Thursday, September 6, 2018

KAEDAH MENGERJAKAN SOLAT




Bentangkan sejadah , kemudian naik atasnya dimulai dengan kaki kanan lalu azan dan iqamat Berdiri betul ..tangan kanan dan kiri disilangkan ..kanan diatas..pejamkan mata ..pandang DIRI BATIN..apabila jelas ..ucapkan KALIMAH SYAHADAH 3 x dan bedoa seperti berikut :-
DOA…
Aku berdiri dengan HURUF ALIF, aku duduk dengan huruf BA ..diatas HAMPARAN RASULLULLAH . Aku mengadap ke BAITULLAH KIBLAT DADA….KIBLAT RUH ke BAITUL MAKMUR – ALLAH KHALIQUL ALAM. Ruhku yang MENYEMBAH ALLAH ZAT WAJIBUL WUJUD – WUJUDUL MUKHDO ( Maha Suci ) yang BERDIRI PADA SIFAT LAISA KAMISLIHI SYAIUN..
Mengucap 2 Kalimah Syahadah
Melafazkan NIAT mengikut solat yang hendak didirikan itu
Luruskan kedua tangan dan TARIK NAFAS dari hujung kaki hingga sampai ubun ubun , kemudian lafazkan TAKBIR – Allah Hu Akbar.beserta angkat kedua tangan.
Semasa kita QIAM…tangan kanan atas tangan kiri lalu kit abaca Kalimah ini didalam hati.
Kalimahnya spt berikut :-
Aa Uu Zubillah Minash Syaitanurrajim – Bismillah Hir Rahmanirrahim
Ya Muhammad RahsiaKU kepadamu. Ya Muhammad AKU yang mengadakan , AKU Zat Allah Taala menjadi DIRI.
Baca DOA IFTITAH, Fatihah dan seterusnya sampai akhir
Semasa membaca TAHIYYAT maka hendaklah kita ingat akan MAKSUD Kalam Allah itu seperti berikut :-
Attahiyya ….hga …assalamualaika ..wabarakatuh
AKU yang BERHAYAT sebenar-benarnya. AKU Yang Esa yang mengadakan engkau Muhammad. AKU Yang Memeberi RAHMAT engkau dan Yang Memberi Rahmat
Assalamua ALAI NA….
AKU yang sebenar-benarnya Tuhanmu
Wa ala ibadillah….solihin
Dan yang ibadatullah itu yang amat baik itu AKU
Ash hadu Ila ha illalallah
AKU Tuhan Yang ESA..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan AKU
Wa..ash hadu….rasullullah
AKU bersaksi Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Allahuma….wa ala alihi Muhammad..
Ya tuhanku juga yang member ANUGERAH itu ..Yang memberi kepada hambanya dan sekalian umat
Salam…Inni ana ZATUL HAQ..kekanan…inni ana SIFATUL HAQ..kekiri
PERINGATAN
Semasa kita melangkah keatas sejadah dengan KAKI KANAN hendaklah dimulai bacaan BISMILLAH
Semasa mengatakan ALLAH HU AKBAR..maka niat dalam hati…AKULAH YANG MAHA BESAR
Semasa membaca FATIHAH maka hendaklah kita ingat akan SIFAT KITA dalam Fatihah.
Semasa RUKUK selepas baca subhana rabbial adzim…wabihamdihi 3 x ..maka baca pula ..AKU mempunyai KEBESARAN dan YANG AMAT MENGETAHUI
Semasa kita ITTIDAL selepas baca sami allahu liman hamidah 3 x ..lalu kit abaca pula ..AKUlah YANG AMAT MENDENGAR dan AKU-lah YANG MEMBERI SEGALA KURNIAAN 1 x didalam hati
Semasa kita SUJUD selepas membaca subhana rabbial a'ala wabihamdihi 3 x lalu kit abaca pula…AKU jua YANG DISEMBAH dan AKU jua YANG MENYAMBAH pada diriku sendiri 1x didalam hati.
Semasa DUDUK ANTARA 2 SUJUD slepas membaca rabbigh firgli warhamni wa jeburni warzukni wahdini wa'afni wa'fu anni 3x lalu kit abaca AKU-lah YANG MENGAMPUNKAN DOSA dan MENGURNIAKAN RAHMAT dan KESEJAHTERAAN kepadamu 1 x didalam hati.
TENTANG SOLAT
Sebelum kita memulakan solat terlebih dahulu kita fahami akan PERATURAN & PEGANGAN dalam solat itu kerana ia amat PENTING bagi kita. Tanpa pengertian ini, solat kita tidak akan diterima oleh Allah dan tidak diakui oleh Nabi Muhammad SAW.
Sabda Nabi :
Sollu kama roai tumuni usolli
Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang
Perkara perkara itu adalah :-
1. AHDAH
Kita hendaklah mengerti bahawa ZAT YANG QODIM itulah DIRI BAGI MUHAMMAD ( ruh ) kerana AHDAH itulah MERTABAT ZAT atau MUHAMMAD AWAL ( Ta'ain Awal )
2. WAHDAH
Sesungguhnya SEGALA PERBUATAN dan KEJADIAN itu DARI NUR MUHAMMAD…DIRI bagi ADAM ( Tubuh ) kerana ia adalah MERTABAT TA'AIN TSANI ..SIFAT bagi ZAT.
3. WAHDIAH
PENGAKUAN kita pada Allah kerana MENERIMA JASAD, hakikatnya ialah KUDRAT & IRADAT Allah jua didalam sembahyang itu atau dengan kata lain YANG SEMBAHYANG ITU adalah RUH atau ZATUL BUKTI. Hilangkan perasaan kita pada pebuatan kita. YAND ADA HANYA DIRINYA semata-mata.
La failun filsolati bihakikati illallah
Tidak ada perbuatan dalam solat itu melainkan Allah.
4. MIKRAJ
Semasa kita mengatakan ALLAH HU AKBAR maka yang naik atau MIKRAJ ialah KUDRAT & IRADAT Allah jua beserta naiknya NAFAS kita . Maka hilanglah UJUD kita pada UJUDNYA dibawa WAHDATUL AF'AL.
5. IHRAM – TERCENGANG
Hilang perasaan kita ketika mengatakan ALLAH HU AKBAR , fana'kan perasaan kita sampai kepada LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHI ALIYYU ADZIM.
6. TUBADIL – TERGANTI
Gantikan pakaian zahir atau perbuatan zahir dengan perbuatanNYA. Jadi yang sembahyang itu adalah DIA juga pada hakikatnya.
7. MUNAJAT – PERMOHONAN
Yang meminta itu adalah sebenarnya KUDRAT IRADATNYA jua…maknanya diri kita bermunajat dengan HAKIKATNYA.