Kau yang terbitnya dari AKU dan AKU yang datangnya dari sana kini telah menjadi DIRI padamu. Memerintah alam badan diri dengan sendirinya dan inilah yang ku katakan ianya berdiri dengan sendiri atau dalam bahasa lainnya dia digelarkan QIAMUHU BINAPSIHI.
Diri yang berdiri sendiri inilah yang memilikki dan mempunyai sumber kekuatan dan daya tenaga yang datang dari Allah atau tenaga QUDRATULLAH. Ianya merupakan diri yang hidup lagi menghidupkan kerana ia datangnya dari Yang Maha Hidup.
Ianya melakukan kerja-kerja dengan sendiri dan secara teratur dalam mentadbir dan memberi kehidupan pada badan diri sendiri. Diri yang berdiri sendiri inilah yang memiliki segala sumber dan keperluan bagi badan luar dan dalam.
Kau yang tidak pernah mengambil tahu akan keberadaanku padamu sedangkan aku yang berdiri ini ada padamu. Cuba kau perhatikan kedalam badan dirimu. Perhatikanlah akan kehidupan dalam-mu naik turun nya nafas itu cuba kau perhatikan dengan saksama siapakah dia itu?
AKU adalah DIRI-mu dan akulah yang menjadi TUAN padamu. Apa yang ada padamu itu Aku yang jaga dan Akulah yang mengawalnya. Kalau kau mahu tahu Aku yang berdiri sendiri ini adalah KETUHANAN yang hadir dari Rahman dan Rahim Tuhan dari Alam Zat Yang Maha Suci.