KAEDAH PERTAMA MENGENAL ALLAH
1) Ilmu Yang Pertama Untuk Dipelajari!Fitrah diciptanya makhluk itu, adalah bertujuan untuk mengenal Allah. Ilmu pertama yang wajib dan yang dituntut Allah itu, adalah ilmu tauhid atau "ilmu mengenal Allah". Sebagaimana kalimah "Awalludin makrifattullah" (awal-awal beragama itu, mengenal Allah).Pertama mula beragama itu, bukan syahadah, sembahyang, puasa, zakat atau haji. Ilmu yang mula-mula itu, adalah mengenal Allah!. Sayangnya kebanyakkan dari kita, tidak tahu untuk bagaimana mencari ilmu mengenal Allah!
2) Allah itu Terang, Yang Lebih Terang Dari Cahaya Matahari!Allah Taala itu, terang dan teramat jelas. Terang dan jelasnya Allah Taala itu, terlebih terang dan terlebih jelas dari cahaya matahari itu sendiri?. Kenapa kita tidak nampak Allah?.
Sebab tidak terpandang, terlihat, tertilik dan ternampanya Allah itu, adalah kerana adanya sifat mata!. Adanya sifat mata itulah, yang menyebabkan tuan-tuan tidak dapat untuk menilik, melihat atau memandang Allah swt. Cuba tuan-tuan buang atau hilangkan sifat mata dan sifat diri, disitu pastinya tuan-tuan dan puan-puan akan dapat melihat, menilik dan memandang Allah Taala. Mata dan sifat diri tuan-tuan sendirilah sebenar-benar sifat yang menghijab, mendinding dan yang menutup dari terpandang Allah Taala!.
3) Cara Kafan Sifat MataSebab adanya sifat matalah yang menjadikan jauhnya keberadaan bulu mata dengan bebola mata. Cuba tuau-tuan bayangkan kiranya tidak ada mata. Dengan tidak ada mata, tidak timbullah perkara jarak, samaada jauh atau dekat!. Timbulnya perkara jarak jauh atau dekat itu, adalah kerana adanya sifat mata. Kerana adanya matalah yang menyebabkan kita tahu jarak dekat atau jauh. Matalah sebenar-benar sifat yang menjarak, menghijab, menjauh dan sebenar-benar yang menutup pandangan kita dari terlihat Allah.Selagi ada mata, selagi itulah kita tidak akan dapat untuk melihat Allah Taala.
Pesan Tok' Kenali bahawa setelah kita tidak ada mata, barulah Allah itu dapat ditahu, dilihat, dikenal dan diingat dengan nyata. Bilamana kita berkata atau mengaku perkataan "ada aku", itu akan membawa pengertian "tidak ada Allah". Adanya Allah itu, setelah tidak adanya diri kita!. Selagi adanya perkataan aku, maka timbullah dakwaan aku gagah, aku besar dan aku kaya". Bilamana tuan-tuan menyebut perkataan itu, ertinya tuan-tuan menafikan kekuatan Allah, menafi kebesaran Alah dan menafikan kekayan Allah. Bilamana kita gagah, bermakna Allah itu bersifat lemah dan bilamana kita kaya, bererti Allah miskin!. Setelah kita lemah, barulah Allah itu gagah, bilaman kita kecil, barulah Allah itu bersifat bersar. Bilamana kita tidak ada, barulah Allah itu benar-benar ada!.
4) Jangan Adanya Istilah Atau Perkataan "Aku"Untuk menjadikan Allah itu benar-benar ada, jangan sekali-kali mengatakan perkataan "aku ada", bilamana kita mengaku "aku ada" bererti Allah tidak ada. Bilamana kita mengaku "aku tidak ada", barulah Allah itu, sebenar-benar bersifat dengan sifat ada .
Bilamana kita mengaku kita miskin, barulah Allah itu benar-benar bersifat dengan sifat kaya. Bilamana kita mengaku aku lemah, barulah Allah itu benar-benar bersifat dengan sifat gagah. Bermaknanya disini bahawa bahasa seni makrifat Tok' Kenali itu, adalah bahasa yang bernilai tinggi dan dalam.
Tok' Kenali selalu berpesan kepada anak muridnya bahawa, sekiranya kita berhajat untuk mengenal Allah, jangan sekali-kali mengenal Allah dengan perkataan "aku".
5) Ingat Itu, Ertinya Belum Ingat!"Ingat itu sesungguhnya tidak ingat". Tahu itu sesungguhnya tidak tahu". "Tidak ingat itulah sebenar-benar ingat dan tidak tahu itulah sebenar tahu". Untuk membenarkan seninya kata-kata Tok' Kenali itu, saya ingin mengajak tuan-tuan supaya bayangkan, semasa tuan mula-mula bekerja atau semasa mula-mula tuan-tuan berpindah dari kampong ke kota. Dari rumah untuk pergi kepajabat, tuan-tuan bertanya arah jalan, bertanya nama-nama jalan, bertanya berapa banyak menempuh lampu isyarat, bertanya apakah ada jalan yang kena belok kiri atau kanan dan sebagainya. Lama kelamaan, bilamana sudah biasa, tuan-tuan tidak lagi perlu ingat kepada tanda-tanda jalan atau tidak lagi ingat akan lampu isyarat dan tidak lagi perlu ingat nama-nama jalan. Tahu-tahu sahaja tuan-tuan sampai kepajabat.
Tuan-tuan boleh sampai ke pejabat dari rumah, tanpa ingat jalan, tanpa ingat lampu isyarat keberapa, tanpa ingat belok kiri atau kanan dan tanpa ingat nama-nama jalan lagi. Tahu-tahu tuan-tuan sampai kepejabat dengan selamat!. "Tidak ingat, itulah tandanya ingat". Dari rumah untuk kepejabat itu, tanpa lagi perlu mengira-gira nama jalan atau lorong mana. Itulah tanda ingat. Tanda ingat itu, adalah tidak ingat! dan tanda tidak ingat, itulah sebenar-benar ingat!.Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Semasa tuan-tuan suap nasi kemulut, apakah tuan-tuan ingat kepada tangan?.
Saya percaya yang tuan-tuan tidak ingat kepada tangan, samaada ada atau tidaknya tangan tuan-tuan itu, tuan-tuan sendiri tidak tahu dan tidak ingat!. Tahu-tahu tangan menyuap nasi kemulut tanpa perlu ingat atau tanpa perlu disuruh, itulah tanda sebenar-benar ingat. Tak perlu kita menyuruh tangan menyuap nasi kemulut, tahu-tahu nasi masuk kemulut!.Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak ingat!. Kita dikehendaki tidak ingat lagi kepada keberadaan diri kita.
Kita dikehendaki tidak perlu lagi ingat kepada adanya diri. Sekiranya kita masih dalam keadaan berkira-kira untuk membuang diri, berkira-kira untuk menfanakan diri dan masih berkira-kira untuk mebinasakan diri, itu tandanya kita itu belum sempurna mengenal diri dan teramat jauh dari ingat kepada Allah Taala. Itu pada tahap atau peringkat masih dalam perkiraan, masih dalam keadaan berkira-kira nak ingat. Nak ingat itu, ertinya belum ingat. Nak ingat itu, ertinya baru nak ingat, baru nak ingat itu, bermakna belum ingat.
Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap, tidak ada apa-apa lagi yang harus diingat. Ingat kepada Allah itu, jangan sampai adanya dalil. Ingat kepada Allah itu, jangan sampai ada dikeranakan dengan suatu kerana. Untuk ingat kepada Allah itu, jangan sampai disandarkan kepada suatu peyandar. Ingat kepada Allah itu, tidak ada sebab dengan suatu sebab.Allah itu, adalah Allah, Allah itu, adalah Allah dan Allah itu, adalah Allah…………………………………………………………………………………………Allah, Allah, Allah…………………………………………………………………………………………………………………………………….
6) Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak Lagi Perlu Adanya Dalil!Mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak perlu lagi kepada dalil!, tidak perlu kepada saksi atau peyaksian . Kiranya masih perlu kepada dalil atau saksi, bererti kita belum benar-benar mengenal Allah. Untuk mengenal atau untuk ingat kepada kedua Ibu dan ayah kita, apakah perlu lagi kepada saksi atau dalil?. Begitu juga dengan ilmu mengenal Allah. Orang yang benar-benar mengenal Allah itu, adalah orang yang tidak lagi perlu kepada dalil!. Allah itu, adalah Allah.
Kata Tok' Kenali lagi, untuk ingat kepada Allah itu, sekiranya masih ada saksi, bersaksi dan masih ada yang meyaksi, itu adalah peringkat mereka yang masih berkira-kira untuk ingat. Berkira-kira untuk ingat kepada Allah itu, adalah tanda tidak ingat dan belum ingat!. Masih dalam perkiraan nak ingat. Perkataan nak ingat itu, adalah tandanya belum ingat dan tandanya tidak ingat.Sebenar-benar ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada makhluk. Ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada perkiraan, tidak lagi ingat kepada sangka-sangka dan setelah tidak ingat lagi kepada dalil itu dan dalil ini.
Sekali pandang, bahasa seni makrifat Tok' Kenali itu, kita akan menuduh yang bahawasanya bahasa itu, adalah bahasa yang tidak masuk atau tidak boleh diterima akal!. Sebaliknya seni makrifat Tok' Kenali itu penuh sarat dengan ilmu yang tersirat, penuh makna, penuh pengertian dan penuh terjemahan. Kata Tok' Kenali itu, adalah kata yang sebenar-sebenar kata. Kata yang penuh membawa maksud. Seni makrifat itulah yang membawa ramai anak muridnya duduk dalam keadaan asyik. Asyik dengan Allah, setelah tidak lagi asyik kepada keberadaan diri.
7) Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!Mari sama-sama kita lihat ungkapan seni Tok' Kenali melalui katanya, selagi kita masih mengaku "adanya diri", selagi itulah sifat "adanya Allah itu" tidak akan dapat kita lihat. Bilamana kita mengadakan sifat adanya diri, bererti kita telah menafikan sifat adanya Allah. Kita tidak boleh untuk mengadakan (menwujudkan) atau menggabungkan serentak antara kedua-dua sifat makhluk dengan sifat Allah!. Sifat ada atau sifat wujud itu, adalah sifat hanya bagi Allah. Sifat bagi makhluk itu, adalah tidak ada (tidak wujud). Sila rujuk sifat dua puluh.
Sekiranya kita itu bersifat ada atau kita itu bersifat wujud, bererti kita telah mengadakan dua sifat wujud (dua sifat ada). Bererti kita telah menduakan sifat Allah, iaitu satunya wujud bagi Allah dan satu lagi itu wujud bagi diri makhluk, bermakna disini, kita telah mengadakan dua sifat wujud. Ssedangkan sifat wujud itu, hanya hak bagi Allah dan bukannya hak bagi makhluk. Bagi yang menduakan sifat Allah, hukumnya adalah syirik. Syirik itu, adalah dosa besar yang tidak boleh diampun Allah. Untuk itu, jangan adakan dua sifat wujud (dua sifat ada). yang wujud dan yang bersifat ada itu, adalah hanya bagi Allah, hanya bagi Allah dan hanya bagi Allah!……………………………………………………………………………………
Kita semua belajar dan kita semua tahu yang bahawasanya sifat "ada" itu adalah hanya sifat bagi Allah!. Manakala sifat bagi kita itu, adalah tidak ada!. Bilamana kita tidak ada sifat, apa lagi yang hendak kita perkira-kirakan dalam soal ingat kepada Allah!. Setelah sekalian makhluk bersifat tidak ada, bermakna yang ada itu,
adalah hanya Allah. Sekiranya yang ada dan yang wujud itu hanya Allah, buat apa lagi ingat kepada selain Allah!.
adalah hanya Allah. Sekiranya yang ada dan yang wujud itu hanya Allah, buat apa lagi ingat kepada selain Allah!.
8) Jangan Gandingkan "Ada Allah Dengan Adanya Diri"Permasalahan yang timbul kepada kebanyakkan dari kita sekarang itu, adalah permasalahan dimana kita tidak boleh untuk membuang adanya kita!. Kebanyakkan dari kita sekarang payah untuk membuang sifat keakuan dan ramai yang masih lagi kuat berpegang kepada perkiraan yang sifat diri sebagai makhluk itu masih ada dan masih wujud. Kiranya Allah bersifat ada dan diri kitapun juga bersifat ada, bermakna kita telah mengadakan dua sifat wujud (mengadakan dua sifat ada). Barang siapa yang mewujudkan dua wujud atau barang siapa yang mengadakan dua sifat ada, bermakna kita telah syirik dengan Allah, kerana telah mengadakan dua sifat Allah. Bilamana kita bersifat ada dan Allah juga bersifat ada, yang mana satukah yang benar-benar bersifat ada?.
Ada itu sifat kita kah atau sifat Allah kah?. Setahu kita, yang bersifat ada dan yang bersifat wujud itu, adalah hanya Allah. Sifat kita sebagai makhluk itu, adalah sifat yang berlawanan daripada sifat Allah. Bilamana Allah bersifat ada, kita adalah bersifat tidak ada. Bilamana tidak adanya sifat kita, barulah Allah itu benar-benar dapat diingat. Kalau kita ada dan Allahpun ada, itulah yang menjadikan kita lupa untuk ingat kepada Allah.
Apabila lupa kepada Allah, tentunya yang kita ingat itu adalah adanya keberadaan diri, bilamana kita ingat kepada diri dan tidak ingat kepada adanya Allah, itulah yang dikatakan syirik (menduakan sifat Allah bererti, kita telah menduakan Allah), itulah yang dikatakan syirik. Dosa syirik itu, adalah dosa yang tidak akan dapat diampun Allah Taala.Untuk mengelak dari dosa syirik dan untuk menjadikan diri mengenal diri, marilah saya ajak tuan-tuan sama-sama menghayati kata-kata dari lidah Tok' Kenali ini, yang saya nukilkan melalui ungkapan kata dalam bentuk tulisan. Mari kita mengenal Allah dan mengenal diri melalui kaedah lima!.
9) Ilmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Paling Rendah Dan Mudah!Ilmu mengenal Allah itu, sesungguhnya adalah suatu ilmu yang paling mudah, paling senang, paling ringan, paling lembut, paling halus dan paling nipis. Ringan, halus dan nipisnya ilmu mengenal Allah itu, seumpama ringannya kita menganggkat sebilah pisau cukur. Ringannya menganggkat sebilah pisau cukur itu, tidak seumpama beratnya menganggap seguni tepung gandung atau seguni beras.
Biarpun pisau cukur itu nipis dan ringan, hendaklah ia dianggkat dengan cermat, berhati-hati dan penuh lemah lembut. Menganggkat pisau cukur itu, tidak sebagaimana anggkat guni tepung, yang boleh diambil dengan kasar dan dicampakpun dengan kasar. Ringan dan nipisnya ilmu mengenal Allah (makrifat) itu, terlebih ringan dan terlebih nipis dari pisau cukur. Oleh itu, hendaklah dituntut dengan cermat dan berhati-hati, jika tidak berhati-hati ia akan melukai tangan sendiri!. Dikeranakan benda yang ringan dan nipis itu mudah terluka, makanya ramai dikalangan kita merasa takut dan tidak sudi memilikinya!.Ilmu mengenal Allah atau ilmu makrifat itu, adalah suatu ilmu yang terang, nyata dan suatu ilmu yang paling jelas.
Allah itu terang, Allah itu nyata dan Allah itu jelas, lebih terang, lebih nyata dan lebih jelas daripada cahaya matahari. Terangnhya cahaya matahari, terang lagi Allah. jelasnya cahaya matahari, jelas lagi Allahh!. Kenapa tidak kita melihat dan memandangnya?…………………………………
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, untuk mendapat berkat roh ilmu para guru-guru terdahulu, saya mahu tuan-tuan berhenti seketika dari membaca dan masing-masing hendaklah pegang atau raba bulu mata masing-masing. Sesudah masing-masing meraba bulu mata masing-masing, saya ingin ajukan satu pertanyaan. Dengan harapan agar tuan-tuan dapat menjawabnya dengan jujur. Pertanyaan saya adalah, apakah kedudukkan bebola mata dengan bulu mata itu jauh?. Kiranya jawapan tuan-tuan memihak kepada dekat, itulah tandanya Allah itu lebih hampir dan lebih dekat dari bulu mata kita sendiri.
Saya tidak mahu menyuruh tuan-tuan memegang bebola mata, nanti sakit, cukuplah dengan kiasan memegang bulu mata. Namun sesungguhnya Allah itu, terlebih hampir daripada bebola mata putih dengan mata hitam. Allah itu hampir, hampirnya Allah itu, lebih hampir dari urat leher. Kenapa tidak kita lihat, kenapa tidak kita pandang dan kenapa tidak kita tilik?.
Diantara sebab tidak boleh ditilik, dilihat atau dipandang Allah itu, adalah kerana Allah itu terlaupau hampir dan teramat dekat. Dikeranakan terlampau hampir dan terlampau dekatnya Allah itu, sehingga kita "terlepas pandang" . Memandangkan ilmu mengenal Allah itu, senang, ringkas, mudah, ringan, nyata, mudah, terang, halus dan jelas, kenapa tidak kita mengenal Allah?. Cuba sekali lagi tuan-tuan dan puan-puan jawab pertanyaan saya, kenapa sampai tidak boleh untuk kita mengenal, menilik, melihat dan memandang Allah Taala?, kenapa, kenapa dan kenapa?…………………………………………
10) Senaraikan Jawapan Tuan-Tuan!.
Sebelum tuan-tuan meneruskan bacaan watikah saya ini, saya ingin ajukan satu pertanyaan. Saya minta tuan-tuan dan puan-puan jawab dengan cermat dan berhati-hati. Soalannya, apakah sebabnya tuan-tuan tidak dapat untuk melihat, menilik, memandang dan memerhatikan Allah Taala. Pertanyaan saya ini hendaklah dijawab dengan tulisan. Jawapan yang tuan-tuan tulis itu, akan dijadikan sebagai kayu pengukur, apakah sama dengan jawapan yang akan saya nukilkan!. Inilah cara Tok' kenali mengukur kefahaman anak muridnya.
Sebelum tuan-tuan meneruskan bacaan watikah saya ini, saya ingin ajukan satu pertanyaan. Saya minta tuan-tuan dan puan-puan jawab dengan cermat dan berhati-hati. Soalannya, apakah sebabnya tuan-tuan tidak dapat untuk melihat, menilik, memandang dan memerhatikan Allah Taala. Pertanyaan saya ini hendaklah dijawab dengan tulisan. Jawapan yang tuan-tuan tulis itu, akan dijadikan sebagai kayu pengukur, apakah sama dengan jawapan yang akan saya nukilkan!. Inilah cara Tok' kenali mengukur kefahaman anak muridnya.
Setelah jawapan tuan-tuan sudah disenaraikan satu persatu dengan ditil, barulah tuan-tuan dibenar meneruskan bacaan warkah perkhabaran ini. Supaya dengan itu, tuan-tuan dapat banding, nilai dan perbezakan antara jawapan tuan-tuan dengan jawapan saya. Baru kita dapat ukur, setakat mana kemampuan kita dalam berilmu!.=====================================================================================================================
KAEDAH KEDUA MENGENAL ALLAH!
5 Cara, 5 Jalan dan 5 Kaedah Mengenal Allah!Jalan untuk mengenal Allah itu, hanya ada 5 cara, 5 kaedah atau 5 jalan)
.Untuk mengenal Allah itu, tidak ada jalan lain lagi selain lima jalan tersebut. Dengan pasti, setelah tuan-tuan menghayatai lima jalan itu, tuan-tuan dan puan-puan akan wajib mengenal Allah, pada hari ini, jam ini dan saat ini jua. Percayalah akan kata-kata saya, inilah satu-satu jalan ilmu yang diperturunkan oleh Tok Kenali kepada kita!.
1) Mengenal Allah melalui Allah, kiranya jalan mengenal Allah tidak dapat kita cari, mari kita mengenal Allah melalui ilmu mengenal diri.
2) Mengenal Allah melalui diri, kiranya ilmu diri sendiri tidak kita cari, mari kita mengenal diri melalui jalan mengenal mati.
3) Mengenal Allah melalui mati, kiranya kita tidak boleh mengenal diri melalui mati, mari kita mengenal diri melalui mengenal tidur.
4) Mengenal Allah melalui tidur, kiranya tidak kita tahu ilmu mengenal tidur, tidak akan kita tahu erti penyerahan diri!.
5) Mengenal Allah melalui penyerahan diri, inilah penamat pelajaran mengenal Allah.
Pelajaran pertama; Mengenal Allah Melalui AllahJalan untuk mengenal Allah itu, adalah suatu perkara yang terlampau mudah dan terlampau senang. Lantaran mudah dan senang itulah, sehingga kebanyakkan dari kita terlupa dan terlepas pandang. Apakah benda yang paling hampir dengan mata kita?, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya dengan ikhlas. Benda yang paling hampir dengan mata kita itu, adalah bulu mata!. Cuba jawab pertanyaan saya, kenapa tidak boleh kita nampak untuk melihat bulu mata?.
Jawapanya adalah, sebab bulu mata itu, adalah perkara yang paling hampir. Begitu juga dengan Allah. Kenapa sampai kita tidak dapat untuk melihat Allah?. Kita tidak dapat untuk melihat Allah itu, adalah kerana jarak kedudukkannya Allah Taala dengan kita itu, adalah teramat hampir dan teramat dekat. Sebagaimana hampir dan dekatnya bulu mata dengan mata, sehingga kebanyakkan dari kita terlepas pandang!.
Untuk mengenal yang dekat itu, hendaklah melalui perkara yang hampir!. Satu-satunya perkara yang paling hampir dengan kita itu, adalah diri kita sendiri. Setelah mengenal diri dengan rata, baru boleh mengenal Allah yang nyata!. Untuk mengenal Allah itu pula, berkehendak Ia melalui Allah sendiri. Mengenal Allah itu, bukannya melalui guru atau melalui kitab. Allah akan campak atau mengurniakan kefahaman ilmuNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Untuk itu, marilah kita mengenal Allah melalui Allah!.1) Pelajaran pertama; Mengenal Allah Melalui AllahTuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Saya harap sangat-sangat, agar dapat kiranya tuan-tuan baca risalah ini dengan seberapa cermat dan berhati-hati!.
Hendaklah sekalian semua tahu bahawasanya seseorang guru itu, tidak akan sekali-kali dapat mengajar atau membimbing kita untuk mengenal Allah. Sehebat mana sekalupun mereka sebagai guru agama, ilmu mereka tidak akan sekali-kali dapat sampai kepada tahap mengenal Allah. Mengenal Allah itu, bukan milik makhluk. Mengenal Allah itu, adalah milik Allah itu sendiri!.Ilmu mengenal Allah itu, pembelajarannya hendaklah melalui Allah itu sendiri. Hanya Allah yang mengenal Allah!. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Hadis "Ana araftu Rabbi Birabbi" (aku mengenal Tuhan dengan Tuhan ku).
Mengenal Allah itu, tidak sekali-kali melalui bimbingan guru, Malaikat atau bimbingan Al-Quraan. Yang boleh meyampai, membimbing atau membawa kita kepada mengenal Allah itu, adalah hanya melalui Allah itu sendiri. Hanya Allah mengenal Allah!. Allah akan memperkenalkan diriNya hanya kepada diriNya .Bagaimana mungkin kita boleh sampai kepada tahap mengenal Allah, sedangkan Allah itu bukan ain dan Allah itu bukan benda. Allah tidak bersifat sebagaimana sifat makhluk, Allah tidak bernama sebagaimana nama makhluk. Mana mungkin kita dapat mengenal Allah, sedangkan Allah itu bersifat dengan sifat "Laisa Kamislihi Syaiun" (Allah itu bersifat bersalahan dengan sifat yang baharu).
Apayng kita gambar, itu bukan Allah. Apa yang kita kenang-kenagkan, itu bukan Allah. Apa yang kita bayang-bayangkan, itu bukan Allah dan apa-apa yang kita lintaskan kedalam hati (lintasan hati), itupun bukan Allah!. Dikiri, kanan, depan, belakang, tengah, tepi, dalam, luar, jauh, dekat, hitam, putih, bulat atau persegi, itu bukan Allah.Kiranya Allah boleh memperkenalkan dirinyaPersoalanya disini, bagaimanakah untuk kita belajar mengenal Allah dengan Allah?.
Dekatnya Allah itu, tidak bersentuhan dan jauhnya Allah itu, tidak bersempadan. Dikeranakan Allah itu terlampau hampir dan terlampau dekat, sehingga kebanyakkan kita tidak dapat untuk melihatNya. Mengenal Allah itu, adalah hal keadaan yang tidak dapat untuk dilihat oleh pandangan mata atau diraba dengan anggota tangan. Untuk akal mengenal barang ilmu yang tidak ada bukti dengan mata kepala, akan mendatangkan kepayahan atau kesulitan. Untuk itu, hendaklah kita tinggalkan dahulu bab ilmu "mengenal Allah melalui Allah" buat seketika. Untuk sampai kepada tahap anak tangga ilmu mengenal Allah melalui Allah, tuan-tuan wajib terlebih dahulu melalui anak tangga ilmu mengenal diri.
Setelah tuan-tuan benar-benar tamat dalam pelajaran ilmu mengenal diri dengan rata, barulah tuan-tuan boleh mengenal Allah dengan nyata. Untuk itu, mari saya bawa tuan-tuan megembara kealam "ilmu mengenal Allah melalui diri".2) Pelajaran Kedua; Mengenal Allah Melalui Diri.
Allah itu akan boleh dikenal dengan penuh nyata dan yakin bilamana kita mengenal diri. Bilamana kita mengenlal diri dengan rata, pastinya dan wajibnya, kita akan mengenal Allah dengan nyata.Kaedah atau jalan yang pasti untuk mengenal Allah itu, adalah melalui kaedah mengenal diri . Berpandukan sebagaimana yang dinyatakan didalam Hadis "Barang siapa mengenal diri, maka akan kenallah ia akan Allah" (Man arafanassahu faqad arafarabbahu). Setelah kita tahu untuk mematikan diri sebelum kita mati, disitu tuan-tuan akan dapat mengenal sebenar-benar diri.Persoalannya disini, manakah yang dikatakan sebenar-benar diri?.
Adapun yang dikatakan sebenar-benar diri itu, bukan merujuk kepada jasad atau bukan merujuk kepada anggota tubuh badan. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah merujuk kepada perkara roh!. Rohlah diri yang sebenar-benar diri kita!Setelah kita dapati jalan untuk mengenal diri itu, adalah melalui perkara roh, sekali lagi kita menemuai jalan buntu untuk mengenal Allah melalui diri. Pada mulanya kita sanggkakan diri itu, adalah jasad (tubuh badan), jadi bolehlah kita mengenal Allah melalui jasad tubuh badan, sebabnya jasad atau tubuh badan kita itu, adalah benda yang boleh diraba dengan tangan dan boleh dilihat serta dipandang mata kasar.
Adapun yang dikatakan sebenar-benar diri itu, bukan merujuk kepada jasad atau bukan merujuk kepada anggota tubuh badan. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah merujuk kepada perkara roh!. Rohlah diri yang sebenar-benar diri kita!Setelah kita dapati jalan untuk mengenal diri itu, adalah melalui perkara roh, sekali lagi kita menemuai jalan buntu untuk mengenal Allah melalui diri. Pada mulanya kita sanggkakan diri itu, adalah jasad (tubuh badan), jadi bolehlah kita mengenal Allah melalui jasad tubuh badan, sebabnya jasad atau tubuh badan kita itu, adalah benda yang boleh diraba dengan tangan dan boleh dilihat serta dipandang mata kasar.
Ternyata anggapan serta sanggkaan kita itu, sama sekali meleset. Sebenarnya kita tidak boleh mengenal Allah melalui diri, kerana diri sebenar diri itu adalah roh, sedangkan roh adalah perkara halus, perkara batin dan perkara ghaib. Akal tidak mampu untuk mengenal perkara-perkara yang gahaib (hanya ghaib yang mengenal ghaib dan hanya batin yang mengenal batin).Perkara roh adalah urusan Allah. Sekalipun ianya diberi ilmu, ianya hanya sedikit. Perkara roh adalah perkara ghaib, Sekali lagi kita menemuai kepayahan atau kegagalan dalam menimba atau menuntut ilmu melalui mengenal diri. Dalam pelajaran anak tanggga kedua, kita sekali lagi menemui kegagalan!.
Pada mulanya kita meyanggka bahawa perkara ilmu mengenal diri itu, adalah pelajaran mengenal anggota tubuh badan, ternyata sanggkaan kita itu meleset. Maksud kepada perkataan diri itu, adalah merujuk kepada roh!. Ilmu akal kita, tidak akan dapat sampai untuk membicarakann soal roh. Roh itu, adalah termasuk kepada perkara Amar Rabbi (urusan Allah). Lantaran itu, mari kitatingggalkan dulu buat sementara bab mengenal diri, mari kita turun kepada anak tangga ketiga. Iaitu tangga pelajaran ilmu mengenal Allah melalui mati.3) Pelajaran ketiga: Mengenal Allah Melalui Mati.
Mari kita belajar ilmu mengenal Allah melalui perkara mati. Mati adalah perkara yang boleh membawa kita kepada mengenal Allah Taala. Berpandukan sebagaimana yang dinyataka ndidalam Hadis "Matikan diri kau sebelum kamu mati" (mutu kablaan tamautu". Persoalannya disini, bagaimanakah untuk megetahui perkara mati. Sedangkan kita belum pernah merasai mati dan tidak seorangpun orang yang telah mati kembali hidup untuk menceritakan kepada kita akan perkara-perkara mati!.Sekali lagi kita gagal mengenal Allah melalui mati. Sebelumnya kita gagal mengenal Allah melalui Allah, gagal mengenal Allah melalui diri dan kali ini, sekali lagi kita gagal menemuai kaedah mengenal Allah melalui mati.
Kita telah didapati gagal mengenal Allah melalui tiga anak tangga. Sungguhpun ketiga-tiga anak tangga kita gagal untuk mengenal Allah melaluinya. Namun tuan-tuan jangan khuatir, kita masih diberi ruang untuk mengenal Allah melalui perkara tidur.4) Pelajaran Keempat; Mengenal Allah Melalui TidurTuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Tidak siapa yang tidak pernah mengenal tidur. Semua dari kita pernah merasai tidur. Sedari bayi sehingga sekarang kita merasai tidur, apakah tuan-tuan masih tidak mengenal tidur?. Untuk pelajaran seterusnya, saya minta tuan-tuan sidang pembaca yang budiman sekalian megambil sekeping kertas kosong. Saya mahu tuan-tuan dan puan-puan tulis serta catatkan apakah yang tuan-tuan tahu tentang tidur. Apakah pengajaran yang dapat kita kutip dari perkara tidur. Buat catatan tuan-tuan dengan cermat dan kemudian cuba tuan-tuan padankan dengan catatan saya.
Apakah pegetauan tuan-tuan tentang tidur itu, sama dengan ilmu pegetahuan Tok' Kenali?. Setelah semuanya telah tercatat, mari kita teruskan pengajian kita tentang ilmu mengenal tidur.Pengajaran yang dapat kita kutip dari perkara tidur itu, akan membolehkan kita mengenal akan Allah Taala dengan pasti. Jika sebelumnya kita tidak dapat mengenal Allah melalui Allah, diri dan mati, Baginda Rasulrullah mengajak tuan-tuan mengenal Allah melalui perkara tidur, kerana semua orang tahu tentang tidur. Sebagaimana yang dinyatakan melalui Hadis "tidakkah tidur itu saudaranya mati".
Apakah pengajaran yang dapat tuan-tuan kutip dari perkara tidur?. Semak balik catatan yang telah tuan-tuan tulis untuk dibandingkan dengan apa yang akan saya nyatakan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pengajaran yang dapat kita kutip melalui perkara tidur itu, adalah mengajar kita kepada ilmu "menyerah diri kepada Allah Taala".Cuba tuan-tuan perhatikan dengan cermat akan kata-kata saya ini. Semata tuan-tuan tidur, apakah masih ingat kepada wang ringgit yang menimbun didalam bank?.
Semasa tuan-tuan tidur, apakah masih ingat kepada rumah besar, kereta besar atau panggkat besar. Ada atau tidaknya perkara-perkara tersebut diatas, tidak membuat tuan-tuan kisah?. Apakah tuan-tuan kisah, bilamana ada orang datang untuk bunuh diri tuan-tuan?. Apakkah tuan-tuan tahu yang diri tuan-tuan itu, ada atau tidak (hidup atau mati)?. Dikala tidur, kita tidak lagi ingat akan diri, malahan tidak ingat kepada kepada nama diri sendiri.Ini mengajar kita erti tidur, tidur mengajar kita erti menyerah diri kepada Allah Taala.
Didalam perkara tidur, ianya mengajar kita erti sebuah "penyerahan diri secara total". Tidur mengajar kita, suatu rasa tidak memiliki dan suatu rasa tidak mempunyai. Sebenar-benar diri kita itu, tidak memiliki dan mempunyai apa-apa!. Wang yang banyak, tidak lagi kita peduli, ini menandakan yang kita telah menyerah segala kekayaan wang ringgit, rumah besar, kereta besar dan panggkat besar kepada Allah diwaktu kita tidur.
Ada atau tidaknya diri kita dikala kita tidur, sudah tidak lagi kita peduli, ini menandakan kita menyerahkan segala kebesaran serta keberadaan diri kepada Allah Taala. Tidak lagi kita peduli kepada anak isteri atau orang yang tersayang. Menyerah kita akan segalanya kepada Allah Taala.Tidur mengajar kita tentang ilmu menyerah diri secara total atau menyerah diri secara mutlakkepada Allah Taala.
Sekalipun orang datang untuk membunuh kita, kita tidak lagi megambil kisah, itu adalah tanda menyerah diri kepada Allah Taala secara pukal, secara tunai, secara tuntas dan secara jelas. Dengan itu, fahamlah kita bahawa ilmu yang dibawa oleh perkara tidur itu, adalah untuk mengajar kita kepada pengertian sebuah peryerahan diri kepada Allah Taala.Sekarang kenal dan tahulah kita apakah maksud tidur itu sebenarnya!.
Pengajaran dari perkara tidur itu, membawa pengerian mati. Itulah sebabnya Baginda Rasulullah menyatakan dalam Hadisnya yang bahawasanya "tidur itu saudarnya mati". Maksud perkataan saudara disini, adalah merujuk kepada perkara dekat, rapat atau seumpama adik beradik. Bilamana kita tidak mengenal abang, cukup dengan mengenal adik, kerana dengan mengenali adik, lambat laun kita akan dapat mengenal abang.
Bilamana kita mengenal perkara tidur, bererti dengan sendirinya kita akan mengenal perkara mati, kerana diantara tidur dengan perkara mati itu, adalah seumpama saudara terdekat. Suasana tidur adalah mengajar kita suasana diwaktu kita mati. Sebagaimana tidur, sebegitulah mati dan sebagaimana mati, sebegitulah keadaan tidur!.
Bilamana kita tahu tidur, bererti kita tahu mati. Bilamana kita mengenal tidur, bererti kita mengenal mati. Dari ilmu tidur, mengajar kita ilmu mati. Sekarang saya mahu mengajak tuan-tuan dan puan-puan sekalian, anggaplah diri kita sekarang ini, benar-benar sudah mati!. Dari ilmu tidur, ianya telah berjaya membawa kita kepada mengenal erti mati!.
Sebenarnya kita sekarang ini sedang tidur dan sedang mati. Hanya mereka-mereka yang mengenal Allah sahaja yang benar-benar hidup dalam berkeadaan jaga.Hidup sesudah mati itu, adalah sebenar-benar kehidupan yang tidak akan merasai mati sesudahnya. Itulah yang dikatakan melalui Hadis "mati sebelum mati" (Mutu kablaan tamautu).
Matikan diri sebelum mati itulah, yang dikatakan sebenar-benar mati. Mati berpisah nyawa dari badan itu, adalah mati kepastian manakala mati sebelum mati itu, adalah mati kemestian. Oleh itu, kita mesti mematian diri sebelum datangnya mati kepastian. Setelah kita mati, apa yang ada pada diri kita?.Sekarang saya mahu mengajak tuan-tuan dan puan-puan benar-benar merasai mati.
Saya mahu tuan-tuan beranggapan yang diri tuan-tuan sudah mati, yang sekarang sedang berada diperbaringan. Anggaplah diri tuan-tuan sekarang sedang terbujur kaku, dikelilingi oleh anak isteri yang sedang menangis meratap pemergian kita pulang kerahmatullah. Sekejab lagi ada orang yang akan datang untuk memandi dan kemudian akan memakaikan kita dengan kain kafan. Sekarang tuan telah terbujur kaku dan sedang menunggu untuk dikebumikan kedalam kubur.
Sebelum Malaikat Mungkar dan Nangkir datang menyoal tuan-tuan, terlebih dahulu saya ingin menyoal satu persoalan. Manakah sebenar-benarnya diri tuan-tuan?. Dulunya tuan-tuan gunakan anggota tangan bagi menunjukkan gagah, mengunakan kaki bagi menunjukkan kuat, menggunakan mulut bagi menunujkan pintar dan menggunakan akal bagi menunjukkan pandai.
Sekarang bilamana diri sudah terbujur kaku diperbaringan, kemana perginya gagah, kemana perginya kuat, kemana perginya pintar dan kemana perginya paindai?. Apakah yang tuan-tuan miliki sebenarnya dikala ini?. Setelah kita mengenal tidur, bererti kita telah mengenal mati. Sekarang kita sedang berada diambang kematian. Apa bekalan yang akan tuan-tuan bawa untuk diri?, setelah segalanya kita tinggalkan, dimana diri!.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah dan yang saya kasihi sekalian. Saya merayu dengan rasa sebenar-benar rendah diri, kepada tuan-tuan sekalian, sementara nyawa masih dikandung badan, marilah kita sama-sama belajar mengenal diri dan sama-sama belajar menganal Allah dengan nyata!.
Cukup-cukuplah belajar ilmu feqah dan cukup-cukuplah belajar ilmu syariaat!. Sudah terlalu lama tuan-tuan belajar ilmu feqah, bermula daripada kelas KAFA (se usia enam tahun) sampai sekarang, taun-tuan sudah berumur sebaya enam puloh tahun, apakah tuan-tuan masih mencari-cari atau meraba-raba ilmu feqah?. Seusia sekarang , berapa lama lagikah tuan-tuan mahu menghabiskan usia tua dengan pelajaran ilmu feqah?.
Berapa lagikah masanya untuk tuan-tuan belajar ilmu hakikat?. Sedangkan antara ilmu feqah (syariiat) dan ilmu hakikat (makrifat) itu, adalah sama-sama fardhu ain atau sama-sama wajib!. Kenapa wajib belajar ilmu feqah sedari umur enam tahun sedangkan seusia enam puloh tahun ilmu hakikat masih belum datang wajibnya dan belum datang fardhunya?. Nak tunggu bila?…………………………
Marilah kita belajar ilmu tidur, dengan perkara tidur, ianya membawa kita mengenal ilmu mati. Dengan perkara mati, ianya membawa kita kepada ilmu mengenal diri. Dengan perkara diri, wajib dengan sendirnya membawa kita mengenal akan Allah swt. Itu sebabnya saya bawa usul tidur, usul mati, usul diri supaya dengan usul-usul tersebut, ianya membawa tuan-tuan menaiki tangga-tangga ilmu dengan tertib.
Dengan mendaki anak-anak tangga itu, boleh membawa tuan-tuan dan puan-puan berjaya sampai kepada ilmu mengenal Allah dengan teratur dan berfatonah.Supaya pendekatan ilmu itu tersusun cantik, mudah difaham dan senang dimengerti oleh segenap lapisan umur.
Hanya melalui perkara tidur, sekarang kita sudah berjaya mengenal sebenar-benar diri. Sebenar-benar diri itu, tidak ada. Bilamana diri tidak ada, siapakah yang ada?. Bilamana diri sudah tidak ada, yang ada itu hanya Allah."Kini kita sudah mengenal Allah!".=====================================================================================================================
KAEDAH KETIGA MENGENAL ALLAH
Kaedah: "Syuhudul wahdah fil kasraf" (pandang yang satu kepada yang banyak)Kaedah pertama ilmu mengenal Allah itu, bermula dari tahap anak tangga yang paling bawah sehingga sampai kepada tahap anak tangga yang paling terkebawah. Manaka kaedah kedua dalam mempelajari ilmu mengenal Allah itu, kita dikehendaki mengambil pendekatan bermula dari anak tangga bawah (kelima) kepada anak tangga keatas (pertama).
1)Tahap pertama, kita bermula mengenal Allah itu, adalah melalui pelajaran ilmu mengenal Allah dengan Allah.
2)Tahap kedua mengenal Allah itu, adalah mengenal Allah melalui diri.
3) Tahap ketiga mengenal Allah itu, adalah melalui mati.
4) Tahap keempat mengenal Allah itu, adalah melalui tidur dan
5) tahap kelima mengenal Allah itu, adalah melalui penyerahan diri.
Seumpama kita melihat tumbuhnya pohon yang bermula dari benih yang kosong yang membawa tumbuhnya sampai kepada pucut. Kaedah: "syuhudul kasraf fil wahdah" (pandang yang banyak kepada yang satu)
Manakala kedua, kita dikehendaki bermula dari tahap paling atas, sehingga kepada tahap yang paling bawah. Iaitu bermula dari pelajaran ilmu mengenal penyerahan diri, mengenal tidur, mengenal mati, mengenal diri dan seterusnya kita akan sampai kepada tahap mengenal Allah Taala. Sebagaimana Hadis "Syuhudul wahdah fil kasyraf, syuhudul kasraf fil wahdah" (pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banya kepada yang satu). Mari kita belajar ilmu ini degan tertib, fatonah dan bersungguh-sungguh. Untuk itu, mari saya ajak tuan-tuan, kita bermula belajar dari tahap atas kebawah dan ulang balik dari tahap bawah keatas. Mari kita mengenal Allah melalui kaedah dari bawah keatas!
1) Pertama; Mengenal Allah melalu penyerahan diri.
Arwah Tok Kenali, selalu berpesan kepada ayahanda saya dan ayahanda saya pula berpesan kepasa saya. Bilamana kita membaca atau belajar sesuatu ilmu, ilmu itu hendaklah menjurus kepada diri, hendaklah diletak atau dirujuk kepada diri. Hendaklah kita tafsirkan segala ilmu keatas diri kita sendiri.
Setelah segala ilmu itu diletak atau ditafsir keatas diri kita, hendaklah pula diri kita itu, diserah semula atau dipulangkan kembali kepada Allah. Bilamana kita mencari ilmu didalam kitab, samaada kitab Al-Quraan mahupun kitab-kitab makrifat, kita dikehendaki mentafsirkan segala ilmu itu kepada diri kita sendiri. Hendaklah selepas kita tafsir segala ilmu itu atas diri kita, kemudian hendaklah dipulangkan atau hendaklah dikembakli semula diri itu, kepada Allah !.
Jangan sampai terlihat adanya diri, itulah petua atau syarat belajar ilmu makrifat!
Untuk mengenal Allah melalui Allah itu, dikatakan pelajaran jauh, dalam, payah atau tinggi. Untuk itu mari kita ambil pendekatan mengenal Allah melalui penyerahan diri. Melalui tangga kelima iaitu tangga mengenal Allah melalui penyerahan diri, dikatakan tangga pelajaran yang paling kebawah dan paling rendah. Mari kita belajar mengenal Allah melalui pelajaran yang paling, asa, rendah dan bawah, iaitu mengenal Allah melalui penyerahan diri.Bilamana pancaindera telah diserah dan telah dikembali segalanya kepada Allah, apakah lagi yang tertinggal, yang terbaki dan tersisa atas diri kita?. Cuba tuan jawab sekali lagi pertanyaan saya ini atau sudi kiranya tuan-tuan senaraikan atas kertas kosong, apakah yang tersisa atau yang tertinggal atas diri kita?.
Dikehendaki menyerah diri kepada Allah itu, dalam bentuk empat pertkara.
1) Pertama hendaklah kita kembali atau menyerahkan kepada Allah Taala, akan panggilan sekalian yang berbentuk nama.
2) Kedua hendaklah dikembali atau menyerahkan kepada Allah Taala, akan bentuk sekalian yang berbentuk sifat.3) Ketiga hendaklah meyerah atau megembalikan kepada Allah Taala, akan kelakuan yang berbentuk Afaal.4) Keempat hendaklah menyerah atau mengembalikan kepada Allah Taala, akan batin yang berbentuk zat.Setelah keempat-empat itu dikembalikan atau diserahkan semula kepada Allah, apakah lagi yang tertinggal, terbaki dan tersisa atas kita?.
Mata beserta penglihatan. hidung beserta nafas, mulut beserta perkataan, telinga beserta pendengaran, tangan beserta kuat, kaki beserta gagah dan perut beserta rasa telah kita serah kembali kepada tuannya yang empunya asal, apakah lagi yang ada pada kita?. Yang tinggal atas kita hanya kosong!.Mulai hari ini, kenallah kita akan diri kita.
Diri kita yang sebenar-benar diri itu, adalah tidak ada!. Diri yang sebenar ada itu, adalah hanya Allah Taala. Allah Taalalah diri yang sebenar-benar ada!. Inilah pelajaran yang dapat kita kutip dari ilmu mengenal Allah melalui penyerahan diri. Setelah kita mengenal ilmu penyerahan diri, mari kita panjat naik lagi kepada tinggkatan anak tangga yang keempat itu, mengenal Allah melalui tidur.
Dengan berbekalkan pelajaran menyerah diri, maka kenallah kita akan diri kita, diri kita yang sebenarnya tidak ada. Setelah diri kita tidak ada , tentunya yang ada itu, hanya sifat Allah. Dengan ini, kenallah kita akan Allah Taala. Kenal Allah Taala itu, setelah ketidak beradaan diri!. Selagi adanya diri kita, selagi itulah kita tidak akan dapat mengenal Allah. Mengenal Allah itu, adalah setelah ketiadaan diri. Setelah ketiadaan diri (sifat keakuan), barulah Allah itu nyata dan dapat dinyatakan keberadaanNya.
Jika masih ada sifat diri dan jika masih ada sifat "aku", selagi itulah kita tidak akan dapt menyatakan adanya Allah Taala. kita masih mengaku yang kuat itu aku, yang gagah itu aku, yang kaya itu aku, yang besar itu aku dan yang melihat itu aku, yang mendengar itu aku, yang hidup itu aku dan yanng wujud itu aku!. Selagi masih kelihatan keberadaan diri, selagi itulah sifat keakuan itu timbul. Setelah berjaya kita menengelam atau mengkaramkan keberadaan diri, maka yang timbul itu nanti adalah keyataan Allah, Allah, Allah ………………………………….dengan seyata-nyata dan seia-iaNya.
Tidak akan ada yang lain selain Allah. Allah nyata setelah tidak nyatanya diri. Inilah yang dierti, yang dimaksud atau yang fahamkan melalui konsep penyerahan diri Tok kenali. Setelah kita tahu erti penyerahan, barulah kita boleh tahu apa itu tidur. Bahawa tidur ertinya berserah diri kepada Allah.
2) Kedua; Mengenal Allah melalui perkara tidur.Pada peringkat awal pengajian ilmu mengenal Allah, kita bermula pelajaran mengenal Allah dari anak tangga teratas kepada anak tangga terkebawah. Setelah cara itu gagal menemukan kita dengan jalan mengenal Allah. Kini mari saya mengajak tuan-tuan berpatah balik daripada pelajaran yang bermula dari anak tangga bawah keatas.. Mari kita berpatah balik, bermula dengan pelajaran kelima kepada pelajaran nomber satu.
Pelajaran peringkat kelima mengajar kita mengenal penyerahan diri, manakala pelajaran ketiga mengajar kita perkara mati. Sesudah mengenal pelajaran tidur, mari kita berbalik kepada pelajaran mati.Sekiranya tidur mengajar kita menyerah diri kepada Allah, bermakna perkara mati juga mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah Taala.
Perkara tidur dan perkara mati itu, adalah perkara yang membawa pengertian yang sama . Perkara tidur dan perkara mati itu, seumpama saudara kembar (adik beradik) Sebagaimana Hadis mengatakan yang bahawasanya "tidakkah tidur itu, saudarnya mati". Bilamana kita kenal adik, pastinya kita kenal abang. Begitu juga dengan perkara mati. Bilamana kita mengenal tidur, dengan sendirinya kita mengenal mati.
3) Ketiga; Mengenal Allah melalui mati.Tidur mengajar kita berserah diri kepada Allah manakala mati juga mengajar kita menyerah diri kepada Allah. Cuba tuan-tuan lihat mayat yang terbujur kaku!. Apa yang ada pada sisi mayat bilamana mati?. Bilamana kita mati, segala harta benda, wang kekayaan atau anak isteri, semuanya tidak lagi boleh digunakan. Ada tangan, tangan menjadi kaku, dimana perginya kekuatan tangan?. Ada mulut, mulut menjadi bisu, kemana perginya kepetehan bercakap dahulunya?. Mati mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah.
Bilamana tidur mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah, mati juga mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah. Kedua-dua perkara tidur dan mati mengajar kita berserah diri kepada Allah Taala. Untuk mengnenal Allah, kkita hendaklah belajar erti tidur dan erti mati. Sekarang kita sudah tahu apa itu mati dan apa itu tidur. Setelah kita tahu erti mati dan erti tidur, mari kita kembali kerpada pelajaran kedua. Pelajaran kedua mengajak kita mengenal Allah melalui diri.Kita mengaji dan megkaji pelajaran mati, adalah bertujuan untuk mengenal diri.
Dengan pelajaran ilmu mengenal diri itulah juga nantinya, kita akan dapat mengenal Allah. Pelajaran-pelajaran kita yang telah lalu diatas, mengajar kita apakah itu erti mati. Setelah kita mengenal erti mati dalam pelajaran pada anak tangga keempat, tibalah masanya untuk kita menuju kepada pelajaran anak tangga yang kedua, iaitu mengenal diri. Dengan pelajaran mengenal diri itu, akan membawa kita kepada ilmu mengenal Allah, yang menjadi cita-ciata atau tujuan utama kita.Baiklah, saya bermohon kepada tuan-tuan semua agar berhenti membaca buat seketika.
Mari kita sama-sama memejamkan kedua-dua belah mata dengan kedua-dua belah tangan letak diatas paha, mari kita sama-sama bermohon kepada Allah swt, agar dibuka akan pintu hati kita, untuk memahami ilmu ini. Tanpa izin Allah, ilmu ini tidak sekali-kali akan terbuka!. Untuk itu, mari kita sama-sama bermunajat kepada Allah swt, agar dibuka akan pintu hati kita, agar dapat menerima titah ilmu rahsia ini, dengan mudah supaya ianya melekat, terukir dan terpahat didalam lubuk hati dan jantung kalbu.
Setelah kita minta keizinan Allah, barulah ilmu yang akan kita timba nanti, mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah swt.Mati mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah. Bilamana kita mati, segala-galanya tidak lagi kita miliki, semuanya telah dipulang kembali kepada Allah. Allahlah selaku tuan yang empunya segala-galanya (termasuk diri kita). Setelah kita benar-benar faham apa itu mati, mari kita hubung kaitkannya dengan diri. Siapakah sebenar-sebenarnya diri kita?.
Sebenar-benar diri kita itu, adalah tidak ada (mati). Sebagaimana mati, sebegitulah diri. Bilamana mati, kita telah tidak lagi punya apa-apa. Sebegitu juga dengan pengertian mengenal diri. Setelah kita sebenar-benar mengenal diri, diri akan menjadi sebagaimana mati.
Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, manakah yang dikatakan anggota tangan tuan-tuan, mana mulut, mata, kaki, telinga, gagah, kuat, cantik dan sebagainya?. manakah angggota itu semua, siapakah ttuan yang empunya sebagai pemiliknya?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya. Siapakah pemilik atau siapakah yang empunya anggota kita?.
Setelah kita mengenal mati dan setelah kita mengenal diri, apa adakah lagi sifat diri kita?. Tidakkah semuanya telah menjadi milik Allah?. Setelah segalanya milik Allah dan kepunyaan Allah, mana yang dikatakan kita?. Setelah kita mengenal ilmu diri, diri kita itu, telah menjadi seumpama mati.
Bilamana mati, bererti kita telah tidak ada. Sebagai mana tidak adanya diri kita dikala mati, sebegitu jugalah pengertian hidup kita sekarang ini. Sekarang ini, masa ini, saat ini dan diketika ini, sebenar-benar diri kita itu, sudah mati. Itulah yanng dinyatakan didalam Hadis "Matikan diri kamu sebelum kamu lati" (Mutu kablaan taumautu".
Sebenar-benar diri kita itu, tidak ada!. Cuba sekali lagi tuan-tuan lihat pada sifat anggota tangan, sesunggguhnya sifat anggota tangan kita itu, adalah milik kepunyaan Allah, bukannya milik kita!. Cuba tuan-tuan lihat, pandangn dan tilik pula kepada bahagian anggota-anggota lain, manakah yang dikatakan menjadi milik kita?. Ternyata segala dan semuanya bukan kepunyaan kita, segala dan semuanya adalah milik dan kepunyaan Allah Taala.
Tidak ada satu anggotapun, biar ianya sebesar zarah, melainkan segalanya adalah milik Allah. Kita atau diri kita sebenar-benarnya, tidak ada dan tidak memiliki apa-apa!. Kita sebenarnya sudah dan telahpun mati!. Setelah kita mengenal apa itu perkara mati, maka kenallah kita akan siapakah sebenarnya diri. Mari kita sama-sama belajar perkara mengenal diri, agar dengan belajar ilmu mengenal diri, kita akan dibawa kepada mengenal Allah Taala.
4) Kempat; Mengenal Allah melalui diri.Inilah pelajaran terakhir dalam ilmu mengenal Allah Taala. Setelah kita mengenal diri, sudah denngan pasti dan sudah dengan wajib, kita akan dapat mengenal Allah dengan tepat, jitu, pasti dan benar lagi nyata.Sebelum kita menuntut ilmu mengenal Allah (makrifat), terlebih dahulu hendaklah tuan-tuan dan puan-puan mengenal diri melalui diri sendiri.
Barang siapa mengenal diri dengan rata, maka mengenallah ia akan Allah dengan nyata. Kiranya kita tidak mengenal diri, masakan dapat mengenal Allah. Mengenal Allah itu, adalah setelah benar-benar mengenal diri!. Bagi yang berhajat untuk mengenal diri pula, hendaklah dibinasakan diri, dikemballi dan dipulangkan semula diri kepada Allah termasuk diri zahir dan diri batin (roh) kepada Allah Taala.
Setelah segala-galanya tidak ada, telah tertanggal, telah terbuang dan telah tersingkir dari sifat keakuan (aku). maka yang terzahir, ternampak, terpandang dan yang terang jelas lagi nyata itu, itulah Allah swt.5) Kelima; Mengenal Allah melalui penyerahan.Kita hendaklah belajar ilmu makrifat itu, sehingga sampai kepada tahap sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak diserah.
Selagi ada perkara yang hendak diserah, itu bererti tuan-tuan belum habis mengenal diri. Mengenal diri itu, adalah sehingga tidak ada lagi perkara atau sudah tidak ada lagi benda yang hendak dikembalikan kepada Allah. Setelah tidak adanya perkataan "aku", maka akan hilanglah penyerahan. Selagi ada perkataan "aku" selagi itulah belum sampai kepada tahap penyerahan diri!.Mengenal Allah melalui penyerahan itu, adalah tahap ilmu yang sudah sampai kepada tahap sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak diserah, itulah sebenar-benar penyerahan.
Apakah lagi yang hendak kita serah, sedangkan diri kita sendiripun sebenarnya tidak ada!. Sesudah sampai kepada tahap ini, maka itulah sebenar-benar ilmu mengenal diri dan sebenar-benar ilmu menyerah diri. Inilah yang dikatakan ilmu makrifat!.Jalan ini adalah jalan pelik. Jalan bilamana ada, kita tidak dipeduli orang. Bilamana adanya kenduiri kendara, kita tidak diundang. Bilamana kita tidak ada (hiloang), kita tidak dicari orang.
Bilaman berbicara, tidak diindah orang, inilah jalan yang ditempuhi oleh orang-orang makrifat. Jalan orang makrifat itu, adalah jalan cacian dan jalan tomohan orang!. Cuba tuan-tuan lilhat, perhati dan tengok dengan mata kepada sendiri. Siapakah dikalangan kita yang sanggup mengajar ilmu makrifat?. Jika adapun dua tiga kerat yang cuba-cuba mengajar ilmu makrifat, ada sahaja mulut-mulut sumbang. Yang mengatakan ilmu sesat, ilmu salah, ilmu terpesong dan berbagai-bagai tomohan yang membuatkan tidak ada orang yang berani membuka ilmu ini, melainkan siapa yang sanggup pertaruhkan nyawa.
Dalam memperjuangkan ilmu makrifat, pertaruhannya adalah nyawa, siapa yang berani bermain permainan ini, itulah sebenar-benar penglima dan pahlawan Allah, pejuang bangsa, pejuang agama dan pejuang Islam sebenar. Biarpun kita tidak diberi darjah kebesaran oleh pemerintah dunia, namun kita akan mendapat anugerah kebesaran dari tangan Allah swt sendiri.Jika kita berada pada jalan yang lurus, apa yang hendak ditakuti. Orang makrifat itu, adalah orang yang tidak ada erti takut dan tidak ada erti gentar, melainkan hanya kepada Allah mereka berserah diri.
Ayuh sahabat-sahabatku, kita sama-sama perjuankan ilmu makrifat!. Ilmu makrifat itu, adalah satu ilmu yang fardhu (wajib). Wajib atas kita bagi setiap umat yang beragama Islam itu, meperjuankannya!.Kenapa ramai orang yang hanya sanggup memperjuangkan habis-habisan ilmu feqah atau ilmu syariaat. Kenapa tidak ada orang yang berani memperjuangkan ilmu makrifat?. Apakah ilmu makrifat itu bukan ilmu?. Cuba jawab pertanyaan saya!. Dimasjid, disurau, diakhbar-akhbar, disekolah, dipondok, dipusat pengajian tinggi sekarang, hanya mempelajari dan hanya memperjuangkan ilmu syariaat. Kemana hilangnya ilmu makrifat.
Apakah ilmu makrifat itu bukan fardhu?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya dengan sejujur-jujurnya. Apakah ilmu makrifat itu bukan ilmu?, bukan fardhu? dan apakah ilmu makrifat itu bukan wajib?.Kiranya ilmu makrifat itu, wajib atau fardhu, kenapa tidak diajar?. Mana perginya mereka-mereka yang bergelar ulamak, yang bergelar ustaz, yang bergelar kiyai, yang bergelar guru dan yang bergelar pendakwah?. Kenapa tidak diajar?, kenapa tidak diajar dan kenapa tidak diajar?.
Cuba tuan-tuan dan puan-puan jawab pertanyaan saya!.Kepada mereka-mereka yang mengamalkan ilmu makrifat, ayuh mari beserta saya, kita perjuangkan ilmu makrifat, sekalipun pertaruhannya adalah nyawa Dalam mamperjuangkan ilmu Allah itu, pertaruhannya adalah nyawa. Demi agama Allah dan demi Allah Tuhan yang Esa, saya pertaruhkan nyawa saya kepada tuan-tuan untuk menghukumnya."Hukumlah saya kiranya saya didapati salah dan kiranya saya didapati tidak benar!".
Adapun ilmu makrifat itu, adalah salah satu cabang ilmu yang tertinggi dari empat cabang ilmu. Ilmu di dalam Islam itu, terbahagi kepada empat bahagian atau empat cabang. Pertamanya ilmu syariaat, keduanya ilmu torikat, ketiganya ilmu hakikat dan kempatnya adalah cabang ilmu yang tertinggi, iaitu ilmu makrifat.
Keempat-empat cabang ilmu itu, adalah ilmu yang difardukan iaitu ilmu fardhu ain atau ilmu yang wajib. Wajib dituntut oleh segenaplapisan umat manusia yang bergelar ulamak, ustaz, penceramah, pensyarah, pendakwah atau guru-guru yang mengajar ilmu makrifat?.Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya secara jujur?. Kemana hilang atau terkuburnya ilmu makrifat yang dikatakan tertinggi itu?. Siapa yang sanggup menanggung tanggungjawab ini? .
Kerana apa, terkuburnya ilmu makrifat?, terkubur ilmu makrifat itu, adalah kerana terfitnah oleh tangan-tangan nakal golongan ahli feqah. Yang selalu memandang serung akan ilmu makrifat atas dasar kurang berkemahiran dalam bidang ini, lalu menuduh dan menfitnahnya dengan tuduhan yang kejam. Itulah makanya Abu Khurairah mengatakan bahawa " aku menerima dua bejana ilmu dari Baginda Rasulrullah, satu bejana boleh aku haburkan kepada halayak ramai dan satu bejana lagi kiranya aku habur, melainkan kepada aku akan kena potong".
Bagi yang mendapat petunjuk Allah Taala, yang keji itulah ilmu yang terpuji dan yang caci itulah ilmu yang dicari. Untuk itu, bagi mendalami ilmu yang terpinggir dan terkubur ini. Harus kuburkan terlebih dahulu sifat dengki, cemburu, busuk hati, khianat, iri hati, busuk hati, penipu, pendusta, berburuk sangka dan sebagainya, barulah boleh menjurus kepada ilmu makrifat. Ingatlah dimanakah lagi untuk kita mendalami ilmu ini, selain kitab peninggalan Tok Kenali!.
Berbalik kepada tajuk kita yang kelima, iaitu mengenal Allah melalui ilmu penyerahan diri. Ingin saya mengajak tuan-tuan, agar bersama-samalah kita semua berpakat-pakat berserah diri kepada Allah.
Cukup-cukuplah mengejar pahala dan cukup-cukuplah mengejar syurga. Sesungguhnya pahala dan syurga itu milik Allah. Syurga dan pahala itu bukan milik kita, ianya adalah milik Allah. Akan diberi Allah kepada seiapa yang dikehendakinya. Pahala atau syurga itu, bukan dari kerana amal ibadat yang kita kerjakan!. Pahala dan syurga itu, adalah datangnya dari rahmat Allah, bukan datangnya dari kerana amal kita!.
Ingat itu, ingat itu dan ingat itu!……………………………Marilah kita bersama-sama saya, kita berpakat-pakat sama-sama mencari keredaan Allah melaluipenyerahan segala sifat, segala nama, segala afaal dan segala zat kepada Allah Taala. Kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa. Kita tidak boleh berdiri untuk beribadat, kiranya tidak diberi Allah akan tenaga.
Tenaga gagah atau tenaga kuat untuk dirikan ibadat itu, bukan datangnya dari kerana makan nasi. Ianya adalah datangnya dari Allah Taala. Ibadah itu sendiri, adalah datangnya dari Allah, kenapa pula kita yang mendapat upah syurga atau upah pahala?. Cuba jawab pertanyaan saya dengan jujur dan dengan ikhlas. Patutkah kita mendapat habuan hasil dari pekerjaan orang?.Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya ?.
Sembahyang, puasa, zukir, zakat, fitrah, haji, syahadah dan segalanya itu dari milik siapa?. Apakah ibadah itu milik kita?. Sekira semuanya sudah menjadi hak milik kita, buat apa lagi beribadah ?. Sekira semuanya sudah menjadi hak milik kita, tidak perlulah lagi susah payah kita kerjakan ibadah, sekiranya semuanya itu sudah jadi milik kita!.
Kiranya pengajian makrifat kita itu sudah putus dan sudah sampai penamat (penghujung), kita tidak lagi berangapan yang beribadat itu kita!. Kan diri kita sudah mati, sudah binasa dan sudah terserah kepada Allah, mana lagi ada diri untuk mengerjakan ibadah. Ibadah kita itu, sesungguhnya datang dari Allah dan tidak pula dituju kepada sesiapa-siapa, melainkan kembalinya pula semula kepada Allah.
Allah yang awal dan berakhirpun juga hendaklah Allah!. Kita tidak ada apa-apa, kita tidak milik apa dan kita tidak punya apa-apa!,Kiranya kita sudah tidak punya apa-apa, apakah yang kita punya?. yang kita punya itu, adalah hanya Allah, hanya Allah , hanya Allah!. Inilah tahap pengajian ilmu makrifat melalui mengenal Allah dengan Allah!. Kita kenal Allah dengan Allah, kita ingat Allah dengan Allah.
Ingatnya (zikir) kita kepada Allah itu, bukan dengan sebab ada akal fikiran atau ada daya usaha diri!. Ingatkan (zikir) itupun jua dari Allah. Kiranya Allah tarik ingatan kita, digantikannya dengan sifat gila, mana mungkin kita ingat Allah!. Jangan sekali-kali mengatakan yang ingatkan Allah itu, adalah diri kita!. Kita tidak boleh ingatkan Allah tanpa Allah. Kita tidak boleh mengenal Allah melalui diri, akal, fikiran, nafsu, malaikat, iblis, Rasul, Nabi, Al-Quraan atau guru. Mengenalnya kita kepada Allah itu, adalah juga dengan Allah!.
Penghujung ilmu makrifat itu, bilamana lemah akal mengenal Allah. Mengenal Allah itu, sehingga tidak ada apa-apa lagi yang hendak dikenal, itulah sebenar-benar mengenal Allah. Jika masih ada yang hendak dikenal, bermakna ilmu tuan-tuan belum cukup lengkap dan belum cukup sempurna.
Mereka yang benar-benar berilmu makrifat (mengenal Allah) itu, adalah mereka yang tidak lagi perlu kepada dalil. Sekiranya masih mahu berdalil-dalil untuk mengenal Allah, itu adalah mereka yang belum nyata Allah!. Mereka-mereka yang masih mencari-cari Allah. Makrifat yang penuh itu, adalah makrifat yang tidak lagi perlu mencari-cari dalil untuk menyatakan Allah. Cukup Allahlah itu, dalilnya Allah. Tidak ada dalil lain selain Allah!. Allah itulah adalah Allah. Allah, seAllah-Allahnya. Dia, sedia-dianya!.Inilah kaedah mengenal Allah dengan Allah.
Jangan pula ada mulut-mulut sumbang dari ulamak feqah, yang mengatakan pengajian ini, berupa ilmu hulul atau ilmu mengaku Allah atau ilmu yang bersatu dengan Allah (wahdatul zat atau ana Al-Haq) pula!. Ulamak feqah itu, hanya pandai mencari helah, bagi menutup kejahilannya dalam ilmu makrifat dengan membuat tuduhan yang ilmu makrifat itu, salah, sesat dan bidaah. Sekiranya ada yang bercakap sedemikian, cuba tuan-tuan minta orang yang mengata sesat itu tunjukkan jalan ilmu makrifat yang tidak sesat, mana ilmu makrifat yang tidak salah dan mana ilmu makrifat yang tidak bidaah?.
Mengaji makrifat itu, bukan bertujuan untuk mengaku Allah. Bukan bertujuan untuk menjadikan diri itu keramat, bisa, kuat atau gagah. Bukan bertujuan untuk menurunkan hujan, meyembuhkan penyakit atau termakbulnya doa.
Mereka-mereka yang mencari kepentingan itu, itu bukan jalan ilmu makrifat. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang tidak mencari faedah, ilmu makrifat itu, adalah ilmu mencari kaedah, bukan mencari faedah!.
Ilmu makrifat yang berdoa sehingga boleh meyembuhkan penyakit, boleh menurunkan hujan, boleh menjadi kebal, boleh meratib sehingga teranggkat tubuh kelangit dan ilmu makrifat yang boleh tahu hajat orang sebelum diberi tahu itu, adalah tahap makrifat yang paling rendah!. Ingat kata-kata saya itu!.
Makrifat yang mencari faedah itu, adalah makrifat pada tahap yang paling rendah, paling bawah dan paling jahil!. Ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk mengaku Allah. Berilmu makrifat itu, adalah bertujuan bagi menyata, mengEsa dan menunggal atau mensatukan Allah dengan kaedah membinasakan diri (menyerah diri kepada Allah Taala).
Berilmu makrifat itu, adalah bertujuan bagi mengelakkan diri dari syirik (berduakan Allah). Tidak ada tujuan disebalik ilmu makrifat itu, melainkan Allah, Allah, Allah………………………………….Ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk mengaku Allah.
Bagaimana mungkin mengaku "aku Allah" sedangkan diri yang mengaku itupun tidak ada!. (binasa). Setelah binasanya segala diri dan setelah segala diri sudah hancur binasa, diri manakah lagi yang ada?. Setelah diri tidak ada, mana mungkin mengaku aku Allah!.
Orang yang mengaku "aku Allah" "bersatu dengan Allah" "Allah masuk dalam diri" , setelah belajar ilmu makrifat itu, adalah mereka yang belum mengenal diri dan belum mengenal Allah dan makrifat yang sedemikian itu, bukannya dari ajaran makrifat sebenar!. Tok' Kenali tidak pernah mengajar mengaku "aku Allah".
Makrifat itu, jernih, suci dan bersih dari syirik. Jika ada yang mengaku adanya diri, bermakna makrifat mereka itu, adalah makrifat yang berlipat (terbalik atau songsang). makrifat yang dibawa oleh Tuan Guru Tok' kenali, adalah makrifat yang jernih dan yang bersih dari unsur-unsur syirik dan munafik!. makrifat Tok' Kenali, adalah makrifat yang tidak mencari keuntungan atau sebarangn faedah.
Makrifat Tok' Kenali itu, bukan bertujuan mencari syurga, pahala atau ganjaran faedah dari ibadat!. Makrifat Tok' Kenali itu, adalah bertujuan menyatakan Allah. Supaya Allah itu nyata senyata-nayatanya!. Ilmu Tok' Kenalil bukan bertujuan mencari Allah. Kenapa masih ingin mencari Allah, tidakkah Allah itu nyata pada sekalian yang nyata!. Allah itu hampir dan Allah itu dekat, yang tidak lagi perlu dicari-cari!.
Sekiranya masih mencari-cari Allah, bererti tuan-tuan belum mengenal Allah. Allah pada makluman tuan itu, belum nyata dan belum jelas pada pandangan tuan, itu sebab tuan masih dalam keadaan mencari-cari Allah. Kiranya Allah itu sudah jelas dan sudah nyata pada ilmu tuan-tuan, apakah lagi yang hendak dicari barang yang sedia terhidang didepan mata!. Seumpama cincin sudah lekat dijari, apakah masih mahu mencari ?. Cari itu, adalah barang, perkara atau benda yang hilang. Bilamana barang yang tidak hilang, buat apa hendak dicari?.
Allah tidak hilang, Allah tidak tersorok dan Allah tidak terhijab, terlindung atau tertutup oleh sebarang hijab. Allah itu terang, jelas dan nyata lebih terang, lebih jelas dan lebih nyata dari cahaya matahari. Kenapa perlu dicari?, kenapa perlu dicari dan kenapa perlu dicari?. Saya mahu tuan-tuan tanya pada diri tuan-tuan sendiri?.
Bilamana diri sudah mengenal diri, binasalah diri dan dengan sendirinya ianya terpulang dan terserah kepada Allah. Diri kita diketika itu dan diketika selama-lamanya, akan hancur dan lebur. Bilamana diri itu sudah hancur dan lebur, maka yang ada itu siapa?. Yang ada itu, itulah Allah!. Allah yang menilik dirinya sendiri!.
Barulah boleh dikatakan mereka yang bermakrifat dengan sebenar-benar makrifat kepada Allah Taala dengan sebenar-benar mengenal!. Maka jadilah diri itu tidak ada, setelah diri tidak ada, maka yang meyembah itu, adalah juga yang disembah dan yang disembah itu, adalah juga yang menyembah!. Dari Allah kepada Allah. Dari Allah kerana Allah. Dari Allah dengan Allah dan Allah itulah Allah. Allahlah itu ia, seia-ianya. Untuk sampai kepada tahap makrifat itu, tidak ada kerana dengan satu kerana.
Melainkan Allah jua……………………………………………………………………………………………………..==================================================================================================
Penamat pengajian ilmu makrifat itu, adalah ilmu mengenal Allah dengan Allah. Segalanya datang dari Allah, kepada Allah dan beserta Allah. Tidak satupun pekerjaan itu, datangnya dari diri kita makhluk!.
Amin dari Hj Shaari
a razak ngah
arazakngah@gmail.com
arazakngah@gmail.com