DIRI-ku adalah merupakan pancaran tenaga yang terbit dari AKU. Ianya merupakan diriku dan itulah AKU. Kini AKU telah menjadi DIRI bagi badan dan diriku ini yang berada pada badanku.
Diriku seumpama cahaya yang menerangi ruangan dikala malam atau pada sudut yang gelap. Maka cahaya itu akan menerangi ruangan itu mengikut keadaan ruangan itu. Begitu jualah akan keadaan diriku ini yang meliputi badan dari dalam.
Diri yang berdiri sendiri pada badan itulah sifat kesempurnaan AKU. Tanpa diri AKU tidak akan kenalku dan tanpa badan maka tidak akan zahir AKU. Segala yang berlaku pada badan itu adalah perbuatan diri kerana dirilah yang menjadi tuan bagi badan.
Siapakah diri itu? Diri itu adalah ROHANI yang menjadi diri.
Padanya ada terkandung akan RAHSIA dan AMANAH Tuhan Yang Maha Agung. Pada ROHANI atau diriku lah Tuhan menyatakan Tajalli Asma yang memilikki Sifat Kesempurnaan dan Keindahan iaitu Sifat AKMAL dan AJMAL.
Didalam ilmu hakikat ada yang mentafsirkan diri itu adalah nyawa ataupun nafs namun bagi saya tetap ia merupakan diriku. Diri yang ada seadanya telah sebati dengan badan dan ia menjadikan badan ini sebagai rumahnya.
Diri yang berdiri sendiri inilah yang perlu kita ketahui dan perlu dikenali dengan sebenar-benarnya supaya kita dapat tahu akan rahsia-nya itu.
Diri umpama cahaya pelita yang menerangi ruangan rumah dikala malam. Bersinar bercahaya menuruti ruangan yang ada tanpanya rumah akan gelap dan tanpa diri pula badan akan mati.
Diri yang duduknya didalam badan dirimu sendiri meliputi dari dalam. Ianya mendatangkan daya hidup bagi peralatan atau organ-organ badan yang didalam.
Tenaga-tenaga ini mengalir dengan sendirinya secara semulajadi dan ia bertitik tolak dari dalam dirinya iaitu yang berasal dari AKU dan asal dibalik asal datangnya dari A-ku jua.
Jikalau kita mendalami dalam hal pengenalan diri maka kita akan dapati bahawa diri itu merupakan tenaga atau energy-energy Ilahiah yang juga dinamakan Pancaran Nur Ilahi atau cosmic energy. Kini saya mendapati tenaga yang ada ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1- tenaga yang berasal dari bahan-bahan galian dan anasir yang empat.
2- tenaga mendatang iaitu diri atau pancaran
3- tenaga sumber azali atau kekuasaan sang pencipta.
2- tenaga mendatang iaitu diri atau pancaran
3- tenaga sumber azali atau kekuasaan sang pencipta.
Oleh yang demikian itu diri ini merupakan pancaran dari Yang Azali dan ia datangnya dari Alam Zat yang tidak dapat kita ungkap dan kita kaji akan keadaannya. Cuma kita hanya ketahui sahaja.
Sebagai umat islam yang menyakini akan adanya Tuhan yang bernama ALLAH perlulah kita menyakini bahawa punca segala tenaga ialah datangnya dari Tuhan Yang Satu.