Monday, September 3, 2018

CERITA PERUMPAMAAN




Cerita perumpamaan yang paling masyhur menggambarkan Jalan Sufi dan stesen-stesen yang mesti dilalui oleh seseorang murid dalam kembaranya menuju pelenyapan diri dikarang oleh pembuat minyak wangi ahli alkimia Iran bad ke 12, Fariduddin Attar. Dalam adikarya epil Attar, 'Maqammat al- Tuyur (Persidangan Burung-Burung), burung-burung di dunia berhimpun mengelilingi burug hud-hud yang telah dipilih oleh kawanan burung terbabit untuk memimpin mereka dalam kembara untuk menemui Simurgh: Raja Segala Burung.
Bagaimanapun, sebelum mereka boleh memulakan kembara, burung-burung itu mesti mengisytiharkan ketaatan mereka yang mutlak kepada hud-hud, berjanji bahawa:
Apa sahaja yang diperintahkannya, di sepanjang Jalan Kami wajib, tanpa kedegilan, taat
Hud-Hud menjelaskan, sumpah itu adalah perlu kerana kembara itu berbahaya dan dipenuhi ranjau jasmani dan emosi, dan hanya ia yang mengetahui Jalan itu. Justeru itu, ia mesti diikuti tanpa soal, tidak kira apa pun pemintaannya.
Untuk sampai kepada Simurgh, burung-burung mesti merentasi tujuh lembah berbahaya, setiap satu mewakili satu stesen di sepanjang Jalan.
Pertama ialah LEMBAH PENCARIAN, di sini burung mesti "menyingkirkan dunia" dan bertaubat atas dosa mereka. Ini diikuti dengan
LEMBAH CINTA, di sini setiap burung akan 'direjam ke laut api sehingga ujudnya sendiri terbakar'.
Berikutnya LEMBAH MISTERI, di sininsetiap burung mesti mengambil jalan berbeza, kerana "Terdapat begitu banyak jalan, dan satunya layak/Buat penziarah berkenaan yang mesti mengikutinya.
Di LEMBAH PEMISAHAN segala dakwaam, "segala ghairah terhadap makna lenyap," 
manakala di LEMBAH PENYATUAN, yang banyak bergabung menjadi satu: 'Ketunggalan bagi kepelbagaian/Bukan ketunggalan yang terkunci dalam kemufradan.
"Setibanya di lembah keenam , LEMBAH KEBINGUNGAN, burung-burung - letih dan kebingungan - memecahkan selubung keduaan tradisional dan tiba-tiba berhadapan dengan kekosongan wujud mereka. "Aku tidak lagi memiliki ilmu yang pasti," mereka teresak-esak kekeliruan.Aku meragui keraguanku, keraguanku sendiri tidak pastiAku cinta, tetapi buat siapakah aku mengeluh?
Bukan Muslim, namun bukan juga penyembah berhala; siapakah aku??? Akhirnya, di penghujung perjalanan, burung-burung itu tiba di LEMBAH KEHAMPAAN, di sini ego mereka dilondehkan, mereka "memakai jubah yang menandakan ketidaksedaran" dan dimamah oleh ruh alam semesta. Hanya setelah semua tujuh lembah telah direntasi, setelah burung-burung itu belajar untuk "memusnahkan gunung Diri" dan "meninggalkan akal demi cinta," barulah mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke singgahsana Simurgh.
Daripada beribu-ribu burung yang memulakan kembara dengan hud-hud, hanya tiga puluh yang berjaya sampai ke penghujung.
Dengan "hati yang tiada berharapan dan kepak yang tercabik-cabik dan lemah", tiga puluh burung ini dibawa menghadap Simurgh. Namun apabila akhirnya mereka memandangnya, mereka terperanjat melihat ia bukan Raja Burung seperti yang pernah mereka jangka, tetapi DIRI MEREKA SENDIRI. SIMURGH ialah perkataan Parsi untuk "tiga puluh burung"; dan di sini, di penghujung Jalan, burung-burung itu berdepan dengan realiti bahawa walaupun mereka telah "berusaha, merayau-rayau, mengembara jauh," "mereka sendirilah yang mereka cari" dan "mereka sendiri adalah mereka.
"AKU ADALAH CERMIN YANG DILETAKKAN DI DEPAN MATAMU," KATA SI MURGH. "DAN SEMUA YANG DATANG DI HADAPAN KEHEBATANKU MELIHAT MEREKA SENDIRI, HAKIKAT MEREKA SENDIRI YANG TERSENDIRI.
Suka ·  · Ikuti Kiriman · 19 Juli pukul 11:02