Awal Agama Ialah Mengenal Allah . Apa pula Akhir Akhir Agama itu ? Sewajarnyalah Akhir Aga Awal ma Itu Menemui Allah.
Saudara Pembaca !
Awal Awal Agama Ialah Mengenal Allah . Apa pula Akhir Akhir Agama itu ? Sewajarnyalah Akhir Agama Itu Menemui Allah.
Saya tidak pasti sama-ada ada Hadith atau Ayat Ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa Akhir Akhir Agama Itu Ialah Menemui Allah setelah Kita Dapat Mengenalnya.
Apapun terdapat banyak Ayat Ayat Al-Quran yang menjelaskan bahawa sesaorang itu dapat BERTEMU dengan Allah mengikut cara cara yang ditentukan oleh Allah sendiri dan caranya yang jelas ialah dengan PANDANGAN BATIN dan dengan MENGENAL DIRI SENDIRI.
Yang demikian Mengenal Diri itu sewajarnyalah Awalnya dan MENEMUI DIRI itu adalah akhirnya.
Jadi kita katakan bahawa tiadalah gunanya ILMU, jika kita tidak dapat menggunakannya untuk MENGENAL DIRI. Dan boleh juga kita katakan bahawa adalah sia sia kita dapat Mengenal Diri kita jika kita tidak dapat MENEMUINYA. Dan adalah perkara yang SANGAT MALANG dan SANGAT RUGI jika kita tidak dapat MENEMUI ALLAH setelah kita berjaya Menemui Diri kita.
Barangkali inilah yang sewajarnya menjadi MATLAMAT AKHIR atau THE ULTIMATE OBJECTIVES kita menuntut Ilmu apatah lagi ILMU MENGENAL DIRI .
Iaitu kita wajib belajar Mengenal Diri agar Diri itu dapat kita TEMUI dan akhirnya sebagai SifatNya Diri itu sebagai bahagian Yang Ghaib kita dapat pula DIRI itu, membawa kita MENEMUI ALLAH TUHAN kita YANG MAHA GHAIB itu.
Barangkali inilah maksud Hadith : Wa Man Arafa Rabbahu Fasadal Jasad – Sesiapa Yang Mengenal Tuhannya maka binasalah JasadNya.
Pokoknya ialah JASAD atau BADAN itu wajarlah diBINASAKAN dahulu agar YANG BATIN itu WUJUD ESA DENGAN ALLAH, dapat berkuasa sepenuhnya dalam ertikata menguasai segala-galanya mengikut KETENTUAN TUHANNYA.
Soalnya ialah bagaimanakah caranya kita dapat mengenal dan menemui DIRI kita itu ? Maka sewjarnyalah kita menghalusi maksud Hadith Baginda Nabi Muhammad : BERTAFAKUR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARI BERIBADAH SELAMA 70 TAHUN. Bagaimanakah caranya kita bertafakkur itu ?
Cara Bertaffkur dan CARA UNTUK MENEMUI DIRI dan TUHAN inilah yang ditumpukan oleh Dr Bagindo Muchtar dalam buku yang anda akan baca ini. Maka wajarlah anda BERSYUKUR kepada Allah dan berterima-kasih kepada Dr Bagindo Muchtar kerana selain buku ini saya belum pernah terjumpa mana mana buku dan kitab yang menunjukkan cara caranya MENEMUI DIRI sejelas buku Dr Bagindo Muchtar ini.
Semuga anda sebagai pembaca akan menemui Diri anda sendiri dan menikmati erti kehidupan sebenar melalui cara cara Dr Bagindo Muchtar, kerana bagi Dr Bagindo Muchtar cara cara kehidupan yang kita jalani selama ini adalah cara cara kehidupan yang salah dan merugikan. Kita perlu mencari jalan CARA KEHIDUPAN BARU dengan menyerahkan segala urusan kehidupan kepada DIRI yang telah ditemui itu.
Semuga Allah memeberi Taufik dan HidayahNya kepada kita semua. Bersyukur kita kepada Allah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Bagindo Muchtar ( yang pada pendapat penyalin barangkali dia jugalah yang menamakan dirinya Professor Dr Muchtar Lintang pengasas silat NASRUL HAQ. ) Terima ksih kita juga kepada anak muda yang telah memulangkan semula buku Dr Bagindo Muchtar ini kepada penyalin.
Walllahhualam, salam takzim dan selamat membaca.
Ikhlas dari,
Al – Fakir Abdillah Abdullah Al – Gemasi