:
Muhammadur Rasulullah
Kuncinya bernama:
Bismillah Hirrah Maa nirrahim
Cahaya yang menerangi di dalamnya bernama:
Al Fatihah
Kenderaan di dalamnya bernama:
Laa Hau lawala kuwataillah billah
Dengan izin Allah s.w.t si hamba masuk ke dalam Perbendaharaan-Nya Yang Tersembunyi.
Dari segi ilmu pengetahuan nafi dan isbat adalah dua hal atau perkara yang berbeza, tetapi dari segi amali nafi dan isbat akan menjadi dua dalam satu..
Kita wajib menafikan segala sifat ketuhanan (seperti Ada, hidup, tahu, kuasa, kehendak, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain), kepada badan diri kita sendiri dan kepada selain dari Allah, didalam masa yang sama kita wajib isbatkan segala sifat-sifat ketuhanan hanya kepada Allah sahaja....
Didalam latihan amali, kita perlu sedar dan merasakan sifat ketuhanan yang sedang dirasai, didalam keadaan sedang merasai sifat ketuhanan itu kita mesti mengaku yang sifat ketuhanan yang sedang dirasai itu adalah sifat Allah.
Dengan mengaku sifat ketuhanan yang sedang dirasai itu adalah sifat Allah secara automatik kita telah menafikan sifat ketuhanan itu kepada diri yang selama ini kita anggap sebagai diri kita, dan dsalam masa yang sama sifat ketuhanan itu kepada Allah...
Dengan mengadakan pengakuan yang sifat Allah yang sedang dirasai itu sifat Allah sendiri, (ternafilah sifat ketuhanan kepada diri sendiri dan terisbatlah sifat ketuhanan itu hanya kepada Allah,
Ternyatalah kalimah tauhid..
Pengakuan yang Allah itu Allah, inilah kenderaan yang akan membawa kita menemui Allah...
Selama ini kita menyedari akan segala sifat Allah tetapi kita salah membuat pengakuan dimana kita menyangka dan mengaku bahawa segala sifat ketuhanan itu adalah sifat kita sendiri...
Kembalilah kepada Allah dengan menyedari segala sifat ketuhanan dan mengaku segala sifat ketuhanan yang sedang disedari itu adalah sifat Allah sendiri, tanpa ragu-ragu lagi..
Hanya dengan mengaku segala sifat ketuhanan adalah sifat Allah sendiri, akan membawa kita bertemu dengan Allah...
Selagi kita masih lagi mengaku segala sifat ketuhanan milik kita sendiri, selagi itu kita tetap kekal didalam keadaan mensyirikkan Allah. Na'uzubillah....

Pemahaman Tentang Dua kalimah syahadah




Adnan
Pemahaman Tentang Dua kalimah syahadah - ( yang terhimpun didalamnya syariat, tarikat, hakikat dan makrifat)
Oleh kerana penerangan ini untuk memudahkan kepada faham, yang berkeinginan untuk mendapat hidayah dari Allah, berdoalah kepada Allah dan bertanyalah kepada guru makrifat.... Bagaimana nak berguru kepada Allah..
Untuk belajar menerima kebenaran belajar lah dari peristiwa Nabi Musa dengan Nabi Khidir,(jangan dipersoalkan) ilmu ini bukan ilmu yg di cipta daripada daya pemikiran sifat tabi'ei fizikal tetapi ilmu kerohanian.....
Ilmu awal didalam ugama iaitu auwaluddin makrifatullah.
Yang boleh terima, terimalah yang tidak bersesuaian lupakan saja..
Untuk memudahkan kepada faham:-
Penyaksian dan pengucapan dua kalimah syahadat sebenarnya adalah Muhammad mengaku Allah sebagai Tuhan, dan Pengesahan Allah kepada Muhammad sebagai Rasul, Pengakuan dan penyaksian ini berlaku didalam diri kita sendiri,
Bila kita menyebut atau mengatakan Allah menjadikan sesuatu hendaklah kita faham dan beriktikad dengan iktikad selain dari Allah tidak ada, hanya Allah sahaja yang ada. Dengan berfahaman dan beriktikat sebegini disetiap saat dan ketika bermakna kita sedang mengaplikasikan "Laa ilaha illallah - Tiada Nyata Hanya Allah" didalam kehidupan seharian kita....
Cuba kita bicarakan bagaimanakah kita nak berpegang dengan ilmu pengetahuan kita secara terus tanpa sebarang taklid supaya kita tidak mensyirikkan Allah...
Apakah sebenarnya Syirik itu ?
Syirik ialah menduakan (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah, atau mengadakan tuhan yang lain selain dari Allah... Asas syirik ialah meletakkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah..
Cuba kita mengambil faham dari asalnya...
Asal mulanya hanya Allah sahaja yang ada, semasa ia bersendirian dia tidak bernama, ketika ini tiada tuhan tiada hamba.... Hanya zatnya ( kewujudannya ) sahaja... Tiada yang lain...
Dalam keadaan ini Ia dikatakan berada didalam keadaan perbendaharaan yang tersembunyi, Kasih ia kepada zatnya sendiri, dia suka untuk memperkenalkan dirinya sendiri, maka dizahirkan dirinya didalam bentuk sifatnya, namanya dan perbuatannya sendiri...
Apabila terzahirnya penzahiran yang pertama yang dinamakan Nur Muhammad, maka ia pun menamakan dirinya sebagai Allah..
Ketika terzahirnya Nur Muhammad disini juga telah berlakunya perebutan jawatan Tuhan ( maksudnya Allah mengatakan dia tuhan dan Nur Muhammad juga mengakui dia adalah Tuhan (sebab Nur Muhammad telah merasai sifat-sifat yang wajib bagi Allah adalah Miliknya)....
Disini diceritakan satu cerita untuk membawa kepada Faham juga, berlakulah dialog diantara Allah dengan Nur Muhammad...
Allah mengatakan dia tuhan begitu juga Nur Muhammad mengatakan ia Tuhan...
Disini berlaku satu permainan sorok-sorok... (Menghampirkan kepada faham jua)
Perjanjian telah dibuat diantara Allah dengan Nur Muhammad, siapa yang jumpa siapa dialah Tuhan....
Mula-mula giliran Nur Muhammad menyembunyikan dirinya, dengan senang Allah menjumpainya...
Sampai masanya Allah menyembunyikan dirinya, maka Nir Muhammad tidak dapat menemui Allah,  Maka mengakulah Nur Muhammad akan ketuhanan Allah dengan kalimah Laa ilaha illallah...
Setelah Nur Muhammad mengakui akan ketuhanan Allah maka Allah pun mengakui akan kerasulan Muhammad dengan Kalimah Muhammadar Rasulullah...
Inilah asal dua kalimah syahadah...
Kenapa Nur Muhammad tidak dapat mencari Allah ?
Sebab Allah telah menyembunyikan dirinya didalam Nur Muhammad.....
Allah telah menzahirkan dirinya dari satu penzahiran kesatu penzahiran, Allah telah menyatakan dirinya dari satu kenyataan ke satu kenyataan.
Pada satu penzahiran dan kenyataan dinamakan dengan satu nama lain...
Penzahiran dan kenyataan Allah inilah yang dipanggil sebagai makhlok... Makhlok sebenarnya adalah merupakan penzahiran atau kenyataan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah dan dinamakan dengan pelbagai nama....
Ada
makhlok atau selain dari Allah itu sebenarnya merupakan penzahiran atau kenyataan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri, yang dinamakan dengan makhlok....
Sebenarnya makhlok itu menyatakan penzahiran zat, sifat, nama dan perbuatan Allah, makhlok tidak mempunyai ujud sendiri, kenyataan (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah dikatakan ujud makhlok...
Dengan ini menunjukkan kepada kita bahawa makhlok tidak pernah ada kerana adanya makhlok sebenarnya kenyataan dan penzahiran zat, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri..
Jadi ada makhlok hanya ada pada sebutan, tidak pernah ada pada hakikatnya...
Ini adalah satu cerita kiasan untuk kita renungi... Para Rasul, Nabi, Auliak, Ulamak terdahulu tinggi dengan kiasan.. Allah juga menggunakan bahasa kiasan didalam firmannya, sebab itu didalam ayat Quran ada ayat ayat yang tidak dapat difahami secara terus oleh para sahabat dan memerlukan kepada pentafsiran melalui Nabi Muhammad yang dipanggil sebagai hadis...
Bukan semua orang boleh memahami bahasa Al-quran ini, bahasa Al-quran ialah Kalam Allah sendiri, iaitu kata-kata Allah sendiri...
Oleh kerana Nabi Muhammad berbangsa Arab maka Allah telah memberikan dan mengilhamkan al-quran iaitu kata-kata Allah kedalam bahasa Arab ...
Sebenarnya kata-kata Allah itu adalah bahasa Allah sendiri, Allah tahu semua bahasa, orang yang hampir dengan Allah akan diberi faham melalui kalamullah...
Carilah Al-Quran yang terpelihara, yang tidak makan dek api, tak basah dek hujan, yang Allah pelihara sehingga ke hari Akhirat.
Cuba kita lihat pentajalian Allah didalam tiga peringkat iaitu dari Allah, Muhammad dan Adam..
Allah kita semua tahu, Dialah yang menjadikan makhlok yang zahir dan batin.. Allah berfirman huwal auwalu, huwal akhiru, huwaz zohiru, huwal batinu.. Dari sini cubalah sama-sama kita cari apakah makna tersirat dari perkataan menjadikan itu...
Muhammad - Nabi pernah bersabda " Ana abu ar-ruh, wa adam abu basyar "
Dari Makna sabda Nabi ini dapatlah kita tafsirkan bahawa Muhammad itu adalah asal kejadian roh, Allah beritahu bahawa dia meniupkan ruhNya ( Rohullah ) kedalam jasad Adam, maka disini pecahkanlah rahsia ruh ini... Diantara firman Allah " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".dan sabda nabi Muhammad Aku bapa atau asal kejadian Ruh....
Bertanyalah kepada guru mursyid....
Dari sabda Nabi juga telah menerangkan kepada kita dan Adam bapa atau asal kejadian Jasad...
Asal kejadian jasad kita adalah dari Adam, Asal kejadian ruh kita dari Muhammad, asal kejadian Muhammad dari Allah.
Kalau mengikut pentajalian dari permulaan bahawa Dari Allah ditajallikan Muhammad (asal kejadian roh), dari Muhammad ditajallikan Adam...
Allah memberitahu kepada kita dia menjadikan Muhammad kerana dia, hanya Muhammad yang mengenal Allah sebab Hanya Muhammad yang dizahirkan dari zat Allah, penzahiran yang terkemudian adalah dari Muhammad ( iaitu sifattullah ) sebab itulah Allah ada berfirman kejadikan keseluruhan alam kerana Muhammad, maksudnya dari segi penzahiran, kesemuanya terzahirnya dari sifatullah ( yang dinamakan Muhammad ), hanya sifat Allah yang terzahir dari Zatnya....
Boleh juga disebut dari zat Allah ditajallikan sifat Allah, dari sifat Allah ditajallikan nama Allah, dari nama Allah ditajallikan perbuatan Allah ( ianya berlaku secara tertib yang selalu disebut dengan fitratullah)
Cuba kita lihat firman Allah didalam hadis Qudsi " Insan itu rahsia aku, Aku rahsia insan, rahsia itu sifat Aku, sifat itu tidak lain daripada Aku"
Seperti yang diketahui seperti diatas bahawa sifat Allah ialah Muhammad, dapatlah diertikan insan itu rahsia Allah, Allah itu rahsia insan, rahsia itu ialah Muhammad, Muhammad itu tidak lain dari Allah..
Muhammad pula adalah asal kejadian roh. Carilah rahsia muhammad pada roh....
Cuba kita korek rahsia insan
Insan terdiri dari :-
- Yang rahsia iaitu kenyataan dari ( huwal auwalu huwal akhiru - maksudnya Dia iaitu zat Allah dari Awal dulu semasa dia bersendirian sekarang dan sampai bila-bila pun, hanya dia yang nyata, hanya dia yang ada.. Menjadi rahsia Insan )
- Yang batin iaitu yang tersembunyi ( Allah juga berfirman huwal batinu, dialah yang batin ) ternyata kepada diri insan sebagai roh,- Asal kejadian roh dari Muhammad berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad "Aku adalah asal kejadian roh Ana abu ar-ruh )
- yang nyata ( Allah juga berfirman huwaz zohiri - Dialah yang zahir ).. Ternyata kepada diri insan sebagai jasad - Asal kejadian jasad dari Adam berdasankan kepada sabda nabi dan adam adalah asal kejadian kepada jasad..
Dari sini cuba kita lihat bahawa insan itu terdiri dari diri rahsia Allah ( huwal auwalu, huwal akhiru). Kedua dari diri batin Allah iaitu (huwal batinu) dan ketiga diri zahir Allah ( huwaz zohiru ) dipanggil dengan nama insan atau manusia...
Jadi sebenarnya manusia itu adalah satu nama yang telah diberikan untuk menerangkan diri Dia yang awal, Dia yang akhir, Dia yang batin dan Dia yang zahir)..
Ini menunjukkan manusia itu hanyalah satu nama bagi penzahiran Allah yang tidak ada apa-apa pun padanya...
Jadi segala zat, sifat, nama dan perbuatan yang terlihat pada zahir, batin dan rahsia manusia itu kesemuanya menceritakan akan tajalli Allah...
Dari sini fahamlah kita bahawa rahsia manusia itu Allah
Roh manusia itu Muhammad
Jasad manusia itu Adam
Kita semua disini faham dan tahu yang Allah menghidupkan roh ( Muhammad), roh pula menghidupkan jasad ( Adam ) - Ini adalah kata-kata bagi menunjukkan tertib nya penzahiran Allah mengikut fitratullah..
Jasad (Adam) sebenarnya mati, jika tidak dihidupkan oleh roh ( Muhammad), Muhammad juga tidak hidup jika tidak dihidupkan oleh Allah...
Membawa makna hanya Allah yang hidup dan menghidupkan roh..
Ini bersesuaian dengan firman Allah
"سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami keseluruh ufuk alam dan pada DIRI MEREKA SENDIRI, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
(Fushshilat 53).
Lagi firman Allah yang bermaksud;
"Semua yang ada adalah fana (binasa). Dan yang baqa (kekal) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan" (Ar-Rahman: 26-27).
Secara keseluruhannya segala sifat yang wajib bagi Allah hanya milik Allah Sahaja.... Selain dari Allah bersifat dengan segala sifat yang mustahil bagi Allah...
Contoh nya Allah bersifat dengan sifat ada, selain dari Allah bersifat dengan sifat tidak ada, Allah bersifat dengan sifat hidup, selain dari Allah bersifat dengan sifat mati. Inilah yang mesti difahamkan apabila kita menghuraikan yang Allah itu bersifat dengan sifat bersalahan Allah bagi segsla yang baharu.... Iaitu faham daripada mula asal diantara Allah dengan makhlok sebelum pentajalian berlaku...
Setelah berlakunya pentajalian Allah kepada makhlok sifat Allah sedia kekal seperti dahulu juga, sedia kekalnya sifat Allah dari dahulu sekarang dan selama-lamanya...
Kepada yang sudah boleh berada kepada kesedaran roh (Muhammad), cuba rasa sendiri roh itu ada atau tidak ada, roh itu mendengar atau tidak mendengar dan bandingkan segala sifat yang wajib bagi allah yang lain... Jika kita rasa roh mendengar, roh melihat, roh berkata-kata ( ini menerangkan kepada kita bahawa Muhammad sedang mengaku dirinya sebagai tuhan )..
Firman Allah
20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
Allah sudah dari asal lagi sudah mengaku dirinya sebagai tuhan ( Dialah yang awal, Dialah yang akhir, dialah yang batin dan dialah yang zahir) - Allah telah menyembunyikan dirinya didalam Muhammad ( maksudnya segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada (roh) Muhammad itu adalah sifat Allah sendiri tetapi tidak disedari oleh roh. (Muhammad)..maksudnya Roh (Muhammad) sedang menyedari bahawa sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata kepada roh ( Muhammad) adalah sifat (roh) Muhammad sendiri.
Muhammad tidak mampu mencari Allah diluar dari dirinya akhirnya dia mengakuilah bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada Muhammad itu sebenarnya sifat Allah.
Apabila roh (muhammad) menyedari dan mengakui bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata kepada Roh ( Muhammad) adalah sifat Allah sendiri,,, disinilah tertunai Kalimah tauhid (Laa ilaha illallah) inilah yang dikatakan Muhammad mengaku Allah sebagai tuhan.
Muhammad ( roh ) yang telah mengaku sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata padanya itu adalah sifat Allah sendiri...
Roh (Muhammad) inilah yang telah diperakui oleh Allah sebagai hamba dan pesuruhnya yang memiliki sifat terpuji iaitu sidiq, amanah, tablik dan fatonah... Disinilah ternyatanya kalimah rasul Muhammadar Rasulullah....
Laa ilaha illallah - Muhammad mengaku Allah sebagai Tuhan
Muhammadar Rasulullah - Allah mengaku Muhammad sebagai rasul...

Tafsir Kisah Musa dan Khidir (Syekh Siti Jenar)



"Sesungguhnya, Khidir AS bukanlah sosok lain yg terpisah sama sekali dari keberadaan manusia rohani.
Apa yg disaksikan sebagai tanah menjorok dgn lautan di sebelah kanan dan kiri itu bukanlah suatu tempat yg berada di luar diri manusia.
Tanah itulah yg disebut perbatasan (barzakh).
Dua lautan itu adalah Lautan Makna (bahr al-ma'na), perlambang alam tidak kasatmata ('alam al-ghaib) dan lautan Jisim (bahr al-ajsam), perlambang alam kasatmata ('alam asy-syahadat)."
"Sedangkan kawanan udang adalah perlambang para pencari Kebenaran yg sudah berenang di perbatasan alam kasatmata san alam tidak kasatmata. Kawanan udang perlambang para penempuh jalan rohani (salik) yg benar-benar bertujuan mencari Kebenaran. Sementara itu, kawanan udang yg berenang di lautan sebelah kiri, di antara batu-batu, merupakan perlambang para salik yg penuh diliputi hasrat-hasrat dan pamrih-pamrih duniawi."
"Sesungguhnya, peristiwa yg dialami Nabi Musa AS dgn Khidir AS, sebagaimana termaktub di dalam Al-Qur'an Al-Karim, bukanlah hanya peristiwa sejarah seorang manusia bertemu manusia lain. Ia adalah peristiwa perjalanan rohani yg berlangsung di dalam diri Nabi Musa AS sendiri. Sebagaimana yg telah saya jelaskan, yg disebut dua lautan di dalam Al-Qur'an tidak lain dan tidak bukan adalah Lautan Makna (bahr al-ma'na) dan Lautan Jisim (bahr al-ajsam). Kedua lautan itu dipisahkan oleh wilayah perbatasan atau sekat (barzakh)."
"Ikan dan lautan dalam kisah Qur'ani itu merupakan perlambang dunia kasatmata ('alam asy-syahadat) yg berbeda dengan wilayah perbatasan yg berdampingan dgn dunia gaib ('alam al-ghaib). Maksudnya, jika saat itu Nabi Musa AS melihat ikan dan kehidupan yg melingkupi ikan tersebut dari tempatnya berdiri, yaitu di wilayah perbatasan antara dua lautan, maka Nabi Musa AS akan melihat sang ikan berenang di dalalm alamnya, yaiu lautan.
Jika saat itu Nabi Musa AS mencermati maka ia akan dapat menyaksikan bahwa sang ikan yg berenang itu dapat melihat segala sesuatu di dalam lautan, kecuali air (dilambangkan manusia juga sama). Maknanya, sang ikan hidup di dalam air dan sekaligus di dalam tubuh ikan ada air, tetapi ia tidak bisa melihat iar dan tidak sadar jika dirinya hidup di dalam air. Itulah sebabnya, ikan tidak dapat hidup tanpa air yg meliputi bagian luar dan bagian dalam tubuhnya.
Di mana pun ikan berada, ia akan selalu diliputi air yg tak bisa dilihatnya."
"Sementara itu, seandainya sang ikan di dalam lautan melihat Nabi Musa AS dari tempat hidupnya di dalam air lautan maka sang ikan akan berkata bahwa Musa AS di dalam dunia-yang diliputi udara kosong-dapat menyaksikan segala sesuatu, kecuali udara kosong yg meliputinya itu. Maknanya, Nabi Musa AS hidup di dalam liputan udara kosong yg ada di luar maupun di dalam tubuhnya, tetapi ia tidak bisa melihat udara kosong dan tidak sadar jika dirinya hidup di dalam udara kosong. Itu sebabnya, Nabi Musa AS tidak dapat hidup tanpa udara kosong yg meliputi bagian luar dan dalam tubuhnya. Di mana pun Nabi Musa AS berada, ia akan selalu diliputi udara kosong yg tidak bisa dilihatnya."
"Sesungguhnya, pemuda (al-fata) yg mendampingi Nabi Musa AS dan membawakan bekal makanan adalah perlambang dari terbukanya pintu alam tidak kasatmata. Sesungguhnya, dibalik keberadaan pemuda (al-fata) itu tersembunyi hakikat sang Pembuka (al-Fattah). Sebab, hijab gaib yg menyelubungi manusia dari Kebenaran sejati tidak akan bisa dibuka tanpa kehendak Dia, sang Pembuka (al-Fattah). Itu sebabnya, saat Nabi Musa AS bertemu dgn Khidir AS, pemuda (al-fata) itu disebut-sebut lagi karena ia sejatinya merupakan perlambang keterbukaan hijab ghaib."
"Adapun bekal makanan yg berupa ikan adalah perlambang pahala perbuatan baik (al-'amal ash-shalih) yg hanya berguna untuk bekal menuju ke Taman Surgawi (al-jannah). Namun, bagi pencari Kebenaran sejati, pahala perbuatan baik itu justru mempertebal gumpalan kabut penutup hati (ghain). Itu sebabnya, sang pemuda mengaku dibuat lupa oleh setan hingga ikan bekalnya masuk ke dalam lautan."
"Andaikata saat itu Nabi Musa AS memerintahkan si pemuda untuk mencari bekal yg lain, apalagi sampai memburu bekal ikan yg telah masuk ke dalam laut, niscaya Nabi Musa AS dan si pemuda tentu akan masuk ke Lautan Jisim (bahr al-ajsam) kembali. Dan, jika itu terjadi maka setan berhasil memperdaya Nabi Musa AS."
"Ternyata, Nabi Musa AS tidak peduli dgn bekal itu. Ia justru menyatakan bahwa tempat di mana ikan itu melompat ke lautan adalah tempat yg dicarinya sehingga tersingkaplah gumpalan kabut ghain dari kesadaran Nabi Musa AS. Saat itulah purnama rohani zawa'id berkilau dan Nabi Musa AS dapat melihat Khidir AS, hamba yg dilimpahi rahmat dan kasih sayang (rahmah al-khashshah) yg memancar dari citra ar-Rahman dan ar-Rahim dan Ilmu Ilahi (ilm ladunni) yg memancar dari Sang Pengetahuan (al-Alim)."
"Anugerah Ilahi dilimpahkan kepada Khidir AS karena dia merupakan hamba-NYA yg telah mereguk Air Kehidupan (ma' al-hayat) yg memancar dari Sang Hidup (al-Hayy). Itu sebabnya, barang siapa di antara manusia yg berhasil bertemu Khidir AS di tengah wilayah perbatasan antara dua lautan, sesungguhnya manusia itu telah menyaksikan pengejawantahan Sang Hidup (al-Hayy), Sang Penyayang (ar-Rahim).
Dan, sesungguhnya Khidir AS itu tidak lain dan idak bukan adalah ar-roh al-idhafi, cahaya hijau terang yg tersembunyi di dalam diri manusia, "Sang Penuntun" anak keturunan Adam AS ke jalan Kebenaran Sejati. Dialah penuntun dan penunjuk (mursyid) sejati ke jalan Kebenaran (al-Haqq). Dia sang mursyid adalah pengejawantahan yang Maha Menunjuki (as –Rasyid)."
"Demikianlah, saat sang salik melihat Khidir AS sesungguhnya ia telah menyaksikan ar-roh al-idhafi, mursyid sejati di dalam diri manusia sendiri. Saat ia menyaksikan kawanan udang di lautan sebelah kanan, sesungguhnya ia telah menyaksikan Lautan Makna (bahr-al-ma'na) yg merupakan hamparan permukaan Lautan Wujud (bahr al-wujud). Namun, jika terputus penglihatan batiin (bashirab) itu pada titik ini, berarti perjalanan menusia itu menuju ke Kebenaran Sejati masih akan berlanjut."
Sesungguhnya, perjalanan rohani menuju Kebenaran Sejati penuh diliputi tanda kebesaran Ilahi yg hanya bisa diungkapkan dalam bahasa perlambang. Sesungguhnya, masing-masing menusia akan mengalami pengalaman rohani yg berbeda sesuai pemahamannya dalam menangkap kebenaran demi kebenaran. Yang jelas, pengalaman yg akan manusia alami tidak selalu mirip dgn pengalaman yg dialami Nabi Musa AS."
"Setelah berada di wilayah perbatasan, Khidir AS dan Nabi Musa AS digambarkan melanjutkan perjalanan memasuki Lautan Makna, yaitu alam tidak kasatmata. Mereka kemudian digambarkan menumpang perahu. Sesungguhnya, perahu yg mereka gunakan untuk menyeberang itu adalah perlambang dari wahana (syari'ah) yg lazimnya digunakan oleh kalangan awam untuk mencari ikan, yakni perlambang perbuatan baik (al 'amal ash-shalih). Padahal, perjalanan mengarungi Lautan Makna menuju Kebenaran Sejati adalah perjalanan yg sangat pribadi menuju Lautan Wujud. Itulah sebabnya, perahu (syari'ah) itu harus dilubangi agar air dari Lautan Makna masuk ke dalam perahu dan penumpang perahu mengenal hakikat air yg mengalir dari lubang tersebut."
"Setelah penumpang perahu mengenal air yg mengalir dari lubang maka ia akan menjadi sadar bahwa lewat lubang itulah sesungguhnya ia akan bisa masuk ke dalam Lautan Makna yg merupakan permukaan Lautan Wujud. Andaikata perahu itu tidak dilubangi, dan kemudian perahu diteruskan berlayar, maka perahu itu tentu akan dirampas oleh Sang Maha Raja (malik al-Mulki) sehingga penumpangnya akan menjadi tawanan.
Jika sudah demikian, maka untuk selamanya sang penumpang perahu tidak bisa melanjutkan perjalanan menuju Dia, Yang Maha Ada (al-Wujud), yg bersemayam di segenap penjuru hamparan Lautan Wujud. Penumpang perahu itu mengalami nasib seperti penumpang perahu yg lain, yakni akan dijadikan hamba sahaya oleh Sang Maha Raja. Bahkan, jika Sang Maha Raja menyukai hamba sahaya-NYA itu maka ia akan diangkat sebagai penghuni Taman (jannah) indah yg merupakan pengejawantahan Yang Maha Indah (al Jamal)."
"Adapun Atas Pernyataan kenapa wahana (syariah) harus dilubangi dan tidak lagi digunakan dalam perjalanan menembus alam ghaib manuju Dia? Dapat dijelaskan sebagai berikut."
"Sebab, wahana adalah kendaraan bagi manusia yg hidup di alam kasatmata untuk pedoman menuju ke Taman Surgawi. Sedangkan alam tidak kasatmata adalah alam yg tidak jelas batas-batasnya. Alam yg tidak bisa dinalar karena segala kekuatan akal manusia mengikat itu tidak bisa berijtihad untuk menetapkan hukum yg berlaku di alam gaib. Itu sebabnya, Khidir AS melarang Nabi Musa AS bertanya sesuatu dgn akalnya dalam perjalanan tersebut. Dan, apa yg disaksikan Nabi Musa AS terdapat perbuatan yg dilakukan Khidir AS benar-benar bertentangan dgn hukum suci (syari'at) dan akal sehat yg berlaku di dunia, yakni melubangi perahu tanpa alasan, membunuh seorang anak kecil tak bersalah dan menegakkan tembok runtuh tanpa upah."
"Namun jika wahana (syari'ah) tidak lagi bisa dijadikan petunjuk, sebenarnya pedomannya tetaplah sama, yaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul. Tetapi pemahamannya bukan dgn akal ('aql) melainkan dgn dzauq, yaitu cita rasa rohani. Inilah yg disebut cara (thariqah). Di sini, sang salik selain harus berjuang keras juga harus pasrah kepada kehendak-NYA. Sebab, telah termaktub dalam dalil araftu rabbi bi rabbi bahwa kita hanya mengenal Dia dgn Dia. Maksudnya jika Tuhan tidak berkehendak kita mengenal-NYA maka kita pun tidak akan bisa mengenal-NYA. Dan, kita mengenal-NYA pun maka hanya melalui Dia (walaupun kita tidak mau tetapi semua telah kehendak-NYA). Itu sebabnya, di alam tidak kasatmata yg tidak jelas batas dan tanda-tandanya itu kita tidak dapat berbuat sesuatu kecuali pasrah seutuhnya dan mengharap limpahan rahmat dan hidayah-NYA."
"Tentang makna di balik kisah Khidir AS membunuh seorang anak (ghulam) dapat saya jelaskan sebagai berikut."
"Anak adalah perlambang keakuan kerdil yg kekanak-kanakan. Kedewasaan rohani seorang yg teguh imannya bisa runtuh akibat terseret cinta kepada keakuan kerdil yg kekanak-kanakan tersebut. Itu sebabnya, keakuan kerdil y kekanak-kanakan itu harus dibunuh agar kedewasaan rohani tidak terganggu."
"Sesungguhnya, di dalam perjalanan rohani menuju Kebenaran Sejati selalu terjadi keadaan di mana keakuan kerdil yg kekank-kanakan (ghulam) dari salik cenderung mengikari kehambaan dirinya terhadap Cahaya Yang Terpuji (Nur Muhammad) sebagai akibat ia belum fana ke dalam Sang Rasul (fana fi rasul). Ghulam cenderung durhaka dan ingkar terhadap kehambaan kepada Sang Rasul. Jika keakuan yg kerdil dan kekanak-kanakan itu dibunuh maka akan lahir ghulam yg lebih baik dan lebih diberbakti yg melihat dengan mata batin bahwa dia sesungguhnya adalah "hamba" dari Sang Rasul, pengejawantahan Cahaya Yang Terpuji (Nur Muhammad)."
"Sesungguhnya, keakuan kerdil yg kekanak-kanakan adalah perlambang dari keberadaan nafsu manusia yg cenderung durhaka dan ingkar terhadap Sumbernya. Sedangkan ghulam yg baik dan berbakti merupakan perlambang dari keberadaan roh manusia yg cenderung setia dan berbakti kepada Sumbernya. Dan sesungguhnya, perbuatan Khidir AS itu adalah perlambang yg sama saat Nabi Ibrahim AS akan menyembelih Nabi Ismail AS 'Pembuhunan' itu adalah perlambang puncak dari keimanan mereka yg beriman (mu'min)."
"Adapun dinding yg ditinggikan Khidir AS adalah perlambang Sekat Tertinggi (al barzakh al 'a'la) yg disebut juga dgn Hijab Yang Maha Pemurah (hajib ar-Rahman). Dinding itu adalah pengejawantahan Yang Maha Luhur (al-Jalil). Lantaran itu, dinding tersebut dinamakan Dinding al-Jalal (al jidar al-Jalal), yg dibawahnya tersimpan Khazanah Perbendaharaan (Tahta al-Kanz) yg ingin diketahui."
"Sedangkan dua anak yatim (ghulamaini yatimaini) pewaris dinding itu adalah perlambang jati diri Nabi Musa AS, yg keberadaannya terbentuk atas jasad ragwi (al-basyar) dan rohani (roh). Kegandaan jati diri manusia itu baru tersingkap jika seseorang sudah berada dalam keadaan tidak memiliki apa-apa (muflis), terkucil sendiri (mufrad) dan telah berada di dalam waktu tak berwaktu (ibn al-waqt). Dua anak yatim itu adalah perlambang gambaran Nabi Musa AS dan bayangannya di depan Cermin Memalukan (al-mir'ah al-haya'I)."
"Adapun gambaran tentang 'ayah yg salih' dari kedua anak yatim, yakni ayah yg mewariskan Khazanah Perbendaharaan , adalah perlambang diri dari Abu halih, Sang Pembuka Hikmah (al-hikmah al-futuhiyyah), yakni pengejawantahan Sang Pembuka. Dengan demikian apa yg telah dialami Nabi Musa AS dalam perjalanan bersama Khidir AS (QS. Al-Kahfi : 60-82) menurut penafsiran adalah perjalanan rohani Nabi Musa AS ke dalam dirinya sendiri yg penuh dgn perlambang (isyarat)."
"Memang Nabi Musa AS lahir hanya satu.
Namun, keberadaan jati dirinya sesungguhnya adalah dua, yaitu pertama keberadaan sebagai al-basyar 'anak' Adam AS yg berasal dari anasir tanah yg tercipta; dan keberadaannya sebagai roh 'anak' Cahaya Yang Terpuji (Nur Muhammad) yg berasal dari tiupan (nafakhtu) Cahaya di Atas Cahaya (Nurun 'ala Nurin). Maksudnya, sebagai al-basyar, keberadaan jasad ragawi nabi Musa AS berasal dari Yang Mencipta (al-Kha-liq)."
"Sehingga tidak akan pernah terjadi perseteruan dalam memperebutkan Khazanah Perbendaharaan warisan ayahnya yg shalih. Sebab, saat keduanya berdiri berhadap-hadapan di depan Dinding al-jalal (al-jidar al-Jalal) dan mendapati dinding itu runtuh maka saat itu yg ada hanya satu anak yatim. Maksudnya, saat itu keberadaan al-basyar 'anak' Adam AS akan terserap ke dalam roh 'anak' Nur Muhammad.
Saat itulah sang anak sadar bahwa ia sejatinya berasal dari Cahaya di Atas cahaya (Nurun 'ala Nurin) yg merupakan pancaran dari Khazanah Perbendaharaan. Sesungguhnya, hal semacam itu tidak bisa diuraikan dgn kaidah-kaidah nalar manusia karena akan membawa kesesatan.
Jadi, harus dijalani dan dialami sendiri sebagai sebuah pengalaman peribadi."
Via-Memahami Konsep Manunggaling Kawula Gusti Syaikh Siti Jenar.


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala




✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Kredit : Pengukir Kata.

Wahai tuak ilahi




Wahai tuak ilahi, Jika kau telah mengenal diriMu yg sejati maka kau bukan lagi seonggok daging atau sekujur tubuh
Apabila saat perkenalan itu telah tiba, maka zikirMu tak lagi dengan suara atau dengan gerak, tetapi zikirMu adalah melihat siapa yg kau ingat
Kau akan melihat wajah Allah dimanapun kau berada, dan kau tak lagi akan melihat mati itu satu kematian, karna sesungguhnya ketika itu kau menyusuri ruang waktu, ketika itu kau adalah cahaya Allah di bumi ini
Dan kau akan tetap menjadi cahaya milik Allah saat di akhirat nanti, dan sesungguhnya karna kau adalah milik Allah, terserah kepada Allah mau dibuat apa kau itu karna kembali kepada AsalMu
Setelah itu baru apa yg kelihatan itu akan berwajah kau, dan disitu jugalah keadaan yg mana yg memandang dan yg dipandang itu adalah kau yg esa, Kau melihat wajahMu sendiri ketika pandang memandang itu
Jikalau kau sudah paham dan yakin segala sesuatu selain kau telah fana, itulah tandanya hatiMu itu telah mencapai ketahap puncak Ma'rifat, tahap mengenal dia dengan sebenar-benarnya pengenalan
Jika kau masih juga tidak faham dan yakin, maka akan kuterangkan seperti ini untukMu yaitu berawal dari mengenal mani adalah penjelmaan dari bapak dan ibu atau yg disebut sulbi dan taraib
Jadi mani itu adalah mulanya seberkas cahaya yg dikeluarkan oleh Allah dari mutu manikam sehingga para ulama berpendapat yaitu:
Mani adalah salah satunya dzat penjelmaan dari dua macam dzat (sulbi dan taraib).... Dengan adanya KUDRATILLAHI yaitu berasal dari sulbi bapak, dan yg menjadi IRADATILLAHI yaitu berasal dari ibu
Oleh sebab itu bagaimanapun birahinya kaum ibu, hal ini tidak terlalu nampak karna birahinya kaum ibu ini tidak dapat melampaui batasnya kudrat kaum bapak, Karna kaum ibu ini hanyalah iradat, maka ulama mengistilahkan "SYURGA ITU DI ATAS TELAPAK KAKI IBU"
Untuk lebih jelasnya aku akan terangkan bagian-bagian dari maksud yg di atas:
BAGIAN BAPAK: wadi, madi, mutu, mani, atau disebut sulbi
BAGIAN IBU: tanah, air, angin, api, atau disebut taraib
BAGIAN ALLAH: ruh idhafi, ruh ruhani, ruh rahmani, ruh jasmani
BAGIAN DARI GUDANG RAHASIA DISEBUT MUTU MANIKAM YAITU:
Tanah itu ialah badan muhammad
Air itu ialah nur muhammad
Angin itu ialah nafas muhammad
Api itu ialah penglihatan muhammad
Awal itu ialah nurani
Akhir itu ialah ruhani
Zahir itu ialah insani
Bathin itu ialah rabbani
Nurani itu ialah nyawa
Ruhani itu ialah hati
Insani itu ialah tubuh
Rabbani itu ialah rahasia
Nyawa itu ialah idhafi
Hati itu ialah ruhani
Tubuh itu ialah jasmani
Rahasia itu ialah aku yg sejati
Tubuh itu menyatu kepada hati
Hati itu menyatu kepada nyawa
Nyawa itu menyatu kepada rahasia
Rahasia itu menyatu kepada nur
Nur itulah bayang-bayang Allah yg sebenar-benarnya
Wadi... kalimahnya: LAA ILAHA
Madi... kalimahnya: ILALLAH
Mutu... kalimahnya: ALLAH
Mani... Kalimahnya: HU
Ruh jasmani kalimahnya: YAHU
Ruh rahmani kalimahnya: IYAHU
Ruh ruhani kalimahnya: YAMANIHU
Ruh idhafi kalimahnya: YAMAN LAYISALAHU
Mutu manikam kalimahnya: MA'DAHU
TUJUH PETALA BUMI DIJADIKAN TUJUH TINGKATAN MARTABAT YAITU:
1. Sifat amarah
2. Sifat lawwamah
3. Sifat mulhimah
4. Sifat mutmainah
5. Sifat radhiyatan
6. Sifat mardhiyah
7. Sifat ubudiyah
TUJUH PETALA LANGIT YG DIMAKSUD DENGAN TUJUH MARTABAT YAITU:
1. Lathifatul qolbi
2. Lathifatul ruuhi
3. Lathifatul sirri
4. Lathifatul ahfa
5. Lathifatul hafi
6. Lathifatul nafsu natika
7. Lathifatul kullu jasad
JIKALAU TINGKATAN SEMACAM INI YG KITA AMBIL HAKIKATNYA PADA ALAM KECIL YG TERSEMBUNYI (terahasia) DALAM DIRI, MAKA ULAMA MENAMAKAN SEBAGAI BERIKUT:
1. Hayatun jasadi bin-nafasi
2. Hayatun nafasi bir-ruhi
3. Hayatun ruhi bis-sirri
4. Hayatun sirri bil-imani
5. Hayatun imani bin-nuri
6. Hayatun nuri bil-qudrati
7. Hayatun qudrati bi mu'alamullahi ta'ala dzatullah
ARTINYA ADALAH SEBAGAI BERIKUT:
1. Asalnya jasad dari nafas
2. Asalnya nafas dari ruh
3. Asalnya ruh dari dalam rahasia
4. Asalnya rahasia dari dalam iman
5. Asalnya iman dari nur atau cahaya
6. Asalnya nur atau cahaya dari qudrat
7. Asalnya qudrat dari ke baqaan Allah
KALIMAHNYA SEPERTI INI:
1. Hayatun jasadi hurufnya Alif kalimahnya LA
2. Hayatun nafasi hurufnya Lam Awal kalimahnya ILAHA
3. Hayatun ruhi hurufnya Lam Akhir kalimahnya ILLA
4. Hayatun sirri hurufnya Ha kalimahnya ALLAH
5. Hayatun imani hurufnya Alif (Allah) kalimahnya YAHU
6. Hayatun nuri hurufnya Lam (jibril) kalimahnya IYAHU
7. Hayatun qudrati hurufnya Mim (muhammad) kalimahnya IYAHU YAMANIHU
Dengan demikian apabila kesemuanya ini kau leburkan kedalam ke-baqaan DZAT ALLAH, maka ulama menamakanNya sebagai berikut:
1. Watujibul wajasadi fi fasaral qolbi
2. Watujibul qolbi fi fasaral ruhi
3. Watujibul ruhi fi fasaral sirri
4. Watujibul sirri fi fasaral imani
5. Watujibul imani fi fasaral nuri
6. Watujibul nuri fi fasaral qudrati
7. Watujibul qudrati fi fasaral dzati fil dzati
MAKA SEMPURNALAH JALANNYA ORANG ARIF BILLAH.

MIMPI SEORANG AHLI KASYAF




Apa hubungan kaitnya seekor lalat dengan syurga indah yang memiliki taman-taman sungai-sungai yang mengalir..? Tentu kita tidak dapat melihat apa-apa hubungan kait pun antara seekor lalat dengan syurgawi yang penuh kenikmatan. Tetapi tidak demikian dengan apa yang dialami oleh seorang ulama sufi, ahli kasyaf dan imam besar iaitu Imam Ghazali yang dialami dilihatnya dalam mimpi...
Suatu malam, Imam Ghazali sedang sibuk menulis kitab. Tiba-tiba datang terbang seekor lalat hinggap berdekatannya. Imam Ghazali mengamati lalat itu dan ia kelihatan sedang kehausan. Memang betul tanggapan Imam Ghazali kerana lalat itu kemudian masuk ke dalam bekas tinta air atau pun dakwat pena beliau dan meminum tinta air itu. Beliau membiarkan lalat itu menghisap tinta airnya. Sesudah si lalat puas minum, Imam Ghazali membantunya keluar daripada bekas tinta air itu. Terbanglah lalat itu kembali bagi meneruskan perjalanannya entah ke mana…
Mungkin tidak ada pun yang luar biasa dalam peristiwa itu. Apakah ertinya menolong seekor lalat yang kotor dan hina..? Memang begitulah pandangan manusia selalunya secara umum... tetapi bagaimana pula pandangan Allah..?
Tidak lama selepas kejadian itu Imam Ghazali tertidur dan bermimpi bertemu berhadapan-hadapan dengan Allah s.w.t dalam mimpinya itu Allah s.w.t bertanya kepada Imam Ghazali, " Wahai Ghazali..! tahukah engkau apa yang menyebabkan Aku memasukkan engkau ke dalam syurga-Ku..? "
Imam Ghazali termangu-mangu dan berfikir akan jawapan... beliau menyangkakan semua amal ibadah yang dilakukannya selama ini seperti solat, puasa, zikir dan seterusnya menyebabkan dia dimasuk kedalam syurga Allah s.w.t
Lalu Imam Ghazali menjawab... " kerana ibadah solatku, ya Allah..? "
" Bukan..! " tegas Allah.
Imam Ghazali berkata lagi... " kerana ibadah zakatku, ya Allah..? "
" Bukan..! " tegas Allah lagi.
Seterusnya, Imam Ghazali berkata... " kerana ibadah puasaku, ya Allah..? "
Allah tetap berkalam, " Bukan..! "
Imam Ghazali mencuba lagi... " kerana ibadah hajiku, ya Allah..? "
Allah masih berkalam, " Bukan..! "
Semua jawapan dalam pengetahuan Imam Ghazali ternyata bukan jawapan betul bagi Allah kerana Allah terus berkalam, " Bukan..! "
Akhirnya, Imam Ghazali berkata, " Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui. "
Maka Allah s.w.t berkalam menjelaskan, " Wahai Ghazali..! masihkah engkau ingat sewaktu engkau sedang menulis kitab pada malam hari itu. Terbang seekor lalat masuk ke dalam bekas tinta air mu. Engkau berasa belas kasihan kepadanya dan engkau membiarkan lalat itu minum sepuas-puasnya. Apabila ia selesai minum, engkau membantunya keluar daripada bekas itu. Lalat itu kemudian terbang pergi dengan gembira selepas dahaganya hilang. Dengan sebab itulah yang menyebabkan Aku memasukkan engkau ke dalam syurga-Ku iaitu keikhlasanmu membantu makhluk-Ku walaupun ia hanya seekor lalat. "
Allahu Haq subhanallah... begitulah fadilat amal yang ringin dipandang mata dilakukan dengan ikhlas dengannya mampu membawa Imam Al-Ghazali ketanah taman syurgawi. Sebaliknya amalan yang besar tetapi jika tidak ikhlas bagaikan ia fatamorgana sangkaan yang tiada nilai sandarannya.
Imam Ghazali pernah berkata, " Orang yang tidak berilmu mendapat seksaan, orang yang berilmu tanpa amalan juga menerima seksaan, orang yang beramal tanpa keikhlasan turut juga ia mendapat seksa. " Oleh sebab itulah penting mengamalkan ilmu, amal dan ikhlas ia adalah tiga serangkaian perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Kisah ini memberi tahu betapa pentingnya keikhlasan dalam kehidupan harian yang walaupun ianya hanya perkara yang kecil pada pandangan mata tapi ianya besar pada pandangan Allah akan sifat belas kasihan dalam berakhlak walaupun hanya kepada seekor serangga lalat.
Ada orang mendirikan amal ibadah kerana berkehendakan syurga dan ada juga orang menjauhi dosa kerana takutkan neraka. Andai kata syurga dan neraka itu tiada adakah amalan kita itu tadi masih kekal sama sifat kelaku kita itu..? Bukah kah yang wajib diiginkan dan takuti itu Allah s.w.t pemilik yang empunya syurga dan neraka... terlajak perahu boleh diundur terlajak iktikad binasa segala amal...
Wassalam.