Tuesday, September 4, 2018

Cara memakai cincin




Ramai antara kita yang suka memakai cincin dan ada juga yang kurang berminat atau tidak suka memakai cincin. Namun demikian, kepada yang suka memakai cincin tu, tahukah kita bagaimana memakai cincin mengikut sunnah Nabi? Atau kita pakai cincin ikut sesuka hati kita saja.
Nabi Muhammad SAW menasihati Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan baginda, Nabi berpesan kepada Saidina Ali, kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis atau
2] jari kelingking (anak jari) 
dan jangan memakai pada jari 
1] jari tengah atau
2] jari telunjuk 
Nabi Muhammad SAW melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.
Sebagai panduan seterusnya dan perkongsian ilmu melalui buku "Syamail Muhammad S.A.W. (Keperibadian Rasulullah) berikut ini adalah beberapa hadis mengenai cincin Rasulullah.
Anas bin Malik meriwayatkan:
1. Ketika Rasulullah hendak mengirimkan surat ke negara asing, beliau memperolah informasi bahwa negara asing tidak akan menerima surat yang tidak berstempel. Beliau pun memerintahkan untuk dibuatkan cincin. Maka saya seakan akan melihat warna putih cincin itu di telapak tangan beliau.(HR Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Sa'd)
2. Tulisan (ukiran) yang ada di cincin Rasulullah adalah kata Muhammad (dalam huruf Arab) satu garis, kata Rasul (dalam huruf Arab) satu garis dan kata Allah (dalam huruf Arab) satu garis.(HR Tirmidzi dan Bukhari)
3. Ketika Rasulullah hendak mengirim surat kepada Raja Persia, Raja Romawi dan Raja Najasyi, beliau mendapatkan informasi bahwa mereka tidak akan menerima surat yang tidak berstempel. Maka Rasulullah membuat cincin yang lingkarannya terbuat dari perak dan bertuliskan Muhammad Rasulullah. (HR Tirmidzi dan Muslim)
4. Rasulullah memakai cincin di jari tangan kanan beliau.(HR Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Abu Syaikh)Ibnu Umar meriwayatkan:Nabi membuat cincin dari perak. Setelah beliau wafat, cincin itu digunakan oleh Abu Bakar, lalu Umar, kemudian Utsman. Setelah itu cincin tersebut jatuh ke Sumur Aris*. Cincin itu bertuliskan Muhammad Rasulullah. (HR Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)
Walaupun perkara ni agak remeh, tapi sangat bermanfaat untuk dikongsikan ilmu ini. Kepada yang belum tahu, panduan ini berguna untuk lelaki dan juga perempuan. Nasihatlah kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak, sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah.
Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW, pahala untuknya. Wallahua`lam.Sumur Aris* (ma`af terlupa nak buat catitan mengenainya)Sumur Aris terletak di kota Madinah. Cincin Nabi saw jatuh di sumur itu pada tahun ke 6 kekhalifahan Utsman bin Afan.