Wednesday, September 5, 2018

HIDUP YANG KEKAL ABADI





AKU...dari sudut pandangan Bapak Dr Bagindo Muchtar...
Dari sana AKU datang dan kesana pula AKU kembali. Dan semenjak AKU MENEMUI DIRIku sendiri, AKU telah terlahir kembali dan Penemuanku itu menjadi Peganganku dan berubahlah jalannya kehidupanku sehari hari.
Dengan membaca keteranganku diatas mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayai aku ? Aku tidak memaksakan orang supaya mempercayai aku melainkan aku ingin supaya kenikmatan hidup yang aku rasai, dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya dengan mempelajari caranya aku menemuinya DIRIku semuga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya dengan mencuba MEMECAHKAN dan MENURUTKAN jalanku ini.
Padanya banyak diperdapat petunjuk petunjuk dan dengan menurutkan jalannya DIRI itu dengan sendirinya kita telah menjadi MANUSIA BARU.
Kita telah menjadi MANUSIA BARU oleh kerana DIA telah lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya kerana pembawaannya Yang Hidup Lagi Berisi berlainan dengan orang banyak yang termasuk golongan MANUSIA LAMA yang tidak tahu DIRI YANG SEBENARNYA.
Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli segala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang orang dari alam sekelilingnya padanya. DIA sanggup menundukkan masa kerana DIA telah pandai menundukkan alamnya sendiri. DIA pandai membaikkan orang kerana DIA telah pandai membaikkan badan diri sendiri. DIA anti penjajahan kerana bukankah DIA selama ini terkongkong dan terkurung ?
DIA SUCI kerana berasal dari YANG MAHA-SUCI. DIA BENAR kerana berasal dari YANG MAHA-BENAR. DIA lain dari yang lain kerana KEISTIMEWAANNYA terletak PADA DIRINYA bukan pada orangnya.
DIA BUKAN TUHAN kerana yang dikatakan Tuahan itu Maha Bear dan bukan pula anak Tuhan walaupun dari Tuhan datangnya. RUHKU Firman Allah ketika meniupkannya. DIA juga bukan Nabi atau Rasul kerana tidak ada lagi Nabi sesudah Nabi Muhammmad SAW.
Terhadap Allah adalah DIA HAMBA yang tidak bererti kerana DIA TIDAK ADA BERSAMANYA. Akan tetapi terhadap orang lain tiak peduli siapa, DIA akan membuktikan akan kebenarannya.
Itulah dia AKU yang telah menjadi MANUSIA BARU. Aku telah mengadakan Pengakuan dan seterusnya Aku senantiasa mengadakan Pengakuan terhadapNYA Tuhan Yang Aku Sembah dan sementara itu Aku telah mendapat Pengakuan pula melalui orang orang yang mendatangiku.