ZUK (ZAUK)
Zuk dalam pengertian istilah makrifat, adalah membawa erti "rasa" atau "rahsia kebatinan". Dalam bahasa mudah, zuk itu ertinya asyik!.
APAKAH RASA ZUK ITU BOLEH DIKONGSI DENGAN ORANG LAIN?
Ilmu rasa atau zuk itu, tidak dapat dikongsi dengan orang lain. Zuk itu, adalah rasa, sesuatu rasa yang luar biasa (merasai sesuatu keindahan diluar dari kebiasaan), yang tidak dapat dirasai dan tidak dapat dikongsi dengan orang lain.Perkara rasa, adalah perkara yang tidak sekali-kali boleh dibawa berkongsi dengan orang lain, seumpama pahitnya buah peria atau pahitnya pucuk betik.
Bagi Isteri saya, pucuk betik dan peria itu, tidak pahit baginya. Pada saya, pucuk betik atau peria itu teramat pahit, sehingga tidak saya gemari. Manakala pada orang lain pula, pucuk betik atau peria itu, biasa-biasa sahaja. Tiga orang, tiga rasa dan tiga pendapat. Inilah kedudukkan mengenai perkara rasa.
Contohnya seumpama buah durian bagi orang putih (orang Eropah), mereka mengatakan yang buah durian itu busuk, manakala bagi kita pula buah durian itu sedap!.
Begitu juga seumpama manisnya air gula. Manisnya air gula yang didalam satu jak air itu, tidak sama bagi sesetengaH orang. Seumpama kita buat setekur air teh, diminum oleh tiga orang. Yang seorang itu, mengatakan yang teh itu teramat manis. Seorang lagi, mengatakan yang air teh itu, teramat tawar dan bagi yang satunya mengatakan yang air teh itu seumpama manis-manis buah.
Biarpun barang yang sama, namun perkara rasa itu, tidak sama bagi seseorang.Itulah makanya Hadis Nabi ada menyebut kalimah "la Ya Zuk, Wala Ya Arif" (barang siapa yang belum menikmatinya, tidaklah mereka tahu). Yang mengatakan bahawa bagi sesiapa yang belum pernah mengalaminya, tidaklah ia beroleh tahu akan duduknya perkara!.
Perkara zuk itu, adalah suatu perkara yang tidak boleh diterjemah atau tidak boleh dibocor melalui kata-kata. Begitulah apa yang berlaku kepada mereka-mereka yang zuk dengan Allah Taala. Hanya diri sendiri sahaja yang tahu.
(SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH).ZUK BERKEHENDAK KEPADA DIRI YANG BERSIH (SUCI)(SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH).
Zuk itu, tidak sekali-kali akan dapat berlaku pada orang yang belum sampai kepada tahap "bersih hati" !. Zuk itu, hanya akan boleh berlaku kepada mereka-mereka yang sudah sampai kepada tahap "bersih hati". Maksud bersih hati itu, adalah mereka-mereka yang "mengenal diri". Selagi belum mengenal diri, selagi itulah hati tidak akan bersih. Mereka yang mengenal diri sahaja yang dapat sampai kepada tahap hati yang bersih (suci)..
Bersih hati disini adalah merujuk kepada mereka yang sudah benar-benar menyerah diri kepada Allah Taala (mengenal diri). Rahsia kebatinan atau zuk itu, akan hanya berlaku diantara makhluk dengan Khaliqnya dalam keadaan rasa!. Ingat pesan saya, zuk itu akan hanya boleh berlaku dalam keadaan setelah seseorang itu bersih hatinya dengan Allah Taala.
Zuk itu, berlaku bilamana jendela khAsyaf didalam hatinya bersih. Bilamana hati kita bersih, jendela zuk akan dengan sendirinya terbuka dan disitulah juga majlis Hadhrat Rabbul- izaati akan mendatangi hati kita dengan perasaan zuk!.Persoalannya disini, apakah perkara yang hendak dizukkan?.
Zuk itu, ertinya ingat kepada hanya Allah!. Kiranya zuk kepada perkara yang selain Allah atau kepada yang bukan bertujuan untuk ingat kepada Allah, itu bukan zuk. Zuk itu khusus atau khas kepada mereka-mereka yang hanya ingat kepada Allah!.
Zuk bukannya bererti kita tidak rasa bilamana digigit nyamuk, zuk itu bukan bererti tidak mendengar bilamana dipanggil, zuk itu bukan bererti tidak tahu hari hujan atau tidak dan zuk itu bukannya bererti tidak sedarkan diri. Kiranya zuk itu bererti tidak sedar bilamana dipanggil atau tidak rasa bilaman digigit nyamuk, itu bukan makna zuk, itu bermakna pengsan atau koma!. Sedangkan zuk itu bukan koma, pengsan atau tidak sedarkan diri!.
(SUDAH DENNGAN KEHENDAK ALLAH).ZUK BUKAN BERMAKSUD KOMA (PENGSANKAN DIRI)
Ingat pesan saya, zuk itu bukan bererti berada didalam keadaan koma atau berada didalam keadaan tidak sedarkan diri. Kiranya zuk ertinya tidak sedar akan gigitan nyamuk atau tidak dengar panggilan orang, itu bukan erti zuk, itu adalah erti koma, tidur atau tidak sedarkan diri (pengsan). Zuk bukan koma atau pengsan.
Orang yang berada dalam keadaan zuk itu, adalah mereka-mereka yang tahu bilamana digigit nyamuk, mendengar bilamana dipanggil, tahu bilamana hari nak hujan atau tidak, tahu akan keadaan cuaca panas atau sejuk. Orang yang tidak tahu keadaan panas atau sejuk itu, adalah golongan orang-orang koma atau pengsan.
Gambaran itu, bukannya gambaran zuk, itu adalah gambaran orang koma atau pengsan (orang kelantan sebut gambaran orang selok). Zuk itu bukan
SELOK (PENGSAN), KIRANYA ORANG PANGGIL TIDAK DIDENGAR DAN TIDAK RASA BILAMANA DI GIGIT NYAMUK! itu bukan erti zuk.
Itu ertinya orang pengsan (selok). (SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH).BAGAIMANA PERASAAN ATAU RASA BILAMANA DIDALAM KEADAAN ZUK!
Zuk itu, ertinya ingat kepada Allah. Bilamana kita dalam keadaan ingat kepada Allah, itulah ertinya zuk. Ingat yang sebagaimana yang boleh dikatakan dalam berkeadaan zuk?. Yang boleh dikatakan dalam berkeadaan zuk itu, adalah bilamana diri kita masih boleh "merasai sesuatu".
Masih boleh rasa bila hari nak hujan, masih boleh dengar bunyi guruh dilangit, masih boleh mendengar bilamana orang datang memanggil nama kita. Sehingga masih boleh rasa bilamana digigit nyamuk.
(SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH).ANGGAPAN ORANG YANG BERADA DALAM TAHAP ZUK
Mereka-mereka yang berada didalam keadaan zuk itu, beranggapan bahawa nyamuk yang mengigit itu, adalah datangnya daripada Allah dan yang menerima gigitan itupun, adalah juga datangnya daripada Allah!. Kedua-duanya sama-sama datang dari Allah Setelah kedua-dua datangnya dari Allah, sudah barang tentu dan sudah baranng pasti, kita akan dapat merasai perkara-perkara yang datang itu, adalah nikmat, , barakah, seronok, selesa, bahagia. Sekalipun digigit nyamuk, digigit ulat atau biarpun digigit oleh seekur harimau!.
Mereka rasakan bahagia, rasa aman dan rasa selesa bilamana digigt . Dianggapnya bahawa nyamuk, ular atau harimau itu, adalah datangnya dari Allah. Yang menggigit datangnya dari Allah dan yang kena gigitpun juga datangnya dari Allah. Kedua-duanya sama-sama datang dari Allah.
Perkara-perkara yang datangnya dari pada Allah itu, semuanya adalah rahmat, nikmat, barakah belaka. Yang datang dari Allah itu, tidak ada yang tidak baik, semuanya adalah seronok, bahagia, senang dan lazat belaka. Itulah gambaran zuk!.
(SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH).ZUK ITU, BILAMANA TERPANDANG SEGALA-GALANYA ITU ADALAH DARI KALAM (KATA-KATA) ALLAH TAALA!.
(SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH).ZUK ITU, BILAMANA TERPANDANG SEGALA-GALANYA ITU ADALAH DARI KALAM (KATA-KATA) ALLAH TAALA!.
Zuk itu, masih boleh mendengar guruh dilangit, masih boleh mendengar anak-anak menangis. Tinggal lagi orang-orang yang dalam berkeadaan zuk itu, adalah mereka-mereka yang tidak lagi beranggapan bahawa suara menangis itu dari makhluk.
Mereka yang dalam keadaan zuk itu, beranggapan bahawa yang menangis itu, adalah kata-kata Allah, yang memanggil itu, adalah kata-kata Allah, suara guruh yang berdentum dilangit itu, adalah kata-kata Allah. Nyamuk yang gigit itu, adalah wajah Allah. Yang digigit nyamauk itupun juga adalah wajah Allah!. Segala-gala yang dipandang itu, adalah berupa wajah Allah.Bilamana wajah bertemu wajah, itulah yang dikatakan asyik atau zuk!.
(SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH).
Itu makanya orang sembahyang dalam keadaan zuk(asyik) itu, masih boleh ingat kepada ruKuk dan sujud. Kiranya dalam keadaan nyamuk gigitpun kita tidak rasa, itu bukan zuk, itu koma (pengsan). Jika nyamuk gigitpun kita tidak rasa, bagaimana nak tahu rukuk dan sujud. Cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan, ada sesetengah ulamak mengatakan yang keadaan zuk itu, setelah kita tidak lagi sedar apa-apa dan tidak lagi tahu apa-apa.
Bilamana kita dalam berkeadaan tidak tahu, bagaimana nak ingat rukun sembahyang, yang perlu kepada berdiri, rukuk, sujud dan bacaan ayat-ayat Allah?. Sekiranya zuk itu ertinya "lupa diri", apa akan jadi kepada rukun sembahyang?. Macam mana nak tahu sujud atau berdiri?. Sekiranya zuk itu boleh membawa lupa diri, akan terjadilah seumpama tahu sujud dan tidak tahu berdiri dan tahu berdiri tidak tahu sujud!.
Tidak tahu bilamasa nak rukud dan bilamasa rakaat pertama dan bilamanya rakaat kedua!. Sekiranya zuk itu erti tidak sedar, sehingga nyamuk gigitpun tidak kita rasa dan orang panggilpun tidak kita dengar, itu bukan erti zuk, itu ertinya tidur, koma atau pengsan (selok kata orang kelantan). Asyik kepada Allah itulah yang dikatakan zuk!. Bilamana asyik, ertinya tidak lagi ingat selain Allah!. Itulah yag dikatakan zuk!.
Zuk dari sudut ilmu makrifat itu, adalah setelah kita dapat merasai yang segala-galanya sesuatu itu, adalah Allah, Allah, Allah…………………………………..Mari kita sama-sama lihat bagaimana keadaan Saidina Ali dan Bilal bin Rabbah semasa beliau dalam keadaan zuk (asyik).
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Semasa Saidina Ali Rahimullah terkenan panah, untuk mencabutnya memang sakit, kerana kepala panah itu bercababg tiga. Bilamana anak panah itu ditarik, ia akan tertarik sekali dengan daging.
Kisah Saidina Ali itu, bagi mengambar sakit yang teramat sangat. Namun Saidina Ali menyuruh sahabatnya mencabut anak panah itu, diketika beliau sembahyang.Semasa sembahyang, beliau sembahyang dengan penuh zuk dan khusyuk.
Bilamana khusyuk dan zuk kepada Allah telah dapat memenuhi seluruh anggota tubuhnya termasuk pembuluh darah dagingnya, disitu beliau tidak lagi akan ada perasaan sakit!. Sakit seberapa berat sekalipun, kiranya kita boleh ingat kepada Allah, akan dengan sendirinya sakit itu akan hilang.
(SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH).
Persoalannya bagaimana untuk mendatangkan perasaan zuk?.Perasaan zuk atau khusyuk itu, akan dengan sendirinya mendatangi dan memenuhi lubuk qalbu kita, setelah kita tahu untuk menyerah diri kepada Allah (mengenal diri). Saidina Ali adalah sahabat Nabi yanng mengenal diri. Setelah beliau mengenal diri, dengan sendirinya diri Saidina Ali tidak ada. Yang ada pada Saidina Ali pada waktu itu dan pada waktu sesudah itu, hanya Allah. Bukan anak panah yang menembusi dada Saidina Ali, yang menembusi dada saidina Ali itu, adalah "Qudrat dan Iradat Allah).
Qudrat dan Iradat Allah lah yang sebenar-benar menembusi dada Saidina Ali, bukannya anak panah. Siapalah makhluk anak panah yang boleh sampai menembusi dada Saidina Ali?. Makhluk tidak boleh memberi bekas kepada kita, melainkan Allah sahajalah yang boleh memberi bekas kepada jasad-jasad kita termasuk jasad Saidina Ali. Hanya dengan izin Kudrat dan Iradat Allah sahaja yang berkuasa menembusi dada Saidina Ali dan dada-dada kita!.
Sekiranya Qudrat dan Iradat Allah yang masuk menembusi dada Saidina Ali atau yang menembusi dada-dada kita itu, sakit akan berganti dengan nikmat, malahan lebih terasa sedap. lazat, seronok, lega. Sekiranya dibubuh atau dipanah lagi sekalipun, ianya akan bertambah lazat!. Lazatnya Qudrat dan Iradat Allah itu, mengatasi sakitnya anak panah!. Cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan, bilamana Allah sendiri yang menembusi dada-dada kita, apa agaknya yang tuan-tuan rasa?. Cuba jawab pertanyaan saya?.
Anak panah yang mendatangi dada Saidina Alai dan pada dada-dada kita itu, sebenarnya bukan anak panah, sebenar-benar yang datang memanah dan menembusi dada-dada kita itu, adalah Qudrat dan Iradat Allah, manakala yang menerima atau yang kena panah itupun juga, adalah Qudrat dan Iradat Allah. Setelah kedua-duanya menjadi Qudrat dan Iradat Allah, mana adanya sakit!. Ayat Quraan ada berfirman " La tataharroku, Illa Biiznillah (Tidak bergerak sebesar zarah, jika tidak denmgan seizin Allah Taala).
Jadi apa sahaja yang bergerak, termasuk bergeraknya anak panah itu, adalah diatas seizin Allah. Setelah ianya diatas keizinan Allah, mana mungkin kita sebagai makhluk (hamba yang fakir) boleh mengatakan tidak dan mana mungkin boleh adanya rasa sakit, malahan ianya akan lebih terasa nikmat dan rahmat, berbanding sakit! Itulah sebabnya Saidina Ali tidak merasa sakit, malahan lebih terasa lazat nikmat berbanding sakit. Saidina Alai lebih memandang Allah berbanding anak panah!. (SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH).
ZUK ADA DUA JENIS
Tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian.
ZUK ADA DUA JENIS ATAU DUA TINGKATAN
1) Zuk yang dibuat-buat
2) Ingat hanya kepada Allah Taala
2) Ingat hanya kepada Allah Taala
Adapun zuk itu, ada dua jenis atau dua tingkatan. Tingkatan atau jenis zuk yang pertama itu, adalah zuk yang dibuat-buat. Mari kita sama-sama pelajari zuk yang dibuat-buat.
ZUK YANG DIBUAT-BUAT
Zuk yang dibuat-buat, yang dicari-cari atau zuk yang direka-reka itu, adalah seumpama mencari zuk didalam zikir, mencari zuk didalam sembahyang atau mencari zuk dalam berpuasa.
Contohnya seumpama kita sedang zuk didalam keadaan berzikir, badan atau tubuh kita menjadi teranggkat keudara atau tubuh badan kita itu hilang buat seketika, sampai tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata manusia. Itu bukan erti zuk yang sebenar, itu adalah zuk ciptaan akal atau zuk yang dibuat-buat.Ada sesetengah darinya, setelah zuk dengan berzikir atau membaca mentera, bertukar dirinya menjadi diri orang lain dan tidak kuranng pula yang bercakap dengan loghat bahasa Siam atau bahasa Jawa. Ini diantara zuk yang dibuat-bait atau zuk yang direkareka atau dipanggil-panggil!
Berbalik kepada pengertian zuk, erti zuk itu, adalah hanya "ingat" kepada Allah. Erti Zuk itu, bukan bertujuan untuk bercakap dalam loghat bahasa Siam atau Jawa dan zuk itu bukan bertujuan untuk diri jadi teranggkat!. Zuk itu, adalah tahap dimana sampainya kita kepada tahap lupa atau lalai kepada diri sendiri!. Zuk itu, adalah ertinya supaya kita ingat kepada hanya Allah. Zuk ingat kepada Allah itu, sehingga sampai kepada tahap terlupa dan terlalai kepada diri sendiri dan terlupa serta lalai kepada yang lain selain Allah.Sebagai makhluk manusia, kita tidak terlepas dari ingat kepada perkara-perkara dunia.
Saya juga makhluk seperti tuan-tuan, sifat semula jadi sebagai makhluk itu, semestinya bersifat lalai. Saya juga tidak sepenuhnya berfikir untuk ingat kepada Allah sepanjang masa. Ada kalanya fikiran saya juga tergangu dan tidak sepenuhnya ingat kepada Allah. Akal kita tidak boleh ingat kepada dua perkara dalam satu masa. Untuk itu, jangan kita ingat Allah melalui akal. Jangan guna akal untuk ingat atau untuk zuk kepada Allah!.
Seumpama disepanjang perjalanan saya mengelingi pulau-pulau diTasik Cini dengan menggunakan bot, ingatan dan fikiran saya hanya tergambar kepada sejarah silam tentang Naga. Setelah terlihat, terpandang dan ternampak perkampung orang asli dipersisiran tasik. Dengan sendirinya ingatan saya kepada Naga sudah hilang. Hilang zuk saya dari ingat kepada Naga. Sememangnya disitu, saya juga terlupa kepada Allah!. Lupa sememangnya pakaian kita sebagai makhluk manusia. Zuk yang dibuat-buat atau zuk yang direka-reka oleh akal itu, adalah zuk yang berupa sementara.
Bilamana datang ingatan kepada yang lain, ingatan dan zuk kepada Allah Taala, akan dengan sendirinya berlalu bersama-sama ingatan kepada perkara yang baru. Zuk bagi peringkat dibuat-buat itu, selalunya datang dalam hayalan akal, disaat atau diketika kita melayan perasaan semasa sedang berzikir atau bersolat .
Didalam sedang kita berzikir atau didalam keadaan kita sedang bersolat, datang suatu keajiban, tanpa kita sedari punggung kita terangkat keudara atau tubuh badan (diri zahir) kita boleh hilang dan sebagainya.Perkara-perkara seumpama itu, bukannya tujuan asal zuk.
Tujuan asal zuk kita itu, adalah untuk ingat kepada Allah!. Perkara-perkara yang mendatang dengan secara tiba-tiba itu, adalah anugerah Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ingat atau zuk kepada Allah itu, bukan bertujuan untuk mendapat keajiban atau kelebihan.
Tujuan zuk itu, adalah untuk ingat kepada Allah dan tidak ingatnya selain Dia. Zuk dan ingat kepada Allah itu, bukan dalam bentuk sementara atau dibuat-buat. Ingat dan zuk kepada Allah itu, hendaklah dalam bentuk berpanjanggan atau sepanjang saat, detiki, masa dan ketika.Disini ingin saya ajukan pertanyaan kepada sidang pembaca sekalian, apakah sedudah berzikir atau sesudah solat itu, kita tidak lagi perlu zuk kepada Allah?.
Apakah zuk kepada Allah itu, hanya diketika berzikir atau bersolat sahaja?. Bagaimana dengan semasa sesudah berzikir atau sesudah bersolat, apakah tidak lagi perlu zuk kepada Allah?.Zuk bagi mereka-mereka yang seumpama itu, adalah zuk bagi mereka-mereka duduk pada peringkat makrifat yang paling rendah!.
Zikir yang sampai kepada tahap zuk boleh terangkat, hilang diri, kebal dirinya sehingga tak lut ditetak, boleh tahu niat orang, biarpun belum diberi tahu dan sebagainya itu, itu adalah tahap makrifat yang paling rendah.
Inilah gambaran zuk sementara, iaitu zuk yang dibuat-buat. Ada sesetengahnya setelah dibaca jampi atau mentera, tubuh mereka bertukar bahasa percakapan dengan bercakap dalam bahasa Jawa atau Siam. Ini juga diketagorikan dengan zuk, tetapi zuk sementara.
Sehingga mereka lupa kepada keujudan diri sendiri, dengnan mendakwa diri mereka adalah dari jawa atau dari Tailand, dari gunung jerai dan sebagainya. Ada yang mendakwa bergelar Hang Tuan, Hang Jebat, Wali songo atau Panglima HItam dan sebagainya. Ini semua adalah tahap zuk yang dibuat-buat. Bukan zuk kepada Allah.
Sekalipun kita membaca dengan bacaan "Laila hailallah" atau bacaan dengan ayat-ayat suci, mengikut suluhan ilmu makrifat, itu bukan dikatakan zuk kepada Allah. Kebanyakkan dari kalangan kita menggunakan ayat-ayat suci bagi mengambarkan zuk, sesungguhnya itu bukanlah zuk.
Tetapi sekarang ini, kita menggunakan jampi serapah dengan ayat Quraan bagi menukar zuk kepada Allah kepada ingatan kepada wali Songo, penglima hitam, kepada Khadam Khaidir dan sebagaiinya!.Inilah zuk yang orang cari, itu zuk yang boleh membawa kebal dan boleh bertukar diri kepada diri orang lain, dengan cara berzikir dan menyebut nama Alllah!. Nasihat saya kepada sidang pembaca yang budiman sekalian. sebelum tuan-tuan membaca, tajuk zuk yang sebenar-benar zuk ini, saya mohon agar tuan-tuan terlebih dahulu membaca tajuk zuk yang dibuat-buat. Jangan sekali-kali membaca bab zuk ini (zuk yang sebenar-benar zuk), sebelum membaca zuk yang pertama (zuk yang dibuat-buat).
APAKAH ERTI ATAU MAKNA ZUK?.
Sebelum itu, sekali lagi saya ingin membawa tuan-tuan mengetahui akan erti atau makna zuk. Zuk itu, ertinya ingat kepada Allah, sehingga tidak lagi teringat kepada selain Nya. Setelah kita ketahui erti dan makna zuk, barulah kita boleh belajar apakah yang dikatakan sebenar-benar zuk.
APAKAH YANG DIKATAKAN SEBENAR-BENAR ZUK?.
Yang dikataan sebenar-benar zuk itu, bilamana kita tidak lagi mengingati, mengenang, menghayal, membayang, mewajah atau tidak lagi menilik kepada lain selain Allah!. Sebagai contoh; Kita ambil dulu contoh Bilal bin Rabbah dan contoh Saidina Ali semasa hendak mencabut anak panah dari dadanya.Contoh zuk Bilal bin Rabbah;Bilal bin Rabbah adalah diantara sahabat yang mula-mula menerima panggilan Muhamad saw. Kenapa akidah, keyakinan, kepercayaan, pegangan beliau sungguh begitu kental, ketat, jitu dan kukuh.
Apakah rahsia yang menyebabkan hati dan ilmunya begitu kukuh percaya dan kental yakin. walaupun semasa itu belum ada perintah sembahyanng dan belum ada perintah puasa, haji, zakat dan sebaginya, kenapa hati mereka kukuh berpegang kepada kepercayaannya, sekalipun didera dengan besi dan batu panas.Contoh zuk Saidina Ali;Saidina Ali, beliau memerintahkan anak panah yang menusuk pada dadanya itu, dicabut diketika beliau sembahyang (solat), supaya tidak terasa sakit.
Kenapa Bilal bin Rabbah juga tidak merasa sakit diketika diseksa dengan besi dan batu panas, sedangkan pada masa itu Bilal bin Rabbah, tidakpun bersembahyang (solat) (perintah solat belum turun diwaktu itu).Persoalannya disini, apakah perkara "tidak sakit" itu, datangnya dari perkara sembahyang ataupun datangnya dari perkara zuk?. Cuba tuan-tuan jawab pertayaan dengan jujur. Apakah hanya sembahyang, membuat Saidina Ali tidak merasa sakit?.
Bagaimana pula dengan Bilal bin Rabbah? dan bagaimana dengan sembahyang orang-orang lain?. Saya pun mengerjakan sembahyang, tuan-tuan dan orang lainpun mengerjakan sembahyang, kenapa masih juga terasa sakit, biarpun digigit hanya oleh seekor nyamuk?, apa lagi bilamana ditusuk anak panah!. Cuba tuan-tuan tanya orang-orang di Negara Malaysia termasuk orang-orang Indonesia yang ramai penduduk islam pernahkah tuan-tuan jumpa orang sembahyang yang tidak terasa sakit bila tersusuk sesuatu?.
Cuba tuan-tuan tanya, berapa ramaikah yang bilamana sembahyang, dirinya tidak merasa sakit apabila digigit nyamuk?. Cuba tuan-tuan tanya kepada ulamak nombor satu di Malaysia dan ulamak nombor satu di Indonesia, pernahkah mereka tidak merasa sakit bila digigit nyamuk diketika bersolat?. Solat yang bagaimana sehingga sampai kepada tahap tidak terasa sakit?.Usah kata tercucuk pedang atau tercucuk anak panah, tercucuk dari seekor nyamuk sekalipun, saya pasti dengan yakin bahawa kita akan terasa sakit!. Siapa diantara kita yang tidak terasa sakit bilamana di gigitan nyamuk diketika sembahyang?.
Jika ada yang tidak merasai sakit bilamana digigit nyamuk diketika beliau sembahyang, sayalah orang pertama yang akan berguru dan yang datang menjadi muridnya!.Ini menunjukkan kepada kita bahawa yang tidak mendatangkan kesakitan sewaktu bersolat itu, adalah mereka-mereka berada didalam keadaan zuk!. Tidak kiralah sewaktu dalam bersembahyang atau diluar sembahyang. Apa lagi sekiranya menunaikan sembahyang yang beserta dengan zuk!.
KESIMPULAN DARI DUA ORANG SAHABAT NABI!
Seorang sahabat Nabi yang bernama Bilal bin Rabbah, zaman belum turun perintah sembahyang dan seorang lagi Saidina Ali, zaman sesudah turunnya perintah sembahyang. Kedua-dua mereka ini, sama-sama tidak merasa sakit bila didera. Apakah tidak mendatangkan sakit itu kerana sembahyang atau kerana zuk kepada Allah?.
Cuba jawab pertanyaan saya!.Kedua-dua sahabat Nabi diatas, mendapat perlindungan Allah dari merasa sakit itu, bukan atas dasar sembahyang, tetapi adalah merujuk kepada dasar zuk kepada Allah! (tidak memandang selain dari Allah). Ulamak feqah bergantung kepada "perkara sembahyang" yang menjadikan Saidina Ali tidak merasa sakit semasa anak panah dicabut dari dadanya.
Manakala bagi ulamak hakikat pula, ia tidak bergantung kepada sembahyang tetapi bergantung ia kepada "perkara zuk!".Pertembungan dua pendapat ini, tidak pernah selesai sedari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila. Berdasarkan dari cerita Bilal bin Rabbah, menunjukkan kepada kita bahawa yang menyebabkan kesakitan sampai kepada tahap tidak dirasai itu, bukan disebabkan kerana perkara sembahyang, tetapi ianya adalah sebab bilamana hati kita sudah jatuh zuk kepada Allah Taala, sebagaimana apa yang berlaku kepada Bilal bin Rabbah!. Zuknya Bilal bin Rabbah itu, adalah setelah "tidak" lagi terpandang, terlihat dan tertilik kepada yang lain selain Allah!.
SEBAB TIDAK TERASA SAKIT!
Yang menyebabkan Saidina Ali tidak terasa sakit itu, adalah kerana ia beranggapan, berpandangan atau beriktikad bahawa yang mendatangkan panah itu, adalah Allah dan yang menerima panah itupun juga adalah dari Allah!. Setelah kedua-dua sifat berkenaan datangnya dari Allah, disitulah akan terhilangnya rasa sakit. Malahan kesakitan yang mendatang itu, akan bertukar bagaikan nikmat, rahmat dan barokah Allah!. Yang memanah itu, adalah datangnya dari Allah dan yang kena panah itupun juga datangnya dari Allah!. Setelah segala-gala punca datangnya dari yang satu, maka itulah yang dikatakan Esa !.
Setelah Esa, itulah tauhid dan setelah tauhid, itulah Allah, Allah, Allah……………………………………..!Sebab apa bala itu bertukar rahmat, sebab bala bertukar rahmat itu, adalah kerana beliau terpandang Allah disebalilk bala, terlihat Allah disebalik anak panah dan terpandang Allah disebalik sakit !.
Setelah adanya Allah disebalik bala, maka hilanglah kesakitan!. Inilah yang dikatakan sebenar-benar zuk, samada zuk itu sewaktu solat atau diluar solat. Asal saja kita menyatakan Allah dengan sebenar-benar nyata, samada didalam solat atau diluar solat, maka itulah zuk!!. Inilah sebenar-benar zuk dan bukannya zuk yang dibuat-buat.Zuk yang dibuat-buat itu, hanya berlangsung atau hanya berlaku sewaktu kita beribadah atau sewaktu berzikir. Manakala zuk yang sebenar-benar zuk itu, tidak mengira waktu atau tempat!
PENGERTIAN ZUK YANG LEBIH TINGGGI ! (Zuk para-para ahli makrifatullah)
Zuk bagi mereka-mereka yang mengenal Allah Taala atau (zuk para ahli makrifatullah) itu, adalah zuk yang tidak lagi bergantung kepada zuk!. Yang tidak lagi ada perasaan atau tidak lagi ada rasa zuk!. Jika masih lagi ada zuk, itu bukan tangga orang yang berilmu mengenal Allah (makrifatullah).
Orang yang duduk pada tangga makrifatullah (mengenal Allah) itu, adalah mereka-mereka yang tidak lagi didatangi rasa zuk atau "tidak lagi merasai zuk!". Jika kita masih lagi ada perasaan zuk, bererti kita masih lagi bergantung kepada istilah, bergantung kepada istilah sebab dan masih lagi bergantung kepada istilah musabab. Orang makrifat (orang mengenal Allah) itu, tidak lagi ada sebab dan tidak lagi ada musabab!.
Zuk kepada Allah itu, tidak lagi ada sebab dan tidak lagi ada musabab!. Jika tuan-tuan masih ada lagi sebab dan masih ada lagi musabab, bererti tuan-tuan belum zuk dan belum mengenal Allah!. Jika sekiranya tuan-tuan masih lagi mencari-cari perkara zuk untuk menyatakan Allah, ertinya tuan-tuan masih lagi berada pada tahap yang tersangat jauh dari ilmu mengenal Allah! dan teramat jauh dari zuk!.
Apa tidak cukup terang lagikah Allah itu, sehingga masih lagi mencari zuk?. Cuba jawab pertanyaan saya. Apakah untuk ingat kepada Allah itu, masih lagi memerlukan kepada dalil zuk?. Tidak cukup lagikah dalil zuk yang ada pada diri tuan-tuan sendiri. Cukuplah diri tuan-tuan sendiri untuk dijadikan bahan atau dijadikan perkara untuk sampai kepada tahap zuk?.
Kita tidak perlu mencari zuk, kerana zuk itu, sudah sedia ada pada diri kita masing-masing!. Barang siapa yang tahu memandang "ketiadaan diri", itulah zuk dan itulah cara ingat kepada Allah. Barang siapa yang dapat sampai kepada tahap ingat kepada Allah dan tidak ingatnya ia kepada selain Allah, itulah zuk!. Zuk pada tahap pengertian yang tinggi!.
ZUK ORANG MAKRIFAT (zuk orang yang mengenal Allah)!
Zuk orang makrifat itu, tidak perlu atau tidak hanya bergantung kepada sewaktu sembahyang (bersolat) sahaja!. Zuk orang makrifat itu, adalah zuk pada sebilangan masa dan sebilangan tempat (tidak mengira waktu dan tidak mengira tempat). Zuk orang makrifat itu, sehingga sampai kepada tahap "tidak ada lagi perasaan zuk!". Jika masih lagi ada perasaan zuk, itu bukan ahli makrifat, itu adalah ahli makbelipat atau ahli maktungang langang!.
Orang yang sampai kepada tahap zuk itu, adalah mereka-mereka yang tidak lagi merasai zuk!. Selagi kita ingat kepada keberadaan makhluk dan selagi kita ingat kepada selain Allah itu, bererti kita belum zuk. Setelah tidak lagi ada perasaan zuk, barulah dikatakan sebenar-benar zuk!.Apabila sudah nyata Allah, apa lagi yang hendak dizukkan?. "Allah bukan sesuatu, tetapi nyata pada tiap sesuatu!". Bilamana Allah sudah cukup jelas dan sudah cukup nyata pada tiap-tiap sesuatu, apa lagi yang hendak dizukkan?. Hilang zuk, itulah sebenar-benar zuk!.
SIAPA YANG MELIHAT DAN SIAPA YANG DILIHAT?
Yang melihatpun Allah dan yang dilihatpun Allah!. Cuba tuan-tuan ambil balik kitab sifat dua puluh dan saya minta tuan-tuan baca dan perhatikan betul-betul terjemahan maknanya. Cuba jawab pertayaan saya. Sifat "basar" (melihat) itu sifat siapa?. Cuba jawab?. Sifat melihat itu sifat bagi siapa?.Melihat itu, adalah sifat bagi Allah. Adapun sifat bagi kita itu, adalah "buta".
Cuba jawab pertanyaan saya, bilamana kita bersifat buta, siapakah sekarang ini yang melihat dan siapakah yang membaca tulisan saya?. Bagaimana tuan-tuan boleh nampak tulisan saya, sedangkan tuan-tuan bersifat buta!. Bilamana tuan-tuan buta, siapa yang membaca dan siapa yang melihat?. Sekiranya tuan-tuan bersifat buta, siapakah yang melihat dan membaca karangan saya sekarang?. Sekiranya tuan-tuan boleh melihat tulisan saya, itulah menunjukkan yang melihat itu, bukan mata tuan-tuan, sesungguhnya yang melihat itu, itulah Allah!. Hanya Allah sahaja yang bersifat melihat!.
Begitu juga dengan sifat sama', sama' itu bererti mendengar. Sama' atau mendengar itu, adalah sifat bagi Allah. Manakala sifat bagi kita itu, adalah pekak atau tuli. Sekiranya tuan-tuan bersifat tuli atau pekak, kenapa tuan-tuan masih mendengar!. Sedangkan mendengar itu sifat Allah, bilamana mendengar itu sifat Allah, bererti sifat kita adalah tuli atau pekak. Sekiranya pekak atau tuli, kenapa tuan-tuan masih dengar bilamana ada orang yang bercakap?.
Bilamana tuan-tuan mendengar bilamana orang bercakap, itulah tandanya yang mendengar itu bukan telinga tuan-tuan, yang mendengar itu, itulah Allah, kerana hanya Allah sahaja yang bersifat mendengar!.Apakah ada lagi melihat itu sifat tuan-tuan?. Yakin dan percayalah bahawasanya yang melihat itu, adalah sifat bagi Allah. Bilamana melihat itu sifat bagi Allah, siapakah yang melihat bacaan karangan saya ini dan siapakah yang melihat tulisan-tulisan karangan saya ini?. Sesungguhnya melihatnya kita itu, itulah sifat Allah.
Allahlah yang melihat itu!.Bilamana tuan-tuan mengaku yang diri tuan-tuanlah yang dapat membaca dan dapat melihat tulisan karangan saya sekarang ini, bererti tuan-tuan sudah memakai sifat Allah Taala!. Hukumnya syiriklah tuan-tuan kepada Allah. Dosa yang paling besar dan dosa yang tidak diampun Allah itu, adalah dosa syirik (menduakan Allah).Bermaknanya disini, mengakulah dengan sebenar-benar pengakuan bahawasanya, yang melihat itu, adalah Allah!.
Sebenarnya tuan-tuan sudahpun melihat Allah tetapi terhijab oleh pandangan tuan-tuan sendiri dan sebenarnya tuan-tuan sudah memandang Allah, tetapi terhijab oleh penglihatan tuan-tuan sendiri!.Seumpama diwaktu pagi, bangkitnya tuan-tuan dari tidur, bagaimana untuk tuan-tuan mencari Allah?. Toleh kekiri, tidak Ada Allah dan toleh kekanan, Allah tidak ada. Toleh kedepan, tidak ada Allah dan toleh kebelakang, Allah tidak ada!. Bagaimana untuk mencari Allah sewaktu mula-mula bangun dari tidur?.Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, Tuan-tuan tidak perlu pergi jauh untuk melihat Allah, tidakkah yang melihat itu, sudah Allah!.
Tidakkah yang melihat itu Allah!. Yanng melihat itulah Allah, jadi kenapa mencari Allah dikiri-kanan dan kenapa mencari Allah dibelakanng atau hadapan?. Tidakkah yang melihat itu sendiri adalah Allah!. Melihat dan yang melihat itu adalah sifat Allah. Sifat kita adalah buta, kenapa sekarang kita dapat melihat?, sesungguhnya melihat itu lah Allah!.Buat apa pergi jauh-jauh untuk melihat Allah, sedangkan yang melihat itu sendiri adalahh Allah. Lihatlah, pandanglah dan tiliklah bahawasanya lihat atau melihat (penglihatan) itulah Allah!.
Sebenarnya tuan-tuan sudah pikul Allah, tetapi masih juga lagi mencari-cari untuk dipikul. Sebenarnya melihat itu, sudah ada diatas bahu, kenapa masih lagi mencari untuk dilihat!.Tidak lagi perlu mencari, sesungguhnya yang dicari itu, adalah juga diri yang mencari!. Ingat itu, ingat itu dan ingat itu. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Tugas dan tanggungjawab saya, adalah meyampai dan menerangkan ilmu dengan sebaik mungkin. Kiranya masih ada lagi yang tidak faham, saya muhun maaf sebanyak-banyaknya!. Bukan kuasa saya untuk memberi tuan-tuan faham, sesungguhnya yang memberi fahan itu, adalah Allah swt. Maaf kan saya!.
YANG MEMBERI FAHAM ITU ALLAH
Sungguhpun ada segelintir yang tidak faham, kenapa masih terdapat ramai yang faham!. Ini menunjukkan bahawa benarlah sebagaimana sabda bahawa "ilmu faham itu milik Allah", bukan milik pembaca dan bukan milik saya.
Seumpama kita belajar dalam satu kelas, pelajaran yang kita belajar adalah sama, subjek sama, buku sama, kelas sama dan cikgupun sama. Kenapa tuan dapat nombor satu dan saya dapat nombor 13. Sedangkan semuanya dari sumber yang sama?. Inilah bagi mengambarkan kepada kita semua bahawa yang memberi faham itu adalah Allah!.
Oleh itu bilamana terjumpa fakta yang tidak kita faham, jangan cepat melatah dan jangan cepat menuduh sesat atau salah. Jangan sekali-kali cepat menuduh orang salah dan orang ini sesat, cuba dulu cermin dan tilik diri sendiri dulu!. Ulang baca, cuba lagi dan cuba lagi membaca, mudah-mudahan dengan berulang kalil, insyakallah kita beroleh faham.
MAAFKAN DAN IZINKAN SAYA MEMPERDENGARKAN ILMU BODOH!
Kiranya tidak faham juga, benarlah saya ini seorang cikgu yang bodoh. Jika tidak faham juga, saya dengan rasa rendah diri, mengaku yang diri saya ini seorang yang bodoh!. Tok Kenali juga bodoh dan ayahnda saya juga terlagi bodoh. Sebab seseorang muridnya bodoh, adalah kerana gurunya terlagi bodoh.
Jika sekiranya cikgunya cerdik dan cikgunya pandai, sudah tentu muridnya juga turut pandai dan faham!. Sekiranya murid tidak faham, benarlah yang bodoh itu saya!. Maafkan saya sekiranya saya seorang cikgu yang bodoh. Cikgu yang bodoh itu, sememanngnya juga mengajar ilmu bodoh!. Untuk itu, jadikanlah ilmu yang saya curahkan ini, sekadar satu ilmu yang penglipur lara atau ilmu mitos yang tidak boleh dipercayai dan tidak boleh dipegangangi!.
ILMU HAKIAT ATAU ILMU MAKRIAFT ITU, ADALAH ILMU "DENGAR!".
Makanya permulaan ceramah Tok Kenali, beliau "tidak benar" sama sekali anak muridnya megambil faham akan ilmu yang diajar.
Beliau tidak benar anak muridnya megambil faham!, Tugas seorang guru itu, hanyalah sekadar mengajar atau hanyalah sekadar meyampaikannya sahaja. Sedangkan yang memberi fahan itu, bukan kuasa guru atau bukan kuasa cikgu. Tugas seorang cikru itu, adalah mengajar dan sesungguhnya yang memberi fahan itu, adalah Allah. Allahlah yang memberi faham kepada sesiapa yang dikehandaki Nya!.Sebagaimana Tuan Guru Tok Kenali, sebegitu juga saya, saya tidak benar sekali-kali tuan-tuan dan puan-puan serta para pembaca risalah ini, megambil faham atas ucapan atau tulisan saya!.
Saya hanya mahu tuan-tuan dan puan-puan megambil ilmu ini, sebagai bahan bacaan (sekadar baca). Jangan sekali-kali ilmu yang saya curahkan ini, dibuat atau dijadikan pegangan, pengajaran atau ikutan!.Cukup sekadar baca dan lupakan apa yang dibaca dan sekadar dengar, selepas daripada tuan-tuan dengar, saya minta tuan-tuan dan puan-puan lupakan segala apa yang didengar!. Saya bukan berhajat dan saya bukan berniat untuk mengajar, saya sekadar suruh baca dan suruh dengar!.
SAYA MEMBUAT PENGAKUAN BAHAWA SAYA SEORANG CIKGU YANG BODOH
Saya bukan guru dan saya bukan ulamak, saya sekadar seorang insan yang lemah akal, yang bodoh fikiran serta cetek ilmu. Sepatutnyalah tuan-tuan ramai yang tidak faham akan tulisan saya. Sekiranya tuan-tuan tidak faham dengan tulisan saya, saya minta maaf kerana sudah selayaknya ilmu yang lemah itu, dari seorang cikgu yang bodoh!.
Sebelum saya sambung bab zuk, seperkara lagi hendak saya sampaikan disini bahawa ilmu yang saya samapikan ini, adalah sekadar ilmu dongeng atau ilmu mitos, Ilmu yang saya sampaikan selama ini, adalah ilmu mitos, ilmu dongen, ilmu penghlipur lara sahaja. Ilmu yang sekadar untuk dijadikan halwa telinga atau lebih tepat lagi, iaitu ilmu perbualan dikedai-kedai kopi (omong kosong), tidak perlu dituruti. Ilmu saya ini, adalah sekadar ilmu untuk pembuka minda atau ilmu pembuka titik perbahasan. Maka bahaslah apa yang tuan-tuan nak bahas!. Asal saja jangan cuba-cuba mengkeritik atau meyalahi ilmu orang lain.
JANGAN ASYIK TUDUH MENUDUH ATAU ASYIK BERTENGKAR SESAMA SENDIRI
Jangan sekali-kali antara kita ini, asyik bergaduh dan asyik bertengkaran sesama sendiri, ingat pesan saya, kita ini diibaratkan seumpama duduk dalam satu rumah.
Terpulanglah kepada tuan-tuan samaada tuan-tuan nak duduk atas kerusi ke, nak duduk atas lantai ke, nak duduk atas bangku ke, nak duduk atas sofa ke!, itu hak tuan-tuan. Nak tidur dalam bilik ke, nak tidur diruangan tamu ke, nak tidur didalam stor ke, di dapur ke, diberanda ke?, terpulang kepada tuan-tuan. Jangan bilamana kita duduk atas sofa, kita pula nak marah kepada orang yang duduk atas lantai!. Kita tidur dalam bilik tidur, tiba-tiba kita nak marah kepada orang yang tidur diruang tamu!. Terpulanglah kepada individu nak letak dirinya dimana, asal saja itu rumah kita!.
TOK KENALI, MENGAJAR ILMU "RASA" Ilmu yang saya ajar, Mohd Yusof Cik Wook ajar dan Tok Kenali ajar itu, adalah ilmu jiwa, ilmu hati, ilmu rohani dan "ilmu rasa".
Penggunaan bahasa juga, adalah dengan menggunakan bahasa jiwa, bahasa hati, bahasa rohani dan bahasa rasa!. Bahasa-bahasa seperti ini, sudah sememangnya tidak akan dapat dimengerti atau difahami, bilamana dibaca dan didengar dengan akal!. Ilmu ini adalah ilmu rasa!. Bahasanya juga adalah bahasa rasa!. Bahasa rohani tidak sama dengan bahasa akal!. Bilamana dibaca dan didengar dengan akal, itulah yang menyebabkan atau yang membuatkan tuan-tuan tidak faham!.
PUNCA PERCANGGAHAN ILMU HAKIKAT DENGAN GOLONGAN BERILMU FEQAH (SYARIAT)!
Inilah yang menjadi perdebatan, perbalahan, pertelingkahan atau yang menjadi percangahan antara orang hakikat dengan golongan orang syariaat (feqah). Orang feqah atau orang syariaat, mereka berilmu dalam bidang akal!. Adapun golongan orang-orang hakikat, berilmu dalam bidang rasa!.
Mana nak sama, orang berilmu akal dengan orang yang berilmu rasa!. Itulah makanya selalu berlaku pertelagahan antara feqah dengan hakikat (rasa), dari awal mula beragama sampailah sekarang dan akan berlanjutan sampai kehari kiamat!. Inilah yang ahli feqah tidak boleh terima ilmu hakikat atau ilmu makrifat, sebabnya adalah kerana mereka tak mengaji ilmu ini. Bilamana tak mengaji ilmu rasa (hakikat), itulah yang menyebabkan mereka hukum salah atau hukum sesat ilmu hakikat!. Mereka hukumkan ilmu hakikiat itu sesat, kerana mereka sendiri tidak pernah mengaji dan tidak pernah belajat ilmu hakikat, itu sebabnya mereka hukumkan ilmu ini salah.
Cuba pergi belajar dan cuba ambil tahu sampai kepada tahap mengenal diri (lebur diri), barulah mereka tahu yang inilah sebenar-benar penamat segala ilmu.Untuk itu, kita tidak boleh dan jangan sekali-kali mempersalahkan golongan feqah atau golongan syariat, bilamana mereka menuduh ilmu ini sesat atau salah, kerana kita tahu yang mereka itu, menjatuhkan hukuman diatas dasar "mereka tidak tahu!". Untuk itu, saya nasihatkan kepada mereka-mereka yang diluar sana, sekiranya kita tidak tahu, jangan sekali-kali cepat melatah!.
BAGAIMANA CARA MENUNTUT DENGAN ILMU RASA?
Bagaimana caranya untuk membaca, untuk belajar dan untuk mendengar dengan ilmu rasa?.
Untuk dibaca dan untuk didengar dengan ilmu rasa itu, tuan-tuan hendaklah terlebih dahulu membuang sifat akal, buang sifat fikiran, buang sifat usaha dan buang sifat ikhtiar!. Nak lebih tepat lagi, buang sifat keberadaan diri. Orang yang buang diri itu, adalah orang yang telah menjadikan dirinya lemah akal, dirinya bodoh, dirinya dunggu, dirinya tidak berakal, dirinya tidak berilmu dan dirinya tidak menyalahi orang lain, yang salah itu, adalah datangnya dari sifat kebodohan diri sendiri!.
Fanakan diri, matikan diri dan binasakan diri. Jangan sampai terlihat lagi adanya sifat aku!. Itulah cara-cara bagi sesipa yang berhajat untuk belajar dengan rasa!.Jadikan diri kita itu lemah. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu lemah akalnya untuk bermakrifat, lemah akal untuk berilmu!. Yang gagah itu Allah, yang berilmu itu Allah, dan yang memberi fahan juga itu Allah, bukan kita!.
Sekiranya sudah tetap tuan-tuan meletakkan diri tuan-tuan itu ditempat yang lemah, ayoh mari kita sambung semula perbincangan kita tentang ilmu zuk!. Ayoh mari kita perdepatkan ilmu ini dengan rasa "lemah akal"! dan denga rasa ketidak beradaan diri!. Ayoh!……………………………………………………Sambung ilmu tentang zuk!. (sekadar ilmu dongeng, mitos atau ilmu omong kosong).
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Persoalan zuk atau khusyuk itu, hendaklah berlaku jangan seketika sembahyang lima waktu sahaja!. Zuk dan khusyuk kepada Allah Taala itu, hendaklah berlaku semasa sebelum masa sembahyang, dalam masa sembahyang dan sesudah masa sembahyang!. Berlebih-lebih lagi dalam masa sewaktu bersolat!.Zuk, skusyuk dan tawadhuk itu, boleh berlaku setelah kita betul-betul menghayati akan diri kita sendiri!.
Kiranya tuan-tuan berhajat untuk sampai kepada tahap zuk, khusyuk dan tawadhuk, saya mahu tuan-tuan jawab dulu persoalan berikut;
1) Siapakah yang membuatkan sehinggakan membolehkan tuan-tuan berdiri?. (Siapa yang mendirikan kaki tuan-tuan, semasa tuan-tuan sembahyang)?.
2) Siapakah yang membuatkan sehingga tuan-tuan boleh bertakbir, membaca surah-surah Al-Quraan, ruku, sujud dan sebagainya?.
3) Siapakah yang membolehkan tuan-tuan berniat?.
MANAKAH YANG DIKATAKAN HAK DIRI KITA?.
Cuba tuan-tuan terlebih dahulu tanya atau ajukan persoalan ini kepada diri tuan-tuan sendiri. Kiranya tuan ingin beroleh kefaham dalam mempelajari ilmu makrifat (ilmu ketuhanan), tuan-tuan hendaklah ikut atau patuh kepada perintah guru atau perintah cikgu. Sekarang saya sebagai cikgu, saya mahu tuan-tuan benar-benar tanya diri sendiri. Berhenti membaca sekarang. Sekarang saya mahu tuan-tuan jawab pertanyaan diatas!.Siapa yang membolehkan kaki tuan-tuan berdiri untuk bersembahyang?.
Apakah berdirinya kaki tuan-tuan itu, atas dasar kehendak, kuasa, kudarat atau iradat tuan-tuan sendiri?. Cuba jawab?…………………….Tidakkah berdirinya kaki tuan-tuan itu, adalah diatas dasar kuasa Allah!.
Tidakkah kuasa Allah yang mendirikan kedua-dua belah kaki tuan-tuan semasa tuan-tuan berdiri untuk mengerjakan sembahyang?. Kiranya yang mendirikan kaki itu adalah Allah, mana yang dikatakan kaki kita yang berdiri dan mana yang dikatakan kaki tuan-tuan yang berdiri?. Sila jawab, siapa yang berdiri?.
Apa masih ada lagi kaki kita?. Apa masih ada lagi daya upaya, kudrat atau iradat kita?. Cuba jawab!.YANG BERDIRI SENDIRI ITU, SIFAT ALLAH!.Bolehkan kita berdiri sendiri?. Setahu saya, yang bersifat berdiri sendiri itu, adalah Allah. Sifat "kiamuhu Binafsih" (Allah berdiri dengan sendiri). Berdiri sendiri itu, adalah sifat Allah, bukan sifat aku, bukan sifat kita, bukan sifat saya dan bukan sifat kamu!. Untuk itu, cuba jawab pertanyaan saya, siapakah yang mendirikan kaki kita?.
Bolehkah kita berdiri sendiri, jika sekiranya kita tidak boleh berdiri sendiri, siapakah yang mendirikan kaki kita?.Bilamana Allah yang mendirikan kita dan Allah yang menjadikan kaki kita berdiri, jika segalanya Allah, mana bahagian kita, kemana perginya hak kita dan kemana perginya kepunyaan kita?. Mana yang dikatakan diri kita, jika segalanya milik Allah?. Mana kita, cuba jawab?. Bolehkah barang milik orang, kita mengaku milik kita?. Tanah orang punya atau rumah orang punya, bolehkah kita mengaku harta milik kita?.
Cuba jawab?.TANAH DAN RUMAH ORANG PUNYA, BOLEHKAH KITA MENGAKU KITA PUNYA?.
Bilamana orang lain yang mendirikan rumah (buat rumah), bolehkan kita mengaku kita yang mendirikan rumah dan bolehkan kita mengaku, kita yang buat rumah?. Orang lain yang berbuat, apakah boleh kita mengaku kita yang berbuat?.
Cuba jawab pertanyaan saya!. Kiranya benar tuan-tuan ingin belajar dan ingin beroleh faham akan ilmu hakikat dan ilmu makrifat, sila jawab pertanyaan saya!.Tidakkah tuan-tuan malu mengaku hak orang lain sebagai hak kita?. Orang lain buat rumah, sanggupkah tuan-tuan mengaku tuan-tuan yang berbuat?. Bilamana orang lain yang berbuat, marilah kita akur perkara ini dengan sebenar-benar pengakuan yang bahawasanya, milik oranglah bermulanya bangunan sembahyang. Setelah bermula dengan milik orang, hendaklah mengaku milik oranglah sesudah dan selamanya!.
SEBELUM, SEMASA, SESUDAH DAN SELAMANYA ITU ADALAH ALLAH!
Bilamana sebelum, semasa dan sesudah, segalanya milik orang, manakah yang dikatakan milik kita?. Setelah tidak adanya milik kita, itulah yang dikatakan zuk, itulah yang dikatakan skhusyuk dan itulah yang dikatakan tawadhuk!. Setelah zuk, khusyuk dan tawadhuk, itulah makanya tidak lagi terasa oleh kita akan selain Allah!. Melainkan Allahlah Allah dan Allahlah seAllah-Allahnya……………………………………..
PERTELINGKAHAN ORANG FEQAH DENGAN ILMU HAKIKAT YANG TIDAK KUNJUNG TAMAT!
Setelah saya menyatakan keadaan seumpama itu, pasti ada yang mengatakan yang pendapat saya itu pendapat "hulul", "wahdatul wujud", Ilmu Syek Siti jenar dan berbagai-bagai tuduhan dan sehingga ada yang menuduh mengaku Allah!. Tuduhan-tuduhan seumpama itu, sudah sedia wujud sedari zaman Al-Halaj lagi. Tidak hairanlah kiranya masih ada orang zaman ini yang seumpama itu!.
Perjalanan ulamak-ulamak tasauf atau ulamak-ulamak makrifat itu, seumpama berjalan diatas hujug sebilah pedang!. Sentiasa teramcam oleh ancaman-ancaman orang-orang yang berpendidikan feqah!. Di Universiti Al-Azhar atau Universiti Islam Antarabangsa, tidak ada pelajar ilmu hakikat dan tidak ada sukatan pelajaran ilmu makrifat. Sudah tentu sekali, orang yang berpelajaran feqah, tidak setuju dengan ilmu hakikat dan ilmu makrifat, sebagaimana yang saya perkatakan!. Lalu dengan kejahilan bidang ilmu hakikat atau makrifat, lalu mereka menuduh sesat dan salah!.
Sedangkan yang menuduh salah atau sesat itu, adalah golongan yang tidak pernah menduduki tempat sebagaimana kita duduki!.Zuk itu, setelah kita mengaku bahawasanya tidaklah berdiri dan tidaklah yang mendirikan kaki kita semasa bersolat, melainkan yang berdiri dan yang mendirikan kaki kita itu, adalah daripada daya, upaya, kudrat dan iradat Allah swt. Setelah segala-galanya dari Allah, mana yang dikatakan diri kita dan mana yang dikatakan kita?. Mana, mana dan mana kita?, cuba jawab………………… mana kita………………………….mana kita?.
Cuba jawab!.Jika sekiranya masih lagi ada diri , itulah tandanya dunggunya ilmu makhluk manusia!. Itulah tanda tuan-tuan masih tidak mengenal diri. Bilamana tidak mengenal diri, itulah penyebab yang membuatkan tuan-tuan tidak faham dengan apa yang saya perkatakan!. Disebabkan ketidak fahaman itulah makanya timbulnya bahawa ilmu makrifat itu, ramai yang menuduh sesat atau salah!. Saya ingin ajukan sekali lagi pertanyaan kepada tuan-tuan. Saya minta jawab dengan jujur?.
Apakah ada apa-apa perjanjian antara kita dengan Allah, yang mengatakan bahawa kita hendak meminjam pakai pakaian Allah?. Seumpama pakaian melihat Allah, apakah kita ada buat perjanjain dengan Allah untuk meminjam pakai penglihatan Allah?. Apakah Allah benarkan kita pakai penglihatan Nya?. Bila masakah kita ada buat perjanjain untuk menerima pemberian Allah dan bila masanya Allah berjanji untuk memberi pinjam barang Dia kepada kita?. Adakah perjanjian antara kita dengan Allah untuk memberi pinjam dan kita pula ada berjanji untuk menerima pemberian?. Adakah perjanjian memberi dan menerima pinjaman?. cuba jawab?.
Adakah perjanjian yang Allah beri pinjam kepada kita dan adakah perjanjian kita terima pinjaman Allah?. Kalau ada bila masanya?. Cuba jawab?. Bolehkah kita guna pakaian, peralatan atau kegunaan Allah?.Ada orang berkata yang diri dan kuasa kita ini, diberi pinjam oleh Allah kepada kita!. Bilamasanya Allah kata Dia beri pinjam kepada kita hak Dia?. Apakah hak Allah itu, boleh dipinjam-pinjam?. Bilakah masanya Allah memberi dan bila pula masanya kita menerima?.Cuba tuan-tuan perhatikan sifat garam atau sifat gula. Apakah masin telah meminjamkan sifat masinnya kepada garam dan apakah garam telah menerima sifat garam daripada masin?.
Cuba jawab soalan saya dengan jujur dan denngan berlapang dada!.Tujuan saya mengarang perkara ini, adalah semata-mata bertujuan supaya tuan-tuan tahu erti zuk yang sebenar-benar!. Bilamana tun-tuan tahu untuk menfanakan yang lain selain Allah, itulah erti zuk dan bilamana tuan-tuan tahu untuk memandang yang satu dari yang satu, itulah erti zuk. Zuk itu, setelah tidak lagi memandang garam, melainkan memandang kita itu, hanya pada sifat masin. Hj Shaari