Untuk Seseorang Yang Hendak MencariDan Menemui Aku Engkau berjalan Aku pun berjalan. Engkau berjalan dengan alam fikiranmu hendak mencari Aku, sedangkan Aku berjalan pada jalanku pula. Kita berjalan pada jalan masing-masing. Di tengah perjalanan, engkau melihat Aku sedangkan Aku tak melihat engkau kerana tujuanku berjalan bukan hendak mencarimu.
Engkau di kiri, Aku di kanan. Engkau di luar Aku di dalam. Engkau dari atas Aku dari bawah. Dari atas Aku katakan kerana titik-tolakmu dari alam fikiran, sedangkan titik-tolakku dari dalam atau dari bawah kerana tempatku di Alam Rasa atau Perasaan. Engkau berhenti berjalan kerana hendak menemui Aku setelahnya engkau dapat melihat Aku tengah berjalan. Di saat itu engkau tak dapat melihat Aku kerana di waktu engkau berhenti berjalan Aku pun berhenti pula bagimu.Dan bila engkau berjalan lagi, engkau akan melihat Aku kembali kerana Aku pun berjalan pula bagi penglihatan dan perasaanmu.
Apa yang hendak engkau lakukan dan buat sekarang, sedangkan tujuan engkau semula hendak mencari Aku? Kalau dapat bertemu, hendaknya di rumahku. Dan dalam perjalanan menuju rumahku, kita berjumpa di perjalanan seperti yang disebutkan di atas. Kalau engkau teruskan berjalan cara engkau berjalan, pasti engkau tak dapat menemui Aku. Engkau dapat melihatku, inipun sedang dalam perjalanan. Seperti dikatakan di atas, 'bila engkau berhenti berjalan, engkau tak akan melihat Aku kerana di saat itu Aku pun berhenti pula berjalan bagimu.' Nampaknya kita seiring, tetapi bertukar jalan.
Lain jalanmu dan lain pula jalanku. Dan kalau terjadi begitu bagi perjalanan seseorang, apa yang harus dilakukan? Jawabnya ialah, "Siapa yang berkepentingan dalam hal ini? Yang mencarikah atau yang dicari?" Sudah tentu yang mencari, bukan? Apa yang dicari itu sesuatu atau merupakan benda yang adakah atau sesuatu yang belum tahu keadaannya. Pada umumnya kalau seseorang hendak mengenal, mengetahui, apalagi hendak menemui sesuatu atau seseorang, hendaklah lebih dahulu dicari jalan untuk menuju ke tempatnya.
Dengan mengikut jalannya, berjalan pada jalannya, seseorang akan dapat mengenalnya, mengetahuinya dan dengan ketabahan dan keyakinan yang sungguh serta kemahuan yang teguh, pasti yang dicari akan dapat dikenal dan ditemui dan diketahui akan keadaannya. Dengan huraian seperti tersebut di atas jelaslah sudah, iaitu untuk dapat menemuinya turutlah jalannya, jangan jalanmu, apalagi kalau engkau paksakan dia menuruti jalanmu, pasti dia tidak akan mahu.
Dan dalam hal ini, teringat aku akan kisah perjalanan Nabi Allah Khidir dengan Nabi Musa dapat pertunjuk dari Tuhan supaya mencari Nabi Khidir untuk belajar ilmu pengetahuan padanya (Surat al-Kahfi Ayat 60 – 82). Syaratnya, setelah dia dapat bertemu dengan Nabi Khidir ialah dia harus ikut berjalan bersertanya – sabar dalam segala hal terutama tentang apa yang dilakukan Nabi Khidir selama dalam perjalanan itu; tidak boleh berbicara atau bertanya kalau tidak Nabi Khidir sendiri yang memulainya.
Dan begitulah sebahagian dari kisahku mencarinya. Pada permulaan aku menemui sesuatu yang kuanggap tadinya itulah dia, akan tetapi setelahnya aku banyak berpengalaman dengannya, kerana selalu aku ikut bersertanya dan adakalanya pula aku mengatakan aku ikut sertakan dia, maka dengan beransur dan teratur dapatlah aku memahami dan mengerti bahawa adalah dia yang aku anggap dia itu bukanlah dia yang kucari atau dia yang sebenarnya.
Melainkan pengalamanku dengannya menunjukkan padaku bahawa di balik dia ada dia lagi dan di balik dia yang kedua ada dia yang ketiga dan sehingga aku menamakan akan dia, dia semuanya dan adalah perjalananku waktu itu bersertanya adalah ibarat menghasta kain sarung, 'sampainya di situ ke di situ juga' dengan tidak ada kemajuannya.
Belakangan (kemudian), kenyataan padaku adalah dia itu bagiku sebagai perantara saja antara aku dan dia, dan antara aku dan sesuatu untuk pencapai tujuan dan sasaran. Dan dalam pada itu, dia yang sebenarnya yang kucari belum kujumpai lagi. Dan bagiku, adalah dia itu orang dalam dan pada ilmu kebatinan adalah saat itu kalau aku jadi dia adalah aku orang 'medium' (orang tengah), tetapi aktif dan positif kerana kalau tadinya dia negatif, setelah aku dapat menemuinya maka dia telah menjadi positif.
Telah menjadi kebiasaan bagiku, aku tidak puas dengan apa yang telah ada; aku mahu lagi dan masih mahu lagi. Dan begitulah pada waktu terluang aku senantiasa berfikir dan berfikir lagi, bermenung dan merenungi, bertafakur, meneliti dan mempelajari kembali jalannya; apa yang telah aku perdapat dan amalanku yang telah sudah-sudah dengan kembali mengenangkan pengalamanpengalaman yang telah berlaku, sehingga aku dapat mengatakanbahawa aku 'berteori dalam berpraktik, belajar dalam mengajar, jadi murid dalam jadi guru, menerima dalam memberi' dan gerakgeriku, tindak-laku perbuatanku kujadikan menjadi amalanku.
Dan kuketahui segala gerak-geriku dalam berlaku dan berbuat untuk sesuatu kelihatannya aneh bagi orang luar. Itu tak salah kerana mereka itu belum mengenal aku dan tak mengerti pada dan caraku. Dan anehnya pula, mereka yang telah pernah menghubungiku, apalagi telah pernah pula ibarat seorang musafir kehausan di padang pasir mendapat seteguk air melalui tanganku untuk melepaskan dahaganya, selalu ingin hendak mendatangi dan menghubungiku.
Dan harus kuakui, secara kebetulan melalui seorang kawan, dianjurkannya mencari dan membaca buku 'Alam Fikiran' karangan Bapak Dr. Pariyana Suryadipura. Dan melalui buku tersebut seolah-olah aku mendapat pertunjuk iaitu di antaranya dikatakan: "Kalau hendak meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang, seharusnya orang tersebut beramal.
Dan adalah amal itu terbahagi kepada dua.
Pertama; amalan yang bersertakan hawa nafsu.
Dan kedua; amalan yang tidak bersertakan hawa nafsu iaitu apa yang dinamakan orang amal soleh.
Pertama; amalan yang bersertakan hawa nafsu.
Dan kedua; amalan yang tidak bersertakan hawa nafsu iaitu apa yang dinamakan orang amal soleh.
" Aku kembalikan ingatanku kepada amal perbuatanku dan mahu tak mahu harus kuakui bahawa kebanyakkan amalan yang kulakukan yang sudah-sudah ialah bersertakan hawa nafsu. Dengan sedar, kumulailah merubah sikapku dan kududukkanlah segala amalanku sebagai merupakan amalan soleh.
Dan benar juga, semenjak itu aku dapat merasakan perubahan dalam jalannya kehidupanku dan sekaligus pula perubahan pada pengertian ilmu pengetahuan yang kuamalkan. Bersama ini, aku sebagai seorang manusia, sebagai seorang hamba Allah menguatkan akan keyakinan orang-orang yang telah terdahulu iaitu segala macam keinginan dan perjalanan menuju kepada Tuhan hendaklah dilakukan dengan tindak-laku perbuatan bebas dari hawa nafsu, sehingga segala amalan yang diperbuat dapat dinamakan merupakan amalan soleh. Kalau tadinya jalan aku lalui tidak terang, kabur atau samarsamar, maka dengan peningkatan pengertianku itu padanya, dapatlah aku mengatakan sejak itu jalanku ialah jalan terang yang aku sendiri dapat merasakannya.
Dengan berpegang kepada jalan yang terang itu dapat tahulah aku sudah bahawa rahsia dari badan diriku sendiri telah pecah. Yang satu telah menjadi dua; suatu pemecahan yang menghasilkan pemisahan iaitu pemisahan antara yang satu dengan yang lain, antara lahirku dengan batinku atau antara jasmaniku dengan rohaniku. Ya. Aku tegaskan kembali iaitu suatu pemecahan yang menghasilkan pemisahan.
Dengan telah dapatnya aku mengetahui dan merasakan pemisahan antara yang satu dengan yang lain itu, antara zahirku dengan batinku, antara badan kasarku dengan badan halusku, maka terbukalah pula jalan bagiku untuk mengetahui ada apa di diriku dan terdiri dari apa diri itu? Dan begitulah dengan beransur, terutama menarik pelajaran daripengalaman pengalaman yang begitu banyak, hasil dari renungan dan menungan, hasil dari pemikiran dalam fikiran, percubaanpercubaan yang diadakan, hasil dari teori dalam berpraktik, hasil dari belajar dalam mengajar, pertunjuk-pertunjuk melalui al-Quran dan buku-buku yang dibaca, terutama buku-buku mengenai tasawuf, tarekat dan metafizik, aku kenali dan temuilah diri sendiridengan dapat pula mengetahui akan rahsia yang terkandung padanya.
Dan adalah di antara rahsianya yang telah kuketahui itu iaitu, 'memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup.' Dan begitulah sebagai hasil dari renunganku akan perjalananku yang telah berlalu dan yang sampai pada waktu ini, bahkan sampai seterusnya, penemuanku akan jalan yang telah menjadipeganganku, terciptalah sebuah sajak yang aku beri nama:
MANA JALANKU ( Aku dalam Sajak )Aku melihat orang berjalan
Dalam pada itu, akupun berjalan
Jalan orang jalan nyata
Jalanku tidak nyata
Kulihat orang berjalan di jalanraya
Aku pun ikut berjalan bersertanya
Dia sampai di tujuannya
Akan tetapi aku, di situ ke di situ juga
Dalam pada itu, akupun berjalan
Jalan orang jalan nyata
Jalanku tidak nyata
Kulihat orang berjalan di jalanraya
Aku pun ikut berjalan bersertanya
Dia sampai di tujuannya
Akan tetapi aku, di situ ke di situ juga
Manakah yang benar?
Jalan orangkah atau jalanku
Kedua-duanya benar
Kerana kedua-duanya perlu
Bagi orang jalanku gelap
Bahkan aku dianggap barang mati Bagiku jalanku tak gelap Hanya orang yang tak mahu mengerti
Bagiku jalan orang jalan nyataJalanku jalan tidak nyata
Satu sama lain berbeza
Jalanku dan jalannya
Orang berjalan di jalanraya
Jalan bikinan tangan manusia
Naik mobil, kereta api, kapal laut dan udara
Bagiku itu namanya menumpang di jalannya
Namun aku, walau di mana saja
Di lautan di daratanDan di udara
Jalan orangkah atau jalanku
Kedua-duanya benar
Kerana kedua-duanya perlu
Bagi orang jalanku gelap
Bahkan aku dianggap barang mati Bagiku jalanku tak gelap Hanya orang yang tak mahu mengerti
Bagiku jalan orang jalan nyataJalanku jalan tidak nyata
Satu sama lain berbeza
Jalanku dan jalannya
Orang berjalan di jalanraya
Jalan bikinan tangan manusia
Naik mobil, kereta api, kapal laut dan udara
Bagiku itu namanya menumpang di jalannya
Namun aku, walau di mana saja
Di lautan di daratanDan di udara
Namun jalanku tidak kulupakan Telah kutemui itu sumber, pokok pangkal dari seluruh kegiatan kehidupan di dalam, induk titik dari segala titik iaitu titik yang pertama di mana tiada titik di sebaliknya lagi. Kalau Nabi Musa dengan pertunjuk Tuhan mencari Nabi Khidir tempatnya di pertemuan dua muka lautan, maka aku dapat mengatakannya, aku menemuinya di pertemuan kiri dan kanan.
Aku telah dapat membebaskan diriku dari ikatan kebendaan, bahkan aku telah dapat berdiri sendiri dengan keakuan yang datang daripada-Nya yang akan kembali ke Hadirat-Nya, lepas daripada yang dijadikan yang akan dihantar kembali ke asalnya iaitu ke tanah. Membebaskan diri dari ikatan kebendaan, untuk diri sendiri dapat merasakan pemisahan antara yang satu dengan yang lain atau antara yang zahir dengan yang batin, antara rohani dengan jasmani atau antara badan halus dengan badan kasar.
Kalau orang mahu menanyakan bagaimana hubungan antara yang satu dengan yanglain, maka jawabnya ialah, "Jauh tak berantara, dekat tak berbatas." Aku telah menemui itu dua keadaan dan kejadian. Aku telah mengetahui itu diri yang sebenarnya diri, diri yang berdiri dengan sendirinya yang tadinya negatif pada kenyataannya dan telah menjadi positif padaku setelahnya aku dapat memisahkannya antara yang satu dengan yang lain. Positifnya bukan merupakan kenyataan seperti badan, melainkan nyatanya aku dapat merasakannya.
Dengan pemecahanku yang menghasilkan pemisahan antara yang satu dengan yang lain telah kuketahui dan temui pula batinku atau badan halusku, sehingga aku dapat pula mempertahankan tentang aku lahir dan aku batin; aku dengan badan halusku dan aku dengan badan kasarku. Sebagai orang dalam, aku berpendirian pada badan halusku dan sebagai orang luar, aku berpegang dan berpendirian pada badan kasarku.
Siapa dan yang manakah Aku yang sebenarnya? Sebagai orang luar, aku seorang materialis (kebendaan) kerana berpendirian pada jasadku yang nyata, yang banyak punya keinginan dan kemahuan, sedangkan kemampuan mungkin tak ada. Akan tetapi, kalau kubawakan kehidupanku sebagai orang dalam, apalagi kalau telah mendalami segi kehidupan yang sebenarnya, maka akan tanggallah duniaku dan aku akan tenggelam dalam perasaan dengan tidak begitu menghiraukan atau mempedulikan akan hidup kenyataan (kebendaan); hidup lahiriah. Jadi kalau begitu, bagaimana mestinya membawakan kehidupan yang sebenarnya iaitu supaya tercapai 'bahagia' dunia dan akhirat?
Menjalankan kehidupan sebaik-baiknya hendaklah menghasilkan 'dunia dapat, akhirat tak lepas.' Ini hanya akan dapat dicapai dengan jalan amalan yang sejalan pula, iaitu dunia dan akhirat. Untuk mencapai hidup bahagia bagi seseorang hendaklah mempunyai sesuatu pegangan yang hidup pula lagi benar dan mengetahui akan diri sendiri. Siapa dia? Di mana dia sekarang berada? Hendak ke mana dia dan apa tujuan hidupnya? Atau untuk diri sendiri, harus bertanya; siapa aku, mahu apa aku, dan hendakke mana aku?