Adnan Dahalan
Laa ilaha illallah, ialah kota Allah, barang siapa tidak meninggalkan dua kalimah tauhid, sentiasa berada didalam kota Allah dan keselamatan dunia dan akhirat akan terjamin .....
Sebelum dari itu terlebih baik kita sama-sama mengkaji apa yang ada didalam kalimah tauhid dan bagaimana hendak mengamalkan nya supaya kita sentiasa duduk kekal didalam kota Allah...
Kalimah tauhid -Laa ilaha illallah - puji hamba kepada tuhan, didalamnya terkandung akan nafi dan isbat...
Laa ilaha - iaitu kalimah nafi
illallah - kalimah isbat
illallah - kalimah isbat
Apakah yang nak dinafikan dan apakah yang nak di isbatkan..
Nafi dan isbat tidak boleh dibezakan maksudnya yang nak dinafikan dan yang nak diisbatkan itu hendaklah perkara yang sama, tak boleh dinafikan perkara lain dan diisbatkan perkara yang lain, contohnya dinafikan segala tok kong sembahan orang kafir, dan diisbatkan Allah,
Sabda Nabi yang bermaksud " Tidak boleh membezakan diantara keduanya iaitu nafi dan isbat, barang siapa membezakan diantara keduanya maka orang itu kafir"

Kalimah tauhid menunjukkan penyerahan total hamba kepada Allah, setelah penyerahan total kepada Allah diterima oleh Allah, Allah akan memperakui penyerahan total tersebut melalui kalimah Rasul iaitu Muhammaddar Rasulullah, kalimah rasul juga dipanggil puji tuhan pada hamba..
Untuk mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh dipisah diantara kalimah tauhid dengan kalimah rasul ( kerana zat dan sifat tidak bercerai tanggal )
Kalimah tauhid ialah zat manakala kalimah rasul adalah sifat..
Persoalan yang timbul
1. Apakah yang nak dinafi dan diisbatkan ?
1. Bagaimanakah nak sambungkan diantara kalimah tauhid dengan kalimah rasul supaya tidak bercerai?...
Persoalan yang timbul
1. Apakah yang nak dinafi dan diisbatkan ?
1. Bagaimanakah nak sambungkan diantara kalimah tauhid dengan kalimah rasul supaya tidak bercerai?...
Syeikh Abdul Khodir Jailani pernah berkata
Juru-bicara dalam diri si hamba menyampaikan: " Allah s.w.t bertitah, 'Jangan sesiapa mengganggu Keesaan-Ku. Tidak ada sesiapa dapat merobohkan Keperkasaan-Ku. Sesiapa yang mencerobohi Benteng Keperkasaan-Ku akan Aku bakar dengan api Keagungan-Ku dan dia akan binasa! Selamatkanlah diri kamu. Pergilah kamu dan masuklah kamu ke dalam Perbendaharaan-Ku Yang Tersembunyi untuk mengenal Daku sekadar Daku izinkan engkau mengenali Daku'".

Perbendaharaan Yang Tersembunyi itu bernama:
Laa Ilaa Ha Illallahh
Laa Ilaa Ha Illallahh
Pintu gerbangnya bernama:
Muhammadur Rasulullah
Muhammadur Rasulullah
Kuncinya bernama:
Bismillah Hirrah Maa nirrahim
Bismillah Hirrah Maa nirrahim
Cahaya yang menerangi di dalamnya bernama:
Al Fatihah
Al Fatihah
Kenderaan di dalamnya bernama:
Laa Hau lawala kuwataillah billah
Laa Hau lawala kuwataillah billah
Dengan izin Allah s.w.t si hamba masuk ke dalam Perbendaharaan-Nya Yang Tersembunyi.
Dari segi ilmu pengetahuan nafi dan isbat adalah dua hal atau perkara yang berbeza, tetapi dari segi amali nafi dan isbat akan menjadi dua dalam satu..
Kita wajib menafikan segala sifat ketuhanan (seperti Ada, hidup, tahu, kuasa, kehendak, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain), kepada badan diri kita sendiri dan kepada selain dari Allah, didalam masa yang sama kita wajib isbatkan segala sifat-sifat ketuhanan hanya kepada Allah sahaja....
Didalam latihan amali, kita perlu sedar dan merasakan sifat ketuhanan yang sedang dirasai, didalam keadaan sedang merasai sifat ketuhanan itu kita mesti mengaku yang sifat ketuhanan yang sedang dirasai itu adalah sifat Allah.
Dengan mengaku sifat ketuhanan yang sedang dirasai itu adalah sifat Allah secara automatik kita telah menafikan sifat ketuhanan itu kepada diri yang selama ini kita anggap sebagai diri kita, dan dsalam masa yang sama sifat ketuhanan itu kepada Allah...
Dengan mengadakan pengakuan yang sifat Allah yang sedang dirasai itu sifat Allah sendiri, (ternafilah sifat ketuhanan kepada diri sendiri dan terisbatlah sifat ketuhanan itu hanya kepada Allah,
Ternyatalah kalimah tauhid..
Ternyatalah kalimah tauhid..
Pengakuan yang Allah itu Allah, inilah kenderaan yang akan membawa kita menemui Allah...
Selama ini kita menyedari akan segala sifat Allah tetapi kita salah membuat pengakuan dimana kita menyangka dan mengaku bahawa segala sifat ketuhanan itu adalah sifat kita sendiri...
Kembalilah kepada Allah dengan menyedari segala sifat ketuhanan dan mengaku segala sifat ketuhanan yang sedang disedari itu adalah sifat Allah sendiri, tanpa ragu-ragu lagi..
Hanya dengan mengaku segala sifat ketuhanan adalah sifat Allah sendiri, akan membawa kita bertemu dengan Allah...
Selagi kita masih lagi mengaku segala sifat ketuhanan milik kita sendiri, selagi itu kita tetap kekal didalam keadaan mensyirikkan Allah. Na'uzubillah....